Thursday, July 20, 2017

Kuasa Zikir Allah : 24 Jam Hidup Bahagia

Tajuk : Kuasa Zikir Allah : 24 Jam Hidup Bahagia
Penulis : Imam Al-Ghazali
Harga : RM20.00
ISBN : 9789670465678 
Mukasurat : 258


Isteriku Nanny

Tajuk : Isteriku Nanny
Penulis : Ayu Balqishah
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0786-5
Mukasurat : 400

Sinopsis
Aina Batrisya  gadis polos beperwatakan biasa tetapi bisa menarik mata yang memandang. Berhijrah dari bandar ke bandar yang lain sebenarnya tidak memberi masalah. Cuma yang memberatkan adalah cinta yang menyakitkan.  Kesempatan yang ada Aina Batrisya  mahu menjauh, berhijrah ke tempat lain dengan kerjaya yang asing.

Zairel Benjamin, kebetulan yang berulang kali seolah membuka ruang cinta buatnya dengan gadis polos itu. Bagi Zairel, apa yang pasti baginya, gadis itu haruslah dimiliki. Walau bagaimana cara sekalipun.

Izhan Rayqal. Cinta tidak lagi dipercayai. Namun kesilapan menilai keadaan membuat dia akhirnya kembali mendapatkan sebuah keyakinan cinta sejati. Pertemuannya dengan gadis itu membuat dia terpaksa akur mengakui perasaan sendiri.

Manakala Aina harus memilih satu antara dua. Kali ini pilihannya haruslah tepat, kerana dia sudah lelah untuk bermain cinta.

Projek Cinta : Kampus

Tajuk : Projek Cinta : Kampus
Penulis : Nurul Syahida, Nurina Feeza, Qaseh Husna
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0787-2
Mukasurat :

Sinopsis
Merupakan Projek pertama untuk novel Cinta di bawah label Alaf 21.
- Projek Cinta Kampus secara dasarnya melibatkan tiga orang penulis iaitu Nurul Syahida, Nurina Feeza dan Qaseh    Husna.
- Untuk projek pertama ini, genre yang akan diketengahkan ialah ‘Komedi Romantik.’
- Secara dasarnya setiap penulis akan menyumbang karya mereka dalam anggaran 100-120 muka surat setiap seorang.
- Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah bahasa santai dan tidak terlalu melankolik.

Dating Jumaat Malam

Tajuk : Dating Jumaat Malam
Penulis : Lynn Suraya
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0802-2
Mukasurat : 432

Sinopsis
Kata-kata Amira yang tidak percayakan perkahwinan ternyata menarik perhatian Faizal, arkitek muda yang tidak mahu berkahwin biarpun berkali-kali didesak orang tuanya. Setelah beberapa kali gagal bercinta, Faizal merasakan hidup sendiri lebih mudah dan mendamaikan. Dia juga tidak lagi perlu melukakan hati wanita yang menjadi kekasihnya. Namun, mendengar bicara Amira, Faizal memikirkan barangkali Amira tidak akan terluka jika menghawininya. Faizal memberanikan diri melamar Amira pada pertemuan kali kedua. Namun, Amira mencadangkan untuk mereka berkenalan dahulu. Lalu temujanji setiap Jumaat malam diatur untuk mereka saling mengenal hati budi.

“Saya terfikir, mungkin awak tak suka perempuan Melayu tapi mungkin awak suka perempuan mat salih? Sebab, saya tengok, awak suka makanan barat, mungkin selera awak ada pada wanita barat.” ~ Amira.

“Saya dah terangkan pada keluarga Amira yang kita berjumpa sebulan yang lepas ketika Amira menemuramah saya dan kita mula berkawan selepas itu. Kita keluar temujanji setiap Jumaat malam. Ayah awak kata, dia hairan bila awak balik lewat setiap Jumaat malam dan tidak menyangka awak sudah ada teman lelaki.” ~ Faizal.

Faizal nekad menghantar rombongan meminang biarpun Amira masih belum serius memberi kata putus untuk membina mahligai rumah tangga bersamanya. Syukur pujukan ibu Faizal berjaya melembutkan hati Amira untuk bernikah. Namun, bagi Amira dia kini sudah terperangkap dalam jerat yang dipasang Faizal. Adakah dia akan terluka dalam perhubungannya bersama Faizal seperti yang sering disebut-sebut Faizal sebelum ini? Bagaimanakah pengakhiran hubungan mereka?

Kekuatan: Bacaan di ILHAM telah mencecah 70,059 bacaan. Sebuah karya romantik dengan garapan dan teknik penceritaan yang sangat  out standing. Sehingga menyebabkan pembaca pasti akan terbuai-buai dan tersentuh dengan kisah percintaan selepas kahwin. Konflik yang kuat dan pengakhiran cerita yang sangat memuaskan hati pembaca. Selain itu, karya ini juga membawa pembaca menelusuri ke Negara-negara Eropah seperti Perancis, Croatia dan England. Juga dengan mengetengahkan isu pelarian warga Syria ke Negara Eropah dan bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh watak utama pasti akan menyebabkan pembaca lebih tertarik untuk terus membaca karya ini.

