Thursday, July 20, 2017

202 Khasiat Herbala

Tajuk : 202 Khasiat Herba
Penulis : Sabda. S
Harga : RM30.00
ISBN : 
Mukasurat :

Sinopsis
Perubatan berasaskan herba kini semakin popular di negara kita. Ia menjadi pilihan memandangkan kaedahnya lebih semula jadi, kurang kesan sampingan selain kosnya yang jauh lebih murah. Herba juga merupakan salah satu pilihan alternatif menyembuhkan penyakit yang kadangkala tidak dapat diubati dengan kaedah perubatan moden.

Namun masih ramai yang tidak tahu kegunaan tumbuhan herba terutamanya golongan muda. Mereka tidak sedar bahawa tumbuhan yang terbiar selama ini berguna untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Umpamanya, rumput kapal terbang, senduduk dan dedalu. Koleksi 202 KHASIAT HERBA memberi pengenalan asas kepada generasi muda, betapa di sekeliling kita terdapat banyak khazanah alam anugerah ALLAH S.W.T. yang boleh jadikan penawar untuk merawat penyakit. Ia merupakan kombinasi pelbagai jenis tumbuhan renek, sayur-sayuran, buah-buahan, rumput-rumpai dan balak. Buku ini juga mendedahkan kelebihan dan khasiat herba supaya masyarakat dapat mempelajari dan menggunakan herba bagi membantu mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Bahagia Kasihmu

Tajuk : Bahagia Kasihmu
Penulis : Fatin Nabila
Harga : RM25.00
ISBN : 978-983-124-345-9
Mukasurat :

Sinopsis
DIBURU masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.

“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.

Wanita Terakhir

Tajuk : Wanita Terakhir
Penulis : Ezza Mysara 
Harga : RM30.00
ISBN : 9789670718880
Mukasurat :

Sinopsis
“You rasa, marah yang selalu you bawa tu marah terkeji atau marah terpuji?” – Nuryn Nafeesa.

Yang suka marah itu ialah Fahim Aiman. Yang sangat beku itu juga Fahim Aiman. Dan yang mulut tidak ada insurans itu juga Fahim Aiman.

Nuryn yang sederhana, tapi sangat istimewa di mata semua. Cuma Fahim yang tidak pernah mahu mengakuinya. Cuma Fahim yang cuba menidakkannya.

Namun, bila tiba detik di mana dia perlukan pertolongan, Nuryn lah orangnya yang dicari dan Nuryn lah orangnya yang hulurkan tangan.

“Kita nikah. Let’s do it for Fikri.” – Nuryn
Mengahwini Nuryn demi orang lain? Kalau ditanya hati, dia tidak sanggup. Tapi demi menyambung rantaian kasih yang ibu tinggalkan, Fahim akur.
“Esok I uruskan borang. Kita nikah.” - Fahim

Tiada cinta di hati Fahim buat Nuryn tapi kenapa bila Nuryn rapat dengan Ricky, hati dia jadi cemburu? Dan siapa sebenarnya Reena di hati Fahim?

“Fahim itu bekunya seperti ais, kena caranya pasti akan mencair.” – Nuryn

Berjayakah Nuryn Nafeesa mencairkan hati beku seorang Fahim Aiman?

Tuesday, June 6, 2017

Cik Juliet & Encik Romeo

Tajuk : Cik Juliet & Encik Romeo
Penulis : Airisz
Harga : RM21.00
ISBN : 9789674690519

Sinopsis
AKU? Nama aku Zahra Emilia. Tapi nama panggilan aku Awah. Jangan tanya pasal nama panggilan tu, sampai sekarang pun aku bengang. Bukan saja kena gelak, tapi kutuk sama. Tapi aku tak kesah. Apa ada pada nama? 

Untungnya seorang Zahra Emilia ni, mak dia langsung tak kesah pasal kahwin. Hajah Jariah Haji Yaakob tak pernah sebut pasal kahwin sebab dia rasa macam selesa saja aku tinggal dengan dia. 

