Sunday, March 29, 2015

Cinta Dia??? Tak Naklah!

Tajuk : Cinta Dia??? Tak Naklah!
Penulis : Rina Farizq
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0448-90-9

Sinopsis
“Lelaki macam saya mahukan adrenalin meningkat dan keterujaan bila nak terpesona, mendekati atau mengejar seseorang perempuan. Walaupun fearless seorang perempuan itu, haruslah pandai menjaga maruah dan kehormatan diri. Perempuan yang sopan bila bercakap, tidak mudah melatah dan tidak bertindak membabi buta, adalah perempuan idaman lelaki. Awak tak perlu susah-susah nak fikir atau bayangkan, macam mana orang macam saya ni nak memikat perempuan dan perempuan tu boleh pula tertawan dengan orang macam saya. Obviously perempuan yang pendek akal macam awak, takkan dapat fikir dan bayangkan.”

Itu yang buat Qisya tak berkenan betul dengan Khalif! Tapi, dia peduli apa dengan lelaki itu? Dia tak kisah pun dengan lelaki santai yang bukan menjadi idamannya itu. Dahlah tak berkerjaya hebat, tak berpendidikan tinggi, sinis dan sarkastik pulak tu. Ada hati nak menegur perempuan sepertinya.

Geram sungguh dia dengan Khalif. Dalam pada Khalif memberi nasihat, lelaki itu sempat mengecamnya. Mengkritiknya! Dia benci Khalif! Namun, Khalif ada eagle eyes and killer smile. Sepasang ‘mata helang’ yang tajam dan senyuman yang ‘membunuh’ itu buat dia terpesona.

“Saya tak mahu orang lain memiliki awak. Hati awak. Kiss your lips, be in your arms or be the one you love. Saya tak mahu orang lain ambil tempat saya. I want you. Nan neoreul weonhae. Itu sebabnya, saya buat semua ni. I hope you can understand. Please, love.”

Khalif bijak berbicara. Bicara yang manis! Ayat yang melelahkan jiwa. Apa lagi alasannya untuk menolak lelaki itu? Akhirnya dia bersetuju menjadi isteri lelaki itu.

“Some love one, some love two, I love one… that is you.” Serentak itu, ciuman mendarat di cuping telinga Qisya.

Khalif juga seorang yang spontan bertindak sambil menghamburkan ayat-ayat yang meruntun jiwa. Bersama Khalif… jiwanya bagaikan terbang ke dada langit, menggapai bahagia yang bertaburan. Dia ingin sekali mencintai lelaki bernama Khalif Darius.

“Orang kata, cinta sejati hanya akan terjadi sekali. Tapi, sebenarnya tidak. Every time I see you, I fall in love all over again. Again and again.”

Namun, bahagia tidak hadir begitu saja. Ada cabaran dan dugaan yang datang bersama. Khalif pula sentiasa menjadi penyelamatnya. Khalif akan muncul tanpa dipinta. Khalif ada di sisinya saat dia memerlukan seseorang.

Persoalannya, mampukah Khalif terus menjadi pelindung dan penyelamatnya? Dia bukan saja bermasalah tetapi, kehidupannya penuh dengan drama.

Tanpa diduga, Khalif sendiri punya sejarah. Sejarah yang menerbitkan rasa cinta, sekali gus mengikat mereka
berdua untuk terus bersama.

“Hati ini yang memilihnya....”

Dia Isteri Pilihan

Tajuk : Dia Isteri Pilihan
Penulis : Nurfaza Alisya
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-365-223-5

Sinopsis
“Maafkan saya Encik Reza. Saya bukanlah gadis yang terlalu baik untuk Encik Reza. Encik Reza tidak tahu masa silam saya. Eloklah rasanya Encik Reza cari pengganti lain, yang lebih elok daripada saya.” - Zara Natrah

“Siapa pun awak, buruk macam mana pun awak, saya tetap akan bahagiakan awak. Percayalah pada saya.” - Ameer Reza

Demi melindungi dirinya daripada kekejaman bapa saudara, akhirnya Zara Natrah menerima lamaran Ameer Reza. Dalam masa yang sama dia tetap berasa bersalah terhadap Sofura kerana Ameer Reza telah memutuskan pertunangan dengan gadis itu. Hancur remuk hati Sofura apabila Ameer Reza lebih memilih seorang gadis tukang cuci yang tidak berpelajaran tinggi berbanding dengannya.

