Sunday, August 13, 2017

Kekasih Encik Dingin

Tajuk : Kekasih Encik Dingin
Penulis : Crystal Anabella
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-314-0

Sinopsis
Bila pemuda dingin bersemuka dengan gadis suka menyakat, apa yang bakal berlaku?

Puteri Aurora @ Ice, seorang gadis kampung yang lincah dan ceria. Raizil Nasri pula pemuda dingin dan kurang emosi. Aurora buat perangai gila dengan menyakat pemuda itu saban hari.

“Sir tak perasan ke, sir tertinggal apa? Cuai betul sir ni?” – Aurora
“I tertinggal apa Aurora?” – Raizil
“Sir tertinggal hati saya! Tak nak ambil dan simpan ke?” – Aurora

Kadang-kadang Raizil dingin melayan kerenah Aurora. Kadang-kadang pemuda itu bikin Aurora keliru.

“Lain kali, kalau you teringin sangat nak keluar malam dan pergi tempat merbahaya, you can call me. I temankan you.” – Raizil
“Kenapa pulak sir nak temankan saya?” – Aurora
“So, I can protect you.”- Raizil

Raizil tayang muka benci, tapi senyum dalam hati. Aurora umpama mentari kecil yang menyinari hidupnya sejak dulu lagi. Bila Niki Arman memunculkan diri, Raizil fikir dia hampir mati!

“Enough! Sir fikirlah apa pun yang sir nak fikir. Cakaplah apa pun yang sir nak cakap. I’m giving up! I’m done with you!” – Aurora

Bila Aurora bertekad menjauhi cinta pertamanya, Raizil mati kutu. Dia tak bisa hidup gembira tanpa gadis itu. Adakah Aurora masih sudi menerima luahan hatinya yang tersimpan lama?

Antara dua orang jejaka, yang mana satu layak menjadi lelaki istimewa dalam kisah cinta Aurora? Siapa pula yang bakal disakiti bila Aurora membuat keputusan? Benarkah mereka tulus ikhlas mencintainya? Aurora sukar membuat pilihan!

Kembalikan Cinta

Tajuk : Kembalikan Cinta
Penulis : Mayesa Iman
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-365-313-3

Sinopsis
Comel! Itu kata Ryan Amsyar. Saat pertama kali melihat Ameena Jasmin. Namun, dalam hatinya telah terukir satu nama, Mellina. Dia lelaki yang setia pada cinta. Akhirnya, dia dan Mellina diijab kabul.

Tetapi, bahagia yang dicari hanya seketika. Hanya lima bulan. Mellina curang kepadanya!

Tiga bulan Ryan menduda, akhirnya dia dijodohkan dengan Ameena. Pilihan tok mi. Dia hanya menganggap Ameena sebagai adik saja. Nak jatuh cinta? Ah, tidak mungkin. Dia takut bercinta lagi. Takut pisang berbuah dua kali!

“Meen tahu kan, kisah abang macam mana? Abang hanya bahagia lima bulan. Hanya lima bulan. Dan, abang nak perkahwinan kita juga hanya lima bulan. Jika abang tak luahkan kata cinta pada Meen, Meen boleh pergi cari kebahagian Meen sendiri. Abang tak mampu untuk mencintai Meen.” – Ryan Amsyar

Tiada cinta, tiada sayang. Tetapi, Ameena Jasmin bukan seorang yang cepat mengalah. Dia perlu kembalikan cinta suaminya itu. Hanya untuknya! Ameena mula menggoda. Mula dapatkan cinta milik suaminya itu. Tetapi, mampukah dia?

“Abang, tolong Meen untuk kembalikan cinta abang. Tolong…” – Ameena Jasmin

Dalam tak suka, Ryan mula romantik. Bukan dia tidak sayang, tapi dia takut. Takut jika dia akan terluka lagi. Namun, cinta mula berputik, bahagia mula berbunga. Tetapi, Ryan terlupa untuk ungkapkan kata cinta buat Ameena. Memang betul, cinta bukan saja diluahkan oleh perkataan, tapi juga perbuatan. Namun, Ameena tidak mahu meneka sesuka hati.

Akhirnya, Ameena tunaikan janji mereka. Cukup lima bulan, dia pergi. Namun, Ryan datang mengejar, mahukan cintanya yang kembali.

