Sunday, August 23, 2015

Setiaku Milikmu

Tajuk : Setiaku Milikmu 
Penulis : Luvis Eija
Harga : RM28.00
ISBN : 9789670870014

Sinopsis
Sara Dhia. Seorang gadis desa yang hidupnya senantiasa dirundung duka. Sejak kecil dia telah dijaga oleh makciknya kerana kedua ibu dan bapanya telah meninggal dunia. Namun, menumpang kasih ibu saudara tidaklah sama dengan kasih ibu sejati. Banyak derita yang harus dia tempuhinya.

Pertemuan tak terduga dengan seorang lelaki bernama Adam Hakimi telah mengikat dia buat selama-lamanya dengan lelaki itu. Atas alasan hutang, Sara disunting oleh lelaki itu sebagai suri. Biarpun di hati tiada cinta. Sara redha! Siapa sangka, hidup bersama Adam lagi banyak kisah duka dari manisnya. Pernikahan tanpa cinta itu benar-benar menjerut hati Sara. Tambahan pula, Adam terang-terangan mengakui dia cintakan perempuan lain. Harus, bagaimanakah Sara?

Sikap bertanggungjawap dan ambil berat yang ditunjukkan oleh Adam tanpa sedar telah membenihkan bunga cinta di hati Sara buat lelaki itu. Dalam diam dia memasang tekad untuk terus setia menanti secebis cinta dari sang suami.

‘Ya Allah, Engkau telah memilih aku untuk melalui semua ini. Aku redha, Ya Allah. Jika benar dia yang Kau pilih untuk menjadi teman hidupku, aku akan setia mengharungi getir ini. Aku akan terus menanti saat terbitnya rasa cinta di hatinya untukku. Namun, aku mohon pada-Mu, berilah aku kesabaran yang tinggi seperti sabar yang Engkau berikan kepada isteri para Nabi. Kerana aku selemah-lemah wanita, Ya Allah! Aku takut, aku pincang dalam langkahku..' ~ Sara Dhia.

Namun, satu sengketa telah berlaku di antara mereka yang menyebabkan Sara menjauhkan diri. Hati perempuannya terus membeku. Saat itu, kata sayang dan cinta dari Adam sudah tidak bermakna lagi buat Sara. Bukan mudah untuk memaafkan. Lukanya dalam sekali!

“Sara, percayalah! Abang dah lama sayangkan Sara. Abang dah lama jatuh cinta pada Sara. Sejak pertama kali kita berjumpa. Sejak pertama kali Sara peluk abang, hati abang sudah jatuh sayang pada Sara. Tapi, abang ego! Abang cuba nafikan rasa itu sehinggakan Sara yang menjadi mangsa. Abang ikat Sara dengan alasan hutang. Hakikatnya, abang tidak sanggup kehilangan Sara.” ~ Adam Hakimi.

Apalah gunanya! Hati Sara sudah membeku. Tiada lagi getaran di jantungnya saat Adam melafazkan kata sayang dan cinta.

“Jangan berkipas di tengah ribut, Adam! Tangan penat, hasil tak dapat. Baliklah!” ~ Sara Dhia.

Apakah kesudahan kisah rumah tangga mereka? Masihkah ada sinar bahagia di hadapan? Terbayarkah penantian Sara selama ini? Berjayakah Adam mendapatkan semula cinta dan kemaafan dari Sara? Ketahuilah kesudahan kisah mereka dalam Setiaku Milikmu.

