Monday, May 4, 2015

Terima Kasih Si Babi Hutan

Tajuk : Terima Kasih Si Babi Hutan
Penulis : Ismail Ariffin @ Lepat
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0723-29-7

Sinopsis
"Terima Kasih Si Babi Hutan... Tuhan Kini Aku Datang" adalah perjalanan surreal dan nyata Ismail Ariffin @ Lepat saat dia berada dalam amukan kegilaan merempuh dugaan bertimpa yang mengasak jalan takdir hidupnya sembilan belas tahun dahulu. Siri-siri hikayat "Al-Kisah Mereka Tak Kisah" ini telah dia tulis sejak dari tahun tahun berikutnya yang naskah asalnya telah beberapa kali hilang, dibakar orang, ditulis dan hilang lahi hingga yang tersisa hanyalah apa yang ada di fikirannya sahaja. Setelah mengambil keputusan yantuk men'sabatikal'kan dirinya ke sebuah pulau akhirnya naskah lengkap ini berjaya juga disiapkan.

Ia juga adalah medium asal tulis tangan sebelum adanya Facebook dan You Tube sebagai wadah bagi dia meluahkan amukan akal fikirnya serta menjelaskan pada umum (selain membuat sebuah album lagu yang tak pernah dirilis sepenuhnya) tentang apa yang telah terjadi padanya kerana dia sudah lelah dengan tohmahan serta ketidakpedulian mereka yang seharusnya membela nasibnya saat itu.

"Nak tau kesemua kena beli la buku ini, bukan berapa det pun, tak kena GST aihh, sapa tak beli rugii.. abihh ceritaa." kata dia saat diminta pendapat tetang "blurb" buku ini.

Harammm Sungguhh...kata aku!

Sunday, May 3, 2015

Dan Sepi Pun Berlalu

Tajuk : Dan Sepi Pun Berlalu
Penulis : Fauziah Ashari
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-5289-21-7
Mukasurat : 811

Sinopsis
Syafiq seorang lelaki hidung belang yang pantang melihat perempuan jelita. Azi, perempuan cantik yang sentiasa teruja memandang lelaki berharta. Dan… Afiqah, gadis setia dengan cinta tetapi malang, terperangkap dalam dunia Syafiq angkara Azi.

Ketika aku sudah yakin mahu menerima, mengapa begini pula jadinya? Sesaat kemudian, Syafiq menoleh. Pandangan mereka bersatu. Sejenak, Afiqah terkaku. Seketika kemudian, dia tersenyum. Ikhlas demi penerimaannya yang jujur. Namun, Syafiq terus menoleh semula pada dua bakal iparnya bersama wajah selamba. Langsung tidak membalas senyuman isterinya. Afiqah menunduk. Mengapa hati ini bagaikan ditusuk oleh sebilah pisau? Mengapa jantung ini bagaikan direntap kasar olehnya? Dan, mengapa tubuh ini bagaikan dicencang? Ya Allah… dugaanMu saat hati ini sedia menerima, saat cinta masih setia pada…

“Tolonglah, hentikan semuanya ni. Di mata manusia, di fikiran masyarakat, kita memang suami isteri. Tapi, pandangan Allah, antara kita dengan Allah, abang lebih tau. Kita tau. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang menghalalkan di sisi Allah.” – Afiqah

Jantung Afiqah tambah berdebar. Renungan suaminya memang tajam membunuh. Dia tau telefonnya sudah berada dalam genggaman Syafiq. Cuma perlu angkat tangan dan tekan butang hijau sahaja untuk mendengar suara Zikri di hujung talian. Bagaimana keras Syafiq mahu mengambil, kian kejap dia memegang tangan suaminya bersama pandangan yang sukar ditafsir.

“Abang rayu, Ammar tak bersalah apa-apa pun. Abang tau Iqa tersinggung, marah kerana itu anak Rozi, err… Azi tapi…” – Syafiq

FA muatkan Pergilah Sepi di dalam novel ini untuk generasi yang belum pernah memiliki karya pertama tersebut.

FA menambahbaik isi cerita di dalam Pergilah Sepi untuk generasi yang sudah memiliki dan membacanya bertahun dahulu.

