Sunday, August 21, 2016

Variasi Seni Sulaman Mesin

Tajuk : Variasi Seni Sulaman Mesin
Penulis : Rohani Shamsudin
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-86-0555-7
Mukasurat :
Berat : 400g

Sinopsis
Seni sulaman mesin sememangya tidak asing pada masa kini. Dengan adanya mesin sulaman yang berteknologi tinggi ia mampu menghasilkan pelbagai teknik sulaman yang menarik setanding sulaman tangan. Di samping dapat menjimatkan masa dam lebih senang pembuatannya, sulaman mesin juga mampu menjana pendapatan yang tinggi.

Di dalam buku ini, terdapat 10 reka bentuk sulaman yang dilengkapi demham langkah demi langkah yang senang dan mudah. Antaranya sulaman baju kurung, telekung, kotak pensel, tuala dan sebagainya. Jadikan buku ini sebagai teman rujukan utama semasa menjahit. 

Variasi Asas Knitting

Tajuk : Variasi Asas Knitting
Penulis : Erliani Yusof
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-86-0551-9
Mukasurat :
Berat : 500g

Sinopsis
Knitting bermaksud mengait menggunakan dua jarum. Terpulang pada individu untuk menggunakan perkataan yang lebih selesa. Mengait menggunakan dua jarum mempunyai teknik yang tertentu. Di samping, istilah-istilah yang digunakan untuk knitting sangat berbeza berbanding dengan crochet. Setiap istilah yang digunakan harus difahami dengan betul supaya senang untuk menghasilkan barangan knitting.

Naskhah ini memaparkan teknik asas untuk belajar knitting dengan betul. Antaranya ialah teknik increase, decrease, mengemas kaitan terakhir dan sebagainya. Dimuatkan juga 8 paten mudah langkah demi langkah untuk pembaca mencuba sendiri. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia knitting, boleh jadikan buku ini sebagai rujukan.

Indahnya Cinta

Tajuk : Indahnya Cinta
Penulis : Eefa Azwany
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-0907-33-8
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Hidup Farah Zulaikha mula huru-hara sejak Haiqal meluahkan rasa hati kepada gadis itu. Mulut menafikan tetapi dalam hati sudah mula berbunga-bunga.

“Saya suka awak” – Haiqal.

“Saya rasa kepala awak ni dah tak betul.” – Farah Zulaikha.

Apabila berjauhan baru hati mula mengakui yang dia juga rindukan lelaki itu.

“Amboi, panggil sayang baru nak pandang.” – Haiqal.

“Haiqal, dahlah tu. Malulah kalau orang dengar.”- Farah Zulaikha.

“Biarlah. Berkasih sayang bukannya satu jenayah.” – Haiqal.

Saat menunggu ijab dan kabul terungkap, satu peristiwa berlaku membuatkan segala angan-angan terindahnya musnah sekelip mata. Hidup tidak selalunya indah, sebab manusia hanya mampu merancang. Tapi Allah yang tentukan segala-galanya. Kehilangan Haiqal dalam hidupnya memberi tamparan yang cukup besar.
Pertemuan dengan Izz Aidan semasa di Terengganu membuatkan hati Farah Zulaikha yang beku kembali hangat. Siapakah Izz Aidan yang sebenarnya? Mengapakah kehadiran lelaki itu mampu membuatkan hati Farah Zulaikha bagai dilanda tsunami?
“Saya baru saja dirompak dan barang yang paling penting dalam hidup saya dah hilang.”- Izz Aidan.

“Hah! Awak kena rompak? Dekat mana? Bila? Awak tak apa-apa? Izz, awak dah buat laporan polis ke?” – Farah Zulaikha.
“Belum. Saya tak sampai hati nak biarkan polis tangkap awak.” – Izz Aidan.

“Apasal petik nama saya pula ni? Bila masa saya rompak awak? Awak jangan nak main-main dengan benda ni Izz!”- Farah Zulaikha.

“Betullah. Awak yang bersalah sebab dah rompak hati saya. Awak curi hati saya, lepas tu awak biarkan saya terkapai-kapai seorang diri.” – Izz Aidan.

