Tuesday, November 29, 2016

Ketuk-Ketuk Sheila Rusly : Hidangan Ringkas Dan Lazat

Tajuk : Ketuk-Ketuk Sheila Rusly : Hidangan Ringkas Dan Lazat
Penulis : Sheila Rusly
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-446-027-3
Mukasurat : 136
Berat :

Sinopsis
Ketuk-ketuk Sheila Rusly kali ini menampilkan hidangan yang ringkas dengan kelazatan yang tersendiri. Selain resipi baru, ada juga resipi lama yang diberi penambahbaikan untuk memenuhi selera masyarakat masa kini. Buku yang menampilkan lebih 60 resipi ini menampilkan aneka jenis nasi dan lauk-pauk yang sesuai dijadikan hidangan sekeluarga. Selamat mencuba!

Seindah Maharku

Tajuk : Seindah Maharku
Penulis : Hanna Haifa
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0718-67-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Sangka Ain, sejarah tak akan berulang. Fikirnya, lelaki itu sudah hilang ditelan bumi. Tapi, takdir lebih dulu mengatur sesuatu untuk dia. Lelaki yang dia tak ingin jumpa itulah yang ditetapkan sebagai jodohnya. Ya! Jodoh pilihan ibu dan dia harus akur demi melihat ibu tersenyum. Zarul dekatkan jarak antara dia dengan Ain. Bahu Ain sudah dipaut supaya lebih rapat. “Sini line clear. Sebelah menyebelah ni memang tak ada penyewa.” Makin lebar senyum Zarul. Ain cebir bibir. Macam menakutkan je Zarul ni. “Kenapa suruh Sheera masuk kereta?” Ain persoalkan motif arahan Zarul sebentar tadi. “Ain... orang ketiga tu untuk pasangan bukan mahram je sebab takut nanti ada yang jadi setan. Kalau macam kita ni, berdua lebih baik.” Ada gelak di hujung bicara Zarul. Ain jarakkan kedudukan mereka. “Jangan cuba menolak yang awak memang sayangkan saya, Ain." Zarul sekali lagi rapatkan kedudukan. “Cinta itu pernah ada. Tapi, awak sendiri yang gantikannya dengan kebencian." Dalam mencuba untuk menolak kehadiran lelaki itu, Ain dihadapkan dengan realiti yang lebih pahit untuk dihadam. Benarkah Zarul juga mangsa seperti dia? Mampukah dia menerima kehadiran Zarul sebagai suami bila sejarah lama itu seolah-olah ingatan yang tak mampu dipadam dari kotak ingatannya?


Kerana Aku Isterimu

Tajuk : Kerana Aku Isterimu
Penulis : Nia Adahays
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0718-65-1
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Mereka berkahwin bukan atas dasar cinta tapi kerana mahu melindungi. “Kahwin dengan saya? Saya tak nak awak terus-terusan diganggu dan saya tak mampu nak lindungi awak sentiasa.” – Samar Izham. "Adakah awak yakin yang saya akan selamat bila jadi isteri awak?"- Nadiah Husna Di situlah permulaannya. Lelaki bermata hazel yang dia temui tiga tahun lepas tiba-tiba muncul saat dia sedang diganggu oleh Faiz. Cukuplah dia bazirkan masa menjadi kekasih Faiz, lelaki psiko yang suka mengugut dan rasanya putus adalah keputusan tepat. Demi keselamatan, dia terima Izham. Dan dia pegang kata-kata Izham yang perkahwinan mereka hanya untuk memastikan dia dilindungi. “Takkanlah dapat suami hot macam tu pun kau tak tergugat?” Memang tergugat pun sebab ‘hot’ sangat sampai hati aku pun ‘hot’ dengan perangai dia yang tak dapat nak dijangka tu. “Hot celah mananya dia tu?” Aku pandang Hannah minta penjelasan. “Tahap hot dia tu, ramai yang akan beratur kalau kau tak nak dia." Selamba aje Hannah ni cakap dekat aku. Aku ni dah jadi isteri dia tahu tak. Agak terkesanlah sikit dalam hati. Hidup sebumbung, lama-lama hati tergugat juga. Apatah lagi Izham sudah menukar pengakuan, sebab utama lamarannya kerana cinta. Melindungi itu sebab kedua. Bila rumah tangga mereka mula ditumbuhi bunga cinta dan bahagia, Farah Najiha pula muncul. “Tak marahkan Izham ke sebab dia kahwin dengan saya?” – Nadiah Husna. “Tak, sebab saya boleh dapatkan dia balik.” – Farah Najiha Siapa sebenarnya Farah Najiha? Apa akan jadi pada rumah tangga mereka bila Faiz muncul kembali? Dan.. akan teguhkah kasih Husna bila rahsia siapa sebenarnya Izham terbongkar?

