Tuesday, December 12, 2017

Cinta Zara

Tajuk : Cinta Zara
Penulis : Aein Dhiyauddin
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0907-71-0

Sinopsis
Perjalanan rumah tangga ZARA AULIA jauh berbeza dengan cerita dalam novel. Walaupun kahwin paksa, dia diulit bahagia. Namun entah di mana silapnya, dia diceraikan kerana orang ketiga.
“Kalau tak cinta kenapa mesti pura-pura mencinta? Kenapa manjakan saya? Kenapa layan saya macam permaisuri? Kenapa! Kenapa!”- Zara Aulia
Enggan dibelenggu kekecewaan, dia membawa diri.
Selepas bertahun-tahun dia kembali ke Kuala Lumpur untuk satu misi. Misi yang bakal merubah perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan seseorang membuatkan dia terkesima. Selepas bertahun-tahun, senyuman seorang jejaka menambat hatinya. Namun begitu, dia serik untuk menghulurkan cinta buat mana-mana lelaki.
Hati DANIEL HADEE sudah terpaut sejak kali pertama bertentang mata dengan Zara. Dia sedar sesuatu, pasti Allah menghadirkan bidadari cantik ini untuknya. Dia sanggup buat apa saja untuk menambat hati Zara.
“Awak jangan bagi hati awak kat lelaki lain. Saya nak terjun masuk dalam tu. Dan duduk dalam hati awak hingga akhir hayat saya.” – Daniel Hadee
Berkali-kali Zara menolak lamarannya. Tapi dia yakin, suatu hari nanti hati Zara bakal menjadi miliknya. Di sebalik penolakan Zara, dia tahu sekeping hati itu merindui secebis cinta seorang lelaki, namun kelukaan membuatkan Zara trauma.
“Izinkan saya membahagiakan awak. Kali ni saya berjanji hanya awak sahaja yang akan jadi permaisuri hati saya hingga akhir hayat.” – Ammar Syafiq
Pertemuan kembali AMMAR SYAFIQ dengan Zara selepas bertahun-tahun membuatkan dia yakin jodoh mereka masih ada. Dia hanya perlu memujuk Zara untuk menerimanya semula. Dia yakin cinta Zara masih utuh buatnya.
‘Setia menantimu menerima aku kembali.’ – Ammar Syafiq.
‘Sudikah awak jadi permaisuri hidup saya?’ – Daniel Hadee.
Zara tersepit antara dua cinta. Cinta lelaki yang pernah membuatkan dia bahagia dan terluka, atau cinta jejaka yang membuatkan hatinya berbunga kembali. Siapakah yang patut dia pilih untuk menjadi imamnya? Atau haruskah dia lari sekali lagi?

Friday, December 1, 2017

Koleksi Cerita Dongeng Terpilih!

Tajuk : Koleksi Cerita Dongeng Terpilih!
Penulis : Edukid
Harga : RM22.90
ISBN : 978-967-364-471-1

Sinopsis
Mengumpulkan cerita-cerita dongeng terpilih yang penuh fantasi dan penuh dengan nilai-nilai teladan.

Sertai watak-watak hebat ini dalam pengembaraan mereka yang mengagumkan dan penuh keseronokan!

Hiburkan hati dan mengembaralah bersama-sama watak cilik daripada koleksi cerita ini!

Kisah Hidup Rasulullah

Tajuk : Kisah Hidup Rasulullah
Penulis : Darul Mughni
Harga : RM29.90
ISBN : 978-967-0880-83-9

Sinopsis
Buku ini membawa adik-adik mengenali sirah nabi, akhlak nabi, perjuangan nabi serta keluarga dan para sahabat Baginda.

Koleksi Cerita Haiwan Rimba dan Cerita-Cerita Lain


Tajuk : Koleksi Cerita Haiwan Rimba dan Cerita-Cerita Lain
Penulis : Edukid
Harga : RM22.90
ISBN : 978-967-364-259-5

Sinopsis
Ikuti watak-watak yang penuh ceria di dalam koleksi ini dan berhiburlah bersama haiwan-haiwan comel dan watak-watak manusia yang penuh berwarna-warni ini. Setiap cerita penuh dengan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan harian.

Cerita Daripada Al-Quran Dan Hadis : Koleksi Cerita Teladan Anak Soleh

Tajuk : Cerita Daripada Al-Quran Dan Hadis : Koleksi Cerita Teladan Anak Soleh
Penulis : Darul Mughni
Harga : RM26.90
ISBN : 978-967-0880-85-3

Sinopsis
Menghimpunkan pelbagai cerita yang sarat dengan pengajaran yang mampu mendidik jiwa kanak-kanak ke arah yang lebih baik. 


Komik Doa Dan Adab Anak Soleh

Tajuk : Komik Doa Dan Adab Anak Soleh
Penulis : Darul Mughni
Harga : RM29.90
ISBN : 978-967-0880-84-6

Cerita Dongeng Waktu Tidur Untuk Anakku

Tajuk : Cerita Dongeng Waktu Tidur Untuk Anakku
Penulis : Darul Mughni
Harga : RM34.90
ISBN : 9789673643462