Tuesday, November 14, 2017

Mentorku Suami Aku

Tajuk : Mentorku Suami Aku
Penulis : Cahaya Ainn
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-365-322-5
Mukasurat :

Sinopsis
“I love you.”

Macam mana lelaki seperti Airil, yang selalu tayang wajah sejuk beku tak berperasaan boleh luahkan kata-kata tersebut kepadanya? Macam mana Airil, yang suka menengking herdiknya, boleh jatuh hati kepadanya?

“Saya tak boleh terima encik.” – Wafa
“Why? Awak dah ada someone special?” – Airil

Aduh! Alasan apa lagi yang dia nak bagi kepada Airil? Semua alasan yang dia beri sebelum ini, langsung tak memberikan kesan pun kepada lelaki itu.

“Saya akan selamatkan awak, kalau awak janji akan terima saya.”
– Airil

Gila! Macam mana Airil boleh buat tawaran begitu sedangkan dia berada di ambang maut? Mamat ini betul-betul dah gila!

“So, apa lagi alasan awak untuk menolak saya?” – Airil

Dia ada banyak alasan! Pertama, Airil itu panas baran! Suka nak menengking tak tentu pasal. Kedua, Airil err… tak romantik? Ya, Airil tak romantik. Tak pernah nak hadiahkan dia bunga ke, pujuk dia ke. Eh, apa-apalah. Yang ketiga, apa alasan ketiga? Mati kutu Wafa dibuatnya. Jenuh otaknya befikir apa lagi alasan yang patut dia berikan sehinggalah…

“Fine! Saya… terima!”

Apa yang menyebabkan Wafa berubah fikiran dan menerima Airil dalam hidupnya? Dan, betulkah Wafa benar-benar ikhlas menerima Airil? Atau ada agenda tersembunyi yang telah dirancang oleh Wafa?

Jadi Milik Dia

Tajuk : Jadi Milik Dia
Penulis : Wan Nur Najihah
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-0907-69-7
Mukasurat :

Sinopsis
“Aku ni bodoh, pergi percayakan perempuan. Kaum kau ni licik macam ular. Penipu! Aku dah serik percayakan perempuan.” – Adrian

Perkahwinan yang diimpikan ADHA ADRIAN hancur apabila tunangnya membatalkan pernikahan mereka. Dendamnya kepada perempuan kembali muncul. Tujuh tahun menghilangkan diri, dia kembali dengan azam memulakan hidup baru. Namun, datuknya merancang mahu menjodohkannya pula.

“Habis awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak? Oh, memang tak hinginlah. Saya awal-awal dah tolak.” – Dian

Tidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang mempunyai kisah silam, NUR SHAZAI DIANA melarikan diri. Mana mungkin dia mahu hidup dengan lelaki yang sombong, pasti dirinya menjadi mangsa. Dihukum atas kesilapan perempuan lain. Namun, sejauh mana dia lari, lelaki itu tetap muncul tanpa diduga. Bagi membalas budi datuk Adrian yang baik, dia menerima juga lelaki itu sebagai suami.

“Boleh tak jangan tuduh saya lagi? Sikit-sikit salah saya. Cuba buka mata awak luas-luas cari apa salah awak. Ni tak, semuanya nak tuduh saya. Semuanya salah saya. Macamlah awak tu tak pernah buat salah.”-Dian

Dirinya bagai tidak wujud. Tindakan yang dibuat semua salah di mata Adrian. Hanya kesabaran menjadi benteng dia masih bertahan. Ternyata kesabarannya berbalas. Adrian kembali tewas di tangan insan bergelar wanita. Namun kebahagiaan yang dirasai hanya sekejap apabila bekas tunang suaminya kembali muncul.

“Kalau betul pun dia terhegeh-hegeh kat abang, apa hak Dian nak hina dia? Ini masalah abang dengan dia.” – Adrian

Gelap dunia Dian. Suaminya masih mencintai Haiza. Cinta yang diberi hanya palsu. Dia tertipu. Ternyata dia hanya dijadikan tempat melepaskan dendam. Mampukah dia bertahan sedangkan rasa cinta yang dulu mekar mula layu?

His Independent Girl

Tajuk : His Independent Girl
Penulis : Rd Athan
Harga : RM26.00
ISBN : 
Mukasurat :

Sinopsis
“Apa yang kau dah buat pada Nadia ini, kau dah lebih Shasha.”-Tengku Iffat

“Bukan salah aku. Semua ni berpunca dari girlfriend kau sendiri.”- Shasha

“Aku tak percaya Nadia buat semua ni. Aku tahu Nadia macam mana. Atau kau sebenarnya cemburu dengan hubungan kami, Nur Shasha Asyikin.”- Tengku Iffat

“Aku? Cemburu? Helloo! Buka mata itu bagi luas sikit. Kau siapa nak jadi boyfriend aku.”- Shasha

Tengku Iffat dan Shasha, seperti musuh apabila berjumpa. Shasha seorang pelajar yang berani dan berdikari sehingga digelar iron lady segelintir pelajar universitinya. Tengku Iffat yang memang telah lama menyukai Shasha kerana sikap Shasha yang independent tetapi sebaliknya bagi Shasha kerana sikap open relationship Tengku Iffat bukan pilihannya. Namun kecurangan Nadia dan kemunculan Najwa membawa pertemuan demi pertemuan dan merapatkan hubungan mereka berdua.

