Monday, August 21, 2017

Titian Cinta

Tajuk : Titian Cinta
Penulis : Ridhya Iman
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-11925-4-2

Sinopsis
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi. “Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” –Harris “Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” –‘Aisy “Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya. “Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that’s the last thing I will do.” – Aisy Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi. Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi. Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

Thursday, August 17, 2017

10 Tokoh Usahawan Muslimah

Tajuk : 10 Tokoh Usahawan Muslimah
Penulis : Sakinah Salleh
Harga : RM18.00
ISBN : 978-967-411-151-9 

Sinopsis
10 Tokoh Usahawan Muslimah mendedahkan rahsia dan resipi kejayaan sebenar para wanita yang hebat dalam empayar perniagaan mereka. Namun, pada masa yang sama, tetap meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.

Tokoh yang diketengahkan adalah:

Puan Zawati Ibrahim (Jatimas Asia Sdn. Bhd.)

Puan Ramlah Hamad (AnsarComp Sdn. Bhd.)

Puan Qutreen Nada (Children Islamic Centre-CIC)

Chef Hanieliza (Penulis bestseller buku 1 Hari 1 Resipi)

Puan Wan Khadijah (Tanjung Cindai Sdn. Bhd.)

Puan Zainon Salleh (Zai's Food ZS Maju Product)

Puan Famiza Zulkifli (Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn. Bhd.)

Dr. Norhanis (Klinik Pergigian Famili)

Puan Rusni (Al-Hikmah Sdn. Bhd.)

Puan Norasyikin (Sumayya Design Sdn. Bhd.)

Kisah mereka yang penuh inspirasi ini digarap dengan jelas, langkah demi langkah, dan diselitkan dengan motivasi perniagaan dalam setiap bab.



Mukadimah          

Prakata      

Bab 1: Memahami Konsep Perniagaan dalam Islam       
Bab 2: Prinsip dan Falsafah Perniagaan dalam Islam
Bab 3: Etika Perniagaan Islam                      
Bab 4: Untung dan Rugi dalam Perniagaan       
Bab 5: Menguruskan Perniagaan Cara Rasulullah
Bab 6: Akhlak Rasulullah dalam Berniaga 
Bab 7: Strategi dalam Perniagaan
Bab 8: Perniagaan Perlaksanaan Tanggungjawab
Bab 9: Berusaha Bagi Berjaya 
Bab 10: Formula Bisnes yang Berjaya

Penutup

Bibliografi

Di Sebalik Ikhwan Muslimin

Tajuk : Di Sebalik Ikhwan Muslimin
Penulis : Youssef Nada, Douglas Thompson
Harga : RM29.90
ISBN : 978-967-366-205-0 

Sinopsis
Youssef Nada, seorang tokoh yang disegani dalam Ikhwan Muslimin menyanggah pembohongan serta mitos dan memberitahu:

Mengapa pengebom berani mati adalah sah.

Mengapa wanita Islam tidak perlu memakai burkha dan digalakkan menyertai politik.

Bahawa Al-Qaeda adalah satu kumpulan kecil yang terdiri daripada orang gila, dan ia adalah satu fenomena Barat yang terlalu dibesar-besarkan.

Bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi mesti belajar hidup bersama rukun dan damai.

Bahawa undang-undang syariah telah dirampas oleh puak pelampau.

Umat Islam kini bergerak dengan jet-bukan unta-. Islam sesuai untuk abad ke-21 dan pengikut mesti menyesuaikan diri.

Bahawa ulama Islam tidak menggunakan otak mereka sejak abad ke-12.

Bahawa memerintah negara-negara Islam dengan harta pusaka adalah pengkhianatan terhadap Islam dan umat Islam.

Palestin dan Israel sebagai adalah dua buah negara adalah sesuatu yang tidak akan berjaya.   

