Friday, January 15, 2016

Selamat Tinggal Sayang...


Tajuk : Selamat Tinggal Sayang...
Penulis : Ma Lee Chuswan
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0890-81-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Aku ingin menjadi ‘puteri’… kalau tidak puteri kayangan pun… cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada.
Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu puteri kecapi.

Lalu kerana ‘Puteri’, dia senang menjadi ‘Dee’, bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun ‘Dee’ tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad.

Perkahwinan ini satu tanggungjawab… melepaskannya jua satu tanggungjawab yang tidak terjawab.

Bertahun Dee menjadi perlarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi… dan sampai bila puteri harus digantung tidak bertali…

Angin Cinta

Tajuk : Angin Cinta
Penulis : Aliesha Kirana
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0890-80-7
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Khairi Kamarudin Osman atau mesra dipanggil KK punya segala-galanya yang orang lain impikan dalam dunia ini. Pangkat, harta, wang ringgit juga segala kemewahan dunia tetapi hanya satu kekurangan bagi dirinya iaitu cinta.Dan  orang cakap, kerana cinta kita sanggup buat apa saja. Lautan api sanggup diredahi, gunung tinggi sanggup didaki, bintang di angkasa sanggup dipetik buat permaidani. Fuhhh! Kalau bercakap memang semua nak indah, tapi realitinya? KK bukan bodoh nak buat semua itu, dia sedar kemampuan dirinya. Tetapi demi seorang Irika, KK sanggup melakukan apa saja yang terdaya.

Kehadiran IRIKA seolah memberi satu nafas baru dalam hidup KK yang sepi tanpa sebuah cinta selama ini. Saat cinta itu dia perolehi dan hampir saja ke jinjang pelamin, ada satu permintaan yang Irika pinta, membuatkan KK rasa serba salah. Irika pula tidak pernah mengimpikan apa-apa sepanjang hidupnya, kecuali satu perkara.

Bersatu dengan abahnya semula setelah mereka lama terpisah. Dan sebaik saja menerima lamaran KK, perkara pertama yang Irika mahu ialah melangsungkan majlis mereka di rumah abahnya. Namun perkara itu tidak semudah dan seindah yang dia sangka. “Awak, rumah abah awak tu dekat pulau! Saya ulang sekali lagi, pulau! Awak dengar tak? Pulau okey! Apa nama dia tadi? Oh… Pulau Tuba, kan? Nama pulau tu pun dah buat saya rasa macam kena racun tuba.” – KK

Namun, setelah menempuh pelbagai halangan untuk mencuri hati gadis itu, KK masih ada halangan besar yang dia perlu atasi! Kenapa dalam banyak-banyak halangan, halangan ini yang paling sukar? “Hei, budak tak ada adab! Hang mai sini aku tak pernah pelawa tau! Jangan kurang ajaq sangat. Sekarang ni aku nak hangpa dua-dua berambuss!!!” – Pak Mustafa

Kehadiran mereka ke pulau itu langsung tidak digemari Pak Mustafa. Lelaki itu seolah-olah sudah membuang Irika jauh dari hidupnya setelah dia berpisah dengan mama Irika. Kemunculan KK pula menambahkan kebencian abahnya dan langsung tidak mahu merestui hubungan mereka apatah lagi hendak menjadi wali Irika dan mengizinkan majlis mereka diadakan di situ.

Irika kini tersepit antara abahnya yang sudah lama dia tidak ketemu dan juga KK, cinta hatinya yang baru dia jumpa. Siapakah yang harus Irika korbankan? Ketika keputusan telah Irika bulatkan, KK membawa diri entah ke mana membuatkan hati Irika dipagut penyesalan.

Andai benar tiada jodoh ­­­antara mereka, kenapakah angin yang menderu itu membawa cinta bersamanya?

Hurt


Tajuk : #HURT
Penulis : Rehan Makhtar
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0992-03-7
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Tiga tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.

“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Saya tak tahu apa salah saya.” - Aatiq

“Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib

Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka?

Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.

“Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” - Aatiq “Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.” - Shafiq

Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi.