“Kau kenapa?”- Shasha

“Kenapa apa pulak?” -Tengku Iffat

“Tu yang kau senyum tak tentu pasal kenapa?”- Shaha

“Laa, takkan aku senyum tak boleh. Kan senyum tu satu sedekah.”- Tengku Iffat

“Tak boleh!”- Shasha

“Kenapa pulak? Bibir aku, suka hati akulah.”- Tengku Iffat

“Kau senyum, hati aku yang tak tentu.” Shasha

Apabila Shasha secara tidak sengaja berkata begitu, Tengku Iffat semakin yakin bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan. Hatinya kuat untuk tidak mensia-siakan peluang yang muncul tanpa disangka.

Namun permulaan hubungan baik Tengku Iffat dan Shasha tidak dsukai oleh Najwa. Najwa yang dianggap adik oleh Shasha dalam diam menaruh hati kepada Tengku Iffat

Berjayakan Tengku Iffat melepaskan diri dari Najwa. Adakah Najwa masih berdendam dengan Shasha setelah semuanya terbongkar. Dapatkah Tengku Iffat memiliki hati His Independent Girl setelah semua yang terjadi.

Tulis Nama Atas Batu

Tajuk : Tulis Nama Atas Batu
Penulis : Rissa Ahdiya 
Harga : RM23.00
ISBN : 
Mukasurat :

Sinopsis
Kahwin dan sambung belajar atau duduk saja di rumah, tunggu jodoh kamu turun dari langit? - Haji Lutfi

Haji Lutfi mengatakan hal sedemikian kerana bersebab. Ada rahsia yang tidak diketahui oleh Najla yang masih disimpan rapi oleh kedua-dua orang tuanya. Firhad. Itulah calon bakal suami Najla, merangkap sepupu Najla juga. Najla yang mula-mula rasa terpaksa, tapi lama-lama terjatuh suka! Yalah, siapa yang tak terpikat dengan Si Firhad tu?Si kacak yang gelagatnya, kata-katanya yang sentiasa mencuit hati Si Najla.

"Tenung-tenung orang kenapa? Dah jatuh hatilah tu. Itulah, saya dah pesan, saya ni mudah aje nak buat orang jatuh cinta."- Firhad
"Huh, tak ada maknanya nak jatuh hati pada awak!" - Najla

Rumah tangga yang dibina semakin hari semakin berbunga bunga. Mereka bahagia tetapi tidak lama. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Begitu juga dengan Najla dan Firhad. Rumah tangga mereka diuji.

"Ayah saya beri awak duit sebanyak dua puluh lima ribu ringgit, kan? Awak kahwin dengan saya sebab dibayar, kan? Ayah saya yang bayar awak. Betul, kan?" - Najla
"Abang ikhlas berkahwin dengan Najla. Abang sayangkan Najla sejak lama dahulu." -Firhad

Najla tidak menyangka Firhad sanggup menipu dirinya. Dia ingatkan Firhad ikhlas, tetapi dusta semata-mata. Cek bernilai dua puluh lima ribu ringgit menjadi tukaran buat dirinya. Dia terkilan. Dia kecewa. Lelaki yang dianggap sebagai pelindung dirinya, tempat bergantung harap sanggup melakukan hal sedemikian terhadap dirinya.

Mampukah Firhad meleraikan kekusutan yang melanda rumah tangga mereka sementelah bukti ternyata di depan mata?

Teman Pilihan Jiwa

Tajuk : Teman Pilihan Jiwa
Penulis : Fatiah Zohar
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-323-2
Mukasurat :

Sinopsis
Zayyad Eshan. Orangnya memang kacak. Tinggi ala model dengan kulit boleh tahan putih. Rambut coklat keperangan asli dan mata biru kristalnya bersinar tatkala merenung orang. Boleh membuatkan gadis macam Syafia Insyirah jatuh pengsan dengan renungan tajam memikatnya.

Tapi, satu kelemahan Zayyad Eshan. Beku, sebeku iceberg! Hendak tengok senyuman mahal dia, memang perlukan kesabaran yang tinggi. Beku macam mana pun, tetap juga Syafia terpikat.

“Memang hobi kau pun, menyusahkan hidup aku.” – Zayyad.
“Hobi saya… menyayangi encik sepenuh hati. Encik kan bakal suami saya dan teman pilihan jiwa saya. Macam janji kita dulu-dulu tu.” – Syafia.

Zayyad muka beku, berlawan dengan Syafia yang suka perasan tidak bertempat. Memang Syafia juara dalam bab menyakitkan hati Zayyad. Bukan salah dia. Tapi, salah hati yang jatuh cinta kepada lelaki beku itu. Bukan senang hendak memenangi hati Zayyad. Usaha kena lebih, hati kena sado!

