Tuesday, May 26, 2015

Dia Yang Ku Jadikan Suami

Tajuk : Dia Yang Ku Jadikan Suami
Penulis : Rinsya Chasiani
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-5289-31-6

Sinopsis
NAAZNEEN  – Gadis berdikari yang punya kisah silam pahit menjadikannya punya dua personaliti berbeza. Manis, cantik, seksi, anggun dan kejam! Bertemu Naim Khair, buat dirinya berubah… Berubah baik, walaupun sesekali rasa dengki dan sikap kejinya datang mengusik. Sekejap rindu, sekejap mahu lari… Akhirnya dia tekad menjadikan Naim Khair sebagai suaminya…

“Kau ni lupa ke buat-buat tak ingat? Siapa yang duduk kat hotel tu berbogel dengan aku, hah?”

“Habis you nak buat apa, bukannya jadi apa-apa pun.”

“Sekarang baru you nak cakap tak ada apa-apa yang berlaku, kenapa tak dari dulu aje?”

“Dahlah Naim, you tak perlulah nak over reacting. Benda dah jadi. Biar ajelah. You nak kahwin dengan I ni, you ada fikir tak masa depan kita nanti? Dahlah, you pun tak cintakan I, I pun tak cintakan you.”

“Kalau you cakap benda yang betul tempoh hari, pertunangan I dengan Hidayah takkan jadi macam ni, tahu tak? I nak kahwin dalam masa beberapa hari aje lagi tapi semuanya dah musnah macam ni baru you nak blah dari rumah ni pulak!” Naim merenung wajah wanita itu dengan perasaan yang membuak-buak.

“Fine! You nak I buat apa pula untuk tebus kesalahan bodoh I tu?” jerkah Naaz kuat.

“You sedar tak, you yang mulakan masalah sampai kita memang wajib kahwin.”

NAAZNEEN yang insaf… Dia terpaksa dan dipaksa pergi setelah segala rahsia jahat terhadap suaminya terbongkar satu per satu… Hilang rasa bahagia di hati, kabur saat-saat romantis bersama suaminya dan sunyi daripada suara serta bisikan mesra Naim Khair kepadanya lagi lalu bingkisan sayu dititipkan…

Maafkan I.

I tak tahu dari mana untuk memulakan bicara ini tetapi demi segunung harapan yang pernah ada di hati, I minta ampun andainya I membuat you rasa menyesal punyai isteri seperti Naazneen Fatah.

You tahu kisah hidup I tak indah. I pun tidak pernah indah, kalaulah you tahu betapa manisnya saat you memberi peluang untuk I merasa ‘hidup’…

Naim, cinta yang I tanam buat you bukanlah satu pembohongan. I ikhlas walau pada mulanya langkah I sumbang. Tapi sesungguhnya, Naim, I selalu tercari-cari arah untuk terus berdiri di sisi you.

You tahu tak, setiap kali I dengar ‘pergi aje, I tak nak tengok muka you lagi’ dari bibir you, setiap kali itulah I tidur bertemankan mimpi buruk, Naim. Setiap kali you lemparkan pandangan penuh kebencian, setiap kali itulah hati I meraung kuat. You dah bawa impak yang cukup besar buat diri I, Naim. Kalau you nak ajar I apa itu erti derita, I telah merasakannya. I sayang you seadanya tapi I tahu you benci dengan apa yang I rasa.

APAKAH ada ruang untuk Naazneen kembali ke sisi Naim Khair setelah dia juga menjadi punca ibu mentuanya patah kaki dan ayah Hidayah meninggal di dalam kemalangan…

Saturday, May 23, 2015

Masih Terasa

Tajuk : Masih Terasa
Penulis : Missa James
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-5289-22-4

Sinopsis
“Ni surat pengesahan doktor yang mengesahkan saya mengandung. Dan ayahnya adalah Mizan. Mak Cik serahkan kepada Mizan dan saya nak dia bertanggungjawab terhadap saya!” – Fara

“Fara tu bukan manusia. Dia tu setan. Saya lebih rela berbinikan orang gila daripada berbinikan setan!” – Mizan

