Tuesday, January 31, 2017

Biar Aku Yang Setia


Tajuk : Biar Aku Yang Setia
Penulis : Nani Yuhanna
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0718-74-3
Mukasurat :

Sinopsis
Pertemuan pertama Lis Jasmine dengan Aki Razin sangat tidak menyenangkan. Aki tu adik Annur dan Annur itu kawan Jasmine. Tapi kenapa Jasmine rasa lelaki itu tak sesuai sebagai adik kawannya? Sebab mulutnya tak sopan seperti kakaknya. “Jadi orang ni jangan nak perasan sangat walaupun betul diri cantik.”-Aki Razin Pertemuan demi pertemuan, Jasmine akui, Aki bukan saja bermulut tak sopan, tapi beku dan kejung juga. “Dalam mulut awak tu ada jongkong emas ke sampai nak senyum pun tak boleh?”- Lis Jasmine. Jasmine tak tahu, Aki jadi begitu disebabkan kisah lampau yang menyakitkan. Bagi Aki, perempuan semua sama, tidak jujur dan tidak setia. Tapi makin lama mengenali Jasmine Aki jadi selesa. Dari ‘tidak biasa’, dia mula ‘terbiasa’ dengan kehadiran Jasmine. Tanpa ucapan cinta atau janji setia, tiba-tiba Aki melamar Jasmine dan Jasmine yang sejak awal sudah ada ‘rasa’ di hatinya buat Aki terus setuju. Tapi payahnya mendengar lafaz cinta dari bibir Aki buat Jasmine ragu-ragu, wujudkan cinta di hati Aki untuknya? “Betul ke kita berkongsi perasaan yang sama, Aki?”– Lis Jasmine “Tak cukup ke usaha saya membahagiakan awak selama ni?” – Aki Razin Mampukah mereka bahagia andai di dalam hati masing-masing tertunas keraguan? Bisakah mereka saling setia andai kata cinta tidak pernah diungkapkan?

Cairkan Hati Beku Dia


Tajuk : Cairkan Hati Beku Dia
Penulis : Lynn Azami
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0718-73-6
Mukasurat :

Sinopsis
Bekunya seorang Andrea Hanna sehingga tiada siapa yang berjaya menakluki sekeping hati miliknya. Konsep dia, berkawan biar beribu, berkasih dia tidak mahu! Subhan yang tunjuk perihatin pun dia buat tak layan. “Mama you amanahkan you pada I” – Subhan “Helooo! Tak payah nak amanah sangat lah! Bunyi macam euwww jer.” – Hanna Hanna langsung tak faham kenapa tiba-tiba muncul manusia bernama Muhammad Subhan yang selalu sangat mengganggu hidupnya?! “Encik Subhan, boleh tak I nak minta tolong you?” – Hanna “You nak minta I jangan ganggu hidup you?” – Subhan “Tak. I nak minta tolong supaya lenyap terus dari hidup I!” – Hanna “I’m sorry dear. But I think, it will be hard.” – Subhan Bijaknya Subhan bermain dengan ego Andrea Hanna sehingga wanita itu terpaksa tunduk mengalah. Sampai satu tahap, Hanna sendiri yang meminta mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan. Subhan yang sememangnya yakin dengan rasa hati sendiri, terus bersetuju. Tapi, mampukah perkahwina mereka bertahan bila rahsia yang Hanna simpan akhirnya terbongkar? “So… I guess this is the reason why we got married?” – Subhan “I really wonder… Do you ever love me Hanna?” - Subhan 

Bayangan Gurauan


Tajuk : Bayangan Gurauan
Penulis : Sayhazs Zailie
Harga : RM37.00
ISBN : 978-967-86-0767-4
Mukasurat : 864

Sinopsis
IRISH QIARA, zaman remajanya tercalar dek kepedihan masa silam. Reza, lelaki yang diharap akan menjaga seumur hidup, pergi meninggalkannya menikahi perempuan lain. Pergi bersama janji-janji serta beban yang tersisa buat dirinya. Hinggakan Irish tawar hati untuk menerima insan bernama lelaki, apatah lagi untuk jatuh cinta semula.

