Wednesday, November 30, 2016

Kalau Aku Cinta

Tajuk : Kalau Aku Cinta
Penulis : Ridhya Iman
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0718-66-8
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Cinta Arianna pada Lutfan yang tak kesampaian buat dia jadi penasaran. Dia jadi lupa yang jodohnya bukan dengan lelaki itu tetapi sudah tertulis nama Affan. “This is wrong…really wrong.” - Arianna “Tak ada apa yang salah, sayang. Abang suami Rie yang sah." – Affan Walau ego sebagai suami sering tercalar, Affan didik hati bersabar. Cintanya pada Arianna satu kekuatan. “Abang tak nak Rie dilaknat malaikat sepanjang malam." – Affan Dalam diam, kesabaran Affan memikat hati Arianna. Kerana itu, bila melihat kemesraan Affan dengan Zahra, hatinya jadi cemburu. “Dia dah jadi isteri abang pun” - Affan Pengakuan Affan buat hati Arianna terluka teruk. Walhal, Affan cuma mahu menguji. Ditambah pula dengan cerita Lutfan yang Affan mengahwininya kerana iri hati. Kerana tidak mahu Lutfan menang. Bukan kerana setuju dengan pilihan keluarga. “Whatever the reason is, we both agreed with this marriage. Penting sangat ke untuk Rie tahu apa alasan abang?”-Affan Sikap Affan yang seolah mahu menyembunyikan sesuatu buat syak wasangka Arianna makin menebal. Untuk membalas sakit hatinya pada sang suami, dia kembali bertemu Lutfan. Dan segalanya terbongkar apabila kereta yang mereka naiki kemalangan. “Sakit yang aku rasa kat tangan ni tak sesakit apa yang hati aku rasa. Kau tahu tak apa hukumnya seorang isteri yang sengaja berjumpa dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami?” - Affan Dan segalanya makin berselirat apabila Atiqah muncul membawa cerita sebenar yang semua orang tidak tahu. Apa sebenarnya cerita sulit yang Atiqah simpan dan siapakah sebenarnya Atiqah di antara Lutfan dan Affan? Apa pula kaitannya Zahra dengan Affan sehingga mereka berdua boleh bertepuk tampar kalau bukan sebagai suami isteri?

Yes! Kau Milikku

Tajuk : Yes! Kau Milikku 
Penulis : Raziqa
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-5289-52-1
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Kau orang nak hidup, baik kau orang blah dari sini! Sebelum aku laporkan pada polis. Pergi!”
Bertempiaran Gedeng dan konco-konconya menyelamatkan diri. Saiful membetulkan kemejanya. Lengan baju dilipat sampai ke siku. Dia mendengus kasar.
Memang nasib menyebelahi kau hari ini. Kalau tidak dah lama aku berkabung atas kematian bakal bini aku ni, desis Saiful dalam hati.
Perasaan benci sudah menggunung bila rancangannya terbatal atas ugutan atuknya. Dia mengambil tali yang berada di pokok berdekatan dan dicampaknya ke dalam lubang.
“Naik!” arahnya malas. Saiful masih belum melihat wajah bakal isterinya itu.
Alih-alih, aku jugalah yang selamatkan perempuan ni! Pembunuh menyelamatkan si mangsanya. Bukan lucu ke bunyinya tu? Sempat lagi dia berseloroh dalam hati.

KARMIZA bukan main suka bila dapat tahu bahawa penyelamatnya itu merupakan orang yang akan dijodohkan dengannya. Apalagi, sikap daring dan terlajak sayang harus ditonjolkan. SAAT dia mengetahui siapa yang merancang pembunuhannya…Karmiza melarikan diri. Namun, lama manalah dia boleh pergi jika sudah terikat dengan Saiful.

“Awak sendiri yang cakap tu anak awak dan apa yang saya tahu selama ni ialah saya tak pernah menyentuh awak walau sekalipun!”
“Memang itu anak saya tapi awak tak berhak untuk menuduh saya sesuka hati!” Karmiza tidak mahu mengalah.
“Habis tu anak siapa? Kenapa dia panggil Aqil, papa? Kalau Aqil bukan bapanya, tak mungkin si kecil tu panggil dia papa!”
“Daddy!” jerit si kecil menyebabkan perbualan mereka terhenti.
“Dan, kalau Mizan panggil awak daddy, adakah awak bapa kandungnya juga?” sindir Karmiza ingin berteka-teki dengan Saiful.

APAKAH status Karmiza yang sebenarnya? Dan apakah hubungan Karmiza dengan anak kecil itu? Atau ada sesuatu yang berlaku sepanjang kehilangan Karmiza?

