Thursday, April 20, 2017

Had Laju Cinta


Tajuk: Had Laju Cinta
Penulis: Gee Azeez
Harga: RM25.00

Sinopsis
“Boleh tak kalau kau pandu tu laju sikit? Aku rasa macam kereta ni tak bergerak pun. Orang yang kayuh basikal lebih laju daripada kereta ni…” – Darius
Darius tidak menyenangi pemandu wanita yang diupah oleh bapanya tanpa kerelaannya. Hari-hari pemandu wanita itu dimaki dan diherdik. Sumaiyah pula terpaksa menelan segala makian itu dengan sabar kerana hormat kepada bapa Darius.
“Papa nak Darius kahwin.”- Tan Sri Iskandar Shah
Perubahan sikap Darius yang ketara setelah kejadian beberapa tahun lalu membuatkan bapanya mengambil keputusan untuk menyuruhnya berkahwin. Keputusan itu juga dibantah sekeras-kerasnya oleh Darius. Namun, setelah diugut oleh bapa sendiri, Darius akur. Dia memilih untuk berkahwin dan pengantinnya adalah pemandunya sendiri.
Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh Sumaiyah sepanjang hidup bersama-sama dengan Darius. Diherdik dan dihina sudah menjadi makanannya. Namun, cinta tetap hadir dalam hati Sumaiyah. Tambahan pula dalam Darius benci kepadanya, ada ketika layanan Darius buat hatinya berdebar dan sayangnya bergolak.
“Sebab kau perempuan yang papa aku sayang. Sebab itu aku benci kau.”-Darius
“Kalau saya bukan perempuan kesayangan papa, tuan boleh suka saya? Tuan boleh terima saya sebagai isteri?”-Sumaiyah

Satu Meter Ke Hati


Tajuk: Satu Meter Ke Hati
Penulis: Nia Qurratun' Aini
Harga: RM25.00

Sinopsis
Sebab kahwin punya pasal, Kasturi Raudhah pulang ke Malaysia. Bukan dia yang nak kahwin, tapi pengawal peribadinya, Nina, sekali gus mahu meletak jawatan. Hendak ataupun tidak, Kasturi Raudhah harus mencari pengawal peribadi baru. Pilih punya pilih, calon misteri daripada Nina yang jadi pengganti.
Pengawal peribadi yang dipilih itu adalah lelaki kacukan Melayu-Cina. Apa yang lebih memeranjatkan, mereka pernah bertemu dan berkongsi payung. Orangnya pemalu lagi pendiam, tapi gelaran diri lelaki itu memang mengancam. Namanya Merah Miqael.
“Saya rasa baju warna merah putih ni sesuai dengan awak. Sama macam nama awak, Encik Merah. Lagipun, orang cakap merah tu…”
“Merah tu?”
Seksi. Itulah jawapan Kasturi Raudhah. Bila bos dah cakap begitu, mahunya tak merah padam wajah Merah Miqael. Kasturi Raudhah apa lagi, makin ligat dia menyakat pengawal peribadi yang sentiasa berjarak satu meter dengannya itu.
“Awak ni, drama sangatlah, Encik Merah. Kalau awak tak nak kawan dengan saya, awak nak apa dengan saya? Kahwin?”
“Ha?! Kahwin?”
Dengan jarak satu meter, Merah Miqael selalu ada di sisi Kasturi Raudhah. Dengan jarak satu meter, Merah Miqael melindungi Kasturi Raudhah. Malah, dengan jarak satu meter juga Kasturi Raudhah merasakan Merah Miqael bukan lelaki biasa.

