Thursday, March 16, 2017

Berikan Aku Peluang Mencintaimu

Tajuk : Berikan Aku Peluang Mencintaimu
Penulis : Shima Rostam
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0870-34-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Sepanjang kita kenal, I tak pernah minta apa-apa. Tak pernah mendesak. Tapi masa takkan tunggu sepertimana I tunggu you. Dalam hati memang tersemat rasa ingin berjumpa dan bercinta macam pasangan lain. Tapi bila you berikan alasan, I terima seadanya. I fokus pada kerja.

Tapi nampaknya esok atau lusa, I tak tahu adakah I mampu menunggu dan terus menunggu lagi. Saat dia sudah bersedia memperkenalkan dirinya, Riya terlebih dahulu menerima pinangan Zamri, teman sekampusnya dahulu. Terkedu dengan kenyataan yang sangat memilukan itu, Noble-Man akur dengan takdirNYA. Bermula saat itu, ternoktahlah satu hubungan yang dicipta di alam maya. Antara Mizz-Lady dan Noble-Man hanya tinggal kenangan. Itu cinta pertama mereka. Riya Adriana. Itulah nama “facebook” Riya. Kepada Murni, adik iparnya disampaikan pesan untuk menjadi mata mengikuti perkembangan gadis yang dicintai.

“Nanti abang akan bagi nama dia dalam Facebook. Murni request jadi kawannya. Jadi mata abang. Jika dia bahagia, jangan beritahu abang. Tapi if something happen dalam hidupnya, inform abang terus. Boleh?” – Noble-Man

“Tapi kenapa” – Murni

“Sebab abang nak pastikan dia sentiasa bahagia. Bahagia dia adalah bahagia abang. Derita dia adalah derita abang. Salah abang dulu. Masa tidak dapat diundur kembali. Sekurang-kurangnya hati abang lega kalau dia sentiasa bahagia.” – Noble-Man 5 tahun berlalu, Riya bersama puteri kesayangan.

Kerana Zara, dia kembali mencari rezeki. Namun, kerana status yang dibawa, dia difitnah menggoda bosnya sendiri, Syed Al-Aiman. Lelaki berusia awal 40an yang masih bujang. Bukan dia yang menggoda, tapi Syed Al-Aiman yang mendekatinya. Niatnya hanya satu, mencari rezeki.

“Janda… Apalah yang menarik sangat? Bekas orang pula tu. Cantik lagi anak dara. Bergetah dan ada umph lagi.” – Riya

“Tapi orang kata janda lagi ada umph berbanding anak-anak dara zaman sekarang. Tak semuanya suci seperti zahirnya. Jadi pada I, lagi baik janda sebab kita telah pasti keadaannya,” – Syed Al-Aiman.

Kehadiran Syed Al-Iman sedikit sebanyak mengubah hidupnya. Zara yang kehilangan kasih sayang seorang ayah kini mula merasainya semula. Dia seperti lama mengenali lelaki itu. Dan dia juga bagaikan melihat bayang-bayang seseorang dalam diri Syed Al-Aiman. Namun dia sedar, dia mesti lupakan kisah lalu. Dan yakinlah hati yang Syed Al-Aiman akan menjaga hatinya sampai mati. Riya menerima lamaran kali kedua untuk menjadi isteri Syed Al-Aiman.

Dapatkah sekeping hati yang masih terlakar nama Noble-Man menerima dan mencintai Syed Al-Aiman yang sah menjadi suaminya? Dan apakah cinta laman mayanya kembali terkubur? Riya Adriana, berikan aku peluang mencintaimu!

Benci/Cinta... Awak Budak Nakal

Tajuk : Benci/Cinta... Awak Budak Nakal
Penulis : Qaseh Farina
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-21-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Suka Ayin? Oh! Please…bukan taste Yayalah! Ayin tu, berlagak ya ampun. Harapkan muka saja handsome, tapi perangai hampeh!

Namun, perasaan mula berubah selepas mengetahui kenapa Ayin jadi begitu. Bahagia berbunga apabila Ayin mula menyedari kewujudannya, tetapi hanya seketika.

