Wednesday, May 31, 2017

Jangan Menangis Cinta

Tajuk : Jangan Menangis Cinta
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM33.90
ISBN : 9789675822537

Sinopsis
Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

“Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?” sindirnya.

“Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang,” marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

“Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!”

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

“Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.

#DudaDara

Tajuk : #DudaDara
Penulis : Rehal Nuharis, Nia Qurratun’aini, Hanny Esandra, Zany Ezatie
Harga : RM22.00
ISBN :  978-967-365-303-4

Sinopsis
#UdaDara – Rehal Nuharis

Abang Pilih Yang Mana

“Aku pendekkan cerita ya. Dulu masa sekolah aku tak tau pun yang rupanya dia dengan kawan baik dia, Wawa syok kat aku. Dia orang berebut nak dapatkan aku. Satu hari tu dia orang datang jumpa aku tanya abang pilih yang mana? Laju ajelah aku jawab aku pilih Wawa sebab masa tu Wawa lagi cun daripada dia,” cerita Uda mula membuka kembali cerita zaman sekolah dengan Dara.

#NadimSyafa – Nia Qurratun’aini

Mr. Dudarella

“Mulai hari ni saya nak tukar. Bukan Cinderella.”

“Habis tu?”

“Dudarella.”

Nadim Qhairuddin menghadiahkan senyuman. “Dudarella?”

“Ya. Dudarella,” ucap Syafa Athira disulami jelingan manja dan bermakna.

“Kalau macam tu, duda ni memang rela sayangkan awak sampai akhir nafas dia.”

#ZafriAiris – Hanny Esandra

Duda Dilarang Masuk

“Kenapa, Airis? Awak tak suka kawan dengan duda?”

“Erm, lebih kurang macam itulah. Saya tak suka berselindung. Lebih baik saya berterus terang. Saya tak terfikir pun nak berkawan dengan duda. Awak memang dilarang masuk.”

“Masuk ke mana?”

“Masuk ke dalam hati saya!”

#IdhamIshaa – Zany Ezatie

Duda Full Package

“Ishaa sebenarnya…” Dia berdeham beberapa kali.

Beberapa ketika kemudian, “Ishaa dah jatuh cinta dengan Datuk.”

Mata dan kening kiri Ishaa Dania terangkat bagi melirik reaksi Idham Fadri.

“Who the hell are you!?”

#HambaliNaimi – Bikash Nur Idris

Duda Gila Aku

“Hmm, sayang sekali awak tak boleh buat cop tapak tangan anak-anak lain kat sini. Yalah, kahwin dengan saya kan takkan dapat anak.”

“You know it’s not gonna work on me, Naimi. Abang reda dengan kekurangan Naimi. Naimi pun kenalah reda dengan kelebihan abang.”

Encik Pemikat Hati

Tajuk : Encik Pemikat Hati
Penulis : Fatiah Zohar
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-308-9

Sinopsis
Kata orang, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Tapi, bagi Aatif berjumpa semula dengan Adwa bukannya jodoh, tetapi satu bala. Enam tahun mereka terpisah kerana satu peristiwa. Bila dah bertemu semula, Adwa cuba untuk mendapatkan kembali cintanya.

Aatif geleng kepala kepada Adwa yang main gila. Sudah berstatus suami dan bapa, masih mahu mencari dara?

“Apa bukti awak nak kata saya dah kahwin ni?” – Adwa
“Apa bukti yang awak memang belum kahwin?” – Aatif

Semakin Aatif lari, semakin laju Adwa mengejar. Takdirnya, mereka bekerja pula di tempat yang sama. Semakin bersungguh Adwa mahu memikat Aatif semula. Tapi, Aatif menolak semahunya. Hilang akal agaknya, sudah beristeri masih menjual ayat cinta?

“Dah tu, nak saya cakap apa?” – Aatif
“Kalau boleh nak awak cakap I love you.” – Adwa

Kadang-kadang suka, kadang-kadang benci. Tapi, yang banyaknya suka. Bila kekeliruan dah terlerai, bahawa Adwa bujang juga, Adwa semakin berani jual ayat cinta. Buat Aatif rasa nak pitam setiap masa. Enam tahun memendam rasa, Adwa mahu jawapan daripada dia.

Aatif pula, tidak tahu mahu jawab apa. Cinta ataupun sebaliknya?

Jodoh Oh Jodoh

Tajuk : Jodoh Oh Jodoh
Penulis : Aunie Ayunie
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-306-5

Sinopsis
Setiap kali bertemu dengan encik duda sayang, Dara rasa hatinya bergetar dan buat dia berangan-angan naik bukit turun bukit sambil nyanyi lagu Hindustan. Oh, syahdu sungguh bila hati jatuh cinta.

Duda? Ah, itu bukan ukuran. Bak kata orang putih, everything is fair in love.

Dara memulakan kerjanya sebagai babysitter dan pembantu rumah di rumah Khayr dan manalah dia sangka lelaki itu adalah lelaki yang sama buat jiwanya jadi nanar.

Khayr rasa macam nak gila bila dapat tahu yang Dara langsung tidak reti masak. Kalau tak reti, macam mana nak jadi pembantu rumah? Ah, parah! Mahu dipecat, dia boleh nampak aura Dara yang begitu kuat mengikat hati Hana, anak perempuannya. Jadi, Khayr pasrah. Setiap hari dia pula yang memasak untuk Hana dan untuk Dara. Geramnya!

“Dara boleh berhenti kerja, tapi dengan satu syarat. Dara kena jadi menantu saya.” Puan Latipah.