Jejaka Idaman Hati Saya


Tajuk: Jejaka Idaman Hati Saya
Penulis: Cahaya Ainn
Harga: RM24.00

Sinopsis

Hey I just met you
And this is crazy
But here’s my number
So call me maybe?
013-4567890
“Awek mana pulak yang bagi nombor telefon pada kau guna lirik lagu Carly Rae Jepse ni?”
Disebabkan kejadian lima tahun dulu, hidup Razan Atira berubah 365 darjah! Puan Azira, ibunya telah memberikan kata dua iaitu:
Kahwin dalam tahun ini juga.
Berhenti kerja.
Mana mungkin dia akan memilih pilihan pertama! Sudah terlalu banyak yang dia lalui dan korbankan semata-mata demi mencapai cita-citanya! Jadi, pilihan apa yang dia ada? Namun, apabila melihat siapa calon-bakal-menantu-ibunya, Razan Atira hampir pengsan. Kejadian lima tahun dahulu kembali menerjah dalam kotak ingatannya.
“Ya. Awak setuju dengan rancangan perkahwinan ni sebab awak nak balas dendam ke? Awak nak balas balik atas apa yang saya buat pada awak lima tahun dulu?” ~ Razan Atira.
“Tak sangka awak ingat lagi kejadian lima tahun dulu. Ingatkan dah lupa.” ~ Razin Adi.
Betulkah Razin Adi ingin membalas dendam atas apa yang telah berlaku lima tahun dahulu dengan menerima Razan Atira sebagai calon isterinya? Dan, bagaimana penerimaan Razan Atira apabila dia bertemu kembali dengan lelaki ‘lima tahun dahulu? Apakah yang terjadi lima tahun lepas?
“Setiap cerita, ada pengakhiran, tahu?”
Ya, setiap cerita pasti akan ada pengakhiran. Tapi, bagaimana Razan Atira mahu meramal pengakhiran kisah hidupnya, sedangkan permulaan hidupnya pun sudah kucar-kacir?

Semanis Tomato


Tajuk: Semanis Tomato
Penulis: Freesia
Harga: RM21,00

Sinopsis
Takdir Zafeeya dengan kaum Adam tak pernah indah. Bapanya bencikannya dan dia halimunan di mata lelaki-lelaki lain. Seringkali merasa tersisih dan keseorangan, dia gunungkan ego, dia keraskan hati.a
Jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan sinar cinta. Pertemuannya dengan Andriy tanpa dijangka telah membuka satu lembaran baru dalam hidupnya. Egonya cuba direndahkan, hatinya cuba dilenturkan demi menjadi yang terbaik buat Andriy.
“Saya ni bukan jenis perempuan idaman kebaynyakan lelaki. Saya cuma seorang pelukis. Bekerja sendiri, gaji tak menentu.” - ZAFEEYA
“Saya tak kesah. Bukan awak yang akan beri nafkah.” - ANDRIY
Niatnya tampak suci di mata Zafeeya, namun Andriy sebenarnya menyimpan satu rahsia. Dia tidak mahu bernikah dengan gadis pilihan emaknya. Tapi, dia tak punya restu keluarga untuk mengahwini kekasihnya, Shasha.
Dengan persetujuan Shasha, Andriy mengatur rancangan. Mencari seorang gadis yang cukup ego, keras hati dan tak mudah jatuh cinta untuk dinikahinya. Niatnya nampak mulia; mahu berkahwin sebelum bercinta. Hakikatnya, cinta yang tak terputik sebelum kahwin itu akan dia kekalkan sehingga Shasha kembali kepadanya.
“Aku bukan nak mainkan dia. Aku cuma nak cipta hubungan yang rigid antara kami berdua. Cukup setakat dia terima aku untuk jadi husband dia, tapi tak ada perasaan cinta.” - ANDRIY
Sayang, takdir punya rancangan lain baginya. Pelan yang dirasakan mudah hampir memakan diri sehingga Andriy terpaksa tamatkan segalanya dan belajar untuk menerima kehadiran Zafeeya dalam hidupnya.
Namun, bayang rancangan kejinya terbongkar apabila Shasha tiba-tiba pulang ke tanah air untuk menghadiri majlis perkahwinannya dengan Zafeeya.
“You can't live without me. I know that. Lambat-laun I yakin you akan ceraikan dia.” - SHASHA
Kepercayaan Zafeeya terhadap Andriy lantas teragut. Saat Zafeeya menjauhkan diri, Andriy kian merasakan dirinya tipis dengan harapan. Walau kini dia ikhlas, niat yang pernah keji tetap memakan diri!
Tetapi di sebalik semua kejadian itu, terselit hikmahnya. Seperti masamnya tomato, ada terselit rasa manisnya.

5 Kisah Cinta Psiko


Tajuk: 5 Kisah Cinta Psiko
Penulis: Haryani Kamilan
Harga: RM10.00

Sinopsis
Pernah kenal manusia psiko? Yang kau lihat dia normal macam orang lain, tapi kau tak tahu di sebalik manis kata-katanya, rupa-rupanya dia adalah pembunuh! Lebih menggerunkan apabila kau cuma kenal dia melalui alam siber, sedangkan dia sebenarnya dah lama perhatikan kau dan menunggu peluang menjadikan kau mangsa seterusnya. Hah, seram tak? 
Itulah yang penulis nak sampaikan dalam buku ni, kadang-kadang orang yang kau percaya itu yang akan buat aniaya. Apabila sudah terkena, menyesal pun tak berguna. Sekurang-kurangnya buku ini dapat mengingatkan kau supaya berhati-hati dengan jenayah siber. Sebab sasaran mereka tidak mengenal usia dan bangsa.