Antara Mawar Dan Kaktus

Tajuk : Antara Mawar Dan Kaktus
Penulis : Atie Atiya
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0799-5
Mukasurat : 448

Sinopsis
Pertemuan mereka tidak dijangka. Saat hiba menyelubungi hati Lisa, saat itulah berlakunya kekejaman terhadap Si Comel di hadapan matanya. Ia merobek hati Lisa yang sedang merintih. Tanpa berfikir panjang, satu tindakan yang kurang wajar telah dilakukan Lisa. Sekelumit dendam akhirnya perlahan-lahan hadir dalam hati Irfan. Namun, senyuman itu menghadirkan rasa tenang di hati dan memadamkan api dendam yang baru sahaja menyala. Lamaran dihantar Irfan membuatkan Lisa serba salah. Dia cintakan orang lain sebenarnya.

Namun, Lisa tidak pasti orang yang dicintainya itu sukakan dia ataupun tidak. Lalu, Antara ‘Mawar’ dan ‘Kaktus’, adalah penentu kepada pilihan Lisa. Ketika pilihan sudah dibuat dan persediaan perkahwinan sedang berlangsung, Lisa nekad membatalkan perkahwinan itu. Irfan pasrah dan berserah kepada takdir.

“Walaupun kaktus berduri,
Ia juga akan mengeluarkan bunga.
Walaupun kau sukar untuk kuhampiri,
tapi dalam hatiku, putik cinta mula berbunga.” – Irfan

“Kukirimkan pokok mawar ini sebagai lambang cintaku kepadamu. Jika ALLAH takdirkan pokok ini berbunga, maka dapatlah dikau membaca surat ini dan dapatlah jugak mengetahui niat dan hajatku.” - Dr. Haikal

Izinkan Kupergi

Tajuk : Izinkan Kupergi
Penulis : Damya Hanna
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-86-0805-3
Mukasurat : 528

Sinopsis
Atiyah dan Zuhairi membina mahligai perkahwinan atas dasar cinta. Kasih sayang telah dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi sehinggalah mereka melayari bahtera rumah tangga dengan begitu bahagia. Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dibina retak setelah diuji dengan satu kejadian.

Atiyah terluka dengan kejadian itu dan pergi membawa diri. Meninggalkan Zuhairi terkapai-kapai menanggung derita bertahun lamanya. Perkahwinan mereka tergantung begitu sahaja dan terbiar sepi.

Masa berlalu, pertemuan semula dengan Atiyah meragut kembali ketenangan jiwa Zuhairi. Namun Zuhairi nekad untuk membalas luka berparut yang ditinggalkan Atiyah agar wanita itu merasai deritanya. Tidak mudah menerimanya begitu sahaja.
Atiyah rela dipersalahkan walaupun niat sebenar kepulangannya bukan untuk menagih kemaafan. Segala kebencian dan dendam Zuhairi terhadapnya terpaksa ditelan bersama pilu yang mencengkam.

Dalam benci, sejujurnya ada rindu. Biarpun luka yang tertoreh di hati begitu parah namun perasaan mereka tidak pernah mati. Tetapi disebabkan ego dan harga diri yang ada dalam jiwa masing-masing, Atiyah mahupun Zuhairi tidak mahu mengalah. Maka, perlukah mereka mempertaruhkan cinta suci mereka demi kenangan lalu yang memedihkan?

'Dia' My Love

Tajuk : 'Dia' My Love
Penulis : Zan Zarida
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0804-6
Mukasurat : 416

Sinopsis
Bertunang dengan orang lain, tetapi hati menyukai jejaka lain pula. Jangan buat main, Rus Ashiya! Hati mengingatkan, namun takdir TUHAN tiada siapa dapat menduganya.

Kehadiran putera kayangan dan harimau bintang Parsi sama-sama menggugat hatinya. Seorang suka main sembunyi-sembunyi, seorang lagi muncul sekali-sekala dan tidak pernah berdating.

Bertunang tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Bercinta, tidak semestinya berjodoh. Beberapa hari lagi majlis pernikahan Rus, sesuatu yang tidak terduga berlaku. Dia baru hendak melompat kegembiraan, tetapi sudah jatuh terduduk.

“Dia…” panggil Rus.
“Yes, honey...” Suaminya menyahut dengan senyuman.
“D.I.A la, bukan D.E.A.R!”
“Kalau dah kahwin, bukan kena panggil dinda kanda ke?”
“Itu panggilan zaman nenek moyang!” 
“Hmm… dia pun dialah! Janji Rus dah jadi darling saya.”
Benarlah kata pujangga, andai berjodoh, si dia pasti datang bersama cinta. Tetapi tetap bersama kejutan yang tidak terjangka. Pabila Dia Bertukar Dear, hati pun jatuh tergolek-golek!