Oleh kerana satu fitnah, Puan Latipah nekad mahu mereka berkahwin. Dara tidak pernah lelah memikat hati si suami. Khayr layan endah tak endah pun, dia tetap menggoda. Akhirnya, jiwa Khayr berjaya ditakluk. Hebat, kan?

Kehadiran Sarah Hanani yang menagih kasih demi Hana buat Dara kenal siapa Khayr. Dan, Asyira yang tidak pernah berhenti mengejar cinta Khayr menguji kesetiaan seorang Khayr terhadap Dara kesayangannya. Dara bukan perempuan yang mudah goyah. Dia isteri Khayr yang sah, maka dia tidak akan tunduk dengan sebarang tohmahan. Cuma dia pemilik jodoh Khayr!

Setelah Aku Pilih Dia

Tajuk : Setelah Aku Pilih Dia
Penulis : Eyla Hime
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-365-307-2

Sinopsis
Untuk membalas budi. Hanya itu sebabnya kenapa Hadif Adrian memilih untuk bersetuju mengahwini Hana Naziha. Kerana itu, dia tidak mampu untuk bersikap mesra terhadap gadis itu. Apatah lagi bila Hana Naziha juga mempunyai satu kekurangan yang tidak mungkin boleh diterima oleh lelaki lain yang waras seperti dirinya.

Namun, dingin Hadif Adrian itu cuma sekadar di bibir. Sifat acuh tak acuhnya juga cuma sekadar lagak. Hakikatnya, setiap kali Hana Naziha memerlukan bantuan, jejaka itu pasti akan datang menghulurkannya. Malah, hasil dorongan Hadif Adrian jugalah, Hana Naziha berjaya merubah dirinya menjadi seorang yang lebih berani untuk bangun membela diri daripada terus dihina.

“Ya, Hana. Abang dah berkeputusan untuk terima Hana sebagai isteri abang.”
“Hana tak mimpi?”
“Tak.”

Mengharapkan agar suatu hari nanti Hadif Adrian akan benar-benar ikhlas menerima dirinya, Hana Naziha menyangka bahawa impiannya yang satu itu telah tertunai. Namun, saat isi kotak Pandora yang tidak sepatutnya dibuka itu didedahkan kepadanya, barulah dia menyedari bahawa bahagianya cumalah sebuah pembohongan semata.

“Hana benci abang.”

Meskipun Hadif Adrian sudah memilih untuk melindungi gadis istimewa itu seumur hidupnya, apa sahaja yang dia mampu untuk lakukan saat Hana Naziha melafaz kata itu?

Bicara Cinta

Tajuk : Bicara Cinta
Penulis : Missa J
Harga : RM27.90
ISBN : 978-967-5822-47-6

Sinopsis
Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden.

“Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!”
“Nenda!!!

“Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara.

Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang.

“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan.

Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya.

Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta?

Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda.

“Si Zairee tu kacau kamu lagi ke?” tanya Nenek Humairah.

Anis dalam dilema.

“Oh… mak pun tahu. Hmmm kenapa dia orang ni sorokkan dari aku.” Hati Adee mula curiga.

Mampukah Anis mempertahankan cintanya? Cinta yang mana? Adee atau Zairee? Bicara cinta. Siapakah di hatinya?


Anjung Rindu

Tajuk : Anjung Rindu
Penulis : Alia Zara
Harga : RM29.90
ISBN : 9789675822469

Sinopsis
“Nama pun screaming room. Jadi sesuailah dengan jeritan kamu tu,” kata Madd I Z.

Zsa Zsa Bella seorang blogger. Kunjungannya ke Hong Kong telah menemukan dia dengan seorang jejaka yang digelar ‘Harajuku’ bernama Madd I Z. Kedua-dua yang memiliki nama pelik ini teramat ego. Masing-masing ingin mengenakan antara satu sama lain sehingga termeterai satu perjanjian.

“Buat apa berembun lama-lama kat situ Bella. Masuklah,” ujar Nenek Fatma. 

Sejak Sungai Melaka berubah wajah, Zsa Zsa Bella sering menunggu di anjung. Setiap malam menjadi rutinnya. Sejak pulang dari Hong Kong, dia semakin kerap berada di situ.

“Wah! Ibu dah tak sabar nak menerima menantu, ya. Lepas tu, tak sabar-sabar nak menimang cucu dan lepas tu, menangis sebab bergaduh dengan menantu,” usik Madd I Z.

Madd I Z pernah menyerahkan urusan mencari jodoh kepada orang tuanya dan mereka telah menerima Damia Qistina sebagai calon menantu. Namun, setelah bertemu Zsa Zsa Bella, perasaan lain menular dalam hatinya.

“Ibu berkenan tak dengan Bella?” tanya Madd I Z.

Puan Izzahan kagum dengan cara Zsa Zsa Bella bekerja. Setiap pergerakan Zsa Zsa Bella diperhatikannya. Tetapi semakin hari, hatinya risau melihat kemesraan anaknya dengan gadis itu.

“Kenapa you bawa blogger tu?” soal Damia Qistina, meradang.

“Awak ni tunangan orang. Saya tak mahu ganggu tunang orang,” kata Zsa Zsa Bella.

Zsa Zsa Bella cuba untuk melupakan kisah cintanya yang lalu. Dia ingin membuka lembaran baru. Tapi kenapa dia masih menyimpan rindu? Mengapa sukar untuk menghapuskan satu rasa yang terpenjara di dalam hati, sehinggakan tak mampu membuka hati untuk orang lain? Di Anjung Rindu penantian setiap detik dan waktu.