Wednesday, December 13, 2017

Kelibat

Tajuk : Kelibat
Penulis : Nurul Omar
Harga : RM24.00
ISBN : 9789671467527

Sinopsis
Ditakdirkan Emierda mampu melihat dan mendengar benda-benda  ghaib. Lalu  dunianya terasa sepi, lantaran kemampuannya itu membuat dirinya begitu terasing.

Sam,  pemuda  yang  senang  didampingi akhirnya menjejakkan  kaki ke vila yang sering kali  muncul dalam mimpi-mimpinya.

Vila  Belanda,  kediaman   separa   kolonial   bakal menyaksikan sebuah majlis persandingan di mana di vila  ini juga Emierda  dan  Sam  bertemu   buat pertama kali.

Sejarah  silam  vila itu  akan  menghubungkan mereka.  Satu misteri  lama   dari dua abad lau, kini bakal terungkai.

Orang Gaji

Tajuk : Orang Gaji
Penulis : Daisy Zahra
Harga : RM24.00
ISBN : 9789671467510

Sinopsis
Segala-galanya  berubah  apabila  isteri Irham  sedar  daripada koma.  Kata isterinya, mereka harus  membantu orang gaji mereka.

“Sebab tu saya minta tolong dengan Halim  sebab malam tu, Liya minta tolong dengan saya.”

“Tolong apa?” soal Irham tidak serius.

“Tolong carikan kepala dia.”

Doktor   Fendi  yang  bertanggungjawab    merawat isteri   Irham   turut  diganggu.  Beberapa  kepala mayat di hospital lesap. Siapa punya angkara?  Apa kaitan kejadian yang berlaku dengan orang gaji  dirumah Irham? Benarkah apa yang dilihat oleh Sara dan Mak Yam? Ada apa dengan orang gaji itu?

Uwan Konah

Tajuk : Uwan Konah
Penulis : Haida Hassan
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-14675-8-9

Sinopsis

Munah sering diganggu makhluk halus yang ingin berdamping dengannya. Semakin diamati, Munah yakin dia diganggu saka Uwan Konah yang memaksanya menerima belaan warisan itu.

 “Jangan macam tu, tak ada apa pun. Cuma barang pusaka saja. Aku ni rasa macam dah tak panjang umur. Sekurang-kurangnya, tenang sikit hati aku dah berbagi ni. Kau terima ya…”

 “Tak nak!”

 Munah semakin teruk dicederakan. Lewat mimpi, makhluk halus itu menikam dan merobek perutnya. Selagi Munah tidak mahu terima, dia terus berdepan ancaman saka Uwan Konah.

 “Aku bertanggungjawab menyelesaikannya dengan caraku. Setidaknya, aku dapat buktikan kemampuan melindungi cinta hatiku.”

 Perkenalan dengan Hadi membuatkan Munah yakin lelaki itu adalah insan yang sering membantunya ketika diserang makhluk belaan Uwan Konah. Hadi nekad mahu membebaskan Munah daripada tuntutan syaitan laknatullah itu. Namun seksa yang ditanggung Munah tidak terhenti begitu sahaja.

Ganggu

Tajuk : Ganggu
Penulis : Ayumi Syafiqah 
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-14675-6-5

Sinopsis

Dua tahun lalu, Mikayla hilang seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Mereka semua mati di tangan seorang pembunuh bersiri tidak berwajah bernama Z. Setiap gangguan telefon daripada Z pasti akan berakhir dengan kematian.
Kata Z, dia lakukan semua itu untuk Mikayla. Mereka semua penipu. Mereka semua tidak pernah peduli tentang Mikayla, kecuali dia.

“Siapa kau yang sebenarnya?” – Mikayla
“Aku sebenarnya…” – Z

Dua tahun kemudian, Mikayla akhirnya meninggalkan pusat rawatan psikiatri dengan satu misi, untuk menyiasat siapa sebenarnya Z. Z masih dan terus mengganggunya dengan pelbagai gangguan sehinggakan rahsia yang selama ini disimpan kukuh oleh kedua-dua orang tuanya mula tersingkap.
Ketika dia sedar siapa sebenarnya Z, sanggupkah dia tinggalkan kehidupannya demi lelaki itu?