“Ooo… Kau tak layan aku ya, Sinar? Tak apa… Cara halus tak jalan, aku buat cara kasar. Cara baik tak dapat, aku buat cara jahat.” – Ayin

Setiap hari ada saja yang Ayin lakukan untuk pedajal Yaya hanya untuk mendapatkan perhatian Yaya.

“Apa songsang sangat cara Ayin tu, along? Ada ke nak rapat dengan Yaya, selalu pedajalkan Yaya?” – Yaya

Itulah Ayin. Dia lain daripada orang lain.

Tanpa terduga, keadaan memisahkan mereka. Pertemuan semula selepas sekian lama, merupakan permulaan sebenar kisah cinta mereka. Yaya tersepit antara budi dan hati apabila Puan Julita berura-ura mahu menjodohkannya dengan Chad. Adakah Ayin akan teguh berdiri untuk merebut cinta Yaya selepas mengetahui Chad sahabatnya juga menyukai gadis yang sama? Dan, kecewakah Ayin apabila Along akan disatukan dengan Yaya atas permintaan isteri Along?

Saat kekusutan mula terungkai, Adilia hadir memusnahkan segalanya. Kasih lama ditagih. Yaya rebah dengan percaturan hidupnya.

Namun bagi Ayin, dia hanya ada Yaya. Jika dia perlu menjadi budak nakal semula untuk memikat hati Yaya, dia akan buat! Andai dia perlu pedajal Yaya untuk memujuk Yaya, dia juga akan buat! Dan jika dia terpaksa sakitkan hati Yaya untuk mendapatkan perhatian Yaya, dia akan sakitkan! Hanya untuk kembali merebut hati Yaya.

“Cara dia menginterpretasikan perasaan dia, pelik daripada orang lain. Tak sama macam orang lain. Dengan ketidaksamaan itulah, aku percaya, cara dia menyayangi dan mencintai kau, takkan kau jumpa pada orang lain.” Mampukah kata-kata ini membuka semula hati Yaya untuk Ayin?

Bahagia Yang Jauh

Tajuk : Bahagia Yang Jauh
Penulis : Nuril Bahanudin
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-28-1
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Vee Layla Adib, punya kehidupan yang tidak seindah namanya. Dari kecil diri dia tidak putus-putus diuji. Kasih yang diharapkan dari darah daging sendiri pun terlalu sukar untuk dia raih. Ada emak, emak membenci. Ada ayah, ayah menafikan hak dia sebagai seorang anak hanya kerana kegagalan mengemudi rumah tangga sendiri. Salah dan silap semua dituding ke arah dia kerana kata mereka dia adalah pembawa nasib yang paling malang!

Adib : “Baik…Kalau you nak cerai, cerailah. I akan ceraikan you! Lepaskan you dengan 1 syarat!”
Puan Sharina : “Apa syaratnya?”
Adib : “Bawa budak tu sekali! I tak mahu budak tu.”

Pernah sekali dia jatuh cinta, namun cintanya terlarang.
Ghazi Najmi: “Dari dahulu lagi kalau sesuatu itu sudah menjadi milik aku, maka ia tetap akan jadi milik aku selama-lamanya. Kau faham maksud aku?”

Pernah sekali dia berumah tangga, namun rumah tangganya musnah dek kecurangan.
Fayyad Bakri : “Sepatutnya I tak perlu kahwini you dahulu. Menyusahkan saja!”

Kadang-kadang dia lelah, penat sangat namun hidup tetap perlu diteruskan walaupun ujian yang hadir bertali arus.
Hans : “Pandang saya lama-lama, muat ke nanti?”
Vee : “Muat apa?”
Hans : “Nak simpan saya dalam hati awak tu Vee.”

Kehadiran Hans Mikael yang secara tiba-tiba di dalam hidupnya membuatkan hati yang layu kembali memekar dengan rasa kasih sayang. Namun dia takut. Takut memberi hatinya kerana bimbang terluka dan terus terluka. Terlalu kerap dilukai sampai dia menjadi trauma.

