Thursday, May 12, 2016

Rumah Kecil Di Jabal Uhud

Tajuk : Rumah Kecil Di Jabal Uhud
Penulis : Roza Roslan
Harga : RM34.00
ISBN : 978-983-097-461-3
Mukasurat : 568 
Berat :

Sinopsis
Allah menjadikan sebahagian manusia sebagai ujian kepada sebahagian manusia yang lain, bertujuan untuk menguji kesabaran dan keimanan hamba-Nya. Sama ada ujian itu membuatkan mereka semakin tunduk menyembah-Nya atau sebaliknya.

Penulis mempunyai ingatan yang sangat kuat. Kenangan pada zaman kanak-kanak dan remajanya digarap dengan baik. Setiap kenangan yang tercatat di dalam Rumah Kecil di Jabal Uhud (RKDJU) bukan setakat travelog diri penulis tetapi juga berkait dengan tetamu di RKDJ yang pernah bertandang sama ada dengan menjejak kaki sendiri ke RKDJU mahupun menjengah secara alam maya.

Setiap tamu yang hadir ada kisah menarik yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita. Ia tarbiah yang benar-benar menusuk kalbu.


Wednesday, May 11, 2016

Di Atas Takdir Ilahi

Tajuk : Di Atas Takdir Ilahi  
Penulis : Qis Zakirah
Harga : RM29.90
ISBN : 9789675822360
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Nur An Nisa, gadis yang di anggap liar dan jahat rupa-rupanya menyimpan sejarah duka yang begitu tragis sehingga menghukum dirinya hingga ke akhir hayatnya. Trauma, ketakutan dan mimpi ngeri terus menghambat dirinya baik di dalam jaga mahupun lena.

“Kerana kau oranglah aku jadi jahat! Kerana kau oranglah aku jadi pemabuk! Kerana kau orang aku tak ada semangat belajar! Hidup aku bergelumang dengan dosa! Kau orang hancurkan hidup aku! Kau orang jadikan hidup aku tak ubah macam dalam neraka! Kau orang bunuh kehidupan aku! Bunuh masa depan aku!”

Pertama kali memandang An Nisa, mengundang rasa simpati yang tidak terhingga pada Irfan Maliki. An Nisa seolah sedang bertarung dengan konflik jiwa yang sangat tenat. Gadis itu perlu dibantu. Enggan melihat An Nisa terus tergelincir di jalan salah, Irfan menggalas tanggungjawab untuk membawa An Nisa pulang ke pangkal jalan.

“Di Atas Takdir Ilahi yang telah menjadi ketetapan buat diriku, sesungguhnya aku relakan segala yang telah terjadi di dalam hidupku. Aku relakan takdir itu semata-mata demi meraih redha-Mu. Ya Allah! Kerana hanya redha-Mu yang akan menjamin keselamatan hidupku di dunia dan akhirat.

Jadikanlah kerelaanku ini sebagai hujah untukku, bagi membela diriku di hadapan-Mu nanti Ya Allah! Semoga dengan belas dan rahmat kasih-Mu ianya dapat menyelamatkan aku dari api neraka-Mu, seterusnya melayakkan diriku untuk memasuki syurga Ilahi yang kudambakan”.

Saat Kau Jauh

Tajuk : Saat Kau Jauh
Penulis : Izz Jaja
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0907-24-6
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
NURUL ANA LIYANA - Menjadi seorang gadis yang dibenci keluarga bukan sesuatu yang mudah buatnya. Malah, dia tidak pernah diberi ruang untuk mengungkap kata sayang. Pedih dan sakit dalam hati hanya dia yang mengerti. Dia terkapai-kapai mencari harga diri. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mengecap bahagia. Sekali pun tidak. Sesaat pun perasaan itu tidak pernah wujud dalam kamar hatinya.

“Segala-galanya terlalu sakit untuk diingati. Terlalu luka untuk diubati.”- Ana Liyana

IKHWAN FAZAIL - Lelaki yang punya segala-galanya, cukup lengkap untuk lelaki semuda dia. Kemewahan menjadikan dia lupa kepada Sang Pencipta. Dia buaya darat yang dikenali ramai. Kasih Ikhwan buat Narisha seorang, namun keinginannya hanya kepada Ana Liyana, gadis yang ingin dia takluki. Sungguh, dia hanya mahu wanita itu menemani lenanya.

