Tuesday, July 21, 2015

Nota Buat Cempaka

Tajuk : Nota Buat Cempaka  
Penulis : Sophilea
Harga : RM26.00
ISBN : 9789675289323

Sinopsis
“MANA mungkin Doktor Luqman Harith jatuh cinta pada Staff Nurse Cempaka Elina?”

NAMUN mereka bertunang juga. Berbulan bertunang, Luqman senyap. Tiba-tiba sahaja, mereka satu hospital, satu wad. Cempaka kalut. Tunang dinginnya yang kayu ini dekat sangat dengan dirinya. Hati masih libang-libung, tapi keluarga Luqman ajukan mereka dinikahkan cepat. Nikah gantunglah mereka, bak kata orang-orang tua.

“Saya tak nak jadi perampas. Lebih baik doktor bagitahu family doktor yang kita batalkan majlis kita. Kita berpisah.” Cempaka berterus terang.

“Perampas? Rampas dari siapa? Atau sebab Mathew?”

Cempaka menjeling. “Mathew tak ada kena mengena dengan hal saya dan doktor.”

“Bila dia ada kaitan dengan Cempaka sudah tentu dia ada kena mengena dengan saya. Cempaka isteri saya, tak ingat? Memanglah tak ingat sebab gelang nikah pun tak pernah pakai. Cincin tunang pun kejap pakai kejap tak. Takut sangat agaknya saham jatuh.”

“Di hospital, memanglah tak boleh pakai.” Cempaka menjawab.

“Luar hospital, pernah pakai?”

Cempaka gigit bibir.

“Kenapa gigit bibir? Nak saya gigitkan?”

Merah menyala wajah Cempaka apabila Luqman cakap macam itu. Ya Allah rasa nak menyorok dah ini. Luqman pula tayang muka selamba. Tersenyum gatal pula dia. Eiii… Teruknya dia.

SAAT Cempaka mengulit bahagia dengan cara tersendiri versi Doktor Luqman… Dia dikejutkan dengan bicara suaminya di malam majlis persandingan mereka…

“Kenapa? Kenapa mesti ada ikatan antara saya dan awak andai hati awak untuk yang lain, Luqman? Kenapa perlu dirantai saya kalau saya bukan sesiapa, Luqman?” – Cempaka

APABILA sudah serumah, sebilik, sekatil…

“Cempaka Elina… Tiada istilah kesilapan bila abang terima Cempaka sebagai tunang, sebagai isteri abang yang sah. Tiada ungkapan silap atau salah bila kita dijab kabulkan. Semua ini ketentuan dari Allah, Cempaka.– Luqman Harith

MENYEDARI dirinya pilihan kedua Luqman, calon kehendak keluarga… Ke mana harus dia pergi namun jiwa Cempaka terubat dengan nota-nota misteri yang sentiasa mendatanginya… Dan, siapa pula Fikri, Dyja dan Mathew yang mencelah dalam hubungan mereka?


Monday, July 20, 2015

Ketupat Cinta (Musim Kedua)

Tajuk : Ketupat Cinta (Musim Kedua)
Penulis : Faisal Tehrani
Harga : RM19.00
ISBN : 978-967-362-224-5
Mukasurat : 298 
Berat : 

Sinopsis
Baginda Parameswara hilang isteri. Tiada ia ingat mentadbir negeri. Daging celeng kembali dinikmati. Negeri dilanda hingus babi.

"Wahai Pujangga. bolehkah siput babi itu dimakan?"
"Ampun tuanku beribu ampun. Menurut ilmuan binatang, adapun siput babi ini haiwan hermafrodit atau khunsa, tuanku. Tiada kita terfikir tuanku tergamak mahu makan haiwan pondan."

Faisal Tehrani kembali dengan satira purba yang penuh kontroversi. Dengan gaya yang bersahaja dan kelakar, Faisal Tehrani mmelontar drama kehidupan manusia yang merentasi zaman.

Novel ini merupakan buku kedua dalam siri Ketupat Cinta. 

Travelog Seorang Da’i

Tajuk : Travelog Seorang Da’i 
Penulis : Ustaz Abd. Rahman Mohamed
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-5102-31-8

Sinopsis
Aku persembahkan buku ini untuk berkongsi pengalaman dengan para pembaca di kalangan kaum Muslimin dan Muslimat. Padanya aku coretkan segala pahit manis hidupku sejak kecil, alam persekolahan, menyertai kumpulan samseng sehingga aku mendapatkan hidayah, bertugas di masjid, difitnah berkefahaman Wahabi hingga terpaksa dibawa ke mahkamah, jatuh bangun sebagai peniaga dan akhirnya dapat berdiri teguh dengan inayah Allah SWT.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.”

Biar kita susah dahulu agar kita mendapat kesenangan di kemudian hari. Aku harapkan dengan coretan ini agar segala pengalamanku dijadikan perbandingan dan pengajaran. Aku mahu jelaskan kepada sekalian pembaca adalah dan percayalah, kesusahan hidup bukan hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik. Firman Allah: “Sesungguhnya berserta kesusahan itu ada kesenangan.” 

Sunday, July 19, 2015

Oh! Mudahnya Jahit Skirt & Palazo

Tajuk : Oh! Mudahnya Jahit Skirt & Palazo
Penulis : Rozilawati Abdullah
Harga : RM20.00
ISBN : 978-983-124-982-6

Sinopsis
Skirt dan Palazo adalah antara fesyen terkini yang semakin mendapat tempat dihati masyarkat. Dengan rekaan terkini, ia mampu membuatkan si pemakai tampil lebih elegan. Rekaan yang dihasilkan dengan penggunaan fabric yang bermutu menepati cita rasa dan sesuai untuk semua golongan. Di samping itu, harga untuk memiliki pakaian ini juga tidak terlalu mahal dan berpatutan.

Oh! Mudahnya Jahit Blaus

Tajuk : Oh! Mudahnya Jahit Blaus
Penulis : Asfarena
Harga : RM21.90
ISBN : 978-967-86-0498-7

Sinopsis
Pelajari menjahit 9 rekaan balus moden yang mudah untuk persalinan seharian, ke pejabat dan bersantai. Semuanya dipaparkan dengan keterangan terperinci dan gambar yang jelas. Disertakan juga pola asas untuk memudahkan anda belajar menjahit blaus sendiri. 

Tuesday, July 14, 2015

Maaf Dari Sorga

Tajuk : Maaf Dari Sorga
Penulis : Faisal Tehrani
Harga : RM16.00
ISBN : 978-983-399-187-7

Sinopsis
Rumah nombor 33 menyimpan pelbagai misteri dan dianggap berhantu. Penyewanya silih berganti dan kebanyakan mereka menemui kecelakaan.
    
Penyewa terbaharu, Hakiki, seorang pegawai bank berfikiran liberal bersama isterinya yang mualaf, turut diganggu peristiwa aneh dan menakutkan. Rumah tangga yang aman mulai keruh dan si isteri kembali ke negera asal, kemudian terperangkap dalam taufan ganas yang mengancam jiwa dan kandungannya.
    
Mungkinkah gangguan-gangguan itu disebabkan oleh dosa-dosa Hakiki yang disembunyikan sekian lama? Apakah ada kemaafan dari sorga buat mereka?


Saturday, July 4, 2015

Sajian Keraian, Perancangan, Penyelidikan & Resipi

Tajuk : Sajian Keraian, Perancangan, Penyelidikan & Resipi 
Penulis : Noraini Sidek
Harga : RM49.90
ISBN : 978-967-611-507-2