Mampukah dia miliki bahagia bila bahagia itu seperti tak sudi untuk mendatanginya? Terlalu jauh untuk dia gapai dan dakap. Terlalu tinggi untuk dia capai dan raih.

Wednesday, March 15, 2017

Alahai Miss Blur

Tajuk : Alahai Miss Blur
Penulis : Ayra Zahra
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-36-6
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dia, gadis yang menjadi dirinya sendiri. Tak perlu make-up tebal. Tak perlu gincu merah menyala. Cukuplah dia gadis simple yang membawa personaliti berbeza. Dia Nurain Awatif aka miss blur!

Kehadiran Awatif di Aspirasi sebagai setiausaha kepada Hadif Fakhri telah memberi ruang pada Hadif Fakhri untuk mengenali siapa Awatif sebenarnya. Sikap blur dan selamba Awatif membuatkan Hadif Fakhri pening kepala. Namun kerana sikap itu jugalah yang telah berjaya mencuit hati Hadif Fakhri. Dia jatuh cinta!

Hadif sembunyi cinta dalam diam. Hailah hati, kenapalah gadis ini boleh meruntuhkan tembok hati aku?

Dia sangat comel. Dia juga jujur. Apa lagi yang hati perlu tolak jika semua dah cukup rasa. Awatiflah pemanis jiwa, dia juga garam dan lada. Hadif memang teruja dengan miss blurnya.

Namun, hanya kerana fitnah, Awatif diberhentikan kerja serta-merta. Tambah luka bila kata-kata Hadif yang mengguris hatinya. Dia berlalu pergi. Tiada apa yang tertinggal di sini.

“Dah, kau pergi keluar sekarang. Hari ini juga aku pecat kau. Kau boleh berambus dari office aku ni,”-Hadif

Saat dia bangkit dan membina hidup baru, Farhan Redza kembali menagih cinta. Cinta yang diharapkan daripada Awatif, tapi sayang persahabatan yang dihulur oleh gadis itu. Farhan nekad mengejar.

Mampukah Hadif Fakhri kembali menyatakan sayang pada Awatif dan dapatkah dia mempertahankan Awatif pada Farhan Redza?

“Ehem… Saya tak akan benarkan awak jatuh pada tangan sesiapa, Awa. Awak tahu kan saya sayangkan awak dan saya nak awak jadi isteri saya.”

Nurain Awatif, hidupnya biasa sahaja tapi cintanya direbut dua jejaka. Alahai miss blur!

Aku Tetap Setia

Tajuk : Aku Tetap Setia
Penulis : Ameera Ameer
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0870-29-8
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan guruh dan kilat. Kita bersedih dan tertanya ke mana menghilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelang”

Begitulah kisah Ku Ariff dan Dania. Ujian yang telah Allah hadirkan semakin mematangkan mereka dalam melayari bahtera rumahtangga malah telah menguatkan lagi cinta mereka. Malah kebahagiaan itu menjadi lebih indah lagi apabila diserikan pula dengan kehadiran tiga cahaya mata yang seringkali mencuit hati walau kadang kala agak memeningkan kepala.

“Baby ni sibuk aje!” – Ku Aidil
“Elehh…baby cakap yang betullah tu. Baby nampak abang main games tembak-tembak dekat computer.” – Ku Amna
“Dengki, bukannya abang susahkan baby pun.” – Ku Aidil
“Baby bagitau papa abang ejek-ejek baby macam tu. Biar papa gunting lidah abang. Biar abang tak ada lidah lagi. Biar abang dah tak boleh cakap lagi lepas tu. Ha, padan muka.” – Ku Amna

Sekuat mana pun cinta tetap akan ada rasa cemburu dan curiga. Kemunculan Qhaiser secara tiba-tiba di dalam kehidupan mereka membuatkan Ku Ariff mula menyimpan rasa. Apatah lagi apabila mengetahui status lelaki itu yang sudah pun bergelar duda beranak dua.