Aku Isteri Ganti

Tajuk : Aku Isteri Ganti
Penulis : Cherittasis
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-312-6

Sinopsis
Intan Syuhailah. Disebabkan emaknya tak nak dia menjadi anak dara tua, maka Intan diperkenal kepada anak Mak Cik Ani. Yang muda tiga tahun daripadanya dan duda anak satu pula.

Zharul Ariffin. Laju saja terima bila emaknya nak perkenal dengan anak dara lanjut usia itu. Walau bambam tapi hati Zharul terberkenanlah pula. Tak kisahlah dia cik adik dan Intan cik kak.

Masing-masing dah suka. Masing-masing dah main mata. Sesi kenal-kenal dah lama mula. Tapi bila mak masing masing bertanya jawapan mereka adalah, “Kenal-kenallah dulu.”

Selepas itu macam-macam terjadi.
Mak su Intan main cantas. Mak su dan Mak Cik Ani merancang jodohkan Zharul dengan Kamelia pula. Makanya, kenal-kenallah dulu itu habis di situ.
Zharul tarik diri. Intan hancur hati.

Baru Intan nak move-on, tiba-tiba saja mak su buat gila lagi. Kali ini mak su pinangkan dia untuk anak bujang mak su, Khairul. Mak Cik Ani pun tak nak kalah, ikut buat gila pinang Intan untuk Zharul.

Yang bestnya, Intan boleh pilih nak kahwin dengan Zharul atau Khairul. Tarikhnya adalah hari yang sama, syaratnya satu pengantin lelaki sahaja.

“Datanglah 10 orang pun pinang aku di hari yang sama tu atau 10 orang nak buat kenduri pada tarikh yang sama dan pengantin perempuannya aku, aku tetap pengantin ganti. Isteri ganti!”

Namun akhirnya, demi abah tercinta, Intan pilih untuk jadi isteri ganti Zharul Ariffin. Bermulalah kehidupan Intan sebagai isteri ganti dan ibu segera Iqlil Irdina.

Khairul Nizam : 3 Jari Daripada Tuhan

Tajuk : Khairul Nizam : 3 Jari Daripada Tuhan
Penulis : Khairul Nizam, Zayana Yusof
Harga : RM45.00
ISBN : 9789671468241

Sinopsis
Siapa sangka walaupun berstatus OKU, Nizam membuktikan bahawa tak kisah siapa pun anda, anda boleh melakukannya. Hanya boleh menggerakkan 3 jarinya,  namun Nizam mampu mengembangkan bisnesnya sehingga mengubah taraf kehidupan keluarganya.

MasyaAllah..amat mengagumkan!

Nizam sentiasa bersemangat untuk meningkatkan lagi bisnesnya.  Di sebalik kejayaannya, ada sisi sadis yang perlu ditelan. Pernah ditipu puluhan ribu ringgit, pernah telefonnya dicuri di depan mata, pernah laptop kesayanganya meletop. Tapi, Nizam hadapi dengan sabar dan terus bangkit dan bangkit.

Memiliki keluarga yang sangat supportive dan energetic, Nizam terus mengorak langkah untuk terus berjaya dalam bisnesnya.

“JANGAN MATI SEBELUM MATI”. Itulah tagline keramatnya yang mejadikan dirinya sebagai KHAIRUL NIZAM. Walaupun OKU, tetapi bisnesnya tak OKU.

Semua kisahnya dah ditulis lengkap dalam buku diari ini. Ia adalah buku pertama beliau yang bakal buatkan anda rasa sangat bersyukur dengan hidup anda sekarang!

Dila Mamadil

Tajuk : Dila Mamadil
Penulis : Dila Mubarak
Harga : RM45.00
ISBN : 9789671468203

Sinopsis
True story...

"Original Masterpiece" from Dila Mamadil! Khas Untuk Wanita Yang Bergelar Usahawan Atau Baru Nak Jadi Usahawan...

Dari tangan yang menggoncang buaian, kini menjadi Housewife Entrepeneur!

Tulisan dari hati. Ditulis oleh Dila Mamadil sendiri, mengisahkan bagaimana beliau yang dulu hanyalah seorang surirumah dengan zero income kini mampu generate 7 angka sebulan! This is "REAL STORY"! Pengalaman sebenar, bukan reka-reka punya!

Sangat sesuai untuk bacaan semua lapisan masyarakat, terutamanya akak-akak suri rumah dan gadis-gadis yang baru nak berjinak dengan alam bisnes..

