Friday, August 4, 2017

Istimewanya Dia

Tajuk : Istimewanya Dia
Penulis : Aina Hamra
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-5289-64-4

Sinopsis
“Sementara abang pergi, Nana tinggal dengan Cikgu Jasmine ya? Abang dah minta tolong dia. Sekejap aje abang pergi. Seminggu.”
Nana menundukkan kepala. “Dulu mak pun kata seke...jap ta...pi a...bah dengan mak tak... balik.”

ISTIMEWANYA DIA, Nur Hana merupakan seorang kanak-kanak lembam yang dianugerahkan untuk Irfan Qusairy. Kerana dia, Irfan banyak belajar perkara baru. Kerana dia, Irfan jadi penyabar dan kerana dia, Irfan mengenali Jasmine Khaleeda.

“Hari ni Nana cari kain batik arwah. Nak mandi katanya.”
“Oh, hari tu saya demo depan dia. Masa ajar mandi hadas.”
“Hah? Demo?”
“Eh, bukan berkemban depan dialah! Saya yang pakaikan untuk Nana! Kepala otak awak jangan nak pusing ke tempat lain.”

AWAL PERKENALAN, adalah kerana Nur Hana namun, ‘rasa’ itu semakin membuak-buak di hati masing-masing. Keprihatinan dan kelembutan Jasmine melayan Nana membuatkan hati Irfan terjerat. Tanggungjawab Irfan terhadap adiknya pula membuka mata Jasmine dan membuatkan gadis itu nekad melamar Irfan sebagai suaminya.

JASMINE sangka pelangi indah itu muncul selamanya namun, bahang mentari melenyapkan segalanya. Disebabkan cemburu dan salah sangka, rumahtangganya retak. Dia hampir kehilangan!

MAMPUKAH Jasmine memenangi hati Nini? Adakah Jasmine terus bahagia saat Tasya datang mengganggu?

Jo & Joe

Tajuk : Jo & Joe
Penulis : Soo Ree
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-5289-63-7

Sinopsis
“Keychain?” Jo melihat Joe memegang dua keychain kosong.
“Awak tulis satu, saya tulis satu.”
Jo tersenyum tanda faham
“Emm... jom tukar,” cadang Jo teragak-agak. Bimbang jika Joe tidak sudi.
“Okey. Emm... tapi kita tukar balik nanti. Saya tunggu awak habis sekolah.”

JANJI tinggal janji. Namun, kerana keychain itu juga, mereka bertemu kembali. Joe Aziz dan Jo Aina saling tidak mengenali. Hanya panggilan Milo dan Ais krim menjadi penghubung mereka. Lama mereka berhubungan dan akhirnya Jo mendapat tahu bahawa Joe Aziz adalah majikannya!

“Apa dah jadi dengan kau, Jo?” Dia merenung perubahan dirinya sebelum dan juga semenjak bergelar tunangan Joe. Memang banyak. Terlalu banyak.
“Dulu kau terima dia sebab nak bayar hutang saja, kan? Kenapa pulak kau jadi tamak semacam sekarang ni?”
“Aku buat sebab sayang dia. Aku tak nak hilang dia.”
“Tak nak hilang dia, atau tak nak hilang kemewahan yang dia boleh bagi?”

SEDAR akan perubahan dirinya, Jo Aina memutuskan pertunangan. Dia tidak mahu orang menghormatinya di hadapan tapi mentertawakannya di belakang. Gelaran ‘perempuan simpanan’ cukup membuatkan dia tertekan. Akhirnya, dia menghilangkan diri.

“Kota Cinta merai dan juga menoktahkan cinta.”

DI PARIS, Jo Aina dan Joe Aziz bertemu sekali lagi. Adakah pertemuan kali ini meraikan cinta mereka? Atau mungkin menemui titik noktah?

Bidadari Bermata Jeli

Tajuk : Bidadari Bermata Jeli
Penulis : Hana Ilhami
Harga : RM27.00
ISBN : 

Sinopsis
Aku hanyalah pendosa yang mengimpikan syurga...

