Monday, May 8, 2017

Sweet & Dangerous

Tajuk : Sweet & Dangerous
Penulis : Fazlyn Ridz
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-0907-55-0
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kisah cinta luar biasa antara Fakhrul dan Humairah.

Keluarga Syahirah bermata duitan membuatkan Fakhrul seorang pegawai komando, terdampar dalam kekecewaannya setelah dipinggirkan. Demi wang, dia memilih melakukan satu tugas untuk menyiasat tentang satu kisah tragis yang mengorbankan hampir seluruh keluarga orang kaya Arman di Yangon suatu masa dulu.

Namun setelah mengenali Angelina Khon di Yangon, dia telah jatuh cinta. Sayangnya, kisah tragis Arman itu ada kena-mengena dengan Angelina. Demi keselamatan keluarganya dan Angelina sendiri, dia memilih mengorbankan cintanya kepada gadis itu. Sayangnya, Angelina telah terseret dalam dendam yang tidak jelas puncanya.

Tiga tahun hidup sebagai tawanan kepada orang asing, Angelina berjaya pulang semula ke Yangon. Sangkanya kisah lama itu telah berakhir. Namun dia dipertemukan dengan kebenaran, Fakhrul ialah orang suruhan Arman. Lebih daripada itu, Arman menghantar orang suruhannya untuk memikat Angelina semula.

Nekad demi cinta! Biarpun sedar dia telah menganiaya Angelina, Arman tetap cuba mendapatkan gadis itu melalui Fakhrul. Sayangnya dia dihidangkan dengan rahsia yang amat menyakitkan.

“Ya, saya cintakan lelaki yang awak panggil pengkhianat itu. Lebih darpadai itu… saya menidurinya.” – Angelina a.k.a. Humairah

“Saya cintakan Humairah.” – Fakhrul.

Berlarian di atas muka bumi Tuhan ini semata-mata demi mempertahankan cinta mereka. Rentetan daripada dendam Arman yang hampir-hampir merenggut nyawa cahaya mata Fakhrul dan Humairah, Fakhrul nekad menjadi seorang pembunuh demi nyawa orang yang dikasihinya. Namun, akibat perbuatannya itu tidak mudah untuk dipadamkan.

Bagaimana untuk Fakhrul pulang ke pangkuan kekasih hatinya? Ini bukan kisah cinta biasa-biasa. Darah dan permata masakan boleh bersatu? Namun bagi mereka, jika sudah Tuhan menentukan hati mereka bersatu, agi idup agi ngelaban! Biar habis nyawa di badan, pejuang seperti Fakhrul… tidak akan pernah membiarkan dirinya kalah!

Solat Subuh Dalam Dunia Islam

Tajuk : Solat Subuh Dalam Dunia Islam
Penulis : Samir Al-Qarni bin Muhammad Riziq
Harga : RM15.00
ISBN : 9789675274909
Mukasurat : 246
Berat :

Sinopsis
"...Marilah menunaikan solat. Marilah menuju kejayaan. Solat itu lebih baik daripada tidur..."
Inilah maksud azan yang sayup-sayup kedengaran ketika masuk waktu subuh setiap hari. Ketika ini ramai yang masih lena dibuai mimpi. Ada yang sibuk bersiap untuk bergegas ke tempat kerja, bagi anak-anak pula sibuk bersiap untuk ke sekolah. Leka dengan lena yang dibuai mimpi indah, sibuk dengan keperluan dan kehendak harian yang padat. subuh berlalu begitu sahaja. Berlalu dengan hikmah, keberkatan dan ganjaran yang tidak ternilal banyaknya. Setiap hari ia berlalu dan terlepas walaupun la sudah berada di hadapan pintu rumah, yang hanya menunggu kita untuk membuka dan menjemputnya masuk dan menyinari kehidupan kita.

Manfaat subuh bukan hanya dari sudut ibadah dan spiritual sahaja. Malah kesannya terhadap kesihatan fizikal clan mental serta disiplin begitu besar. Dari sudut psikologinya juga amat mempengaruhi kehidupan sehanan manusia. Solat subuh mempunyai zat-zat yang amat diperlukan oleh ruh, minda serta akal manusia yang mana mampu memancarkan cahaya kecemerlangan clan mengindahkan karisma clan penampilan seseorang. Dari sudut kesihatan juga banyak memperkatakan tentang keutamaan dan khasiat yang terdapat dalam waktu subuh yang baik untuk tubuh badan dan emosi.
Dengan kehadiran buku ini akan memberi semangat dan azam kepada kita untuk meraih clan mencapai hikmah, ganjaran dan keberkatan solat subuh.

Jangan menunggu matahari terbit dan jangan menunggu sehingga matahari terbenam.

Adel... I Love You

Tajuk : Adel... I Love You
Penulis : Dhiyana
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0907-57-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Apabila dua pasang mata saling bertentangan, dua ulas bibir saling bertukar senyuman. Tanpa sedar, Adelia Zahra memuji akan aset utama yang menjadi tarikan Firas Mikhail, si duda beranak dua. Redupan pandangan mata yang dimiliki oleh Firas selalu saja mengusik hati kecilnya.