Friday, August 11, 2017

Suamiku Dajjal

Tajuk : Suamiku Dajjal
Penulis : Aiman Banna
Harga : RM30.00
ISBN : 9789671475379   

Sinopsis
Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Safia, yang terlalu inginkan pasangannya seorang ustaz. Hal ini kerana dia terlalu banyak tengok drama-drama dan baca lambakan novel jiwang yang mengisahkan tentang cinta lalu dia pun keawang-awangan untuk ada jalan cerita yang sama.

Tetapi, takdir tetap takdir dan ianya tetap akan hadir. Ditakdirkan dia bernikah dengan seorang lelaki yang berkopiah dan tidak pernah lepas kopiah selama dia kenal dengan lelaki itu 2 bulan lepas. Dia expect perfection daripada lelaki itu.

Rupa-rupanya; si kopiah itu ada masa silam yang sangat teruk sehinggakan bila Safia tahu tentangnya, dia kata; “KAU DAJJAL! KAU JANGAN HADIR DALAM HIDUP AKU LAGI!”

Adam; dia tahu dia Adam yang ada banyak jahiliah. Kerana apa yang Safia baru terima daripada whatsapp yang entah daripada siapa itu hanyalah 1 per 100000 dosa & jahiliah yang dia pernah buat. Isterinya terus marah dan mahu lari dari rumah.

Adam tenang, tidak mahu emosi. Adam teruskan bacaan Quran. Dia sedang membaca surah Furqan dengan tartil. Kebetulan, Adam singgah bacaan di muka surat terakhir surah itu. Dalam surah Furqan, ada 3 dosa yang ditekankan pada muka surat terakhir; dosa syirik, membunuh & berzina.

Beberapa air matanya jatuh setitis demi setitis atas lembaran Quran yang mulia itu. Berdegup kencang jantungnya seiring dengan denyutan penyesalan & taubatnya.

Bila dia tengah lihat isteri yang baru dinikahinya itu sungguh-sungguh mahu tinggalkannya, packing barang mahu keluar rumah, makin dia teresak-esak menangis kerana isterinya tidak tahu lagi 3 serangkai dosa yang telah dia lakukan dahulu. Kalau baru tahu dosa yang bagi dia kecik dan simple itu pun respond sebegini, kalau tahu yang lain entah macam mana.

Tetapi dia tahu, dia sudah cuba berhijrah tinggal jahiliah tetapi tidak boleh dengan sekali taubat terus jadi malaikat. Dan lagi sakit bila orang masih judge dirinya yang dulu. Apatah lagi yang judge & tak percaya dia itu isterinya yang dia cinta.

Friday, August 4, 2017

Semusim Di Mahsyar

Tajuk : Semusim Di Mahsyar
Penulis : Hadi Fayyadh
Harga : RM29.90
ISBN : 9789671427620

Sinopsis
Karya tinta cerita yang diceduk dari relung prasasti hati, seorang anak gadis yang pernah di matikan Allah seketika, "Mati Suri". Dia dikebumikan selama 5 hari berturut-turut dengan satu jasad misteri. Kematiannya berpunca dari kegagalan proses pembedahan jantung berlubang yang dihidapinya. Doktor mengesahkan kematiannya, lalu jenazahnya melalui proses pengembumian seperti biasa. Naluri kuat hati seorang ayah, dititipkan Allah melalui mimpi aneh. Anak gadisnya dilihat berjalan pulang kerumah dengan balutan kain kapan yang dipenuhi darah, nanah dan tanah. Hanya satu perkataan yang disebutnya' " Ayah, iqlima tak mati lagi... selamatkan saya ayah". Dengan raut wajah yang sangat mengerikan dia mengulang ayat yang sama sehingga Ayahnya mulai gusar tentang mimpinya. Dengan kudrat sebagai lelaki yang lumpuh seluruh badan, dia mengesot berjalan beberapa kilometer untuk menyakinkan orang kampung tentang apa yang dialami oleh mimpinya. Apa yang terjadi kepada Ayahnya ? Mampukah mesej anaknya disampaikan? Benarkah anaknya masih hidup? Bagaimana anak gadis iqlima ini diselamatkan? Apa pula pengalaman yang dilaluinya selama 5 hari ditanam di dalam Kubur? Siapa pula mayat yang ditanam bersama-sama dengannya? Semusim Di Mahsyar sebuah rentetan sejarah peradaban. Dipaut Allah buat insan yang terpilih, merasai dan melalui kematian yang tidak lagi mampu digambarkan.