Di The Stanley’s Suite Hotel, Tamara merupakan gadis kelahiran Bosnia yang dipelihara oleh orang Malaysia dan dijadikan anak angkat. Penampilannya ayu mengalahkan gadis Melayu, berbaju kurung, bertudung persis ustazah. Tapi pabila terlanggar eksekutif housekeeper yang garang dan cerewet itu, terkeluar habis loghat Negeri Sembilannya.

“Oh, mak kau kopalo jendol!”

“Hey, you! Stop right there!”

Pertemuan dengan Daniel Haidar berlaku pabila secara tak sengaja dia terlanggar jejaka itu. Kerana terlalu takut, Tamara terus melarikan diri tanpa menoleh pun. Punyalah selama ini dia berhati-hati dan mengelak daripada terserempak dengan salah seorang anak CEO The Stanley’s Suite Hotel itu.

“Does dejavu really happen?”

“Well, according to research, about two thirds of us experience at least one dejavu in our lifetime.”

Pertemuan dengan Tamara bagaikan dejavu bagi Daniel Haidar. Terasa Tamara begitu dekat di hati. Sudahlah langgar sampai berterabur fail, stafnya itu melarikan diri pula.

Kanta lekap berwarna kelabu yang melekat pada fail, menjadi permulaan episod antara Daniel dan pemilik kanta lekap itu.
“Kalau you nak selamat, you ikut apa I cakap.”
Penyelianya, Cik Eka Kamila memberi arahan agar Tamara tampil dalam rupa baru di hadapan Daniel. Dia perlu jadi seorang perempuan tembam, tapi hanya di depan Daniel. Apa motif Cik Eka?

Namun berjaya juga Daniel menemukan si pekerja yang misteri itu. Tapi entah kenapa Daniel bagai tidak peduli dengan rupa Tamara. Siap pelawa makan malam bersama lagi. Sesuatu yang sangat mengejutkan bagi seorang Daniel Haidar yang menetapkan kualiti yang tinggi untuk pasangan hidupnya.
“Have dinner with me tonight...”
“Hah?”
Apakah Tamara pun sudah jatuh hati? Tapi hatinya sudah lama dihuni oleh Helmi. Helmi yang selalu ada tika dia larut dalam derita yang melemaskan.

KARL – Doktor pelatih yang berwajah Inggeris itu sebenarnya telah lama jatuh hati terhadap Tamara. Meskipun dia tahu rahsia dan aib yang disembunyikan, tapi itu bukan penghalang baginya hendak memiliki si bidadari bermata jeli. Namun kehadiran Daniel menyukarkan keadaan. Di antara Helmi dengan Daniel, abangnya itu lebih memberikan ancaman.

Beberapa siri kejadian aneh yang berlaku dalam hidupnya, membuatkan Daniel tertanya-tanya.
Dejavu yang Daniel rasakan selama ini apakah benar-benar dejavu? Dan apakah realiti sebenar di sebalik sisi gelap hidup Tamara yang mampu mengubah ramah menjadi marah?

Halalkan Hati Yang Kucuri

Tajuk : Halalkan Hati Yang Kucuri
Penulis : Mia Kiff
Harga : RM29.00
ISBN : 

Sinopsis
Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai.

Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

“You tahu tak, kata Kak Joyah, I cuci tandas berganda bersih daripada cleaner sebelum ni. Bayangkan habis sebotol besar sabun dia I guna, sampai dia kata ni bukan tandas tapi kedai jual perfume.” – Delisha.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

“Abang tak mahu janjikan sayang bulan dan bintang, cukuplah kita sentiasa bersama di bawah cahayanya. Kalau abang tak mampu jadi pelita atau lampu yang menerangi hidup sayang sekalipun, cukuplah abang menjadi kunang-kunang yang menemani sayang dalam kegelapan…”- Faiq.

“Jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta akan menjadi kuasa luar biasa yang tiada tandingannya… Dan Isha bersyukur sangat, abang adalah orangnya…”- Delisha.

Hati Yang Tersakiti

Tajuk : Hati Yang Tersakiti
Penulis : Nuriffa
Harga : RM21.00
ISBN : 

Sinopsis
... Kerana terlalu mencintai.

Adam… Walau sebaik mana dia melayani seseorang wanita, dia tetap gagal. Gagal dalam percintaan. Dua kali putus cinta membuatkan dia pasrah dan reda. Jika ada jodoh pasti dia akan bertemu dengan wanita yang memang sudah ditakdirkan buatnya.

Farhaini… Hidup sebagai seorang adik angkat membuatkan dia tersedar akan sesuatu. Batas pergaulan antara dia dan Abang Idham terlalu besar jurangnya. Hatinya merintih kerana cinta yang mekar tidak dapat dipupuk. Kesudahannya dia hanya memendam perasaan sehinggalah dia bertemu lelaki itu. Lelaki yang membuatkan hidupnya berubah warna.

“Habis tu encik nak bawa saya pergi mana?” - Farhaini

“My house.” - Adam
Pertemuan yang tidak disangka itu membuahkan satu perasaan indah dalam hati Adam. Dia berusaha untuk mengenali dan mengambil hati Farhaini. Jarak umur 10 tahun tidak membataskan Adam untuk jujur dengan isi hatinya.

“Sebenarnya saya nak minta tolong awak untuk berlakon jadi kekasih olok-olok saya. Untuk satu hari aje.” - Farhaini

“Saya setuju. Tapi dengan satu syarat.” - Adam

Adam mengambil peluang itu untuk menawan hati si gadis. Perhubungan mereka berjalan lancar dan seperti apa yang diharapkan Adam. Tetapi dia tidak sedar. Kerana kejujuran dan sikapnya yang terlalu mudah menyayangi itu akan memakan dirinya sendiri pada kemudian hari.

“Katakan satu hari nanti saya ada buat sesuatu yang menyakitkan awak, apa yang awak akan buat?” - Farhaini

Kata-kata itu bukan sekadar soalan tapi lebih kepada mahu Adam bersedia. Hubungan yang dirasakan indah itu rupa-rupanya dibina atas dasar penipuan. Adam rasa dirinya diperbodohkan!

“Awak pernah tak fikir tentang perasaan saya bila awak buat keputusan untuk jadikan saya sebagai kambing hitam? Awak pergunakan perasaan saya untuk kepentingan awak sendiri. Unbelievable!” - Adam

“Saya tak bermaksud macam tu. Saya cuma…” - Farhaini

Cuaca tak selalunya indah. Begitu juga dalam sesuatu perhubungan. Di manakah nilai kasih sayang jika hanya sebelah pihak yang menunjukkan kesungguhan? Masih adakah harapan untuk Farhaini memujuk sekeping hati yang telah disakitinya? Dan mampukah dia menerima satu berita yang tidak dijangka?

Split

Tajuk : Split
Penulis : Nurul Ain Syuhada
Harga : RM23.00
ISBN : 

Sinopsis
MARYAM, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan… Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama!

“Kenapa saya tak pernah nampak awak?” – MIKAEL

“Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So, memanglah kita tak pernah terserempak.” – MARYAM

Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam! Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!

“Hoi? Kau hoikan aku? Aku ada nama okey. Nama aku bukan hoi. Hafez. H-A-F-E-Z. Hafez.” – HAFEZ

“Mikael, tak payah nak main-mainlah! Siang tadi awak tak buat perangai macam ni pun.” – MARYAM

Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa MIKAEL? Dan siapa pula HAFEZ? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula ADAM?

Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.

Thursday, August 3, 2017

7 Steps FB Ads For Business Owner (Edisi Bahasa Melayu)

Tajuk : 7 Steps FB Ads For Business Owner (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis : Jamal Saifufbads, Syafiq Taib
Harga : RM25.00
ISBN : 9789671468210