Ini adalah biografi sah tentang Youssef Nada, seorang lelaki yang mengetahui paling banyak kisah separuh abad yang penuh dengan kemarahan dan revolusi. Beliau melalui situasi peperangan, keganasan sejagat, dan krisis antarabangsa yang kompleks. Beliau terlibat dalam peristiwa-peristiwa ini. Beliaulah saksi sebenar sejarah apabila mengambil bahagian dan menggunakan pengaruhnya dalam peristiwa-peristiwa yang membentuk sejarah.

Youssef Nada tidak pernah menjanjikan jawapan, tetapi menawarkan penyelesaian paling sesuai menerusi idea dan falsafah. Beliau telah berpegang pada idea dan falsafah ini sepanjang hidupnya sebagai duta alasan, pendamai, dan duta luar yang sesungguhnya untuk Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin mempunyai keahlian lebih daripada seratus juta di seluruh dunia. Berjuta-juta ahli kumpulan ini memegang jawatan penting di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan di seluruh benua Eropah.

Beliau memiliki naluri dan pemikiran yang jelas dan tegas. Beliau seolah-olah dapat merasakan berlakunya peristiwa seperti keganasan Lockerbie di Scotland, 'latihan' serangan hebat September 11 terhadap Amerika dan pengeboman Julai 7 di London, masalah Iran-Contra, penculikan Terry Waite di Beirut, dan pelbagai kejadian ngeri yang menyentuh hidup banyak individu dan sesuatu bangsa.
.
Beliau terlibat dalam semua aspek "Kebangkitan Arab" di Mesir, termasuklah musim pilihan raya yang mana Ikhwan Muslimin akan berkuasa. Youssef Nada telah dan sehingga sekarang merupakan rahsia tersembunyi di hati Timur Tengah; bahagian puzzle yang tiada sesiapa dapat temui. Keadaan ini lebih selamat. Selepas 9/11 Nada yang sebelum ini dikenali di seluruh dunia sebagai tokoh kemanusiaan, telah dilabel sebagai pengganas antarabangsa dan disenaraikan seperti tersebut oleh Amerika dan UN.

Youssef Nada percaya bahawa apabila beliau dikenali sebagai utusan asing politik antarabangsa Ikhwan Muslimin, semua agensi perisikan antarabangsa mula menentang beliau. Sekarang, beliau membuat keputusan untuk keluar dan memberitahu kisah sebenar hidupnya.

Bab 1 Kelahiran Ikhwan 
Bab 2 Ulama Penjara 
Bab 3 Pasang Tali Pinggang Keselamatan Anda 
Bab 4 Perjalanan Terakhir Shah 
Bab 5 Petir di Padang Pasir 
Bab 6 Panglima Perang 
Bab 7 Revolusi dan Resolusi 
Bab 8 Kewangan dan Keimanan 
Bab 9 Dialog Berbahaya 
Bab 10 Ikhtiar yang Mustahil 
Bab 11 Kejayaan yang Lewat
Bab 12 Kekeliruan Hikmah 
Bab 13 Hantu dan Bisikan
Bab 14 Perjuangan 
Bab 15 Kebebasan yang Muflis
Bab 16 Keselesaan yang Dingin 
Bab 17 Menunggu Keadilan
Bab 18 Tunjukkan Saya Wang
Bab 19 Permulaan Baru 
Bab 20 Viva Nada 
Penghargaan 

==============================================

REVIEW
Mutiara yang indah hanya terhasil di bawah tekanan tinggi di dasar laut. Ahli Ikhwan Muslimin di Mesir adalah mutiara yang memancarkan keindahan Islam ke seluruh dunia. Mereka ditindas dan diseksa dengan cara yang sangat kejam. Namun, seksaan ini bukan melemahkan, malah makin menguatkan perjuangan mereka.

Mereka mengikat ahli Ikhwan Muslimin pada palang. Mereka merotan, memukul, dan memotong badan ahli Ikhwan Muslimin dengan pisau kecil. Ketulan daging yang dipotong berselerakan. Ada yang diikat, dipotong kemaluannya dan dibakar seluruh tubuhnya. Inilah sebahagian daripada peristiwa ngeri dan menyayat hati yang disaksikan sendiri oleh Youssef Nada sepanjang beliau dikurung dalam penjara.