Disangka Firas si duda beranak dua, tetapi rupa-rupanya masih lagi bergelar jejaka. Hubungan baik Firas dengan Tok Embun dan Tok Wan Hassan membuatkan Adel dan Firas kerap kali bersua muka. Bibit perkenalan mesra mula tercipta. Tanpa disedari kedua-duanya, kemesraan itu membuatkan hati mereka berdua terusik oleh sesuatu.

Permintaan keluarga tidak dihampakan. Firas mengikat tali pertunangan dengan Qisya, wanita yang dikenalinya selama bertahun-tahun. Hatinya pasrah. Dia menyangka Qisya adalah kebahagiaan yang diimpikan selama ini, tetapi rupa-rupanya hanyalah sementara. Hancur berderai kepercayaan dan juga kesetiaan apabila dia diduga dengan kecurangan Qisya. Saat hatinya terluka, Adel sentiasa ada di sisi sebagai penawar duka.

“Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi saya.” – Firas

“Saya akan sentiasa ada di sisi awak, Firas.” – Adel

Apabila hati semakin membentak untuk berkongsi rasa dan juga merasai nikmatnya bahagia, Firas dan Adel sama-sama mengakui rasa hati. Hati yang semakin gembur dengan perasaan indah, dibajai lagi dengan kenikmatan ertinya bahagia.

Namun, kebahagiaan mereka berdua direntap apabila Qisya menuntut Firas menunaikan janji akan sebuah perkahwinan. Saat Firas ingin melepaskan segala-gala yang terbuku dalam hati, permintaan ayahnya membuatkan dia tersepit.

Atas desakan Qisya, dan juga dendam kesumat yang lama terpendam, tegakah Firas membiarkan Adel menjadi mangsa? Benarkah bahagia yang diciptakan oleh Yang Maha Kuasa sememangnya milik mereka berdua? Jika ya, dia akan terus bertahan selagi ada asa dan selagi ada helaan nafas.

Friday, May 5, 2017

200 Soal Jawab Hadis

Tajuk : 200 Soal Jawab Hadis
Penulis : Kamilin Jamilin
Harga : RM35.00
ISBN : 967-978-86-0784-1
Mukasurat : 344

Sinopsis
Ilmu hadis merupakan salah satu kesenian penting dalam ilmu-ilmu Islam. Ia menyediakan panduan hidup yang komprehensif buat umat sejagat. Menguasai kesenian hadis ini bukanlah sukar atau mustahil jika ia dipelajari secara teori dan amali secara bersama. Ingin cuba? Buku ini menyediakan jawapan terhadap banyak persoalan-persoalan penting ilmu hadis yang sering berlegar dalam kalangan masyarakat dan penuntut ilmu dengan bimbingan serta contoh yang membantu kefahaman pembaca.

Wednesday, May 3, 2017

Till Jannah

Tajuk : Till Jannah
Penulis : Theya Nur
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0870-35-9

Sinopsis
Perkahwinannya di luar negara dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya. Atas sebab tertentu, Tengku Ashraf Furqan terpaksa kembali ke Malaysia selepas bertahun menyepi bersama anaknya, Farisya. Namun, kepulangannya bersama Farisya mengundang kemarahan seluruh kerabat Tengku Ali Saifuddin.

Demi memulihkan nama keluarga di mata masyarakat, Ashraf diberi kata dua, kahwin atau Farisya akan dihantar ke rumah kebajikan. Kerana tidak mahu kehilangan Farisya, Ashraf memilih untuk berkahwin. Takdir telah mempertemukan Ashraf dengan Quraisya tepat pada waktunya. Dan takdir juga menjodohkan mereka menjadi suami isteri apabila Farisya memilih Quraisya sebagai mama barunya.

“Now I know kenapa Risya betul-betul suka you. She can see your heart, Quraisya. I harap, you boleh sayang dia macam anak you sendiri.” – Tengku Ashraf Furqan

“You’re an amazing man. Sanggup berkorban demi anak. 7 tahun awak besarkan Risya seorang diri. Saya tahu tak mudah. Walaupun saya tak pasti hubungan sebenar awak dengan Risya, tapi saya pasti Risya bukan seperti yang disangka.” –
Quraisya.

Selepas dibuang keluarga, rumahtangga mereka baik-baik sahaja. Namun, segalanya berubah apabila Quraisya cuba menjalin kembali hubungan kekeluargaan yang telah terputus. Kehadiran Tengku Adrian menagih kemaafan dan kemunculan Ustaz Safwan menagih cinta yang tidak kesampaian memburukkan keadaan. Terbongkar pula kisah silam Quraisya menggoyahkan kekuatan mahligai cinta mereka.