“Maafkan saya kerana melukakan awak, Aatiq…” – Raqib

“Dan, saya pun terluka sebab dah buat awak terluka…” – Aatiq

“Fiq, aku serahkan dia untuk kau jaga, untuk kau cinta dan sayangi dia bila aku tak berdaya dan tak layak pun untuk sayangi dia…” - Raqib

Kerana hati yang #LUKA, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan. Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan.

Bila Kau Kata Cinta


Tajuk : Bila Kau Kata Cinta
Penulis : Razlina Azura
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-0992-06-8
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Sweetheart, I miss you so much. Where have you been?” Siti Sara, si pramugari jelita menyangka, panggilan sweetheart yang diterimanya daripada Idzham merupakan petanda bahawa jejaka itu ada hati padanya. Namun, saat Iftitah diperkenalkan sebagai bakal isteri Idzham, Siti Sara bingung. Luluh hatinya tika melihat cinta pertamanya menjadi milik insan lain. Lantaran itu, pabila pinangan yang tidak disangka datang menerpa, dia hanya pasrah dan menerima; dengan harapan nama Idzham dapat dilupuskan dari ingatan.

Akhirnya tanpa dia sedar, dia sudah menerima lamaran seorang duda merangkap penumpang yang pernah memalukan dirinya di kabin!

“Agaknya selain daripada waktu kerja awak yang berembun, waktu sosial awak juga tak kurang hebatnya."

Tengah malam macam ni pun, masih lagi berpelesiran. Itu sebab awak ni selalu cuai, macam orang mabuk.” – Khalif Imran

“Excuse me! Siapa awak untuk judge saya? Awak tak ada kena-mengena dengan hal saya!” – Siti Sara

Bagi Khalif Imran pula... Pinangan itu bukanlah ikhlas daripada jiwanya, malah tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menduakan cinta arwah Zulaikha. Pinangan itu sekadar syarat untuk menebus kesalahan yang pernah dilakukan terhadap mama dan papanya.

Dia nekad, tiada cinta terhebat selain cintanya bersama Zulaikha. “Awak cantik dan cukup sempurna. Tidak sukar untuk buat saya jatuh cinta. Tetapi saya takkan mengkhianati pengorbanan arwah Zulaikha.

Buat masa ini saya boleh menerima awak... tapi saya tak mampu untuk berikan cinta.” – Khalif Imran

Hinggalah akhirnya dia mula merasa getar yang aneh tika bersama Siti Sara. Cuma, apa yang melukakan hati Siti Sara adalah apabila kata-kata cinta yang diucapkan kepadanya disulami dengan nama wanita lain. Miss you so much! I love you, Ika.” – Khalif Imran

“Saya Siti Sara, bukan Ika!” – Siti Sara Hati isteri mana yang tidak terhiris? Dapatkah Khalif Imran fahami kehendak hatinya sendiri? Siapa kini dalam hatinya? Bunga cinta lama yang pernah mekar atau kuntum cinta baru yang tidak kurang indahnya?

Jejaka Edisi Terhad

Tajuk : Jejaka Edisi Terhad
Penulis : Rin Ahmad
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-18-0
Mukasurat : 624
Berat :

Sinopsis
“Encik, takkan semua bilik nak buat studio?” ~ Sara.

“Suka hati sayalah. Saya bayar, kan?” ~ Que.

Kisah hidup Cik Akustik Konsultan, Sara Nabila huru-hara apabila bertemu dengan pramugara kacukan Inggeris, Que Zafril. Konon hati takkan goyah dengan godaan bersahaja Que Zafril kerana yang terpahat di hati hanyalah si tall, dark and handsome, Shah Ezlan. Namun, hari demi hari hatinya mula berubah rentak.

Que mempunyai banyak persamaan dengan abang kesayangan Sara, Sean Norman. Kaki snooker, kaki motor besar. Apatah lagi setelah dihalau keluar dari rumah dek angkara sahabat baik merangkap kakak ipar, Indah yang buruk perangainya, hanya Que yang menceriakan harinya. Terasa diri dekat dengan Sean Norman apabila bersama Que. Namun… mahu dicampak ke mana si tall, dark and handsome?

“Love is crap!”