Thursday, August 20, 2015

Perang Cinta Kau dan Aku

Tajuk : Perang Cinta Kau dan Aku
Penulis : Anna Raihana
Harga : RM18.50
ISBN : 978-967-369-283-5

Sinopsis
​Mereka bukan Romeo & Juliet. Terang-terang bukan. Atia dan Nadhif memang tidak boleh bertemu. Di Kolej, Atia menjadi pelajar junior paling popular. Dialah satu-satunya yang berani melawan para senior yang diketuai oleh Nadhif. Tetapi, berani melawan tidak semestinya menang. Sengketa di koleh ini menulai ke kafe keluarga Atia. Atas hubungan orang tua, Nadhif meluaskan kuasanya di kafe itu. Angin Atia yang gilakan hot chocolate dan Nadhif yang ketagih cappucino sekali lagi bertembung. Lalu muncullah mamat itu… yang wajah seiras Kim Soo Hyun. Beb, cerita Melayu sekarang mestilah masuk mamat K-Pop, kan? Barulah daebak!

Nada Dering Cinta

Tajuk : Nada Dering Cinta
Penulis : Demee Danee
Harga : RM18.50
ISBN : 978-967-0185-60-6

Sinopsis
​​Sudah bosan hidup di kampung, Farhana nekad berhijrah ke bandar mengikut ajakan Waheda, teman rapatnya yang sentiasa nampak bergaya. Farhana mahu mengubah hidupnya. Dia mahu berjaya dan bergaya seperti Waheda – walau tidak jalan berlenggok, tetapi semua orang pandang!

Waheda pula sudah tidak boleh lari. Dia bukannya bersungguh mengajak Farhana, tetapi cuma ajak-ajak ayam. Habislah reputasinya nanti kalau Farhana tahu semua barang yang melekat di tubuhnya itu diperoleh dengan berhutang di sana sini.

Tiba di bandar, Farhana umpama rusa masuk kampung. Semuanya nampak indah di mata. Kenaifan Farhana menjadi modal kepada Idzuan bagi memperdayakan gadis mulus itu dengan menawarkan telefon idaman Farhana – telefon terbaru dengan spesifikasi yang tinggi!

Seorang lagi jejaka, iaitu Zulkarnain yang menjadi pemerhati setia begitu marah dengan sikap Farhana yang terlalu mempercayai Idzuan sehingga sanggup meminjamkan wang kepada lelaki itu. Teguran Waheda dan Zulkarnain mengundang rasa tidak senang sehingga mencetuskan pergaduhan antara mereka bertiga!

Bintang Hati Saya

Tajuk : Bintang Hati Saya
Penulis : Riley Fizan
Harga : RM18.50
ISBN : 978-967-0185-65-1

Sinopsis
​​Hakimi Adam Song, pelajar kolej yang hobinya mencerap langit. Nampak tenang, suka tersenyum, bijak.

Adriyana, pelajar kolej yang easy-going dan selalu blur. Mendapat keputusan peperiksaan yang sangat teruk. Pensyarah sudah mengamuk. Untuk menamatkan pengajian, Adriyana perlu belajar di bawah seorang tutor, Hakimi. Pesan BFF-nya, Rita Rudani dan Rafiq, jangan dekati lelaki itu. Hakimi adalah raksasa!

Perlahan-lahan Adriyana berubah. Dia dipaksa menyertai Kelab Pemerhati Bintang Amatur yang presidennya adalah Hakimi. Pelajarannya juga semakin baik. Adriyana tidak nampak di mana ‘raksasa’nya Hakimi itu.

Sehinggalah kemunculan Teelofa. Pada suatu hari, segala-galanya berubah. Hamiki Adam Song tiba-tiba hilang.

Enam tahun kemudian, Adriyana menerima poskad mister. Sepertinya Hakimi muncul kembali. Dan bersama-sama harapan untuk menemui Hakimi semula, nyawa Adriyana pula terancam. Ada orang mahu membunuhnya. Misteri zaman kolej mula terungkap. Siapa sebenarnya Hakimi, dan ke mana dia menghilang selama ini?

“Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja ia hilang, pasti ada hijab yang menghalang kita daripada melihatnya di langit.”