‘Dan Sepi Pun Berlalu’ menggabungkan Pergilah Sepi dan lanjutan suka duka Afiqah dan Syafiq mengharungi pergolakan rumah tangga dan keluarga mereka di Teratak Usang demi anda, peminat-peminat setia karya-karya FA dan pembaca setia novel-novel Melayu.

Hayati gelak tawa bersama Malihah, makna persahabatan, ikatan kasih sayang, misteri di Teratak Usang dan pelbagai rasa…


Saturday, May 2, 2015

Hai, Encik Perfume!

Tajuk : Hai, Encik Perfume!
Penulis : Immaz Huda
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-86-0519-9

Sinopsis
Mirr Mediana, peguam muda yang bersemangat tinggi tapi ada masanya blur. Pertemuan demi pertemuan, tanpa sengaja telah menemukan dia dan Putra Aiqish. Setiap kali berjumpa, ada sahaja peristiwa yang terjadi hingga membangkitkan kemarahan masing-masing.

Kata Mediana, “Cik susu kotak, awak panggil saya? Awak tahu tak yang saya tak dapat tidur malam tu disebabkan awak? Mula-mula awak ambil parking saya. Lepas tu, awak ambil susu kotak tu. Kemudian, awak langgar kereta saya. Dan disebabkan imej awak, saya tersalah masuk tandas! Lepas tu, awak bertukar kereta dengan saya. Kenapa setiap paksi dunia yang saya toleh, saya harus berjumpa dan terserempak dengan awak? Kenapa?”

Dan kata Aiqish pula, “Saya dah tahu perangai sebenar awak. Awak suka membebel, sensitif, cepat melenting, suka berdebat, suka minum susu kotak sebelum tidur dan tak suka orang lain rampas parking awak. Awak seorang yang rabun sebab tak dapat membezakan tandas lelaki dan tandas perempuan. Awak seorang pencuri kereta. Dan akhir sekali, nama kereta kesayangan awak adalah…”

Tanpa dirancang dan hati belum bersedia, mereka ditunangkan. Namun, saat cinta dan sayang mula bercambah, wujud penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Mampukah mereka mempertahankan ikatan suci itu?

Jantung Hatiku

Tajuk : Jantung Hatiku
Penulis : Amna Nazia
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0521-2

Sinopsis
Marissa adalah seorang gadis kacukan Melayu-Jerman dan menguruskan sebuah butik andaman milik keluarganya. Marissa telah banyak berkorban untuk keluarganya. Nasib malang menimpa dirinya kerana bertemu dengan lelaki yang hanya mengambil kesempatan terhadap dirinya. Dia nekad untuk meninggalkan Fareez. Sudah jatuh ditimpa tangga, Rezza dan rakan baiknya Haziq pula terlibat dalam kemalangan. Haziq tidak dapat diselamatkan kerana darah beku yang merebak di otaknya. Manakala Rezza memerlukan pemindahan jantung dengan segera. Namun bukan semudah yang disangka, Tengku Khaleeda, ibu kepada pemilik jantung itu membuat syarat kepada Marissa. Sekiranya mahu jantung daripada Haziq, Marissa harus berkahwin dengan anak sulungnya, Zarith.

Marissa Liyana - Dia perancang majlis dan perkahwinan yang tersohor. Ke hulu ke hilir menjual ‘minyak’ untuk menarik pelanggan mak-mak datin supaya menggunakan khidmatnya yang ‘tip-top’. Puan Sri Khaleeda, pelanggan cerewet pun sukakan khidmatnya. Tapi, untuk majlisnya sendiri? Ah, hanya sepasang kebaya lama milik mama yang menjadi persalinan. Kahwin dengan gay? Gilalah!

Fareez Zamri - Padan muka kau! Memilih sangat. Apa yang kau cari sebenarnya? Wang? Pangkat? Nama? Aku juga punya semua itu walau tak sehebat dia. Itu karma kau, Marissa.

