Friday, March 24, 2017

Dua-Dua Degil



Tajuk: Dua-Dua Degil (PreOrder - dijangka pertengahan/hujung mac 2017 siap)
Penulis: Dekna Lee
Harga: RM35.00 inc postage

Sinopsis

Sebaik sahaja tersedar dari komanya, Ikmal terkejut mendapati dia mempunyai kekasih bernama Arissa. Arissa juga merupakan anak latihnya. Kehadiran Arissa di wadnya pada setiap hari merimaskan dia.

“Abang  berdendam  dengan  Arissa  sebenarnya,  kan?

Sebab  Rissalah  abang  kat  sini.  Itu  sebabnya  abang  buat-buat  lupa,  kan?”  ~  Arissa

Setelah berjaya mendapat ingatannya semula, dia mengambil keputusan untuk terus berlakon lupa di hadapan Arissa demi kepentingan gadis itu.

“Saya  buat  ni  semua  sebab  saya  sayangkan  dia.  Sayangkan  masa  depan  dia.” ~ Ikmal

Arissa, dalam masa yang sama berusaha mengurat Ikmal. Dia mahu Ikmal jatuh hati semula pada dia. Siapa sangka? Ikmal hanya berlakon selama ini. Dia rasa terhina apabila mendapat tahu yang semua ahli keluarganya bersubahat Ikmal.

“Tak  sangka!  Semua  dah  tau.  Semua  bohong  Arissa!  Layan  Arissa  macam  budak  bodoh.  Buat  Arissa  percaya  yang  dia  betul-betul tak  ingat  Rissa.” ~ Arissa

Dek kerana terlalu kecewa dengan Ikmal, dia mengalah. Dia takkan ganggu lagi hidup lelaki itu, seperti yang Ikmal mahukan. Dia mula berkenalan dengan beberapa rakan lelaki baru. Yang kacak-kacak pula tu!

Ikmal mula menyesali tindakannya dulu apabila Arissa nampak sungguh bahagia tanpanya. Sementara dia semakin hari semakin menderita tanpa perhatian daripada Arissa.

‘Ya  Allah,  kalau  aku  tahu  begini  sakitnya  bila  melihat  dia  bahagia  di  sisi  lelaki  lain,  aku  takkan  sesekali  sia-siakan  dia  dulu.’ ~ Ikmal

Adakah ianya sudah terlambat untuk Ikmal dapatkan peluang keduanya?

u/p novel ini beserta tandatangan penulisnya

Penceroboh Hati

Tajuk: Penceroboh Hati
Penulis: Dekna Lee
Harga: RM40.00 inc postage

Sinopsis:
Maya  dikejar  sekumpulan  lelaki  mat  saleh  sebab  dia  jadi  saksi  kes  tembak-menembak  yang  berlaku  antara  mat-mat  saleh  tu  dengan  klien  dia.  dia  melarikan  diri  dari  diekori  sehingga  terpaksa  menyorok  ke  dalam  sebuah  ladang  persendirian.  

Pada  awal  lagi Faez  mengacukan  senapang  ke  kepala  Maya  kerana  Maya  telah  menceroboh  ladang  bapanya.  Maya  menceritakan  kejadian  sebenar  yang  berlaku  tetapi  Faez  masih  tidak  mempercayainya.  Dia  fikir  Maya  ingin  mengintip  dan  mengganggu  privasi  dia  sekeluarga  memandangkan  dia  abang  kepada  artis  terkenal,  Izzat  Hamdi.    

Bapa  Faez  pula,  percaya  pada  kisah  Maya  ingin  membantu  dengan  memberikan  perlindungan  kepada  Maya.  seterusnya...  bacalah  sendiri... Hekhekhek.

u/p novel ini beserta tandatangan penulisnya

Salah Siapa?


Tajuk: Salah Siapa:
Penulis: Dekna Lee
Harga: RM33.00 inc postage

Apa perasaan awak bila sedar aje dari 'tidur', rupa-rupanya awak berada di hospital? 