Youseff Nada adalah satu daripada mutiara berharga dan aset Ikhwan Muslimin yang paling bernilai. Beliau adalah perancang strategik kewangan Ikhwan Muslimin, menjadi wakil perunding bagaikan "menteri luar" Ikhwan Muslimin, dan beliau menguasai empayar bisnes yang bernilai berbilion-bilion dolar Amerika. Beliau adalah tokoh Ikhwan Muslimin yang paling besar pengaruhnya dalam menentukan hala tuju Ikhwan di peringkat antarabangsa.

Youssef Nada digelar sebagai "jurubank Al-Qaeda" oleh George W. Bush. Secara terbuka, beliau dikatakan sebagai "bapa syaitan". Beliau kekal disenaraikan sebagai pengganas oleh Amerika, walaupun PBB sudah membersihkan namanya. Sejak berusia 17 tahun, beliau bertindak di belakang tabir Ikhwan Muslimin untuk kelangsungan pertubuhan Islam yang paling tersusun dan kontroversi di dunia ini.

Agenda Politik Syiah

Tajuk : Agenda Politik Syiah
Penulis : Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-411-030-7 

Sinopsis
Sejak zaman berzaman, dendam kumpulan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah seperti tidak berkesudahan. Bermula daripada dendam terhadap Muawiyah bin Abu Sufian yang dituduh merampas kuasa khalifah daripada Ali bin Abu Talib pada tahun 661 Masihi, kumpulan pro Ali terus menyimpan dendam terhadap Muawiyah dan keturunannya daripada Kerajaan Bani Umayyah sehingga dendam terhadap Ahli Sunnah Waljamaah yang mengiktiraf kepimpinan Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman yang mendahului Ali bin Abu Talib.

Buku ini membahas berkenaan kelompok Syiah terbesar yang menjadi tunjang utama dalam politik dunia, Zaidiyah, Itsna Asyariah (Imam 12), dan Ismailiyah Batiniyah dan konflik mereka dengan kelompok Ahli Sunnah Waljamaah yang mempunyai kaedah tersendiri dalam memilih pemimpin. 


Salasilah
Pendahuluan

Bab 1: Syiah Zaidiyah  
Bab 2: Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (12 Imam) 
Bab 3: Syiah Ismailiyah Batiniah 
Bab 4: Teori Politik Golongan Syiah
Bab 5: Kritikan Syiah Zaidiyah BerkenaanTeori Imamah (Politik) Syiah Imamiyah dan Syiah Ismailiyah
Bab 6: Ahli Sunnah Mengkritik Teori Politik Syiah
Bab 7: Pelantikan Imam Menurut Golongan Syiah
Bab 8: Kritikan Syiah Zaidiyah Berkenaan PelantikanImam Syiah Imamiyah dan Syiah Ismailiyah
Bab 9: Kritikan Ahli Sunnah Berkenaan Teori Penentuan Nas Pelantikan Imam
Bab 10: Percanggahan Konsep Maksum Menurut Syiah
Bab 11: Kritikan Syiah Zaidiyah Berkenaan Konsep Maksum Syiah Imamiyah dan Syiah Ismailiyah                                                                
Bab 12: Kritikan Ahli Sunnah Berkenaan Sifat Maksum Imam
Bab 13: Hubungan Ahli Sunnah dan Syiah
Penutup

========================================

Review
Ribuan kanak-kanak terbunuh kerana serangan gas beracun di Syria baru-baru ini. Serangan oleh rejim Basyar berfahaman Syiah ini dilakukan untuk melumpuhkan kumpulan mujahidin yang berfahaman ahli Sunnah Wal Jamaah. Dendam kumpulan Syiah terhadap ahli Sunnah Wal Jamaah seolah-olah tidak pernah berkesudahan. Mereka adalah kumpulan fanatik yang mengagung-agungkan Ali Bin Abi Talib r.a dan tidak mengiktiraf Abu Bakar r.a dan Umar r.a sebagai khalifah. Dendam dan pertelagahan antara Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah sejak selepas kewafatan Rasulullah masih berterusan sehingga kini.