Tuesday, November 29, 2016

Pada Janjimu Kuterikat

Tajuk : Pada Janjimu Kuterikat 
Penulis : Ayumi Syafiqah
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-5289-51-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Ingat apa saya cakap?”
“Apa?” Fazira kerut kening.
“Jarak tu tak penting. Apa yang penting, hati kita,” tenang Zafirul membalas.
“Tapi kemungkinan untuk tersuka kat orang lain tu tetap ada, kan,” balas Fazira pula. Perkataan ‘ter’ itu ditekan dalam-dalam.
Zafirul menggeleng sambil ketawa kecil.
“Insya-Allah, tak.”

FAZIRA... hari demi hari dia menunggu. Saat demi saat dia teringatkan kenangannya bersama Zafirul. Dia penat, dia hilang arah dan dia terpaksa akur. Kerana dirinya dilupakan, lantas dia menerima cinta yang dihulurkan Daris. Dari perkenalan biasa, berubah menjadi kawan dan akhirnya terikat janji cinta mati.
ZAFIRUL IRSYAD... janjinya janji pasti. Perginya demi cita-cita dan kehilangannya demi cinta. Bertahun Zafirul pergi dan akhirnya dia kembali. Datangnya bukan kerana simpati tapi menuntut sebuah janji.
“Firul...”
“It would be a lot more nicer if you call me... sayang?”
“Saya tak cakap pun sayang awak.”
“Oh, tak eh?” Zafirul buat muka.
“Okay, what about... baby?”
“You are obviously not a baby,” tingkah Fazira tidak setuju.
“Abang?” Zafirul masih mencuba nasib.
“Awak bukan abang saya.”
“Oh lupa, sayakan suami awak,” sempat lagi Zafirul dapat akal nak mengusik.
“Bo?
“Macam lembu je bunyinya.”
Zafirul ketawa. “Awak ni, orang susah-susah buat nama panggilan sedap-sedap, awak samakan dengan lembu,” bebelnya.
Fazira tersenyum lucu.

DAN kerana janji itu, Fazira terikat dengan Zafirul walaupun hakikat hatinya tidak merelakan. Dia benci dan dia terpaksa. Bagaimanakah pengakhiran hubungan Fazira dan Zafirul? Mampukah mereka mencipta bahagia?

Istilah Cinta Untuk Dia

Tajuk : Istilah Cinta Untuk Dia 
Penulis : Anarif
Harga : RM31.00
ISBN : 978-967-5289-50-7
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Nek, anak orang putih mana pulak datang rumah nenek ni?”
“Hush!” Nek Zizah menepuk paha Paan, menegur bicaranya.
“Isabelle, mari duduk sini,” ditepuk-tepuk lantai di sebelahnya.
Isabelle menurut. Mata bulatnya jatuh pada naskhah suci al-Quran milik Paan.
“What is that?” jarinya tegak menghala ke arah al-Quran itu.
“Nek, dia cakap orang putihlah!” komen Paan teruja.

ISABELLE, anak kecil keturunan pan-asia telah diserahkan kepada Nek Zizah dan Tuk Khalid untuk dididik menjadi gadis Timur yang berilmu agama.

Kedatangannya mengundang amarah Haliza, ibu Paan sekali gus memisahkan hubungan antara ibu dan anak juga persahabatan Paan dengan Isabelle. Masa berlalu dan kali ini kehadiran Isabelle sebagai Fatimah di rumah besar Paan atas tugas orang gaji adalah arahan Haliza!

“Kau nak tahu kenapa aku nak kau ikut esok?”
Isabelle ketap bibir.
“Kalau majikan nak saya pergi ke mana pun, asalkan tak berdosa dan tak memudaratkan, apa hak saya untuk bertanya kenapa? Kalau boleh ke matahari tanpa terbakar pun saya kena pergi jugak,” separuh menyindir, Isabelle membalas.
Paan tersengih tiba-tiba.
“Tak ada pun aku suruh kau pergi sampai matahari tu. Layak ke kau nak jadi angkasawan?”
Isabelle membesarkan matanya. Aneh lelaki ini. Kejap prihatin, kejap mengutuk.

ESFAHAN aka Paan, seorang arkitek dan model bebas terutama pakaian dalam lelaki! Kerana memberontak dek kisah silam dia menjadi panas baran. Namun kerana cinta, dia jadi penyayang dan kerana Isabelle, dia sanggup lakukan apa saja. Sikap Paan membuatkan Isabelle membenci namun dalam diam terbit rasa suka.

“I didn’t know you have a lot of me inside your handphone.” – Issabelle
“I have a lot of you, inside my heart. Nak mintak belah dada, nanti tak sempat kahwin pula. So, ini saja bukti yang ada. You’re forever stuck with me. And I’m forever here for you.” - Paan

KENALKAH Paan siapa Fatimah sebenarnya? Dan apakah nasib hubungan antara ‘Fatimah’ dan Paan apabila Haliza yang punya misi rahsianya mengetahui mereka mula mencipta mesra sekali lagi?