Pertemuannya dengan Hafizi membuatkan jiwa Zara Natrah resah. Lelaki itu tahu masa silamnya. Dia bimbang rahsianya itu terbongkar, apatah lagi Hafizi adalah sahabat Sofura yang sentiasa mencari jalan menyingkirnya daripada hidup Ameer Reza.

Namun, masa silamnya terbongkar juga dan tanpa pengetahuan sesiapa, Zara Natrah telah disembunyikan oleh Ameer Reza di rumah yang dibelinya. Teruk Zara Natrah dikecam dan dicemuh oleh Ameer Reza tentang masa lampaunya. Hatinya disakiti dan dilukai suami sendiri. Namun, kerana dia adalah isteri pilihan Ameer Reza, suami yang mula dicintai, Zara Natrah tetap menerima dengan sabar.

Pertunangan semula antara Ameer Reza dan Sofura membuatkan Zara Natrah menangis. Namun, dia harus reda kerana dia adalah punca Sofura dan Ameer Reza putus tunang dahulu. Zara Natrah pasrah jika dia dimadu atau dicerai. Tapi, mampukah dia terus bertahan begini tanpa kasih sayang seorang suami dan ayah untuk anak yang bakal dilahirkan nanti?

Kau Adalah Dia

Tajuk : Kau Adalah Dia
Penulis : Ezdiani Abd Rahman
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-224-2

Sinopsis
“Hidup dan mati Lia cuma untuk suami Lia. Sampai bila-bila pun, diri Lia hanya untuk suami. Bukan untuk orang lain.” - Marlia Atikah

Hingga ke saat ini, hatinya masih tertutup untuk mana-mana lelaki. Hingga ke saat ini, dia masih tidak dapat menerima ketentuan yang ditakdirkan untuknya. Baginya arwah suaminya akan terus sentiasa hidup dalam hati. Hanya lelaki itu dia akan cinta.

“Awak jangan gunakan Lisa sebagai alat untuk awak dekati saya, Irfan. Saya tak suka!”
“Saya langsung tak ambil kesempatan. Saya langsung tak berniat seperti yang awak katakan, Lia. Saya ikhlas!”

Pertama kali bertemu Irfan Maliki, Marlia sangka lelaki itu adalah suaminya. Hatinya kuat mengatakan begitu. Tetapi, ia hanyalah satu kebetulan yang tidak pernah dipinta Marlia. Lelaki itu namanya serupa dan wajahnya sama dengan arwah suaminya, Irfan. Itu sahaja. Kenyataan harus diterima. Marlia telan kepahitan itu lalu dia kembali menjauhkan diri kerana tidak mahu menduakan rasa kasih kepada lelaki paling dia cinta.

Pertemuan demi pertemuan membibitkan rasa rindu. Hati berdetap rindu, hati mula bersulam sayang. Bukan ingin beralih kasih, tetapi Marlia kehausan kasih. Bayangan cinta lalu menghimpit perasaan. Hadirnya tanpa diundang, hadirnya memberi kasih sayang. Rasa bahagia itu, kembali berbunga di hati. Lalu dia jatuh cinta kepada Irfan Maliki. Lamaran kasih akhirnya diterima. Marlia ingin meniti hari bahagia bersama Irfan, namun di saat hatinya dicuri kasih, ada khabar yang membuatkan dia kembali rebah. Akhirnya dia akur dengan untuk mengundurkan diri. Kasih perlukan kejujuran, perlukan keikhlasan.

Apakah kesalahan Irfan Maliki hingga Marlia sanggup mengundurkan diri daripada meneruskan hubungan? Apakah perasaan kasih itu akan berganti sekali lagi kepada jejaka itu atau hatinya ditakdir terus menjadi milik arwah suaminya buat selama-lamanya?


Suamiku Workaholic

Tajuk : Suamiku Workaholic
Penulis : Cik Sakura
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-222-8

Sinopsis
Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah.

“Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!” – Dayah

Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri!

“Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?” - Syazwan. 
“Tak boleh ke?” - Dayah 
“Kopi tongkat Ali?” - Syazwan 
“Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum.” – Dayah

Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?

Teori Konspirasi : Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal

Tajuk : Teori Konspirasi : Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal
Penulis : Ibnuyaacob
Harga : RM26.00
ISBN : 9789675989018

Sinopsis
Kami cenderung untuk mengatakan bahawa Rothschild adalah berasal dari keturunan Ibn Sayyad atau nama sebenarnya Saff atau Abdullah bin Said. Beliau adalah penduduk Madinah berbangsa Yahudi ketika zaman Rasulullah SAW. Ibn Sayyad pernah hendak dipancung oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika kanak-kanak kerana mengaku sebagai nabi di depan Rasulullah.

Dalam buku kedua kami bertajuk Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal, kami mendedahkan bahawa ungkapan Rothschild itu mempunyai makna tersembunyi yang menunjukkan tanda hubungkaitnya dengan Dajjal. Dan kami percaya bahawa nama itu diberi sendiri oleh Dajjal kepada keturunan cucu-cicit Ibn Sayyad sebagai satu Kod Rahsia agen-agennya di masa depan.

Berdasarkan ketetapan takrifan tersebut, kami menyimpulkan nama ROTHSCHILD sebenarnya bermaksud “Dajjal si anak haram yang berambut kemerahan yang tinggal di dalam sebuah tempat perlindungan.”

Kajian lanjut tentang rahsia nama Rothschild berserta hadith-hadith boleh dilihat pada Bab 22 buku Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal.

Teori Konspirasi : Rahsia Simbol Yahudi

Tajuk : Teori Konspirasi : Rahsia Simbol Yahudi
Penulis : Ibnuyaacob
Harga : RM24.00
ISBN : 9789675989001

Sinopsis
Antara perkara-perkara yang didedahkan di dalam buku bertemankan Teori Konspirasi ini ialah:

    Rahsia simbol Yahudi pada watak utama filem Harry Potter
    Rahsia tali merah pada tangan Michael Jackson dan penasihatnya yang berbangsa Yahudi
    Kebenaran pendedahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan organisasi Yahudi di Malaysia
    Rahsia peristiwa 11 September 2001 di Amerika Syarikat yang dirancang dalam wang kertas Dollar Amerika

Teori Konspirasi : Rahsia Yahudi Walt Disney

Tajuk : Teori Konspirasi : Rahsia Yahudi Walt Disney 
Penulis : Ibnuyaacob
Harga : RM34.00
ISBN :  9789675989032

Misteri Aneh Dan Ganjil : Bukti Keagungan Allah

Tajuk : Misteri Aneh Dan Ganjil Bukti Keagungan Allah
Penulis : Abu Talhah Iqamuddin
Harga : RM23.00
ISBN : 9789833764112

Sinopsis
Sejak akhir-akhir ini, telah menampakkan kecederungan masyarakat kita kepada kisah-kisah misteri dan aneh begitu ketara sekali. Walaupun timbul berbagai tanggapan dan anggapan, tetapi di dalam ajaran Islam tidak menafikan wujudnya peristiwa itu. Ini disebut di dalam firman Allah yang bermaksud: "Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib". Maksud "perkara yang ghaib" ialah perkara yang tidak boleh dicapai oleh pancaindera dengan beriktikad bahawa ia sesuatu yang maujud. Namun tujuan Allah menjadikan segala perkara tersebut bukan untuk tujuan manusia itu melupakan Allah, tetapi untuk tujuan manusia menambahkan keyakinan terhadap Allah SWT. Semoga buku ini dapat memberi keinsafan ke atas peristiwa dan kisah aneh yang wujud di dalam kehidupan kita di dunia ini untuk meyakini bahawa Allah SWT berkuasa di atas segala-galanya.