TENGKU HARRYS DAMIEN, hidupnya hanya tertumpu pada kerjaya. Setelah memiliki Ijazah dari sebuah universiti di United Kingdom, dia memilih untuk menetap dan bekerja di sana sambil meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Bagi Tengku Harrys, cinta bukanlah sesuatu yang penting untuk difikirkan biarpun ramai gadis datang padanya menagih perhatian.

Pertemuan antara mereka terjadi di syarikat milik keluarga Tengku Harrys. Setahun selepas Irish berkhidmat di sana, Tengku Harrys pulang semula ke Malaysia untuk membantu keluarga menguruskan syarikat tersebut setelah puas menimba pengalaman di perantauan. Yang seorang tidak banyak bercakap, yang seorang hanya memerhati dari jauh. Namun disebabkan beberapa insiden yang berlaku suatu ketika dulu membuatkan wajah Irish terpahat kemas dalam ingatan Tengku Harrys. Malah bayangan gadis itu juga yang selalu datang bergurau di dalam lena mahupun hari-harinya semenjak kejadian itu.

Keadaan berubah apabila Tengku Dafina menyuarakan hajat memetrai ikatan antara Tengku Harrys dan Irish. Di saat itu, Reza muncul semula bersama agenda tersembunyi. Tengku Melissa pula tidak henti mencuri perhatian Tengku Harrys demi meraih cinta yang terpendam rapi. Dan kehadiran Tengku Zafran untuk memiliki Irish bagai ingin memparahkan lagi. Masih tegarkah dua hati menyulam kasih pabila rahsia yang sekian lama terlempar jauh disingkap kembali? Masih utuhkah dua jiwa menganyam cinta kala badai yang hadir menyapa seakan tidak mahu beransur pergi?

“Saya rasa perasaan Tengku belum pergi lebih jauh. Atau mungkin belum ada sekelumit pun perasaan dalam hati Tengku. Jadi masih belum terlambat untuk undur diri...” –IRISH

“Seumur hidup saya mungkin belum pernah bercinta. Tapi sekali saya dah jatuh cinta, jangan harap saya akan berpatah balik!” –TENGKU HARRYS

Mrs. Maidku


Tajuk : Mrs. Maidku
Penulis : Syaza Arisha
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0761-2
Mukasurat : 496

Sinopsis
Tujuan Syazana ke bandar hendak mencari keluarganya, dan pekerjaan maid menjadi pilihan untuk menyempurnakan misi penting itu. Namun, bukan semua yang terjadi seperti yang diharapkan, bila dia berjumpa dengan majikan super poyo bernama Hairul. Di sanalah hidupnya seolah amah Indonesia. Silap sikit dapatlah Title BEBAL!

"Itulah, orang jalan pakai mata kau pakai hidung. Dah bebal, buta pulak tu!" ~ Encik Hairul "Aku get up, maid bukan pekerjaan yang sesuai!
Apatah lagi pada orang yang tak ada perasaan macam Encik Hairul!" ~ Syazana.

Satu kesilapan telah membina sebuah ikatan di antara mereka dan semuanya berpunca kerana Mak Cik Jebon. Perkahwinan yang tercipta
asalnya hanyalah pembohongan dan dusta semata-mata. Namun takdir telah menjadikan ia sebuah kenyataan.

Syarat pertama! Jangan berani sentuh aku!
Syarat kedua, jangan pernah menuntuk hak kau!
Ketiga, jangan nak control aku sangat! ~ Syazana Dan syarat aku hanya mudah, jangan pernah keluar atau berhubungan dengan lelaki lain! ~ Encik Hairul.

Namun disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cara Hairul melayan Syaz yang kekadang bermusim membuatkan perkahwinan mereka sering tak menentu. Kedatangan semula Ikmal untuk merampas kembali cintanya, membuatkan Syaz keguguran, hubungan dia dan Hairul diuji lagi. Namun bila takdir sudah mencatat nama mereka di Luh Mahfuz, cinta yang keruh kembali bersemi. Tapi kedatangan Tan Sri Zurydi sekali lagi membuatkan hubungan Syaz dan Hairul dilanda badai. Hairul semakin buntu bila Syaz mula menjauh, Syaz pula sudah berbelah bagi sama ada memilih Hairul atau rumah anak yatim? Apakah yang membuatkan Tan Sri Zurydi nekad hendak memisahkan Hairul dan Syaz? Dapatkah cinta si Maid dan si majikan poyo kembali bersatu?

