Monday, September 26, 2016

Early Reading Series : ReadEasy Phonics (Beginner Level)

Tajuk : Early Reading Series : ReadEasy Phonics (Beginner Level)
Penulis : Read Network
Harga : RM44.90
ISBN : 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kandungan Pakej:
8 Buah Buku dan 6 Keping Kad Imbas

Terbukti bahawa belajar membaca melalui kaedah fonetik adalah cara paling semulajadi bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kajian saintifik juga telah mengesahkan bahawa otak manusia membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi. Siri membaca berasaskan fonetik ini telah dirancang secara sistematik dengan pendekatan langkah-demi-langkah adalah kesemua yang anda perlukan untuk membantu anak anda membaca dalam Bahasa Inggeris. Ia juga dapat membantu bukan pengguna Bahasa Inggeris untuk memahami bahasa tersebut dengan mudah.

Keistimewaan Produk
    Sistem Fonetik
    Suku kata mudah
    Bermakna dan berulang
    Dua warna
    Berima
    Kurang Gambar


Set Siri Cepat Membaca : Bacalah Anakku (Edisi Baru)

Tajuk : Set Siri Cepat Membaca : Bacalah Anakku (Edisi Baru)
Penulis : Read Network
Harga : RM39.90
ISBN : 9789833901753
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Buku yang paling sesuai untuk mengajar anak kecil anda membaca dengan cepat dan lancar seawal usia 3 tahun dalam masa 2 minggu hingga 3 bulan sahaja.

Kandungan Pakej
8 Buah Buku, 1 Buku panduan, dan 12 Keping Kad Imbas

Mengenai Produk
Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.

Keistimewaan Produk
    Sistem Fonetik
    Suku kata mudah
    Bermakna dan berulang
    Dua warna
    Berima
    Kurang Gambar

ReadEasy Bestari Package

Tajuk : ReadEasy Bestari Package
Penulis : Read Network
Harga : RM100.00
ISBN : 9789833901265
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
The best reading series to teach your child read in English easily

Package contents :
1) Cory Cat Song Poster, 2) ReadEasy Activity Book 1 & 2, 3) ReadEasy Intermediate Level, 4) ReadEasy Beginner Level, 5) Cory Cat Phonics Song.

Pakej Bestari Bacalah Anakku

Tajuk : Pakej Bestari Bacalah Anakku
Penulis : Nik Eliani Nik Nawi
Harga : RM85.00
ISBN : 9789833901258
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Pakej Bestari Bacalah Anakku
Pakej lengkap untuk mengajar anak membaca dalam Bahasa Melayu. Mengandungi set lengkap untuk permulaan kanak-kanak membaca beserta buku latihan, permainan dan alat bantu belajar.

Keistimewaan Produk
•Meningkatkan kemahiran membaca
•Memperkukuh kekuatan ingatan

Kandungan Pakej:
1.Set Bacalah Anakku
2.Buku Fonetik Ekspress 1
3.Buku Fonetik Ekspress 2
4.VCD Lagu Abu Ada Ayam
5.Buku Permainan Kreatif
6.Poster Lagu Abu Ada Ayam

Isi Kandungan Pakej:
1. Set Bacalah Anakku - set yang mengandungi 8 Buah buku, 1 buku Panduan Mengajar, 1 VCD Panduan Mengajar dan 12 keping kad imbas.

Buku Fonetik Ekpress 1
Buku Aktiviti Bacalah Anakku - Fonetik Ekspres 1 merupakan sebahagian daripada aktiviti bahasa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan murid-murid dalam usaha menguasai kemahiran membaca. Buku Aktiviti Fonetik Ekspres ini menekankan aspek pengamatan dan diskriminasi huruf-huruf serta kekuatan ingatan mental mereka. Aktiviti-aktiviti di dalam buku ini hendaklah dibuat semasa pengajaran kumpulan ataupun diselang-selikan dengan permainan bahasa.

Buku Fonetik Ekpress 2
Buku Aktiviti Bacalah Anakku - Fonetik Ekspres 2 merupakan sebahagian daripada aktiviti bahasa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan murid-murid dalam usaha menguasai kemahiran membaca. Buku Aktiviti Fonetik Ekspres ini menekankan aspek pengamatan dan diskriminasi huruf-huruf serta kekuatan ingatan mental mereka. Aktiviti-aktiviti di dalam buku ini hendaklah dibuat semasa pengajaran kumpulan ataupun diselangselikan dengan permainan bahasa.

VCD ABU ADA AYAM

Buku Permainan Kreatif.
Buku ini mengandungi Panduan khas permainan kreatif untuk mengajar membaca menggunakan kaedah fonetik. Buku ini memudahkan pengajaran dan pembelajaran, dan menjadikannya lebih menyeronokkan dan berkesan.