“Yeah, yeah… Abang Mizan datang! Abang Mizan datang! “ Tiba-tiba Asmah melompat-lompat sambil menepuk-nepuk tangan apabila melihat Mizan yang berada di hadapan pintu pagar. Seperti anak lecil melihat ayahnya membawa coklat sebagai ole-ole. Mizan terasa hendak terduduk ketika itu juga.
“Aduh! Hampeh!” serta merta rasa gembira Mizan menjunam tak bertahap. Merosot semua angannya. Senyum Mizan kembali hambar. Asmah masih belum pulih!

MIZAN akhirnya nekad!
“Mizan! Kau memang nak kena ni!” marah Azrul lalu dia terus melulru ke arah Mizan yang sudah berdiri sedia untuk keluar dari rumah itu.
Mizan mula berasa kecut. Dia mencari-cari ruang untuk melarikan diri di celah-celah orang yang duduk untuk menyaksikan pernikahannya.

Itulah kisah MIZAN yang diugut ibunya supaya mencari jodoh sendiri. Jika tidak, Asmah yang gila akan di pinang si ibu. Lalu Mizan sentiasa kalut dan tersentap tatkala bertemu dengan bermacam kerenah gadis-gadis di kota…… NAMUN entah mengapa, dirinya MASIH TERASA penangan cinta si dia…

Mampukah Mizan menyahut cabaran ibunya atau akur pilihan ibunya, seorang gadis gila! Dan, apakah rahsia ibunya sanggup bermenantukan perempuan gila?


Wednesday, May 20, 2015

Aduh! Bergetar Jantungku

Tajuk : Aduh! Bergetar Jantungku
Penulis : Cenderawasih
Harga : RM25.00
ISBN : 

Sinopsis
AMIRA / Ayang – Pertemuan kita yang pertama kakiku kau cantas, sehingga mulutku terbabas. Pertemuan kita yang kedua, kau kenakan aku hingga sesak nafas di dalam kelas. Izuan, Lagakmu sentiasa membuatkan aku sakit jiwa. Membuatkan mulut ini sentiasa bersenam setiap pagi dan setiap ketika. Banyak betul akal kau, hingga aku benci setiap kali kita bertentang mata. Tidak puas kau pancitkan tayar, akhirnya kau kerjakan basikalku sehingga tinggal kerangka. Pertemuan kita bukan seindah musim sakura. Tapi usikanmu membuatkan hati aku berentak getar memukul jantung!

IZUAN – Mulutnya sentiasa berbunyi. Muka cantik, bulu mata lentik, cuma perangai saja sedikit pelik. Pantang tersilap sikit, pasti dibalas hingga puas hati. Berdesing telinga dibuatnya mendengar gadis itu berleter. Namun dia juga yang melekat di hati. Entah kenapa, aku suka sangat gadis itu diusik. Walaupun suaranya memanah seperti halilintar, walau lagak lakunya kasar, tetapi akhirnya dia pilihan hati aku!

PERTUNANGAN terjalin antara kedua-duanya ketika Amira di tahun akhir pembelajarannya. Alan menjadi tunangan Amira tanpa menduga Alan Izuan adalah nama penuh milik Izuan.

“Nama tunang Ayang?”

“Jebon.” Amira masih selamba.

“Jebon?”

Amira gelak apabila kakaknya beriak terkejut. Mana tidaknya, rasa terkejut Kak Zita berkongsi pula dengan muka tak ‘kacak’ Abang Amirul. Abang Amirul melopong memandangnya. Itu yang jadi tidak kacak!

“Ala, Jebon tu nama gelaran dia. Saja-saja Ayang bagi nama tu kat dia. Nama dia Alan.”

“Alan je?” tanya Amirul. Dia memandang Suzita. Ada sesuatu yang difikirkan oleh mereka.

Amira angkat bahu. Dia memang malas mahu tahu tentang Alan. Maklum hati kurang ikhlas menerima pertunangan. Dulu-dulu pula asyik bercekau saja.