Dalam catatan sejarah Islam, Syiah secara umumnya sentiasa menentang pemerintah dan kerajaan Islam. Sikap menentang ini dilakukan secara terangan-terangan melalui revolusi besar-besaran oleh Syiah Zaidiyah. Namun, puak Syiah Zaidiyah tidak digolongkan sebagai Syiah yang ekstrem. Mereka tidak mengkafirkan para sahabat Rasulullah dan tidak mengatakan imamnya terpelihara daripada dosa.

Namun, Syiah Imamiyah dan Syiah Ismailiyah yang melakukan penentangan secara rahsia adalah puak Syiah yang ekstrem. Mereka mengagung-agungkan Ali, mengkafirkan beberapa sahabat Rasulullah, dan pelbagai pertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka memilih penentangan secara rahsia dan tidak mendedahkan diri mereka.

Belum ada buku yang membicarakan secara terperinci berkenaan agenda politik puak-puak Syiah ini. Permusuhan Syiah dengan ahli Sunnah Wal Jamaah sudah terlalu nyata, namun sesama puak Syiah juga mereka tidak bersefahaman. Mereka berseteru untuk merebut kuasa dengan cara saling mengkafirkan antara satu sama lain.

 Adakah semua puak Syiah adalah musuh kita dan perlu kita menentang mereka? Apakah punca sebenar yang menjadi perpecahan umat Islam dan hingga mengundang tragedi permusuhan yang berdarah ini? Kenali Syiah supaya kita dapat berlaku adil dengan mereka. Apabila bermusuhan, tidak keterlaluan, dan apabila berkawan, tidak memakan diri sendiri.

Sunday, August 13, 2017

Kekasih Encik Dingin

Tajuk : Kekasih Encik Dingin
Penulis : Crystal Anabella
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-314-0

Sinopsis
Bila pemuda dingin bersemuka dengan gadis suka menyakat, apa yang bakal berlaku?

Puteri Aurora @ Ice, seorang gadis kampung yang lincah dan ceria. Raizil Nasri pula pemuda dingin dan kurang emosi. Aurora buat perangai gila dengan menyakat pemuda itu saban hari.

“Sir tak perasan ke, sir tertinggal apa? Cuai betul sir ni?” – Aurora
“I tertinggal apa Aurora?” – Raizil
“Sir tertinggal hati saya! Tak nak ambil dan simpan ke?” – Aurora

Kadang-kadang Raizil dingin melayan kerenah Aurora. Kadang-kadang pemuda itu bikin Aurora keliru.

“Lain kali, kalau you teringin sangat nak keluar malam dan pergi tempat merbahaya, you can call me. I temankan you.” – Raizil
“Kenapa pulak sir nak temankan saya?” – Aurora
“So, I can protect you.”- Raizil

Raizil tayang muka benci, tapi senyum dalam hati. Aurora umpama mentari kecil yang menyinari hidupnya sejak dulu lagi. Bila Niki Arman memunculkan diri, Raizil fikir dia hampir mati!

“Enough! Sir fikirlah apa pun yang sir nak fikir. Cakaplah apa pun yang sir nak cakap. I’m giving up! I’m done with you!” – Aurora

Bila Aurora bertekad menjauhi cinta pertamanya, Raizil mati kutu. Dia tak bisa hidup gembira tanpa gadis itu. Adakah Aurora masih sudi menerima luahan hatinya yang tersimpan lama?

Antara dua orang jejaka, yang mana satu layak menjadi lelaki istimewa dalam kisah cinta Aurora? Siapa pula yang bakal disakiti bila Aurora membuat keputusan? Benarkah mereka tulus ikhlas mencintainya? Aurora sukar membuat pilihan!

Kembalikan Cinta

Tajuk : Kembalikan Cinta
Penulis : Mayesa Iman
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-365-313-3

Sinopsis
Comel! Itu kata Ryan Amsyar. Saat pertama kali melihat Ameena Jasmin. Namun, dalam hatinya telah terukir satu nama, Mellina. Dia lelaki yang setia pada cinta. Akhirnya, dia dan Mellina diijab kabul.

