Friday, July 21, 2017

Semusim Rindu

Tajuk : Semusim Rindu
Penulis : Aleya Aneesa
Harga : RM25.00
ISBN : 
Mukasurat : 460

Sinopsis
Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bagaimanapun, nasibnya bertambah malang apabila ibu angkatnya meninggal dunia, manakala bapanya pula lumpuh. Situasi itu secara tidak langsung membuatkan segala tanggungjawab terletak di bahunya untuk membesarkan adik-beradiknya yang lain.

Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Hajar dan Ikhman pula setuju disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka berlangsung dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin. Bagaimanapun, satu demi satu konflik muncul sehingga membuatkan mereka bergolak dengan perasaan masing-masing apabila bersikap ego.

Suamiku Si Mata Biru

Tajuk : Suamiku Si Mata Biru 
Penulis : Evelyn Rose
Harga : RM23.00
ISBN : 9789674690533
Mukasurat :

Sinopsis
Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita?

“Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...”

Lalu takdir pun terlukis indah…

James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu.

Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual
tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf.

I want this guy.

Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ?

“Awak seperti salji yang putih bersih… Dan saya pula debu yang kotor kepada awak.”
- James Howards

“Ya Allah, aku lepaskan dia kerana-Mu…” - Irina

Namun takdir pertemukan mereka lagi saat hatinya mula melupakan. Bukan sekali tetapi tiga kali. Adakah itu petanda daripada Tuhan ? Atau ujian daripada-Nya sekali lagi ?

“ Waktu awal perkenalan kita apa yang saya nampak pada awak hanyalah lelaki Inggeris, agnostik dan British, dan saya pula Asian, Melayu dan Muslim. Saya terlalu fokus pada perbezaan antara kita padahal kita punyai banyak sangat persamaan. Terlalu banyak keindahan yang kita kongsi bersama…” - Irina

“Kita kahwin ? Kahwin rahsia. Ayah saya aje yang tahu nanti.” – Irina

Dek mahu menjaga hati keluarga, mereka kahwin rahsia. Persoalannya, sampai bila perkahwinan itu perlu menjadi rahsia antara mereka ?

Takdir Untuk Aku

Tajuk : Takdir Untuk Aku 
Penulis : Rehan Makhtar
Harga : RM26.00
ISBN : 9789674690540
Mukasurat :

Sinopsis
Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.

UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.

“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad

“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur

Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.

“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad

“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - Teratai Nur

Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama. Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak di lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.

“Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur kenapa pula?” – Teratai Nur

“Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” - Ahmad Ziyad

Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walau tangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.

“Abang sudi jaga Atai…” - Taufiq

“Saya serahkan hidup saya pada abang…” - Teratai Nur

Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun, bila dia toleh ke belakang… Ziyad sedang menahannya pergi.

Akhirnya, Teratai Nur akur… Ini adalah takdir untuk dia.

Lelaki Lingkungan Cinta

Tajuk : Lelaki Lingkungan Cinta 
Penulis : Lily Haslina Nasir
Harga : RM26.00
ISBN : 9789672102137
Mukasurat :

Sinopsis
Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta.
Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin.

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.
Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib

Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri

“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib

“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”
– Esya.

Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?

Thursday, July 20, 2017

Hanya Itu Pintaku

Tajuk : Hanya Itu Pintaku 
Penulis : Farisya Natasha
Harga : RM21.00
ISBN : 9789672102144
Mukasurat :

Sinopsis
Tiga tahun dia menunggu. Tiga tahun dia merindu. Saat melihat lelaki itu bersama perempuan lain, rupa-rupanya ini yang dia terima setelah kesetiaannya dipertaruhkan selama ini. Dia terlalu percaya. Dia yang terlalu setia, namun semuanya musnah dalam sekelip mata.

“Dia tak ingat apa-apa yang melibatkan kau. Dia dah lupa janji-janji yang dia dah berikan pada kau dulu.” - Benjamin

“Apa, kepala dia dah terhantuk ke sampai dia lupa apa yang dia dah janjikan dulu?” - Aulia

“Exactly! He lost his memory for an entire ten years before the accident. Sebelum dia jatuh dari Lion Rock. Unfortunately, that includes you. There’s no you in his memory. You do not exist anymore.” - Benjamin

Aulia pasrah. Bukan dia tidak berusaha untuk memulihkan ingatan Eiman kembali, tetapi Eiman yang menolak. Aulia harus akur bahawa jodohnya tidak bersama dengan Eiman tetapi sebaliknya dengan abang kepada Eiman, iaitu Benjamin.