Tuesday, September 20, 2016

Pakej Bestari Al-Furqan

Tajuk : Pakej Bestari Al-Furqan
Penulis : Kamal Mahyuddin @ Che Awang Harun
Harga : RM100.00
ISBN : 9789833901586
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Pakej Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan Untuk Ibu Bapa dan Guru. 

Mengenai Produk
Mengandungi set lengkap untuk permulaan kanak-kanak membaca al-Quran beserta buku latihan dan alat bantu belajar. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas



Kandungan Pakej
a. Set Al-Furqan : Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan disusun untuk membantu kanak-kanak membaca Al-Quran pada usia awal dengan cara yang mudah, cepat dan efektif. Set buku ini mengandungi 4 buah buku, satu set Kad imbasan dan satu VCD Panduan Mengajar. 

b. Buku Aktiviti Al-Furqan 1 & 2 : Adalah buku aktiviti Al-Furqan untuk pengukuhan dan latihan menulis yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak untuk menguasai bunyi asas dalam Al-Quran di dalam buku Al-Furqan 1 dan 2

c. Kad Al-Furqan : Mengandungi 48 keping kad yang disusun secara sistematik sebagai alat bantu mengajar Al-Furqan 1-3

d. Tajwid Al-Furqan : Merupakan panduan mudah memahami dan menguasai hukum-hukum tajwid berdasarkan mushaf Uthmani

e. Panduan Amali Solat :  Merupakan panduan efektif bacaan dalam solat serta wirid dan doa selepas solat. Menggunakan Rasm Uthmani dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Memenuhi keperluan ujian KAFA dan PAFA

f. Muqaddam Al-Furqan : Merupakan teks pengukuhan dan latihan bacaan Muqaddam yang dilengkapi warna yang menunjukkan hukum tajwid

g. Buku Mewarna & VCD Lagu Al-Furqan : Mengandungi sebuah Buku Mewarna serta satu VCD yang mengandungi 4 lagu Al-Furqan sebagai alat bantu mengajar Al-Furqan 1-3

h. Poster Makhraj Al-Furqan : Merupakan rajah makhraj-makhraj atau tempat keluar huruf-huruf di dalam Al-Quran 

PERCUMA : LENCANA, BELON & PENANDA BUKU

Penulis : Kamal Mahyuddin @ Che Awang Harun berkelulusan BA dan MA dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Malaya merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dalam pendidikan Islam dan telah menulis lebih 100 buah buku dalam pelbagai biang. Beliau merupakan penyusun "Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan" yang telah digunakan secara meluas di tadika-tadika dan kelas-kelas Al-Quran seluruh Malaysia sejak 2011 

Semusim Di Barzakh

Tajuk : Semusim Di Barzakh
Penulis : Hadi Fayyadh
Harga : RM29.90
ISBN : 9789671427606
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Tiada siapa yang pernah menjengah ke Alam Barzakh, melainkan mereka yang telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW, jadi apakah benar Novel ini ingin menyingkap sesuatu yang mustahil?

Adakah ia adalah BARZAKH yang diceritakan? Bacalah, dan terokailah hikmah yang sarat di dalam pelayaran bahtera sastera jiwa agama yang telahpun digarapkan. Ia bukan suatu FITNAH atau rekaan, tetapi berdasarkan pengalaman sebenar seseorang.

Anda akan memahami realitinya yang bakal menggugah jiwa untuk kembali mengingati Tuhan dan kematian..

Pengantin Lelaki Untuk Aku

Tajuk : Pengantin Lelaki Untuk Aku
Penulis : Norra Hassan
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-277-8 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Tahun ni, kalau ada lelaki masuk merisik kamu, mak nak terima.”

Kalau kena paksa kahwin, harimau pun boleh hilang semangat. Jadi, misi sebelum habis tahun ialah kena cari calon suami! Kena dapatkan cepat sebelum emak tiri carikan calon pengantin lelaki untuknya. Okey, mula-mula kena ada calon terlebih dahulu.

Jumpa. Orangnya ada di hadapan mata selama ini. Kawan baik sendiri. Jadi, kena jatuh cinta dahulu. Sudah jatuh cinta? Maka langkah seterusnya, mulakan misi memikat si dia.

Bagi Amana, misi ini macam makan kacang sambil petik jari. Mudah sangat. Ialah, Danial kan sudah lama menjadi bujang terlajak. Mesti lelaki itu ada keinginan untuk menjadi seorang suami.

Alih-alih, antara mereka ada Nazmil yang menjahanamkan segala strategi. Juga ada Nazra yang kononnya sepadan sangat dengan Danial. Danial pula blur sangat, tidak faham isyarat cintanya. Dan dia pula terlanjur berjanji hanya akan menjadi kawan baik lelaki itu sehingga ke mati.

“I love you, Danial.”

Adakah lafaz itu akan dapat diungkapkan di hadapan lelaki itu atau sekadar menjadi bicara mimpi?