Tergolek Hatiku Kerana Kamu

Tajuk : Tergolek Hatiku Kerana Kamu
Penulis : Imanisa Riana
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0185-64-4

Sinopsis
​Kehilangan insan tersayang telah mengubah episod hidupnya. Daripada gembira berfoya-foya dengan harta yang tidak akan luak hingga ke anak cucu, bertukar menjadi punca utama nyawanya diburu.

Kehadiran Israr dalam hidup Tengku Kiesha Kalila telah menyemai cinta baru. Namun status suami isteri antara Tengku Kiesha dengan pengawal peribadinya, gagal disahihkan. Tengku Budriz mengambil kesempatan dalam kesempitan Tengku Kiesha.

“Kenapa tenung abang macam tu? Kiesha kena ingat Kiesha masih berpuasa. Jangan nanti terbatal puasa sedangkan tak sampai sejam lagi nak berbuka. Abang ni tak apalah sebab tak puasa.” Israr

Raja Azrin yang telah meragut kesucian dirinya kembali menjilat ludah sendiri, dan berharap Tengku Kiesha akan menjadi pengganti suri hidupnya.

“I cuma bagi you peluang yang you dah terlepas. Terima je, Kiesha. Bukan ke you cintakan 1?” Raja Azrin

Tengku Kiesha dipaksa bernikah dengan Tengku Budriz, dan kelemahan yang ditonjolkan merupakan perangkap untuk Tengku Budriz dan bondanya.

“Riz, dah gila ke? Sebulan mana lepas edah Kiesha lagi. Tu pun kalau betul suami Kiesha meninggal dunia. Kalau bukan, Kiesha haram dinikahi.” Tengku Kiesha

“Walau berjuta you nak bayar, I tak akan lepaskan Kiesha. Sekali I dapat dia, selamanya dia akan bersama I.” Tengku Budriz

Adakah mereka benar-benar ingin memiliki Tengku Kiesha? Atau sekadar suatu rebutan yang menjulang juara?

Bukan Cinta Secondhand

Tajuk : Bukan Cinta Secondhand
Penulis : Ezza Mysara
Harga : RM33.00
ISBN : 978-967-0185-61-3

Sinopsis
“Aku tak suka kau! Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke? herdik Amril.

“Even if you tease me by saying this is foolish, I can’t turn this heart around… Yang pasti, aku akan tetap tunggu kau sukakan aku! Eh, bukan… aku akan buat kau sukakan aku!” tekad Naira.

Kemalangan hati paling dahsyat ialah bila kita terlanggar hati seseorang yang tak sukakan kita. Silap hari bulan, organ yang satu itu boleh masuk Unit Rawatan Rapi! Itulah yang terjadi dalam hidup Naira.

NAIRA ILYANI - Dia mengejar Amril setelah terpikat pada keperibadiannya. Bukan harta, ataupun rupa. Suara yang mengimamkan jemaah itu membulatkan tekad Naira untuk menjadikan Amril sebagai imamnya.

MUHAMMAD AMRIL - Cinta terhalang membuatkan jiwanya mati. Sayangnya pada Dewi Aleeya tidak pernah berbelah bagi. Namun kerana peristiwa itu, mereka terpisah sedangkan dalam hatinya hanya ada Dewi.

Demi merebut cinta, Naira sanggup lakukan kerja gila.

“Aku dah tak nampak jalan nak patah balik…. Aku nak tahu siapa Dewi. Aku nak jumpa dia. Aku nak kenal dia… aku nak ambil Amril dari dia.” NAIRA ILYANI

Mengenali baiknya hati Dewi membuatkan hidupnya berubah. Malah, Naira sanggup menentang satu dunia untuk mempertahankan hubungan Amril dan Dewi. Namun, pemergian Dewi Aleeya secara tiba-tiba dan kehadiran Dewi Ilyani merubah segalanya.

Di saat Aril dan Naira masih mencari letak duduk hubungan mereka, Qiuzi hadir menghulur kasih kepada Naira. Dia lelaki biasa yang sempura. Namun, mampukah Qiuzi menggantikan cinta di hati Naira?