“Kalau pun seluruh dunia tak sukakan you, I takkan sesekali benci pada you, Ana.” – Ikhwan Fazail

Hebatnya rencana Ilahi, Ana dan Ikhwan akhirnya bersatu sebagai suami isteri. Dalam terpaksa dan separuh rela, Ana menyerah. Aturan takdir itu bukan kehendaknya. Penyatuan itu diharap dapat menjadi tempat untuk dia menumpang kasih. Sayang sekali, Ikhwan masih dengan egonya, sekalipun hati kecilnya mengakui betapa dia menginginkan Ana sebagai isteri. Cinta dan kasih sayang dipertaruhkan. Dendam dan hasad dengki akhirnya memisahkan mereka.

Pantasnya waktu berlalu menyaksikan perubahan kepada seorang Ana Liyana. Dia bukan lagi gadis naif yang jelik untuk dipandang. Pedihnya memori silam telah mengajar hati Ana untuk menjadi seorang wanita yang lebih tabah dan cekal. Bagi Ana, cukuplah derita semalam. Dia tidak mahu berpaling lagi.
Lantas, saat Ana menjauh, hati Ikhwan berbisik syahdu...

“Hanya Ana yang I dambakan.”

Tuesday, May 10, 2016

Genesis

Tajuk : Genesis  
Penulis : Faiz Zahid
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-5822-33-9 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Namanya Shahrul Halim. Itu apa yang dikata oleh mereka. Tapi siapa sebenarnya dia? Dia tidak tahu. Dia tidak ingat. Apa yang diberitahu, dia seorang penyiasat. Dia terkejut!
Ingatannya yang hilang setelah kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Seremban-Nilai itu benar-benar mengganggunya. Apabila tersedar daripada koma, hanya Jamal dan Huda yang berada di sisinya.
Dia diperkenalkan dengan senaskhah al-Quran berwarna biru yang akan menemaninya di sepanjang perjalanannya selepas ini. Ayahnya, Yusri Qadri yang berdarah Inggeris merupakan seorang penulis novel terkenal bertajuk The Lost Guardian.
Dia didatangi lelaki halusinasi yang kerap kali menjelma dan menghilang tanpa dia kehendaki. Lelaki halusinasi itu kelihatan cuba membantu untuk mengingati kembali masa lalunya. Namun lelaki itu lebih banyak berteka-teki.
Ternyata kes rompakan yang melibatkan perompak-perompak yang memakai topeng Guy Fawkes pada 5 November lalu berkait rapat dengan kemalangan keretanya. Dia hanya mempelajari sejarah silamnya melalui imbasan, cerita Jamal, Huda dan lelaki halusinasi itu.
Watak Shahrul Halim sentiasa dilihat dengan tongkat yang sentiasa dibawanya. Tongkat yang bercorak ular itu mengandungi pelbagai rahsia dan tongkat itu juga banyak membantunya semasa melakukan penyiasatan. Tongkat itu juga ada disebut dalam novel The Lost Guardian. Shah harus menyelesaikan kes masa lampaunya yang ternyata ada kaitan dengan sebuah sindiket rahsia.
“Kenapa dengan Sherlock Holmes? Awak tahu siapa dia?”
“Bukan tu maksud aku. Kod kau dalam buku tu. Jawapan dia Sherlock Holmes.”
“Awak baca buku orang?”
“Eh, habis tu macam mana aku nak tahu nama kau?”
“Oh, okay. Kod tic-tac-toe tu ke? Betullah tu. Nama awak?”
“Sherlock Holmes,” jawab lelaki itu berseloroh.
“Betul-betullah…”
“Shahrul Halim.”

Monday, May 9, 2016

Aku Bulan Dia Bintang

Tajuk : Aku Bulan Dia Bintang 
Penulis : Anarif
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-5289-45-3
Mukasurat :
Berat : 

Sinopsis
DARIN, walaupun anak tengah daripada tiga beradik, namun paling cengeng dan banyak masalah diri. Seorang wartawan yang tidak mahu menjadi wartawan. Seorang yang sempoi namun prejudis terhadap lelaki. Tiba-tiba dia diketemukan dan dikehendaki ‘bertugas’ selama tujuh hari dengan seseorang yang bergelar ‘Tengku’, ahli perniagaan muda yang berjaya dari luar negara dan dikejar ramai jurnalis Malaysia. Masalahnya, tugas dia bagaikan 24 jam bersama lelaki itu!