Cinta Copy Paste

Tajuk : Cinta Copy Paste
Penulis : Nureen Mirza
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0529-8

Sinopsis
Pertama kali menatap wajah Anom Sufi, hati Habib Iqmal tidak tentu rasa. Meronta-ronta hatinya mahu menjadikan gadis itu suri di hati. Tetapi… sudah tentulah Anom tidak sudi. Yalah… umur Anom baru 19 tahun sedangkan dia sudah 33 tahun.

“Abang rasa abang dah jumpa jodoh abang. Sufilah orangnya yang bakal jadi tulang rusuk kiri abang. Kita kahwin ya, Sufi?"
Terkedu Anom dengan lamaran Habib. Mana mungkin dia terima lamaran lelaki itu? Dia masih muda belia, sedangkan Habib sudah tua. Bermacam-macam alasan direka Anom.

"Saya ni masih belajar, Datuk. Mana boleh suka-suka hati nak kahwin?"

Habib pula tidak kenal erti putus asa sehinggalah Anom bersuara… Dia menerima lamaran itu.

Namun, kebahagiaan yang didambakan Anom punah sekelip mata dengan kemunculan ‘Baby’. Bila Habib melebihkan ‘Baby’ dalam segala hal, Anom jadi sedar diri. Baru dia tahu, di mana letaknya dia di hati Habib. Jika Habib mahukan ‘Baby’, dia sedia undur diri. Biarlah dia pergi. Dia pun enggan selama-lamanya terlindung di balik bayangan ‘Baby’.

Gulai Siput Daun Kaduk

Tajuk : Gulai Siput Daun Kaduk
Penulis : Fida Rohani
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0526-7

Sinopsis
Walaupun Dwen seorang anak yang dibesarkan dalam suasana yang serba mewah, namun dia tidak memerlukan semua itu. Dia rimas dan lemas! Mamanya, Datin Rodziah tidak habis-habis mahu menjodohkannya dengan Karina tu. Gadis itu langsung tidak memenuhi kriterianya. Terasa pula dirinya diperdagangkan oleh keluarga hanya kerana ingin memperluaskan empayar perniagaan. Apa sahaja kemahuan mamanya, dia perlu turuti. Argh, bosan!

“Mama tak nak dengar apa-apa alasan Dwen lagi. Mama nak Dwen minta maaf dengan Karina dan bawa dia pergi dinner di tempat yang selesa dan sesuai dengan martabatnya.” - Datin Rodziah

‘Martabat? Martabat apa yang sedang diperjuangkan ni? Kalau bercakap tak ada sopan, pakai baju tak cukup kain, muka dah macam badut, rambut yang asal hitam diwarnakan merah… masih adakah martabat dia ni sebagai orang? Aku nampak macam kambing je...’ - Dwen

Dwen nekad. Dia mahu mencari calon isteri yang betul-betul menepati cita rasanya. Dia perlu memikirkan masa depannya. Namun, timbul pula idea gilanya. Calonnya harus pandai memasak makanan kegemarannya – Gulai Siput Daun Kaduk!

Lelaki Itu Dia

Tajuk : Lelaki Itu Dia
Penulis : Aleya Aneesa
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0530-4

Sinopsis
Berkali-kali pandang, hati tak terpaut. Makannya laju. Mandinya basah. Yang celaru, hanya tidurnya. Hilang lena bila kerap diganggu.

“Saya nak abang. Saya doa mimpi kita sama. Sanding pakai baju pink.”

Bila doa jadi nyata, Thaqif kalut. Shana yang entah turun dari planet mana itu, lambang haru-biru. Sekelip mata, dunianya yang serona, bagaikan berpelangi.

Baginya, itu gila! Tapi, Thaqif tak mahu gopoh. Biar macam tarik rambut dalam tepung. Lalu, strategi dirangka. Diamnya bukan tak berisi, tapi diam-diam ubi.

Dan Shana, tak kisah pun. Hatinya sudah imun. Cukuplah sekali putus tunang. Bila wujudnya tak dipandang, sakitnya diheret ke mana-mana.

Cumanya, bila takdir berbeza, perancangan jadi sasar 360 darjah. Mampukah ikatan bertahan, sedang rahsia demi rahsia menggoyahkan kepercayaan?