“Lepas ni jangan jumpa dia lagi. Abang tak nak nanti abang pulak yang jadi single daddy!” – Ku Ariff
“Cemburulah tu!”- Dania
“Tak cemburu tapi jealous!” – Ku Ariff
“Abang, I love you tau..”- Dania

Bagi Dania, biarlah datang walau seribu lelaki seperti Qhaiser sekalipun namun Ku Ariff tetap lelaki yang bertakhta di hati. Dan, dia akan tetap setia sehinggalah nyawa dibawa pergi.

Namun, siapalah mereka untuk menidakkan kekuasaan Ilahi. Ketika sedang enak diulit bahagia yang disirami dengan gelak tawa, mereka sekali lagi diuji dengan sesuatu yang lebih menyakitkan lagi memeritkan. Mampukah Ku Ariff dan Dania bertahan? Atau reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan Oleh-Nya?

Anding Ayangan

Tajuk : Anding Ayangan
Penulis : Ramlee Awang Murshid 
Harga : RM34.00
ISBN : 978-967-446-317-5
Mukasurat : 528
Berat :

Sinopsis
NYIAN ditemui hanyut di Sungai Papar 10 tahun lalu. Dia mengalami amnesia. Lupa dari mana asal-usulnya. Nyian menjadi nelayan dalam tempoh tersebut. Selepas10 tahun... dia mulai galak bercerita tentang sebuah dongeng yang dikenali sebagai Anding Ayangan. 

Ramai yang tidak mengetahui, tatkala Nyian bercerita... dongengnya menjadi hidup di sebuah dunia yang terhijab dengan dunia nyata. Peperangan berlaku di dunia dongeng. Kerajaan Ayangan gagal menawan Anding sejak 200 tahun lampau. Persengketaan yang berteraskan kepercayaan dan politik berlanjutan sehingga salah satu hancur. Dalam peperangan muncul pelbagai kisah yang hidup dengan pelbagai ‘rupa’ manusia. Dalam banyak ‘wajah’ terbit pula sebuah percintaan antara dua pihak. 

Percintaan yang bertambah menyemarakkan marah dan dendam. Percintaan yang bermaharkan kematian. Dalam kerancakan perkelahian... terpinggir sebuah tanah tengah di lautan. Tanah bergelar Pulau Chermin. Didiami raja tanpa jelata. Enggan mencampuri urusan peperangan namun terikat sumpah kalimah mempertahankan Anding dari arah lautan. Sumpah yang diikat seorang ulama berasal dari negara Brunei Darussalam.

Wednesday, March 8, 2017

Buah Hati Cik Sarimah

Tajuk : Buah Hati Cik Sarimah
Penulis : Maa Medina
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-86-0751-3
Mukasurat : 416
Berat :

Sinopsis
Jodoh kami, kejutan terindah daripada Ilahi. Razin Aniq, seorang lelaki biasa yang tinggi dengan ego dan terlalu mementingkan maruah sehingga sanggup menafikan walau sedikit pun perasaan kasih sayang yang cuba menembusi ruang hatinya. 

Sikap pantas baran yang ada pada dirinya telah menjadikan bahasanya sekasar tingkah lakunya. Namun, dia punya alasan sendiri di sebalik cerita itu. Kehadiran Sarimah Aisya, gadis polos yang bersikap lurus dan terlalu berlembut menyebabkan dirinya menjadi mangsa kebencian Razin Aniq. Kata-kata benci sering dihamburkan lelaki itu terhadapnya, bahkan beberapa kali juga dia menjadi mangsa kekasaran Razin Aniq. Namun dalam kekasarannya terhadap Sarimah Aisya tetap wujud suatu perasaan dalam dirinya yang membuatkan dia sentiasa ingin melindungi gadis itu. Tetapi setiap pertolongan yang diberikan kepada gadis itu masih tetap dinafikan niat sebenarnya. Baginya, harga dirinya itu lebih tinggi daripada segala-galanya. 

“Kau boleh berambus daripada hidup aku. Aku tak perlukan perempuan dalam hidup aku. Lagi-lagi perempuan yang macam kau!” Razin Aniq "Kenapa Encik Razin benci sangat dengan saya? Apa salah saya?" Sarimah Aisya