Thursday, November 17, 2016

Saya Sayang Awak

Tajuk : Saya Sayang Awak
Penulis : Fazila Adam
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-0907-38-3
Mukasurat : 
Berat :

Sinopsis
Arleena Sofea… Gadis tinggi lampai dan ceria, sentiasa menggamit mata lelaki-lelaki yang memandangnya.  Muhammad Ryzal… Sejak mengenali Arleena Sofea gadis itu sering diburu. Baginya gadis itu ibarat permata yang cukup tinggi nilainya.
Ian Rayyan... Baginya kata-kata suka, sayang dan cinta mahal harganya. Tidak perlu dilafazkan. Cukuplah dengan perbuatan dan layanannya kepada gadis idaman.  “Be mine?” - Ryzal

Arleena Sofea buntu. Kenapa setelah kata putus diambil semuanya berubah? Kenapa saat dia menantikan jawapan, lelaki itu hanya mendiamkan diri? Setelah dia berumah tangga, kenapa dia selalu menjadi tempat amukan lelaki itu? Dia reda dengan bebanan yang digalas di bahunya, asalkan lelaki itu bahagia.

Sikap bersahaja Arleena membuatkan Ian Rayyan semakin benggang. Hatinya tidak tega hendak menyakiti gadis pujaannya namun rasa benci dan marah dalam dirinya tidak dapat dikawal. Rasa cinta yang ada tidak dapat dipadamkan. Daripada terus menyakiti gadis itu, lebih baik dia mengundur diri. Tanpa pesan dia menghilang. 

“Seorang isteri hanya perlukan pelindung dirinya. Bukan harta yang melimpah ruah. Cukup, jika suami mampu menjadi imam. Memimpin makmun di belakangnya.” -Arleena Sofea Setelah ditimpa satu peristiwa, Arleena Sofea nekad. Hidup harus diteruskan. Kasihan kepada sahabat yang sentiasa memberi semangat kepadanya. Pengorbanan Nina harus dibalas. “Dulu saya hanya terlewat mengungkap kata. Kali ini dia tidak akan saya lepaskan.” – Ian Rayyan

Benar, hati perempuan itu rapuh. Sekali terlerai parutnya sukar dicantum. Lumrah manusia, Arleena juga mahu bahagia. Namun, adakah bahagia itu ada untuknya? Sanggupkah dia membawa gelaran baru dirinya buat selama-lamanya? Adakah rasa cinta itu masih ada dalam hati setelah sekian lama si dia menunggu? Adakah bahagia selepas derita?

Cinta Yang Tertunda

Tajuk : Cinta Yang Tertunda
Penulis : Nuril
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0907-39-0
Mukasurat : 
Berat :

Sinopsis
Iman Nasuha... Pertemuan demi pertemuan yang tidak dirancang dengan Tengku Aniq Afnan yang pada mulanya menyakitkan hati dan menjengkelkan mula menimbulkan bibit-bibit suka. Baru saja dia ingin mengecap bahagia, bahagianya telah direngut oleh takdir yang kejam. Banyak harga yang perlu dibayar demi mendapat bahagia itu. Diam-diam ada yang menyemai benci melihat kebahagiaannya. Satu rancangan kejam telah dirangka. Kemalangan yang meragut segalanya. Dia hilang ingatan, dia hilang daya bersuara, dia fobia. Dikelilingi oleh orang yang dia sendiri tidak kenal, namun dia beruntung, mereka sanggup bertanggungjawab menjaganya.