“Gila!!!” – Farah Zulaikha.

Kata Izz  Aidan... ‘You have to let go of the past so that the future can come in its place.’
Tapi mampukah hati Farah Zulaikha yang beku kerana cinta kembali hangat dengan cinta yang baru?

Oh! Mudahnya Jahit Baju Kemeja Lelaki

Tajuk : Oh! Mudahnya Jahit Baju Kemeja Lelaki
Penulis : Nisa Abas
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-86-0722-3
Mukasurat :
Berat : 250g

Sinopsis
Buku ini memaparkan cara menjahit baju kemeja lelaki secara langkah demi langkah. Dilengkapi dengan pola yang diterangtkan dengan jelas dan lengkap.

Oh! Mudahnya Jahit Baju Kanak-Kanak

Tajuk : Oh! Mudahnya Jahit Baju Kanak-Kanak
Penulis : Rahani Md Zain
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-86-0688-2
Mukasurat : 120
Berat : 100g

Sinopsis
Pelajari menjahit 6 rekaan baju kanak-kanak perempuan yang mudah. Semua rekaan ini disertakan dengan pola yang terperinci. Ceriakan anak-anak anda dengan hasil jahitan baju yang dijahit sendiri oleh anda. 

Kuasai Formula Perniagaan

Tajuk : Kuasai Formula Perniagaan
Penulis : Wan Nong Muzafar
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-86-0727-8
Mukasurat : 128
Berat :

Sinopsis
Kenapa anda berniaga? Adakah kerana;

• Anda fikir masa anda akan lebih fleksibel; atau
• Anda merasakan bahawa potensi pendapatan yang bakal diperoleh tiada batasnya?

Apa pun alasan anda, berniaga memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi bagi memastikan kejayaan. Dengan ilmu perniagaan yang betul dan praktikal, anda mampu mencapai kejayaan tersebut.

KUASAI FORMULA PERNIAGAAN sangat sesuai untuk anda yang ingin memahami dan mendalami selok-belok ilmu perancangan dan pengurusan perniagaan secara strategik. Buku ini padat dengan informasi dunia perniagaan, diselang-selikan dengan contoh-contoh yang mudah difahami dan praktikal untuk memastikan para usahawan dapat menguasai formula kejayaan perniagaan. Antara topik-topik menarik yang diketengahkan ialah:

• Proses Menghasilkan Idea Perniagaan
• Perundangan & Struktur Perniagaan
• Penyelidikan Pasaran
• Pemasaran vs Penjenamaan vs Jualan
• Merancang Aliran Tunai
• Pelan Perniagaan

Selain itu, pendekatan pembelajaran yang mengutamakan realiti perniagaan berbanding teori sudah pasti memberi impak positif kepada hala tuju perniagaan anda.

Cinta Datang Menyapa

Tajuk : Cinta Datang Menyapa
Penulis : Hanny Esandra
Harga : RM24.00
ISBN : 978-983-3880-48-5
Mukasurat : 580

Sinopsis
Riezman membuktikan kesucian yang lahir dari hatinya dapat memadamkan dosa-dosa yang pernah terpalit di tubuhnya. Merogol Safieya kemudian bertanggungjawab menikahinya adalah satu perbuatan yang patut diterima.

Memang pada mulanya Safieya benci kehadiran Riezman. Kerana Riezman, percintaannya kecundang, kerana Riezman, Adif Farhan pulang kepada Yang Maha Penyayang dan kerana Riezman, impiannya hilang.

Melayar bahtera rumah tangga cukup mencabar bagi Riezman kerana dialah nakhodanya. Kedinginan Safieya mula beransur hilang apabila melihatkan kesabaran Riezman. Cinta mulai subur dan seterusnya menghasilkan benihnya.Namun, keimanan Safieya mula teruji apabila kekasih lama ‘muncul kembali’. Allah SWT mendatangkan Hairy sebagai ujian dalam menempuh kehidupan berumah tangga. Dalam diri Hairy mula terbitnya Adif Farhan.

Safieya harus bijak menilai... antara momen silam dan angan baru. Penilaian mana akan menjadi paksinya?