“Everything is over. Farisya dah pergi.” – Tengku Ashraf Furqan “Abang, saya minta maaf. Saya yang salah. Saya tak jaga Risya baik-baik.” – Quraisya “I’m glad to hear that. And now, what you can do? Nothing.” – Tengku Ashraf Furqan Apabila semua kesalahan dituding kepada Quraisya seorang, mampukah Quraisya bertahan? Kuatkah mahligai cinta yang asalnya terbina kerana Farisya selepas anak kecil itu dibawa pergi? Dapatkah kisah kasih sayang mereka sekeluarga bertahan hingga ke jannah?

Nasi Lemak Tepi Kubur

Tajuk : Nasi Lemak Tepi Kubur
Penulis : Izma Qahiera
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-0870-38-0

Sinopsis
“Awak ni jenis anti perempuan ke?” –Yusma

“Kalau ya kenapa?” –Haliq

“Boleh saya tahu kenapa?”-Yusma

“Itu bukan urusan awak.” -Haliq

Jangan sebut tentang perempuan di  depan Haliq. Kalau  boleh dia tak  mahu kaum Hawa wujud  di dunia ini. Kaum itu  hanya  tahu menghancurkan harapan dan impian pencinta sejati seperti  dia.

“Ayah ni dah tua Haliq. Ayah sunyi…” -Ayah

“Ayah nak kahwin ke? Kalau ayah berhajat, orang tak ada halangan. Kalau ayah nak orang tolong pinangkan calon mak tiri orang tu pun orang tak kisah.”-Haliq

Haliq tahu, ayah mahu  melihat  dia  mendirikan rumahtangga. Dia  pun bukannya  tak nak kahwin. Dia  masih trauma  dengan kenangan silam. Tapi  kini  dia  terjerat  dengan permintaan ayah. Apa  cara  yang dia  ada  untuk  memujuk  ayah menjalani pembedahan?

“Ayah saya suruh kahwin dengan awak.”-Haliq

“Tak naklah kahwin dengan awak. Muka banyak parut jerawat. Berlubang-lubang pulak tu.”-Yusma

Yusma  tak  main-main.  Mati  hidup  semula  dia  tak  mahu  dipasangkan  dengan  Haliq.  Jadi apakah  jalan yang Haliq ada? Dalam ramai-ramai  pekerja  di  Warung Nasi  Lemak Tepi Kubur ini, takkan seorang pun  tak boleh menjadi  isteri  olok-olok  Haliq?

Manja? Kau sudi tak? Kalau kau sudi, aku terus jadi ni!

Sayang I'm Yours

Tajuk : Sayang I'm Yours
Penulis : Nina Kamal
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0870-30-4

Sinopsis
“Errr… Saya Najihah, pelajar praktikal. Encik Zainal minta saya lapor diri kepada Encik Imran.” – Najihah
“Saya tahu.”- Imran
Terpanar! Saat memandang wajah yang berada di depan matanya, Najihah sesak. Terlayar semula peristiwa yang sudah mula dilupakan. Dia tidak pernah lupakan susuk dan wajah itu. Wajah yang memusnahkan hidupnya sekelip mata. Dibuang keluarga. Disisihkan. Dia cukup derita. Dia hanyalah gadis 17 tahun yang mengharungi ujian tanpa mengetahui kenapa dia diperlakukan begitu.
Adam Imran tidak percaya yang dia akan bertemu semula dengan perempuan yang bertanggungjawab ke atas Haikal. Ikutkan hati, dia ingin terus menghukum Jia. Namun, setelah mengenali Jia dengan lebih dekat, Imran akur yang dia sudah jatuh hati dengan perempuan yang pernah dia benci dan mungkin membenci dirinya atas apa yang dilakukannya dulu.
“Macam mana Misya tahu Kak Jia tak suka abang?”- Imran
“Misya tanya tadi.” – Misya
“Dia kata dia tak suka abang, ya? Mmm, abang dah agak pun.” –Imran

“Susah kalau abang nak pikat Kak Jia tu. Misya tengok Kak Jia tu bukan jenis yang sembarangan. Kalau abang yang kacak dan kaya pun dia tak pandang, macam mana nak move forward? Good lucklah abang.” – Misya

Apabila mengetahui kehadiran Bazlan yang kembali untuk mendapatkan cinta dari Jia, Imran bertindak menjadikan Jia miliknya yang sah!
“Saya minta maaf atas salah faham ini. Sebenarnya Jia dah terima lamaran saya. Kami tak sangka Encik Bazlan ini pula akan sampaikan hasratnya. Jadi, kami perlu berterus terang tentang hubungan kami ini.” – Imran

Adam Imran mula memikat hati seorang isteri yang dia cintai. Dia tidak mampu untuk undurkan masa. Namun dia nekad. Demi Jia, dia akan tetap mempertahankan rumahtangganya. Demi kesilapan yang dia lakukan dulu, dia akan pastikan yang Jia bahagia selamanya.
Jia. Dia mencari setiap jawapan atas apa yang pernah berlaku. Walaupun hatinya dilukai, tapi Jia, dia gadis tabah!