Klise! Tapi... 

Apa perasaan awak bila sedar dari 'tidur', keluarga awak paksa awak berkahwin disebabkan awak disahkan mengandung? Anak kawan baik awak pulak tu... 

Dan lebih malang, awak tak ingat apa-apa langsung kejadian yang menyebabkan awak mengandung tu! Malah, awak tak ingat kejadian yang berlaku 5 tahun sebelum kemalangan tu. 

Ini yang terjadi kepada Aida. Dia tak sangka langsung yang dia akan mengandungkan anak kawan baik dia sendiri. Tergamak Hafizul mengkhianati kepercayaan dia? Mereka bersahabat dari kecil. Apa yang terjadi dalam tempoh 5 tahun itu sehingga Hafizul tergamak menggelapkan masa depan dia? 

Hafizul pulak banyak mendiamkan diri. Banyak menyimpan rahsia. Dia mengaku semua masalah berpunca dari dia, menyebabkan semua orang pulaukan dia. 

Tapi things get fishy... Kenapa Hafizul beria-ia mengaku salahnya setiap kali orang lain mempersoalkan apa sebenarnya yang dah berlaku? 

Betul ke semua salah Hafizul?  Atau ada orang lain yang menjadi punca dan Hafizul sekadar jadi kambing hitam aje? Salah siapa sebenarnya?

u/p novel ini beserta tandatangan penulisnya

Pakej Cinta Kombo

Tajuk : Pakej Cinta Kombo
Penulis : Dhiyana
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0870-19-9
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Semuanya bermula bila dia menghayati ciptaan tuhan. Aufa Norjannah, berada dalam mimpinya saat terpandang wajah kacak Ameer Fayyadh yang berjalan ke luar rumah. Persis filem Hindustan. Bagai ada angin yang mengiringi adegan itu. Jeritan Ameer kepadanya membuatkan Aufa tersenyum manis. Tapi…

“Awak! Pandang depan!”- Ameer Fayyadh

“Arghhh!!!” – Aufa Norjannah

Pertama kali terjatuh di hadapan lelaki itu, sakitnya tak terasa. Namun, pertemuan demi pertemuan mula memahat rasa cinta dalam hati.

“ Kenapa saya raksasa dan awak pula Ultraman? ” – Aufa Norjannah

“ Sebab hati saya selalu berkeli-kelip bila terpandang akan awak. ” – Ameer Fayyadh

Affan Muqri, doktor ‘hot’ yang setia pada Nur Awliya yang mula diminati 14 tahun yang lalu. Namun, status Awliya sebagai isteri orang mengundang kecewa di hati. Parah! Sehingga di hatinya tiada pengganti. Namun, pertemuan semula Affan dan Awliya membibitkan perasaan yang sama antara mereka. Tebu mula ditanam ditepi bibir…

“Sekali saya dah hulurkan tangan, saya takkan tarik semula, Liya. Selama-lamanya saya akan tetap hulurkan tangan saya. Sekali huluran saya bersambut, sehingga hujung nafas saya akan genggam erat. Dan saya takkan biarkan genggaman tu terlerai sampai bila-bila pun. Itu janji saya, Liya,” – Affan Muqri

“Selama-lamanya?” – Awliya

“Selama-lamanya” – Affan

Namun, kasih sayang menjadi penghalang hubungan cinta antara Aufa dan Ameer. Manakala, dendam yang terbuku di dalam hati menjadi duri di dalam hubungan Affan dan Awliya. Kesetiaan dipertaruhkan. Kepercayaan ditagih. Mampukah mereka melakar bahagia bila hati mula ragu dan gundah? Pakej Cinta Kombo, satu dalam seribu!