Pemusnah Hati

Tajuk: Pemusnah Hati
Penulis: Siti Khadijah
Harga: RM29.00

Sinopsis
Diculik, dikurung dan diseksa oleh Razak Hitam kerana ingin melihat TUAN ZABIR melutut di hadapannya. AISY RAISYA tergamam. Dia bingung. Penculikan itu telah membongkarkan identiti sebenar ayahnya yang selama ini disanjung tinggi. Aisy kehilangan kata. Dek perbuatan si ayah, Aisy yang menanggung akibatnya!
Akan tetapi, rancangan itu tidak menjadi seperti yang dirancangkan. QARTAL muncul sebagai penyelamat meskipun dia salah seorang daripada penculik yang bertanggungjawab meletakkan nyawa Aisy dalam bahaya.
Meskipun kepercayaan kepada Qartal bukanlah seratus-peratus tetapi demi menyelamatkan menyelamatkan nyawanya, Aisy sanggup. Aisy diselamatkan beberapa kali oleh Qartal sewaktu dalam bahaya ketika melarikan diri. Namun, keadaan bertambah kusut apabila tanpa sengaja, hati Aisy tercuit dengan sisi lain yang ditunjukkan oleh Qartal.
"Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh suka pada penculik? Mengarut, kan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal." -AISY RAISYA.
"Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!" - QARTAL.
Keadaan menjadi bertambah rumit dengan kemunculan UMAR FARUQ sebaik saja Aisy berjaya diselamatkan. Lelaki itu telah meletakkan Aisy dalam situasi yang sukar. Situasi di mana emosi dan perasaannya diuji dengan begitu hebat. Hatinya musnah dek kebenaran yang telah tersingkap.
"Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!" - UMAR FARUQ.
Siapa Qartal dan Umar Faruq yang sebenarnya? Dapatkah Aisy mencari Qartal yang 'hilang'? Mampukah Aisy memberi kemaafan kepada Tuan Zabir setelah lelaki itu membuat hidupnya kucar-kacir? Antara dendam dan simpati, manakah yang akan menguasai hati?

Mencari Hilang

Tajuk: Mencari Hilang
Penulis: Hanni Ramsul
Harga: RM26.00
ISBN: 978-967-0874-50-0
Jumlah muka surat: 712

Sinopsis:

Takdir meletakkan Farisha di tangan lelaki yang salah. Dia mengalah dengan hidup. Dia tewas. Putus asa dan menyerah. Kuatkah dia untuk bangkit berjuang? Gagahkah dia mencari bahagia yang seakan-akan mitos padanya? Farisha tidak berani lagi meletak harapan kepada sesiapa pun. Dia tidak percaya kepada sesiapa lagi. Baginya kesunyian dunia ciptaannya sudah cukup membuat dia bahagia.

Haziq lelaki yang bertanggungjawab membuat hidupnya gelap. Memisahkan dia dengan ibu tersayang juga meletakkan dia sebagai pesalah untuk dosa yang bukan dia pelakunya. Haziq menyesal. Mampukah Haziq mendapatkan kemaafannya?

Rayyan pula, pencinta hebat yang kononnya cintakan Farisha sepenuh hati. Namun, dengan sedikit ujian, Rayyan sudah melenting hebat. Rayyan menambah sakit di jiwa Farisha. Setelah menyesal, mungkinkah dia yang berjaya memberi sinar bahagia dalam hidup Farisha?

Atau, mungkin Zaheem. Lelaki yang sentiasa ada untuk membantu Farisha ketika wanita itu melalui jalan yang sukar dalam hidupnya. Zaheem lelaki baik yang sangat prihatin. Tetapi, Zaheem adalah suami orang. Barangkali tidak salah untuk dia menumpang bahagia Zaheem? Mampukah Zaheem menjadi penawar jiwa Farisah yang tenat?

Andai bukan mereka, mungkinkah Irman boleh kembalikan ‘hidup’ pada Farisha? Irman seorang pencinta dalam diam. Sentiasa mencintai Farisha dan menjadi pelindung Farisha tanpa wanita itu sedar. Dia tahu Farisha sedang menderita dan dia tidak akan tega melihat wanitanya terus menderita.