Misteri Aneh dan Ganjil 2 : Membongkar Kewujudan Makhluk Halus

Tajuk : Misteri Aneh dan Ganjil 2 : Membongkar Kewujudan Makhluk Halus 
Penulis : Abu Talhah Iqamuddin
Harga : RM20.00
ISBN : 9789833764204

Sinopsis
Buku yang sedang anda tatap ini sebenarnya mengajak kita terus menyelusuri misteri ini dengan menegakkan kebenaran terhadap Alalh dan menginsafi apa yang terjadi. Semoga apa saja yang di bongkar dan didedahkan itu nanti adalah sebenarnya suatu kewajaran yang perlu diketahui oleh individu itu sendiri.

Misteri 3 : Dajjal Pencetus Fitnah & Yakjuj Makjuj Perosak Bumi

Tajuk : Misteri 3 : Dajjal Pencetus Fitnah & Yakjuj Makjuj Perosak Bumi 
Penulis : Abu Talhah Iqamuddin
Harga : RM15.00
ISBN : 9789833764853

Misteri 4 : Peristiwa Akhir Zaman

Tajuk : Misteri 4 : Peristiwa Akhir Zaman
Penulis : Abu Talhah Iqamuddin
Harga : RM30.00
ISBN : 978-983-3764-92-1

Misteri 5 : Peperangan Dunia 3 Telah Bermula

Tajuk : Misteri 5 : Peperangan Dunia 3 Telah Bermula
Penulis : Abu Talhah Iqamuddin
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967048243-9

Sinopsis
Kebelakangan ini kita dapati pelbagai peristiwa yang jika kita rujuk dalam kitab-kitab hadis, kita akan dapati apa yang terjadi itu sama seperti apa yang pernah diisytiharkan oleh Rasulullah SAW 15 abad lalu. Khususnya berkaitan dengan rentetan peristiwa peperangan yang terjadi di Timur Tengah dan di Asia Barat.

Kaum-Kaum Yang Pupus

Tajuk : Kaum-Kaum Yang Pupus 
Penulis : Harun Yahya
Harga : RM16.00
ISBN : 9789675385179

Sinopsis
Demikian itulah riwayat penduduk beberapa negeri, Kami kisahkan kepada engkau; diantara mereka ada yang masih berdiri dan ada yang telah binasa. Kami tiada menganiayai mereka, tetapi merekalah yang menganiayai diri sendiri, maka tiadalah bermanfaat bagi mereka sedikitpun, Tuhan- tuhan yang mereka sembah selain dari Allah,tatkala datang siksaan Tuhanmu. Mereka tiada mendapat tambahan, selain kebinasaan." Surah Hud: 100-101

"Maha Suci Engkau Ya Allah !

Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau
jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksanan.
Al-Baqarah:32

Kaum Nabi Nuh a.s yang telah tenggelam di bawah air banjir yang mengerikan...Kaum 'Ad yang telah ditimbus oleh ribut pasir yang tiada hentinya... Kaum Nabi Lut a.s yang telah dihapuskan dari muka bumi dengan aliran larva serta gempabumi...Askar-askar Fir'aun yang telah hilang di dalam laut...Dan banyak lagi kerajaan-kerajaan silam yang telah dihapuskan dari muka bumi ini oleh Allah kerana durhaka rnereka...Buku ini mengkaji bagaimana kaum-kaum yang tersebut di dalam Al-Ouran ini dipupuskan. la mengemukakan bukti-bukti dokumentari penemuan arkeologi dan rekod sejarah kaum-kaum tersebut.

Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia

Tajuk : Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia
Penulis :  Umi Kalthum Phd, Zulkifli Zainal Abidin Ph.D
Harga : RM30.00
ISBN :  978-967-411-046-8  

Sinopsis
Sesungguhnya padanya ada tanda kekuasaan-Nya bagi orang yang berfikir. (Surah An-Nahl, ayat 49)

    Lebah sentiasa mampu kembali ke sarang walaupun selepas ditiup ribut.
    Semut mengorbankan dirinya demi anak-anaknya yang akan datang.
    Baju renang yang dibuat daripada teknologi sirip jerung memecahkan rekod dunia.
    Kerana lalat, CCTV jadi lebih efektif. Lalat buah pula menginspirasikan teknologi robot.
    Burung Ababil jadi inspirasi jet tanpa pemandu.
    Kupu-kupu mempunyai teknologi wireless secara semula jadi.
    Teknologi sirip paus membolehkan prestasi kincir angin meningkat 40 peratus.