Opsss... Terpikat Cik Sombong

Tajuk : Opsss... Terpikat Cik Sombong
Penulis : Cici Aida
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0870-26-7
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Ego! Cengil! Pendendam!
Cukup pakej sifat Ira Harisya. Cantik, manis dan penuh gaya dengan aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya benci lelaki yang suka ambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Lebih-lebih lagi, lelaki itu Zeid Farhans.
“Saya Cuma tak nak cik jatuh ‘terguling-guling’ sendiri dekat tangga tu.Tumit kasut cik tu, cuba nak malu kan cik. Cuba cik tengok, dah ‘terpatah’ pun. Dan bukan niat saya nak ‘terpeluk’ cik dengan sengaja.” – Hans.
Bengang! Benci! Meluat! Tiga rasa bersatu dalam hati Ira Harisya, bila Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa jadi punching bag.
Tapi tiba-tiba…
“Kenapa kau datang sini, hah? Aku benci tengok muka kau. Kau yang menyebabkan anak aku lumpuh. Keluar!”- Puan Sri Marlia

“Saya akan bertanggungjawab Puan Sri. Saya akan jadikan Ira isteri saya.”- Hans
Berkahwin, bukanlah pilihan terakhir Farhans.Tapi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia memilih untuk menjaga Ira Harisya. Berbeza dengan Ira Harisya, hanya kesakitan yang dibawa sehingga ke gerbang perkahwinan.
“Gedik. Buang masa aku nak pancing hati Jantan miang macam kau. Gerenti dapat pun aku tak ingin. Sedekah ajelah dekat mana-mana rumah anak yatim, tak pun buat bumper jalan.” – Ira Harisya

Bila keputusan sudah dibuat Tan Sri Rashid, tiada siapa yang mampu membantah termasuk Ira Harisya.

Benci hatinya tidak mampu diungkapkan. Makin terluka bila Farhans menjadi suami. Suami yang tidak dirancang. Namun, bagi Farhans, itulah permatanya. Itulah berlian yang kilauannya sangat mahal. Dia suka Ira Harisya. Selamanya akan suka! Opss…dia sudah terpikat pada cik sombong.
Tetapi…
Ira Harisya.. bila dia kata tak suka, bermakna selamanya dia tak akan suka!

My Little Bride

Tajuk : My Little Bride
Penulis : Dilla Ahmad
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0870-31-1
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Awak nak bayar dengan apa, dik? Awak tu sekolah pun tak habis lagi. We’re talking about a lot of money here,
my dear. Walau awak buat dua atau tiga kerja pun, awak tidak akan mampu membayarnya semula even if you sell your body, belum tentu cukup untuk membayarnya. Kecualilah kalau awak nak jadi perempuan simpanan saya.”

Dia Nurul Hannah Adam Mukriz. Pelajar sekolah menengah yang nekad berjumpa dengan Megat Danial Hakim, CEO Megat Holdings. Hanya kerana satu tujuan dan dia sebagai anak perlu melakukannya. Namun dia malu sendiri apabila mengetahui kebenaran yang menyakitkan dari mulut Megat Danial sendiri.

Pertama kali berjumpa lelaki berlagak dan cakap sinis ini, hati Hannah dah menyampah. Dia menyesal kerana dia sendiri membuatkan pertemuan pertama menjadi yang kedua.Lagi tidak disangka, pada pertemuan keempat, dirinya dilamar Megat Danial Hakim.

“Hannah tak mahu kahwin. Abang faham tak ni? Hannah muda lagi. Sekolah pun tak habis lagi. Kalau Abang Danial nak kahwin cepat, abang kahwin ajelah dengan teman wanita abang tu!” – Hannah

“Apa salahnya Hannah kahwin muda? Umur Hannah memang dah layak tau bernikah,”- Megat Danial

Berkahwin dengan lelaki yang baru empat hari dia kenal? Atas alasan apa? Cinta? Sayang? Atau kasihan? Hannah menggeleng tidak setuju. Apa sebabnya lelaki itu nak kahwin dengan dia, hanya Megat Danial yang tahu. Alasan demi alasan dia lakukan untuk mengelak dari menjadi isteri lelaki itu.