Ketuk-Ketuk Sheila Rusly : Hidangan Ringkas Dan Lazat

Tajuk : Ketuk-Ketuk Sheila Rusly : Hidangan Ringkas Dan Lazat
Penulis : Sheila Rusly
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-446-027-3
Mukasurat : 136
Berat :

Sinopsis
Ketuk-ketuk Sheila Rusly kali ini menampilkan hidangan yang ringkas dengan kelazatan yang tersendiri. Selain resipi baru, ada juga resipi lama yang diberi penambahbaikan untuk memenuhi selera masyarakat masa kini. Buku yang menampilkan lebih 60 resipi ini menampilkan aneka jenis nasi dan lauk-pauk yang sesuai dijadikan hidangan sekeluarga. Selamat mencuba!

Seindah Maharku

Tajuk : Seindah Maharku
Penulis : Hanna Haifa
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0718-67-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Sangka Ain, sejarah tak akan berulang. Fikirnya, lelaki itu sudah hilang ditelan bumi. Tapi, takdir lebih dulu mengatur sesuatu untuk dia. Lelaki yang dia tak ingin jumpa itulah yang ditetapkan sebagai jodohnya. Ya! Jodoh pilihan ibu dan dia harus akur demi melihat ibu tersenyum. Zarul dekatkan jarak antara dia dengan Ain. Bahu Ain sudah dipaut supaya lebih rapat. “Sini line clear. Sebelah menyebelah ni memang tak ada penyewa.” Makin lebar senyum Zarul. Ain cebir bibir. Macam menakutkan je Zarul ni. “Kenapa suruh Sheera masuk kereta?” Ain persoalkan motif arahan Zarul sebentar tadi. “Ain... orang ketiga tu untuk pasangan bukan mahram je sebab takut nanti ada yang jadi setan. Kalau macam kita ni, berdua lebih baik.” Ada gelak di hujung bicara Zarul. Ain jarakkan kedudukan mereka. “Jangan cuba menolak yang awak memang sayangkan saya, Ain." Zarul sekali lagi rapatkan kedudukan. “Cinta itu pernah ada. Tapi, awak sendiri yang gantikannya dengan kebencian." Dalam mencuba untuk menolak kehadiran lelaki itu, Ain dihadapkan dengan realiti yang lebih pahit untuk dihadam. Benarkah Zarul juga mangsa seperti dia? Mampukah dia menerima kehadiran Zarul sebagai suami bila sejarah lama itu seolah-olah ingatan yang tak mampu dipadam dari kotak ingatannya?


Kerana Aku Isterimu

Tajuk : Kerana Aku Isterimu
Penulis : Nia Adahays
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0718-65-1
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Mereka berkahwin bukan atas dasar cinta tapi kerana mahu melindungi. “Kahwin dengan saya? Saya tak nak awak terus-terusan diganggu dan saya tak mampu nak lindungi awak sentiasa.” – Samar Izham. "Adakah awak yakin yang saya akan selamat bila jadi isteri awak?"- Nadiah Husna Di situlah permulaannya. Lelaki bermata hazel yang dia temui tiga tahun lepas tiba-tiba muncul saat dia sedang diganggu oleh Faiz. Cukuplah dia bazirkan masa menjadi kekasih Faiz, lelaki psiko yang suka mengugut dan rasanya putus adalah keputusan tepat. Demi keselamatan, dia terima Izham. Dan dia pegang kata-kata Izham yang perkahwinan mereka hanya untuk memastikan dia dilindungi. “Takkanlah dapat suami hot macam tu pun kau tak tergugat?” Memang tergugat pun sebab ‘hot’ sangat sampai hati aku pun ‘hot’ dengan perangai dia yang tak dapat nak dijangka tu. “Hot celah mananya dia tu?” Aku pandang Hannah minta penjelasan. “Tahap hot dia tu, ramai yang akan beratur kalau kau tak nak dia." Selamba aje Hannah ni cakap dekat aku. Aku ni dah jadi isteri dia tahu tak. Agak terkesanlah sikit dalam hati. Hidup sebumbung, lama-lama hati tergugat juga. Apatah lagi Izham sudah menukar pengakuan, sebab utama lamarannya kerana cinta. Melindungi itu sebab kedua. Bila rumah tangga mereka mula ditumbuhi bunga cinta dan bahagia, Farah Najiha pula muncul. “Tak marahkan Izham ke sebab dia kahwin dengan saya?” – Nadiah Husna. “Tak, sebab saya boleh dapatkan dia balik.” – Farah Najiha Siapa sebenarnya Farah Najiha? Apa akan jadi pada rumah tangga mereka bila Faiz muncul kembali? Dan.. akan teguhkah kasih Husna bila rahsia siapa sebenarnya Izham terbongkar?