Wednesday, May 3, 2017

Isteri Acah-Acah

Tajuk : Isteri Acah-Acah
Penulis : Murni Aqila
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0794-0
Mukasurat : 448

Sinopsis
“Aku tak pernah bercinta dengan kau. Dah tu, buat apa kau nak terima aku jadi suami kau? Buat apa?” jerit Jay bengang.

“Kenapa Abang Jay salahkan saya aje? Padahal Abang Jay boleh pilih siapa yang Abang Jay nak jadikan isteri. Abang Jay boleh kata ‘tak nak’ depan tok kadi hari tu. Tapi kenapa Abang Jay diam?” Naik satu oktaf nada suara Hani.

Sepatutnya Hani Yusaira gembira kerana dijodohkan dengan lelaki yang dipuja sejak kecil. Tapi lain pula yang jadi. Dia dan Jay Zamir sama-sama tertipu. Dikahwinkan dalam keadaan terpaksa rela. Sedangkan dia ada Umar, sahabat yang sentiasa ada ketika dia susah atau senang. Dengan Jay, dia asyik bertekak tak habis-habis. Tapi takdir Tuhan itu cantik susunannya.

“Sebenarnya...” Jay menelan liur. “Boleh tak... err... boleh tak abang nak...”

Itulah titik tolak bermulanya sesuatu yang tak disangka. Walau hanya sebagai isteri acah-acah, Hani tetap mengorak langkah dengan hati yang tabah.

Jodoh Yang Tertangguh

Tajuk : Jodoh Yang Tertangguh
Penulis : Rose Ezadora
Harga : RM19.00
ISBN : 978-967-0870-39-7

Sinopsis
“Ilyna Suffiyah apa khabar?” – Rafiq

Dia ternganga. Betul ke lelaki ini Abang Rafiq? Lelaki yang dulu tak punya pesona di matanya. Ilyna Suffiyah cuba menafikan namun hakikat tidak membenarkan. Dia lelaki yang sama tapi tak serupa. Kacak!

Separuh hati dah mula setuju tanpa banyak syaratnya. Tambah pula senyuman ibu bagai mengeyakan lagi agar Ilyna menerima pinangan ini. Rafiq bukan orang jauh. Jiran depan rumah ibunya di kampung. Kawan baik abangnya, Fadil dan lagi kuat bila Rafiq memang suka padanya sejak dari bangku sekolah lagi. Itu luahan yang jujur.

Tapi… Fahmi?

“Encik Fahmi jatuh, ya?”-Doktor

“Hemmm… Sikit aje tapi orang sebelah ni yang sibuk nak saya pergi klinik juga,” – Fahmi.

“Yalah, Encik Fahmi. Isteri mana yang tak risau? Kalau jadi apa-apa nanti dia juga yang susah.”- Doktor

Isteri? Eh, doktor dah salah sangka ni. Rasa berdendang pula hati Ilyna walaupun sebenarnya hanya dia dan Fahmi yang tahu status sebenar. Jiran sebelah rumah! Fahmi hanya jiran dia yang suka membantu. Suka berjalan beriringan dengannya, malah sentiasa ada bila dia memerlukan.

Ilyna buntu. Antara Rafiq dan Fahmi siapa yang dia harus pilih.

Bila mata si ibu bersinar menyatakan nama Rafiq, dia akur. Fahmi terpaksa dia lupakan. Ilyna mula memupuk cinta. Tak susah, kerana kebaikan Rafiq memikat hatinya.

Namun, impian mereka yang baru hendak dibina, musnah tanpa isyarat. Dia, harungi duka sendiri. Dia rebah. Rafiq! Kenapa kau lakukan ini? Ilyna Suffiyah hanya pasrah. Kerana Rafiq, semuanya musnah. Sampai hati…

Ilyna rebah tak lama. Dia bangkit semula untuk hidupnya sendiri. Dan Fahmi kembali hadir menghantar bunga cinta. Benarlah kata orang, kalau jodoh tidak ke mana. Ilyna terima cinta Fahmi kerana dia juga telah lama sudi.

Kasih dan sayang Fahmi bukan sekadar pengucapan. Cinta mereka bukan hiasan. Namun, siapa sangka ada percaturan lain yang Allah berikan padanya.

Dapatkah Ilyna merasai kebahagiaan yang dia cari? Atau, akan ada mimpi-mimpi indah buat peneman lenanya?

Jodoh itu milik Allah. Walaupun ia tertangguh namun ia tetap tiba bila masanya.

Mencari Hilang

Tajuk : Mencari Hilang
Penulis : Hanni Ramsul
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0874-50-0
Mukasurat : 712

Sinopsis
Takdir meletakkan Farisha di tangan lelaki yang salah. Dia mengalah dengan hidup. Dia tewas. Putus asa dan menyerah. Kuatkah dia untuk bangkit berjuang? Gagahkah dia mencari bahagia yang seakan-akan mitos padanya? Farisha tidak berani lagi meletak harapan kepada sesiapa pun. Dia tidak percaya kepada sesiapa lagi. Baginya kesunyian dunia ciptaannya sudah cukup membuat dia bahagia.

Haziq lelaki yang bertanggungjawab membuat hidupnya gelap. Memisahkan dia dengan ibu tersayang juga meletakkan dia sebagai pesalah untuk dosa yang bukan dia pelakunya. Haziq menyesal. Mampukah Haziq mendapatkan kemaafannya?