“Apa awak nak? Cakap terus je la. Saya nak tengok TV ni, dengki betullah.”
“Eh, cik kak... Awak datang sini nak kerja. Sudahlah tak ada tujuan hidup. Datang rumah orang, sedap-sedap je tengok TV. Tak ada rasa nak berubah ke?” Pen di tangannya ditujah-tujah je wajah Darin. Mujur tak kena.
Darin gigit bibir. Dah mula dah, perangai diktator dia tu!
“Okey! Nak suruh saya buat apa, bagi saja. Tak payah nak mengutuk.”
“Menjawab! Apa tugas awak sekarang?”
Darin diam.
“Saya tanya ni, apa tugas awak sekarang?”
Darin garu kepala. “Erm, jurnalis.”
“So, apa awak dah buat selama beberapa hari kerja dengan saya ni?”
“Hmm, tadah telinga dengar awak marah.”
Fakhri mengetap giginya. Kenapalah dia berjumpa dengan manusia yang tak ada tujuan hidup ni?

DALAM diam, Fakhri jatuh cinta pada jurnalis yang kadang-kadang dia lihat naif dan polos hingga menyedarkannya hakikat hidup yang sebenar dan banyak rahsia.

‘Rupa bulan berubah-ubah, macam awak juga. Kadang-kadang, awak dengar cakap. Kadang-kadang, awak marah-marah. Kadang-kadang, awak blur, macam budak kecil yang baru saja masuk tadika. Kadang-kadang, awak tak payah cakap apa-apa, tapi saya tahu awak ada.
I wish I am the stars around you. I want to be with you, and stay with you at all times. Bila awak hilang di siang hari, saya pun akan hilang. Bila awak muncul dengan gahnya saat siang melabuhkan tirainya, saya pun nak juga muncul di sisi awak.
Tapi, macam mana bulan kadang-kadang ditemani bintang yang banyak dan kadang-kadang cuma bersendirian, saya rasa saya pun akan jadi macam bintang itu. Saya tak mungkin dapat ada di sisi awak selalu, no matter how much I want to.
But, no matter when and where, awak mesti sentiasa ada, dan hidup dengan baik. Biarlah awak berubah-ubah, dan biarlah saya ada atau tiada, awak tetap sama di hati saya.’

APAKAH sebenarnya rahsia Fakhri yang ingin dia sembunyikan daripada khalayak ramai? Terbukakah hati Darin menerima Fakhri setelah menerima nota cinta nan sekeping itu walaupun pernah timbul gosip mereka yang memalukannya tersebar di media sosial?

Opera Angkasa

Tajuk : Opera Angkasa
Penulis : Nazri M. Annuar
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-369-322-1
Mukasurat : 312
Berat :

Sinopsis
Arman dan krew kapal angkasa Rajawali menjalankan khidmat pengangkutan kargo antara planet. Polisi mereka mudah: Bayar, dan kami akan angkut. Tiada soalan akan ditanya. Satu tugasan mudah, mengiring seorang gadis, Faridah Hanum pulang ke keluarga bapa saudaranya bertukar menjadi perjuangan survival krew Rajawali. Lanun-lanun angkasa dan organisasi misteri memburu gadis itu, dan mereka perlu melindunginya. Tiada siapa sangka, gadis itu adalah seorang daripada Empat Pewaris Kemusnahan yang memiliki kalung Raja Bersiong - penguasa kepada tujuh armada dari tujuh penjuru galaksi. Faridah Hanum adalah kunci bagi menguasai alam semesta. Suatu legenda yang sudah dilupakan. Drama perjuangan umat manusia di angkasa bermula...

Arluna

Tajuk : Arluna
Penulis : Rin Ahmad
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-0448-59-6

Sinopsis
Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Nina
sangat cliché.

1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam
di puncak Sands Skypark.
Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum
brek?- NIA ARLUNA @ NINA
Emmm… errr... I’m not a car. Uh... I didn’t bring
side mirror while walking.- JOHAN ARIF @ JOE

2. Terjumpa lagi.
I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana
ya? - JOE

3. Terjatuh cinta pula.
Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank
you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry
you’ ya.- JOE

4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk
Fazleen ‘udang galah’. Eh, dah kahwin pun muncul lagi?
Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya?
Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas
dengan hak seorang isteri?
“Tewas Itu Taat.”