“Baik kita makan daripada memikir tentang budak Jebon tu. Ayang dah lapar ni.”

SETELAH lama diikatan pertunangan, Izuan mahu mengakhiri dengan mengahwini Amira yang baru bergelar guru. Penolakan Amira buat hati Izuan penasaran. Natrah, rakan sekerjanya selalu datang menggoda…

“Mira dah fikir masak-masak tentang perkara ini? Mak tuk tak mahu Mira buat keputusan secara tergesa-gesa.”

Langkah Amira terhenti apabila suara mak tuk tegas di muka pintu. Bukannya ada mak tuk saja tetapi semua ada.  Emak, Kak Ayu, tuk ayah dan Nek Melah.

“Kamu berdua berbincang di luar ni tapi kami juga berbincang di dalam.  Perkahwinan kamu berdua asyik ditangguh saja dan kami juga buat keputusan untuk menangguh  memutuskan tali pertunangan kamu berdua.”

“Mak tuk…”

“Mira cuma fikir tentang kesalahan Alan tapi Mira langsung tidak memikirkan kesalahan Mira.”

“Tuk ayah nak kata Mira salah? Mira salah apa?” Amira bengang pula. Dilihatnya seperti semua orang mahu menyalahkannya pula. Luluhnya hati dan perasaannya ini. Amira melihat Izuan sudahpun berada di sisinya. Sakitnya hati melihat Izuan sudah tersenyum kemenangan. Argh!

Tuesday, May 19, 2015

Kerana Satu Janji

Tajuk : Kerana Satu Janji
Penulis : Ameera Ameer
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-5289-30-9

Sinopsis
TEKADNYA Hannah, daripada berkahwin dengan buaya darat Azryl Tan Sri Hadi, adalah lebih baik dia berkahwin dengan Ilham, cikgu kampung yang tampak lurus. Ada sebab Hannah cari Ilham dan ada sebab juga mengapa Ilham sudi terima Hannah. Perkahwinan yang disangka ‘selamat’, rupanya tidak…
KATA Ilham kepada Suraya – Perkahwinannya dengan Hannah hanya tiga bulan!
KATA Suraya kepada Ilham – Sanggup berkorban dan tunggu demi janji cinta mereka.
KATA Elyna kepada Hannah – Kalau Ilham berbaloi sebagai suami, kenapa mahu lepaskan?
KATA Hannah kepada Suraya – Pinjam Ilham sekejap je! Nanti akan pulangkan semula.

MUDAHNYA mereka berjanji… Dan tiada siapa yang menduga perjalanan hidup Hannah dan Ilham yang pelbagai rasa dan rentak…

“Hannah, pakai balik baju awak tu!” arah Ilham keras dan masih lagi tidak memandang isterinya.
Hannah tidak menjawab. Ilham dihampiri semakin rapat. “Kalau saya tak nak?” bisik Hannah rapat di telinga suaminya dan dengan nada menggoda.
Ilham semakin penasaran. Merasakan hangat bisikan Hannah menerpa telinganya, degupan jantungnya menjadi semakin laju. Sudah huru hara perasaannya diperlakukan begitu.
“Hannah!” jeritnya melepaskan geram.
Hannah tergelak kecil. Bajunya dicapai dan disarungkan ke tubuh semula. “Tahu takut!” ejeknya perlahan dan terus berlalu dari situ. Tapi sempat pula dia cuit pipi Ilham.
Sampai saja di hadapan pintu biliknya, dia berpaling semula. “You know what Ilham?”
Ilham berpaling. “What?” ucapnya keras. Geramnya masih bersisa dengan kelakuan Hannah tadi. Boleh gugur jantung dibuatnya. Wajah Hannah di muka pintu bilik dipandang tajam.
“Tak kan ada seorang lelaki pun yang boleh bertahan kalau berada dengan perempuan di dalam keadaan seperti tadi kecualilah lelaki itu jenis spesis yang….” Kata-kata Hannah terhenti. Jarinya diketuk-ketuk ke bibirnya. Ilham direnung dengan satu pandangan yang sangat nakal. Tiba-tiba dia tersenyum.
“Awak nak cakap apa Hannah?” soal Ilham geram.
“Hurm… Macam mana nak cakap ya? But, I think you know what I mean…” ucapnya dengan senyum nakal di bibir. “So, awak kategori lelaki yang macam tu ke, Ilham?” soalnya dengan satu kenyitan nakal.
Ilham mendengus. “Awak nak cuba? Nak try? Test?” ugut Ilham yang benar-benar geram dan tidak tahan melihat kelakuan Hannah seolah-olah mencabarnya…