Dia masih muda!

Tapi tiap kali dia menghadapi masalah, lelaki ini juga yang dia cari. Lelaki ini juga yang harus dia letakkan kepercayaan.

Hendak tak hendak diterima juga lamaran itu walau hati diselaputi curiga. Namun, dia tahu satu perkara. Megat Danial adalah pelindungnya. Hati akan pupuk rasa sayang. Hati juga akan kait rasa cinta.

Cuma…

Sabarkah Megat Danial melayani Hannah, Little Bridenya? Hidupnya bertukar 360 darjah! Hanya kerana Nurul Hannah, dia bukan lagi Megat Danial yang dulu! 

Mr. Right Untuk Aku


Tajuk : Mr. Right Untuk Aku
Penulis : Sara Kyoko
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0870-33-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Camellia Hayyani aka sang Kameleon, 30 tahun, pereka fesyen terkenal. Mewangi dalam dunia fesyen tanah air, tapi, membusuk dalam dunia percintaan! Satu senarai yang membariskan puluhan ciri -ciri ‘Mr. Right’nya telah menyebabkan deria rasanya tertutup untuk merasai kehadiran lelaki yang betul-betul tulus menyintainya.

‘Kalau nak jadi suami Camellia Hayyani, kenalah betul-betul jadi the Right Guy! Mr. Right. Hidup bersama bukan untuk sehari dua, kalau boleh mestilah untuk seumur hidup’

Taufiq Mizan aka Mr. Wrong, 35 tahun, seorang guru. Tahu apa yang dimahukan di dalam hidupnya, tapi sukar mengekspresikan diri kerana terbelenggu dengan rasa kasih dan hutang budi. Membujang selama ini bukan kerana tidak laku. Menurutnya, membahagiakan ibu tercinta adalah yang paling utama dalam hidup.

“Pik bukan macam Miji. Tak perlu nak menarik perhatian perempuan dengan pakaian, mak. Kalau pakai macam ni dia ingat Pik ni selebet, sengkek, tu maknanya dia hanya pentingkan penampilan, bukannya apa yang ada dalam hati. Perempuan macam tu pun tak guna nak dijadikan bini jugak.” – Taufiq Mizan

Pertemuan yang bermula akibat salah faham, akhirnya membuahkan rasa kasih dan sayang. Lebih-lebih lagi setelah kedua-duanya puas diasak dengan rasa cemburu!

“Mata aku sebenarnya yang terlebih gatal tengok kau orang berdua yang berlagak macam pasangan dah kahwin. Merenyam! Gatal mata aku terus ke tekak. Tu yang aku tersedak tu. Aku rasa nak cari ENT specialist lepas ni. Ehem! Ehem!” – Taufiq Mizan

“Menyampah? Habis yang korang berdua asyik bergesel-gesel dari butik aku macam anak kucing tak cukup kasih sayang tu? Berbisik-bisik, tergelak-gelak gatal tu, tak apa? Orang tak menyampah?” – Camellia Hayyani

Bolehkah hubungan antara Camellia dan Taufiq yang sering tercalar oleh ego dan pendirian masing-masing ini diikat dengan tali percintaan dan seterusnya pernikahan?

Bagaimana pula nanti dengan Tirmidzi Mirza? Si adik yang muncul untuk menuntut haknya? Apa pula yang akan terjadi dengan Shaima Husna? Gadis muda yang kembali menuntut janji?

Apakah Taufiq akan terus akur dengan kehendak adiknya dan kemahuan ibunya? Dan Camellia, akan terus setia dengan senarai ciri – ciri ‘Mr. Right’nya? Emmmm…

Cuma, yang seorang Camellia Hayyani tidak tahu, kalau dah jatuh cinta yang ‘wrong’ pun boleh jadi ‘right’!