Banglo Seksyen 12


Tajuk : Banglo Seksyen 12
Penulis : Hasrudi Jawawi
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-446-283-3
Mukasurat : 528

Sinopsis
Dia datang bila cahaya menghilang...

Tragedi pembunuhan enam orang remaja di sebuah banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam orang remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang.
Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranormal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana.
Namun, ketika mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apakah sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini.

“Saya tak tahu. Keadaan gelap-gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam.” ~ Fahmi

“Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia kat mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!” ~ Inspektor Hairy

“Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. ‘Dia’ macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail.” ~ Saleha

Keajaiban Sains Dalam Hadis


Tajuk : Keajaiban Sains Dalam Hadis
Penulis : Dr. Zaghlul Al-Najjar
Harga : RM58.00
ISBN : 9789675274121
Mukasurat : 591
Berat :

Sinopsis
Di pasaran, kita boleh dapati dengan banyak sekali buku-buku yang menceritakan tentang "Keajaiban Sains Dalam Al-Quran". Namun amat jarang dan sukar kita temui buku-buku yang mendedahkan tentang "Keajaiban Sains Dalam Hadis."

Kelahiran Rasulullah s.a.w yang membawa rahmat dan sinar cahaya ke seluruh alam bukan sahaja untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, bahkan lebih dari itu. Nabi Muhammad s.a.w juga memberi penekanan serius kepada ilmu pengetahuan yang merangkumi imu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Ilmu-ilmu ukhrawi menjurus aspek-aspek aqidah, ibadah, muamalat, munakahat dan perundangan Islam. Manakala ilmu-ilmu dunia meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, sains dan lain-lain lagi.

Buku "Keajaiban Sains Dalam Hadis" ini menyelusuri aspek-aspek perubatan dan sains yang terdapat dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. Buku ini perlu dibaca oleh seluruh umat Islam kerana ia akan membekalkan kepada mereka pelbagai maklumat berkaitan, yang bukan sahaja mampu menambah ilmu pengetahuan, bahkan mampu meningkatkan keimanan dan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w, kekasih Allah.

Bahaya Hadith Dhaif & Maudhu Dalam Aqidah


Tajuk : Bahaya Hadith Dhaif & Maudhu Dalam Aqidah
Penulis : Abdur Rahman Abdul Khaliq 
Harga : RM6.00
ISBN : 9789830994826
Mukasurat : 94
Berat : 320g

Sinopsis
Di pasaran, kita boleh dapati dengan banyak sekali buku-buku yang menceritakan tentang "Keajaiban Sains Dalam Al-Quran". Namun amat jarang dan sukar kita temui buku-buku yang mendedahkan tentang "Keajaiban Sains Dalam Hadis."

Kelahiran Rasulullah s.a.w yang membawa rahmat dan sinar cahaya ke seluruh alam bukan sahaja untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, bahkan lebih dari itu. Nabi Muhammad s.a.w juga memberi penekanan serius kepada ilmu pengetahuan yang merangkumi imu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Ilmu-ilmu ukhrawi menjurus aspek-aspek aqidah, ibadah, muamalat, munakahat dan perundangan Islam. Manakala ilmu-ilmu dunia meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, sains dan lain-lain lagi.

Buku "Keajaiban Sains Dalam Hadis" ini menyelusuri aspek-aspek perubatan dan sains yang terdapat dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. Buku ini perlu dibaca oleh seluruh umat Islam kerana ia akan membekalkan kepada mereka pelbagai maklumat berkaitan, yang bukan sahaja mampu menambah ilmu pengetahuan, bahkan mampu meningkatkan keimanan dan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w, kekasih Allah.