“Kita akan berkawan sampai kita kahwin!” – Syafia
“Kau boleh berhenti tak buat perangai gila kau?” – Zayyad

Berhenti jadi gila depan Zayyad? Boleh, ada syaratnya. Zayyad perlu gilakan Syafia pula sebagai balasannya. Baru ngam! Dan untuk itu, Syafia ada misi. Misi untuk mengembalikan senyuman Zayyad dan menjadikan Zayyad teman pilihan jiwanya, untuk selamanya

Melirih Kasih

Tajuk : Melirih Kasih 
Penulis : Marissa
Harga : RM21.00
ISBN : 
Mukasurat : 480

Sinopsis
Bukan senang untuk FAIZAL jatuh cinta. Tapi entah kenapa mudah pula dia jatuh cinta dengan rakan sekerjanya sendiri. Ada sesuatu yang menarik tentang NURUL yang membuatkan FAIZAL tak mampu melupakan cintanya terhadap NURUL.

Seksi mungkin tidak, cantik memang ya. Tapi NURUL mampu membuatkan hidup FAIZAL menjadi ceria.

FAIZAL terpaksa gigit jari bila NURUL beritahu, dia sudah ada teman lelaki. Perlahan-lahan Faizal tarik diri dan doakan NURUL dari jauh.

Namun seperti ada sesuatu yang menghempap kepalanya bila NURUL beritahu dia sudah mengandung anak teman lelakinya dan lelaki itu sudah menghilangkan diri.

"Saya mengandung tiga bulan."
"Awak mengandung?"
"Teman lelaki awak tahu?"
"Tahu, tapi dia tak mengaku dan dia dah tinggalkan saya."
"Jantan tak guna. Dah habis madu..."
"Habis tu macam mana sekarang ni?"
"Saya tak tahu..."
"Awak jangan bimbang. Saya akan selalu bersama awak. Awak percayalah, saya akan bersama awak. Cuma buat sementara waktu, saya nak awak tenangkan fikiran awak. Jangan lakukan perkara-perkara di luar kawalan. Memang awak berdosa besar, tapi awak kena sedar, sebesar mana pun awak buat dosa, kalau awak bertaubat, insya-Allah, semua dosa awak akan terampun."

Demi cinta, FAIZAL sanggup terima Nurul dan bayinya. Demi cinta, FAIZAL pejam mata. Manusia mana yang tak pernah buat salah? NURUL juga perlu diberi peluang.
Bayi itu lahir dan diberi nama AWLIYA. Kenapa raut wajah anak NURUL tak ubah seperti wajah seseorang yang amat dikasihi dan dirinduinya? Saling tak tumpah hingga membuatkan FAIZAL benar-benar sayangkan AWLIYA tanpa berbelah bahagi?

Siapakah AWLIYA yang sebenarnya?

Byline Cinta Wardah

Tajuk : Byline Cinta Wardah
Penulis : Umi Kalsom  
Harga : RM23.00

Sinopsis
AKU, Wardah atau popular dengan nama glamour, Wawa. Aku dan cinta bukanlah satu topik hebat untuk digandingkan bersama. Tapi, aku tak sangka... Aku juga sebegitu glamour
sehingga mampu tersenarai dalam hati dua jejaka. Malangkah mereka?

Bukan nak perasanlah, tapi emak selalu kata, cantik dan aku boleh dikatakan sebagai satu anugerah. Cuma satu yang spoil, aku memang pemalas tahap tak cukup kertas untuk bercerita. Disebabkan perangai ting tong aku, emak memang selalu risau, sampai selalu sangat laungkan 'sumpahan'...

"Adik hang dah ada orang yang nak. Mak rasa kalau tunggu orang masuk meminang hang dulu, pakat dua-dua jadi anak dara tua." -Emak

Dan ia adalah kali keseratus tiga puluh emak ulang suara pasal teori jadi anak dara tua. Eee... Mendoakan sangat! Disebabkan gerun dengan 'sumpahan' emak dan fakta usia yang makin meningkat sentiasa, aku pun cuba membuka hati untuk mencari cinta. Ada seseorang yang aku berkenan, seseorang yang sentiasa memandang aku sebagai sekuntum mawar.
"Mawar tu cantik, secantik awak..." -Mawardi

Tapi sayangnya, kecantikan aku terlalu fake dan sangat tidak serasi dengan panggilan Mawar itu. Kalaulah dia tahu. Sayangnya, dia memang tidak tahu.

Tapi seseorang yang tahu pula, sentiasa muncul dengan pandangan menyampah di hadapanku. Sentiasa mengucapkan review yang jujur sampai kadang-kadang hati aku tergores
tanpa sedar.

"Selekeh. Serabai. Busuk. Tak kemas. Tak ayu. Harapkan muka aje lawa, yang lain semua out. Totally out!" -Johan

Ingatkan senang untuk mencari cinta. Rupa-rupanya parah. Aku selesa menjadi Wawa dan bukannya Mawar yang banyak pantang larangnya. Akhirnya, aku harus memutuskan satu
antara dua. Entah siapa yang sewajarnya layak menjadi byline bagi kisah cinta aku?