Tetapi, bahagia yang dicari hanya seketika. Hanya lima bulan. Mellina curang kepadanya!

Tiga bulan Ryan menduda, akhirnya dia dijodohkan dengan Ameena. Pilihan tok mi. Dia hanya menganggap Ameena sebagai adik saja. Nak jatuh cinta? Ah, tidak mungkin. Dia takut bercinta lagi. Takut pisang berbuah dua kali!

“Meen tahu kan, kisah abang macam mana? Abang hanya bahagia lima bulan. Hanya lima bulan. Dan, abang nak perkahwinan kita juga hanya lima bulan. Jika abang tak luahkan kata cinta pada Meen, Meen boleh pergi cari kebahagian Meen sendiri. Abang tak mampu untuk mencintai Meen.” – Ryan Amsyar

Tiada cinta, tiada sayang. Tetapi, Ameena Jasmin bukan seorang yang cepat mengalah. Dia perlu kembalikan cinta suaminya itu. Hanya untuknya! Ameena mula menggoda. Mula dapatkan cinta milik suaminya itu. Tetapi, mampukah dia?

“Abang, tolong Meen untuk kembalikan cinta abang. Tolong…” – Ameena Jasmin

Dalam tak suka, Ryan mula romantik. Bukan dia tidak sayang, tapi dia takut. Takut jika dia akan terluka lagi. Namun, cinta mula berputik, bahagia mula berbunga. Tetapi, Ryan terlupa untuk ungkapkan kata cinta buat Ameena. Memang betul, cinta bukan saja diluahkan oleh perkataan, tapi juga perbuatan. Namun, Ameena tidak mahu meneka sesuka hati.

Akhirnya, Ameena tunaikan janji mereka. Cukup lima bulan, dia pergi. Namun, Ryan datang mengejar, mahukan cintanya yang kembali.

Aku Isteri Ganti

Tajuk : Aku Isteri Ganti
Penulis : Cherittasis
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-312-6

Sinopsis
Intan Syuhailah. Disebabkan emaknya tak nak dia menjadi anak dara tua, maka Intan diperkenal kepada anak Mak Cik Ani. Yang muda tiga tahun daripadanya dan duda anak satu pula.

Zharul Ariffin. Laju saja terima bila emaknya nak perkenal dengan anak dara lanjut usia itu. Walau bambam tapi hati Zharul terberkenanlah pula. Tak kisahlah dia cik adik dan Intan cik kak.

Masing-masing dah suka. Masing-masing dah main mata. Sesi kenal-kenal dah lama mula. Tapi bila mak masing masing bertanya jawapan mereka adalah, “Kenal-kenallah dulu.”

Selepas itu macam-macam terjadi.
Mak su Intan main cantas. Mak su dan Mak Cik Ani merancang jodohkan Zharul dengan Kamelia pula. Makanya, kenal-kenallah dulu itu habis di situ.
Zharul tarik diri. Intan hancur hati.

Baru Intan nak move-on, tiba-tiba saja mak su buat gila lagi. Kali ini mak su pinangkan dia untuk anak bujang mak su, Khairul. Mak Cik Ani pun tak nak kalah, ikut buat gila pinang Intan untuk Zharul.

Yang bestnya, Intan boleh pilih nak kahwin dengan Zharul atau Khairul. Tarikhnya adalah hari yang sama, syaratnya satu pengantin lelaki sahaja.

“Datanglah 10 orang pun pinang aku di hari yang sama tu atau 10 orang nak buat kenduri pada tarikh yang sama dan pengantin perempuannya aku, aku tetap pengantin ganti. Isteri ganti!”

Namun akhirnya, demi abah tercinta, Intan pilih untuk jadi isteri ganti Zharul Ariffin. Bermulalah kehidupan Intan sebagai isteri ganti dan ibu segera Iqlil Irdina.