“Ingat, bila kau ikut aku, tak ada jalan balik lagi.” – Z

Tuesday, December 12, 2017

Aku Bukan Spy

Tajuk : Aku Bukan Spy
Penulis : Rehal Nuharis
Harga : RM24.00
ISBN : 9789671467534

Sinopsis

Sebuah pesawat yang membawa seramai 239 orang penumpan hilang begitu saja dan menjadi tanda tanya seluruh dunia. Empat orang berjaya ditawan di dalam kapal terbang itu tetapi mereka tidak menemui Dato’ Mohd Sharif, orang kelima yang sepatutnya juga berada di dalam kapal terbang itu.

“Apa yang buat kau ke sini? 1481 kilometer untuk sampai ke sini. Mesti ada sesuatu yang penting untuk kau kan?”

“Aku rasa alasan kita sama saja”.

“Untuk ini?” Ditunjukkan telefon di tangannya itu.

“Di dalam itu.” Semua kebenaran itu diketahui Yasmin selepas ia mengetahui identiti sebenar Putra. Lelaki yang dicintainya itu.

Chinta Untuk Ali

Tajuk : Chinta Untuk Ali
Penulis : M. Mariann
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-5289-69-9

Sinopsis
KATA Ali, dia cintakan Uya sejak dari darjah satu.
Disakatnya gadis kecil itu sesuka hatinya.

"Chintaku.. Janganlah marah. Abang Ali nak buat kubu ni. Kubu cinta kita. Hehe. Nanti Abang Ali letak la balik. Chinta jangan marah na?" - Ali

"Chinta kahwin dengan Ali kalau tak ada yang nak kat Ali. " - Uya

TAKDIR membawa Uya pergi jauh darinya. Namun, janji Uya tidak langsung Ali lupa. Dalam diam Ali mencari. Dalam diam Ali melindungi gadis bernama Chinta Ulwiyya itu.

“Abang nak jadi pelindung Chinta. Abang nak bagi sebesar cinta buat Chinta abang. Abang nak jadi penawar luka di hati Chinta.”

“Abang Ali memang sentiasa menjadi penawar buat Chinta. Dulu, kini dan selamanya...”

SAYANG, cinta mereka tidak direstui. Uya tersepit antara cinta dan kasih ibu yang telah lama didambanya.

“Aku nak tengok lama mana kasih sayang kamu tu boleh pergi! Boleh ke kamu hidup tenang tanpa restu aku!” - Ramona

SATU saat, kasih lelaki pertamanya direntap pergi.

Uya hilang arah...
Ali tertunduk rebah...
Masihkah Chinta untuk Ali?

Haq Mawar

Tajuk : Haq Mawar
Penulis : Anna Kay
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-5289-68-2

Sinopsis
“Ya Allah... kau orang dua laki bini ni pasaipa? Mula-mula Paan jumpa Haq tepi hutan nuh. Ni Mak Suri jumpa kamu tepi jalan. Gaduh laki bini ka?”
Aku melopong walaupun ada bait katanya yang tidak aku fahami.
“Betul Mak Suri, tapi... saya tak tahu kat mana suami saya sekarang ni. Mak Suri tahu?”
“Dia baru ja balik KL semalam. Dia tak tunggu Mawar ka?”
Aku menggeleng. “KL, Kuala Lumpur kan?”
Ketiga-tiga mereka berpandangan sebelum sama-sama mengangguk.
Ya Allah... syukur. “Kuala Lumpur tu luas tak?” Aku bertanya lagi. Aku lihat mereka keliru namun tetap mengangguk.
“Macam mana saya nak cari suami saya...”

SYUKUR, sekembalinya Mawar ke dunia realiti, dia masih kenal suami dan kisah Indera Kayangan. Cuma Haq a.k.a Dhiyaulhaq yang tidak mengingati alam sana. Dia seorang yang penuh rahsia…

“Rose!” Haq melaung dari dalam.
“Ya ya!” Terkocoh-kocoh aku berlari anak mencari keberadaan Haq.
“Aku suruh kau ambik mop tadi kan?”
Aku angguk. “Yang mana satu mop?” Aku menggaru kepala.
“Kau ni dari ceruk mana? Semua benda kau tak tahu.”
Aku terdiam.
“Yang tu mop. Yang aku pegang ni peti ais. Yang tu microwave. Yang tu singki. Yang tu...”

TIGA tahun menanti, tiga tahun yang penuh rahsia dan cerita. Mampukah Haq mengenali Mawar aka Rose, isteri sendiri?