“Bila awak tolak saya, awak akan rasa lebih sakit sebab… awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa itu. Sakit, kan? Dan saya pasti yang… awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.” AHMAD QIUZI

Benarkah harga cinta secondhand itu tidak setanding dengan nilai cinta pertama? Siapakah pemilik hati Naira yang sebenarnya?

Kita Kahwin Koboi?

Tajuk : Kita Kahwin Koboi?
Penulis : Mia Kiff
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0185-58-3

Sinopsis
"Kau ni Aufa, aku tahulah kau tu tak berapa cantik. Tapi janganlah, kau main setuju je, bila orang suruh kahwin. Cuba kau tengok prinsip hidup aku ni, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Sediakan BMW terlebih dahulu, barulah ada perkahwinan...."

"Ini cincin silver ke, cincin berlian ni? Hishhh... Serabai je, aku tengok bakal suami si Aufa ni. Kau ni Minah, suka hati je nak bagi anak kau kat orang. Makan pasirlah jawabnya anak kau ni...!

"Kau nak bagi kami mati sakit jantung ke Aufa oii, dah ler plan kau nak kahwin koboi buat kami terkejut tak habis lagi. sekarang ni kau buat kami terkejut tahap beruk pulak dah. Mahunya kami tak pengsan bila tengok siapa suami kau ni? Sampai hati kau, kalau kau cerita awal-awal, kami bersedialah hadapi semua, ni tak? Ni tak, kau tunjuk gambar lelaki bermisai dan berjambang tu!"

"Tak dapat kau dengan cara bertauliah, aku akan dapatkan kau dengan cara tak sekolah!

"Kenapa dari awal, awak tak beritahu saya, siapa awak yang sebenarnya? Dunia awak bukan dunia saya..."

"Saya tak perlukan isteri kedua, ketiga, dan isteri keempat. Tapi kehadiran awak seorang, dalam hidup saya melengkapkan keempat-empatnya... cukuplah, hanya awak seorang isteri dalam hidup saya..."

"Dalam Islam, perempuan tak wajib pakai tudung. Tapi wajib tutup aurat. Selepas ni, jangan sesekali tayang rambut awak ni pada orang yang tak ada hak. Saya tak izinkan. Awak buatlah macam mana sekalipun, samada nak tutup rambut awak dengan tudung saji ke, baldi, pasu bunga, guni ke, apa saja, asalkan menutup aurat! Faham?"

"Oh Aufa, tahukah kau kenapa aku hadiahkan bunga ros ini kepadamu? Kata orang, bunga ros ini adalah bunga yang cantik. Kerana itu aku hadiahkan padamu, kerana aku ingin bunga ini rasa malu bila mengetahui ada yang lebih cantik iaitu Aufa Dhiyaku..."

Cinta itu bukan sekadar pengucapan, tapi perlukan pengertian..
.
"Aku tak nak dia kahwin dengan aku sebab diri aku yang semua orang kenal.... "

'Kalau jadi apa-apa pada dia, macam mana hidup aku? Sudahlah aku ni paling liat nak jatuh cinta. Rasanya hanya dia seorang saja yang aku cintai dalam dunia ni..."

"Entahlah, dia tak cantik pun. Bila aku tengok dia, hati aku rasa bermagnet..."

"Selamat datang ke dunia Khalish Aqimie......."

"Awak ni, takde ke baju yang seksi-seksi, buat saya mencuci mata? Ni fesyen apa awak pakai ni? Macam tukang kebun. Mujurlah, awak ni satu-satunya bini yang saya ada.... Kalau tak, tak ada selera langsung tak tengok awak pakai macam ni.."

"Mungkin bagi dunia, awak hanyalah seorang manusia. Tapi bagi saya, awaklah dunia saya, Aufa...."