“Kau dah bersedia nak lupakan Eiman?” - Benjamin

“Saya dah tak ada dalam hidup dia, jadi dah tiba masanya untuk saya lupakan dia.” - Aulia

“Aku takkan paksa kau untuk cintakan aku sebagaimana aku cintakan kau... Tapi kalau hati kau masih nakkan Eiman, let me know. Jangan bagi aku harapan palsu.” - Benjamin

Meskipun perhubungan Aulia dengan Benjamin agak singkat, cinta yang disulam bersama Benjamin akhirnya terpatri dengan ikatan pertunangan. Sungguh, Aulia tersangat bahagia apabila bersama Benjamin. Namun, segalanya tidak mudah yang disangka apabila Eiman kembali menagih cinta daripada Aulia dan telah mula mengingati siapa Aulia dalam hidupnya dulu.

“Lia... I dah mula ingat sikit-sikit kenangan kita berdua, Lia. Bila I ingat kenangan kita, tiba-tiba perasaan tu ada untuk you. I akan tunaikan janji I pada you dulu, Lia. I promise you.” - Eiman

Bagi Benjamin, walaupun hanya Aulia cinta hatinya, namun dia harus mengundurkan dari untuk memberi peluang kepada adiknya, Eiman. Kisah cinta mereka terlalu konflik. Siapakah yang akan menjadi pilihan Aulia? Benjamin, tunangannya atau Eiman, cinta hatinya empat tahun dulu?

Lebih Daripada Indah

Tajuk : Lebih Daripada Indah
Penulis : Zara Ryana
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-311-9
Mukasurat :

Sinopsis
Dia bukanlah ratu cantik, ratu kebaya atau yang seangkatan dengannya. Tetapi, seperti nama yang tertulis pada surat beranak dan kad pengenalan, namanya adalah Ratu Althia.

Tak pernah bercinta. Tetapi, bila berjumpa dengan Edrus yang berjaya mengusik naluri perempuannya, dia mula rasakan hidup huru-hara. Lagi bertambah huru-hara apabila Ratu Althia dapat berita mamanya nak berkahwin lagi.

Nak kahwin pula dengan adik kepada Edrus iaitu Taufiq. Puan Misbah menentang keras. Edrus terdesak untuk menghalang hubungan itu.

“Awak suka ke mama awak kahwin lain?”
“Mestilah tak suka.”
“Kita boleh halang dia orang daripada berkahwin. Tapi, awak kena tolong saya.”

Ratu Althia setuju untuk bercinta dengan Edrus. Namun, ada kebenaran yang mungkin melukakan sekeping hati.

“Saya tak nak dengar apa-apa. Semua tu dah cukup jelas, Ed. Rupa-rupanya perasaan awak terhadap saya selama ni pun satu lakonan. Bagus lakonan awak. Awak memang layak dapat anugerah pelakon lelaki terbaik. Kalau awaklah calon untuk anugerah tu, saya akan undi banyak-banyak.” – Ratu Althia

Bagi Edrus, cinta kepada Ratu Althia bukanlah lakonan. Kerana iri hati dan dendam adik sendiri, dia dikhianati. Dan, cinta siapakah yang paling teguh akan bertahan hingga ke penghujungnya? Ratu Althia bakal dapat suami atau bapa tiri?

Resipi Cinta Encik Cef

Tajuk : Resipi Cinta Encik Cef
Penulis : Zaza Qry
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-310-2
Mukasurat :

Sinopsis
Ini memang gila!

Hidda Ayana yang tidak tahu memasak disuruh masuk ke dalam kelas masakan. Tapi, kerana dipaksa dia tetap pergi juga ke kelas tersebut. Bertemu dengan cef yang mengajarnya itu, lagilah dia sakit hati.

Cef muda yang bernama Zaf Ezfan itu amat menyakitkan hatinya. Sakit hati, tapi sebenarnya tidak sesakit hatinya apabila dicurangi oleh kekasih sendiri. Rezad tidak berbaloi untuk ditangisi. Lalu, Hidda Ayana membuat keputusan yang mengejutkan.

“Kalau saya putus cinta, cef nak kahwin dengan saya tak?”
“Ini dikira lamaran atau suka-suka?”
“Ikutlah cef nak ambil yang mana satu. Pilihlah sendiri.”
“Tapi, awak kena ambil hati umi sayalah. Umi saya tu sukakan ‘perempuan tu’. Yang pakaiannya longgar. Bukan baju unifom ketat macam ni.”

Perkahwinan tanpa rasa itu terjadi jua. Hidda Ayana dan Zaf Ezfan melayari perkahwinan seperti orang lain juga. Cinta yang tiada ketika perkahwinan dipupuk oleh Hidda Ayana dan Zaf Ezfan.

Lapisan demi lapisan lasagna, diselangi harumnya rempah,
Terjadilah sebekas kaserol lasagna cinta untuk Hidda Ayana. – Ezfan

Resipi cinta Ezfan untuk Hidda Ayana membuatkan Hidda Ayana tak senang duduk. Walaupun Rezad datang menggodanya semula atau Dhiani cuba menjatuhkannya, Hidda Ayana takkan menyerah kalah. Kerana resipi cinta encik cef itu hanya kepunyaannya.