Tengku Aniq Afnan... Cintanya tak pandai bercabang banyak. Kalau satu katanya, satulah ia. Cinta pertama dikhianati sehingga hati keras dan penuh dengan kebencian. Sering dia tertanya-tanya, apa salah dan dosanya sehingga cinta yang dijaga penuh, dikhianati tanpa belas. Bertahun-tahun tertanya-tanya dengan kehilangan mengejut Nasuha, tanpa meninggalkan sebarang tanda untuk dijejak.

Pertemuan dengan seorang wanita bernama Iman Nasuha telah mengusik ketenangan jiwanya. Nama yang sama, rupa yang berbeza membuatkan dia menafikan yang itu ialah Nasuhanya. Apatah lagi melihat keupayaan dan raut wajah Iman Nasuha yang dia temui kini sangat berbeza dengan Nasuhanya dahulu. Berjumpa setiap hari, kerana bekerja di tempat yang sama, diam-diam hati lelakinya mula menyenangi Iman, namun hati Iman lebih terbuka kepada pembantunya yang bernama Luth.
Akankah tersemai kembali cinta yang lama terhenti antara mereka? Akankah dapat diraih kembali bahagia yang telah lama berlalu dalam hidup mereka?

Demi Rindumu

Tajuk : Demi Rindumu
Penulis : Diya Jamal
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0907-41-3
Mukasurat : 
Berat :

Sinopsis
Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya?

“Ada apa-apa ke kat muka saya ni?” - Nurhana

“Takde apa-apa.” - Haznik

“Habis tu, kenapa tenung muka saya?” - Nurhana

“Kat dalam mata awak, ada saya.” – Haznik

“Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah.” – Nurhana

“Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik.”

Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari.

Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara lelaki bernama Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terbang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Ada hutang yang perlu dituntut.

“Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?” - Nurhana

Tetapi hati Nasrul begitu keras sehingga Nurhana menemui jalan buntu. Dia tiada pilihan selain meminta pertolongan Haznik.
“Na jangan mengarut!” - Nasrul

Mahukah Haznik, jejaka yang penuh dengan misteri itu memenuhi permintaan karut Nurhana? Apakah permintaan karut itu?

Siapa pula Suraya dalam hidup Haznik?
Tragedi demi tragedi. Siapakah dalangnya? Mampukah dua hati bersatu, menjejaki cinta yang berlari menjauh?Sejauh mana berlari, mampukah hati menipu diri?

Mimpi Yang Sempurna

Tajuk : Mimpi Yang Sempurna
Penulis : Aiza Qriselda (AQ)
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-0907-40-6
Mukasurat : 
Berat :

Sinopsis
Dia bukan putera raja impian. Juga bukan jenis Prince Charming idaman semua. Malah, bukan calon untuk dijadikan suami. Pendek kata, dia bukan pilihan akal. Tapi... akal kata jangan, hati tetap teruja. Akal kata tak usah, hati kata tak apa. Bila akal mahu menyebelahi rasa, hati pula ingatkan jangan main api bara. Hakikatnya, soal hati sukar ditelah. Lalu dibiarlah takdir menentukan hala mereka.

Mohd. Haiman dan Wardah Umayra. Duda... Gadis... Beza umur 14 tahun.

Mendapat bos yang sukar untuk dikawal bukanlah satu perkara yang mudah. Namun bagi Wardah, lelaki yang bernama Haiman itu juga harus tahu yang dirinya bukanlah semudah yang disangka. Lalu dia menjalankan misi gila.

‘Huh, tak nak mengaku aku ni assistant kau ya? Kau tunggu, lepas setahun aku akan pastikan yang kau tak nak lepaskan aku sebagai assistant kau!’ - Wardah

Tapi Wardah lupa, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. Bila saat itu tiba, kenapa dia perlu rasa sakit? Bertahun-tahun dia cuba melupakan dan pada saat dia percaya diri pulih sepenuhnya, dia bertemu semula dengan lelaki itu.

“…you left that day without a word! Now you’re standing in front of me with this burden and what do you expect me to do???” - Wardah

“I didn’t mean to hurt you, Wardah. I was trying so hard not to ruin your life all this while but fate brought us here.” - Haiman

Sungguh dia tersepit antara kehendak hati dan akal.

“Sekali aje, Wardah. Sekali you sambut hujung jari I ni, sampai mati I ada untuk lindungi you.” - Haiman

Lalu di mana pengakhirannya kisah mereka? Fighting with someone attached to your heart for many years, is never been easy...