Rayyan pula, pencinta hebat yang kononnya cintakan Farisha sepenuh hati. Namun, dengan sedikit ujian, Rayyan sudah melenting hebat. Rayyan menambah sakit di jiwa Farisha. Setelah menyesal, mungkinkah dia yang berjaya memberi sinar bahagia dalam hidup Farisha?

Atau, mungkin Zaheem. Lelaki yang sentiasa ada untuk membantu Farisha ketika wanita itu melalui jalan yang sukar dalam hidupnya. Zaheem lelaki baik yang sangat prihatin. Tetapi, Zaheem adalah suami orang. Barangkali tidak salah untuk dia menumpang bahagia Zaheem? Mampukah Zaheem menjadi penawar jiwa Farisah yang tenat?

Andai bukan mereka, mungkinkah Irman boleh kembalikan ‘hidup’ pada Farisha? Irman seorang pencinta dalam diam. Sentiasa mencintai Farisha dan menjadi pelindung Farisha tanpa wanita itu sedar. Dia tahu Farisha sedang menderita dan dia tidak akan tega melihat wanitanya terus menderita.

Berjayakah dia menjadi hero, selamatkan hati Farisha?

Berani Gagal



















































Tajuk : Berani Gagal  
Penulis : Billi Lim
Harga : RM43.80
ISBN : 9789670166025
Mukasurat : 425
Berat :

Sinopsis
* Sila rujuk 'cover' belakang




Saya Bukan Ustaz, Tapi Baru Nak Start

Tajuk : Saya Bukan Ustaz, Tapi Baru Nak Start
Penulis : Syamsul Debat
Harga : RM26.00
ISBN : 
Mukasurat : 208

Sinopsis
Teruskan berkata baik, berbuat baik dan menjadi orang yang baik. Supaya mati nanti, orang akan sebut yang baik-baik sahaja tentang kita.

Dakwah adalah jalan hidup seorang muslim. Apa jua pekerjaan, apa jua jawatan, tugas dalam berdakwah tidak boleh ditinggalkan.

Penerbitan buku SAYA BUKAN USTAZ, TAPI BARU NAK START adalah salah satu langkah dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat umum di luar.

Buku ini merupakan kompilasi ceramah Ustaz Syamsul Debat di dalam Televisyen, Youtube dan juga CD. Sepertimana gayanya menyampaikan dakwah di hadapan khalayak, begitu jugalah gaya penulisannya di dalam buku. Santai, mudah difahami dan mempunyai unsur-unsur humor. Walaupun begitu, ia sarat dengan nasihat dan pengajaran.

Antara isu utama yang di dikupas adalah isu kekeluargaan, perkahwinan, gaya hidup serta pekerjaan.

Walaupun buku ini hanyalah sekadar buku motivasi agama yang mana hanya menyampaikan Ilmu-ilmu yang ‘basic’, apa yang lebih penting masyarakat diluar mudah untuk mereka hadam dan secara tidak langsung ia menanam minat dan melorongkan mereka kepada kebaikan.

Tuesday, May 2, 2017

B.F.E (Best Father Ever)


Tajuk: B.F.E (Best Father Ever)
Penulis: Sha Ibrahim
Harga: RM23.00
ISBN: 978-967-0874-51-7
Jumlah muka surat: 624

Sinopsis:

Selepas kematian isteri tercinta, hidup Zyne Aariz hanya tertumpu kepada Tiara Ameena, satu-satunya ‘harta’ yang ditinggalkan oleh arwah isteri buat dirinya. Tiaralah racun, Tiara jugalah penawarnya. Disebabkan jarak usia antara dia dan Tiara tidak begitu ketara, keakraban dan kemesraan mereka apabila berada di luar rumah sering kali disalahtafsirkan. Sekali pandang, tak nampak langsung seperti anak dan ayah. Tetapi… lebih kepada ‘skandal’!

Ini kisah ‘persahabatan’ antara seorang ayah dan anak perempuannya. Namun, kehidupan mereka dua beranak mula berubah dengan kehadiran Rania dan Fateh. Rania adalah wanita yang mula mendapat tempat di hati Zyne Aariz, manalah Fateh pula adalah lelaki pertama yang berjaya membuatkan Tiara mengenal erti cinta. Namun, kali ini Zyne Aariz pula yang tidak merestuinya. Bagi Zyne Aariz, ‘melepaskan’ Tiara kepada lelaki itu adalah satu perkara yang sangat sukar!

Apakah kesudahan kisah dua beranak ini?

Adakah bahagia akan terus mengiringi kehidupan mereka sekeluarga?

Mampukah Zyne Aariz ‘melepaskan’ Tiara dan membiarkan anaknya itu mencari kebahagiaan yang diinginkan?

Berjayakah Fateh hadir di antara dua beranak ini?



“B.F.E? Best Friend Ever? Taklah! Best Father Ever!”


Ti Amo Sweetheart 100 Hari


Tajuk: Ti Amo Sweetheart 100 Hari
Penulis: Suri Ryana
Harga: RM24.00
ISBN: 978-967-0874-52-4
Jumlah muka surat:- 624

Sinopsis:-

Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?

Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”s