JANJI yang mana satukah yang berjaya dimeterai atau ada janji lain antara mereka lagi? Ikuti perjalanan hidup Ilham dan Hannah yang adakalanya nakal, serius, lucu, sebak, walaupun tercari-cari apa makna kasih sayang sesama insan di bumi yang sementara dan erti perjalanan hidup menuju ke alam kekal…

Monday, May 18, 2015

Samurai

Tajuk : Samurai
Penulis : Dekna Lee
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0657-71-4

Sinopsis
Aizat, dia sangat menyakitkan hati! Mulut memang laser. Rambut bukan main panjang menyerupai rambut seorang samurai zaman Jepun dulu. Melur rasa tergugat dengan kewujudan sepupunya itu. Sungguh! Sombong dan kasar sekali perwatakannya. Maklumlah, Aizat itu graduan sekolah juvana.

Sepanjang tinggal bersama keluarga Melur, ada saja pergaduhan yang sengaja dicetuskan oleh Aizat.

“Melur? Sampai besar pun kau kena panggil Melur ek? Tak ada nama glamor ke? Kesiannya aku kat kau.” ~ Aizat

“Jangan panggil nama sayalah!” ~ Melur

“Habis tu kalau aku tak panggil kau Melur, aku nak panggil kau apa? Telur?” ~ Aizat

Fitnah tiba-tiba merebak semenjak kemunculan Aizat di rumah Melur. Aizat dan Melur diarah menikah. Melur membantah. 

“Macamlah aku hadap sangat nak kahwin dengan kau. Muka kau tu tak dapat aku beza dengan muka monyet belakang rumah! Nyet lagi lawa. Dahlah banyak mulut. Sakit otak aku. Nama pulak Melur. Klasik habis. Aku menikah dengan Jasmin lagi baiklah!” ~ Aizat

“Hei! Ingat saya nak kahwin sangat dengan awak? Entah-entah hari pertama nikah dengan awak, saya dah kena tetak! Bukan boleh kira awak ni. Bekas budak sekolah jahat, kan?” ~ Melur

Mereka disatukan juga walaupun sering bertelingkah. Melur mula jatuh hati dengan Aizat. Namun, ada saja dugaan yang melanda saat mereka baru mengecap bahagia. Kebahagiaan mereka direnggut seseorang.

Melur menyalahkan Aizat atas segala yang telah terjadi. Aizat pergi membawa hati. Siapa yang menyebabkan mereka berpisah? Bagaimana kesudahannya? Mampukah sekuntum bunga melur menjadi penyeri?


Sunday, May 17, 2015

Bos Senget PA Sengal

Tajuk : Bos Senget PA Sengal 
Penulis : Kay Delaila
Harga : RM30.00
ISBN : 9789675289347

Sinopsis
FARAH ADEEBA, anak sulung berjiwa muda yang cepat melatah dan degil. Segala keputusan adalah mengikut kepala sengalnya. Meninggalkan bakal tunang dan menggondol kepala ikut suka hati. Namun gigih bekerja dan menyambung pelajaran sambil bekerja demi amanat arwah papanya.
Pertemuan dengan Taufiq Badlishah, sebagai bosnya buat hidup Adeeba haru-biru. Adeeba yang suka menjawab sengal buat Taufiq geram. Taufiq tekad menolak Adeeba walaupun disua oleh Dato’ Noraini sebagai PA nya.