Selama 28 tahun hidup, aku pernah bercinta sekali. Aku mula suka dia dari darjah 6 lagi. Masa tu dia wakil rumah merah dan aku rumah kuning. Dia memang ‘terror’ bab sukan. Wakil segala permainan dalam sukan yang dipertandingkan. Aku pun wakil rumah sukan juga, wakil bawa air minuman. 

Yang buat aku sedih masa tu, bila dia dapat 5A dan aku dapat 5 juga, tapi 5C. Dia dapat masuk sekolah berasrama penuh. Memang sedih gila masa tu. Yalah, kekasih idaman tu. Tapi dia tolak. Tak siapa pun tahu alasan dia tolak tawaran. Apa yang aku tahu, dia kena kejar dengan mak dia keliling kampung sebab gatal tolak tawaran. Mana ada budak kampung yang dapat sekolah asrama masa tu. Dia seorang saja. 

Dan kami pun bercinta. Dari zaman sekolah, hinggalah zaman habis sekolah. Seronok-seronok bercinta, tiba-tiba si dia hilang begitu saja. Pergi tanpa sebarang pesanan. 6 tahun dia tinggalkan aku dengan tanda tanya.

Dr. Alpha Male

Tajuk : Dr. Alpha Male 
Penulis : Anjell
Harga : RM27.00
ISBN : 9789674690526

Sinopsis
Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan… Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya…

“I’ll do my best to protect you. Anything. I’ll even be taking a bullet for you.” – HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?

Bahagia Yang Tertangguh

Tajuk : Bahagia Yang Tertangguh
Penulis : Rissa Ahdiya
Harga : RM24.00
ISBN :

Sinopsis
Aku akan selalu menjadi bintangmu, pandanglah aku tika rindumu datang bertamu.

Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori ‘anak emak’. Tetapi kalau kategori ‘adik kakak’ bagaimana pula?

Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri.

“Kakak mesti tak percaya kan kalau saya beritahu yang Zakwan pernah minta saya bayar sewa rumah ni pada dia? Saya pun tak tahulah fahaman apa yang keluarga akak pegang.”

Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea!

“Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah.”

“Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you.” – Azrin Sofea

Talak akhirnya menjadi ‘hadiah’ bagi segala ketaatan dan kesetiaan Hana. Pengkhianatan Zakwan bagai vonis kematian buatnya. Seluruh hati bagai dicarik dan dicencang lumat, terlalu parah dilukai Zakwan. Lalu, Hana bangkit. Cuba dijahitnya kelukaan itu dengan reda yang ikhlas. Hanya permata hati menjadi kekuatannya.

ZAKWAN. Tanpa Hana, terasa lompong dan serba tidak kena hidupnya. Senyuman manja Azrin serasa tidak membawa erti. Hati diserbu penyesalan yang tidak kunjung padam. Betapa Hana selama ini banyak berkorban.

“Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita.” - Zakwan

Bagaimanapun, muncul seseorang yang sedia menyerahkan hatinya hanya untuk Hana seorang.

“Saya sukakan awak Hana. Bukan saja suka, malah saya sayangkan awak. Beri peluang pada saya untuk tinggal dalam hati awak?” - Armin

Kini, Hana ada 3 pilihan. ARMIN yang cuba memberi sinar harapan, Zakwan yang kesal akan dosa lampau, atau kehidupan solo yang sudah tentu memberi jaminan hatinya tidak akan dilukai lagi. Memberi hati kepada seseorang untuk dicintai adalah satu risiko. Sama ada dilukai, atau kekal dicintai sepanjang hayat. Tegarkah Hana membuat keputusan?

Monday, June 5, 2017

Lelaki Kiriman Tuhan

Tajuk : Lelaki Kiriman Tuhan
Penulis : Umie Nadzimah
Harga : RM22.00
ISBN :