Jangan Padam Rindu

Tajuk : Jangan Padam Rindu
Penulis : Rina Farizq
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0874-17-3
Mukasurat : 648
Berat :

Sinopsis
Ellina tak sangka dia dilamar oleh tuan haji kerepot yang bertongkat! Dia tak rela nak bertunang dengan lelaki tua yang gatal tu. Nak kahwin? Lagilah tak ingin!

Ellina: Lagi satu, bukan semua orang tuan haji boleh beli hatinya dengan kebendaan. Note4 pink ni memang awesome tapi itu tak bererti saya dah jatuh tergolek kat sini.

Mereka tak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Mujurlah ada media canggih tu. Kalau tak, ‘muntah hijau’ dibuatnya kalau terpaksa bercakap secara langsung dan bertentang mata dengan tuan haji.

Tuan haji: Ellina, saya ikhlas nak kahwin dengan Ellina. By the way, Note4 pink tu saya hadiahkan dengan ikhlas. Saya tak ada intention pun nak buat Ellina jatuh tergolek kat sana. Ellina, jatuh tergolek ke?

Serius Ellina tak boleh tahan. Geli betul dengan lelaki tua yang bertongkat tu. Tapi nak buat macam mana? Apa pilihan yang dia ada?

Ellina: Saya serius. Apa kata kahwin saja dengan ibu saya? Saya lebih rela jadi anak tuan haji. Please marry my mom.

Tuan haji : Ellina… I want to marry you, not your mom.

 Ellina pasrah. Majlis pertunangan dijalankan walaupun hati tak rela. Tak ikhlas! Tapi, kenapa bila tiba hari pertunangan orang lain pula yang bertunang dengan dia? Bukannya tuan haji. Dan Ellina rasa nak mati bila ‘orang’ itu sebenarnya yang meminangnya. Ellina rasa tak menentu bila ‘orang’ itu yang menjadi tunangnya. Kenapa ‘orang’ itu? Kenapa orang yang telah merobekkan hatinya muncul semula dalam hidupnya?

“Simpan rindu dalam hati!”

Cik Pemanis Hati

Tajuk : Cik Pemanis Hati
Penulis : Phidot
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-365-253-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Niatnya hanya satu, mahu hidup berdikari tanpa pertolongan keluarga. Kehidupannya sebagai seorang kerani di Adam Group mula berubah huru-hara semenjak cucu Tengku Dahlia melanggar bahunya tanpa mahu meminta maaf.

“Tadi encik keluar dari lif, encik ada terlanggar apa-apa tak?  Contohnya, bahu orang.”

“Ada rasanya.  Tapi, benda remeh aje, kan?  Kenapa ya?  Boleh ringkaskan?” 

Sikap selamba Adam yang menyakitkan hati itu membuatkan Hana terus menggelar lelaki itu Mr. Tak Ada Adab. Ingatkan itulah kali pertama dan kali terakhir Hana berdepan dengan lelaki yang penuh menyakitkan hati, namun sangkaannya meleset sama sekali.  Mereka bertemu sekali lagi apabila Adam muncul menggantikan tempat Tengku Dahlia sebagai CEO Adam Group. 

Tujuan utama Adam menjadi CEO pun disebabkan mahu mengambil hak miliknya semula daripada Hana. Kalau bukan disebabkan itu, jangan harap dia mahu munculkan diri lebih awal. Dan disebabkan itu, dia sanggup menaiki tren buat pertama kali dalam hidupnya.

Tanpa diduga perasaan benci perlahan-lahan bertukar menjadi berbunga.  Rupa-rupanya dalam kedinginan sikap Adam, hatinya penuh dengan kemanisan. Hana yang sering menidakkan perasaannya mula merindukan Adam.

“Five seconds please.”

“Saya rasa tempoh masa lima saat tu dah tamat.”

“30 seconds please.  No, one minute would be just nice for us.” 

Kebahagiaan itu tidak kekal lama apabila kisah silam Adam mula menghantui kehidupan mereka. Apakah kisah silam yang membuatkan jiwa Adam tidak tenteram? Mampukah Hana bertahan menghadapi perubahan sikap Adam yang mendadak itu? Dan, bertahankah cinta mereka yang semanis brownies itu?