NAMUN, strategi Taufiq berubah apabila mata Adeeba serupa dengan mata yang dicari…

“Deeba, daripada kau keluarkan dalam surat khabar, baik kau keluarkan memo letak kat noticeboard kita tu. Pasti kau akan terima berpuluh borang permohonan.” Gelak Hasnah lucu. Tak pernah terfikir langsung di fikirannya yang Taufiq akan mengambil tindakan seperti itu. Mana pergi ketegasan sikapnya?
“Saya tak beranilah, Has. Nak letak kat surat khabar pun tak berani. Nak letak kat notice board pun tak berani. Mahunya saya ditembak oleh Dato’ dengan Tan Sri nanti. Sesengal-sengal saya pun, saya masih waras dalam bab yang tak senonoh macam ni. Kau rasalah Has, kenapa tiba-tiba bos buat macam tu ya?” soal Adeeba mencari jawapan.
“Bagaimana bos beri arahan ni pada kau, Deeba?”
Adeeba membuka telefon pintarnya semula.

-Dinner with me tonight. Or else advertise my picture in newspaper. Lonely GM needs company-

“Gila sengal bos kau tu Deeba.” Gelak Hasnah terburai.
“Habis kau balas apa Deeba?” Adeeba tak menjawab, sebaliknya disentuh tetingkap mesej di telefon pintar lalu dihulurkan pada Mastura pula.

-Bos nak saiz A5 ke, A4 ke atau full pages? Nak berapa hari. Seminggu sekali atau setiap hari selama seminggu? Saya tunggu reply bos untuk dapatkan quotation yang terbaik-

SAMPAI bila mereka begini? Dan apa akan terjadi apabila Adeeba juga diintai lelaki lain dan diteropong juga oleh seseorang yang mahu musnahkan hidupnya…

Tuesday, May 12, 2015

Kerana Aku Suamimu

Tajuk : Kerana Aku Suamimu
Penulis : June Muhammad
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0567-53-2

Sinopsis
Syurga seorang isteri... Adalah bersama suami.

“Zahra tak mahu kahwin dengan Abang Fitri!” – Zahra.

“Dengan keadaan diri Zahra sekarang, siapa yang nakkan Zahra?!” – Encik Zainal.

Kebahagiaan ZAHRA AISYA direntap dalam satu peristiwa yang tidak disangka. Biarpun menentang keras rancangan Encik Zainal, akhirnya Zahra terpaksa akur menikahi MUHAMMAD FITRI untuk menutup perkara memalukan itu. 

“Zahra benci dengan abang, tau tak?! Benci, benci sampai ke akhirat!” – Zahra.

Selepas bergelar suami dan isteri, hubungan dingin antara Zahra dan Fitri mula menampakkan sinar bahagia apabila Fitri mula mengguyur api kebencian yang ada dalam jiwa si isteri. 

“Zahra dah okey, esok abang pergilah kerja.” – Zahra.

“Eh, suka hatilah abang nak pergi kerja atau tak.” – Fitri.

Namun pada saat hubungan Zahra bersama Fitri mula hanyut dan larut dalam emosi, parut yang lama mula menjengah kembali. Hadirnya kembali RIYAD mengganggu kebahagiaan rumah tangga Zahra dan Fitri. Lipatan memori silam ketika Zahra bersama Riyad kini mula menghantui Fitri yang melihat Zahra semakin menerima dirinya sebagai sang suami, namun gusar apabila melihat Riyad mula menunjukkan belang diri.

Apabila Zahra mula diganggu oleh Riyad yang menagih semula cinta lamanya kembali, SHASHA yang selama ini dianggap sebagai teman sejati oleh Zahra tanpa diduga juga menjadi duri. Hubungan terlarang dalam diam antara Shasha dan Riyad sedikit sebanyak telah menghantui kehidupan Fitri yang sebenarnya mengetahui yang Zahra sudah dikhianati oleh teman baik sendiri. Apakah yang akan terjadi kepada Zahra dan Fitri? Masih adakah rasa cinta Zahra terhadap Riyad yang menagih kembali si cinta hati