Haiwan dan tumbuhan cukup ajaib, sehingga mengkajinya akan meningkatkan iman kita. 


Isi Kandungan
Bab 1: Alam Dijadikan Guru

Pengenalan

Segala Makhluk Tidak Berdiri dengan Sendiri

Pemerhatian Alam: Mengapa Perlu bagi Manusia?

Kelebihan Akal Manusia

Haiwan sebagai Sumber Ilham

Penjanaan Ilmu daripada Sumber Alam bagi Manfaat Manusia

Kerukunan dan Kelestarian Hidup Alam Haiwan

Kesimpulan



Bab 2: Aplikasi Teknologi Berilhamkan Haiwan

Pengenalan

Aplikasi Perhubungan dan Alat Perhubungan

Sukan dan Peralatan Sukan

Struktur Pembinaan

Bidang Pengangkutan dan Sistem Kenderaan

Sumber Tenaga dan Alat Peraih Sumber Tenaga

Sistem Keselamatan dan Pertahanan

Alat-Alat Kegunaan Umum

Kesimpulan


Bab 3: Robot Mimik Haiwan dan Algoritma Berilhamkan Haiwan

Pengenalan

Aplikasi Haiwan dalam Bidang Kejuruteraan Robotik dan Sains Komputer

Mengapa Robot Dicipta?

Cabang-Cabang Ilmu Asas

Klasifikasi dan Cabang Pendekatan Pengkomputeran

Algoritma Metaheuristik Berilhamkan Pergerakan Haiwan

Kesimpulan



Bab 4: Reka Bentuk Sistem Segerombolan Robot Berdasarkan Lalat Buah

Pengenalan

Sistem-Sistem Aplikasi Kepintaran Gerombolan ke atas ASV yang Sedia Ada

Kaedah Terkini Pemetaan dalam Air

Lalat Buah dalam Bidang Penyelidikan

Projek Drosobots

Kesimpulan



Bab 5: Sikap dan Pendekatan Para Ilmuan Islam Zaman Silam

Pengenalan

Kemajuan dan Pencapaian Tamadun Islam

Suasana Kerjasama Antara Saintis Pelbagai Kaum dan Agama

Zaman Malap Eropah Berbanding Zaman Kegemilangan Islam

Faktor-Faktor Positif Pemacu Kemajuan Pesat Sains dan Teknologi

Kepentingan Kembali kepada Alam Semula Jadi

Belajar daripada Alam dan Kembali Semula kepada Alam Semula Jadi

Kesimpulan



Bab 6: Ukuran Kemajuan dan Peranan Ilmuan Islam Kontemporari

Kemajuan Manusia dan Kayu Ukurannya

Keperluan kepada Pendekatan Teknologi Alternatif

Peranan Cendekiawan Muslim

Langkah-Langkah, Pendekatan, Inisiatif, dan Usaha

Jerangkap Samar Kemajuan

Kesimpulan

Bibliografi

Biodata Penulis 1

Biodata Penulis 2

Nahdah Jiwa Anak Muda : Di Sebalik Perjalanan Ahmad Ammar

Tajuk : Nahdah Jiwa Anak Muda : Di Sebalik Perjalanan Ahmad Ammar
Penulis : Md Sidin Ahmad Ishak
Harga : RM25.00
ISBN : 9789671259504

Sinopsis
‘Nahdah Jiwa Anak Muda' mengungkapkan iktibar dan teladan di sepanjang perjalanan hidup Ahmad Ammar yang menunjukkan betapa pentingnya wawasan dan keikhlasan. Dengan wawasan yang jelas, keazaman yang tinggi, dan kesabaran yang teguh, amat diperlukan dalam perjalanan menempuh usia muda. Susurilah iktibar di sebalik perjalanan yang mengutamakan ilmu, keimanan dan doa kerana tanpa ilmu kita akan mudah sesat, tanpa keimanan kita akan sering ketakutan dan tanpa doa kita akan cepat putus asa. Buku ini adalah untuk anak-anak muda meraih inspirasi tentang perjalanan tatkala usia muda yang penuh makna dan untuk ibu bapa sebagai panduan memimpin anak-anak muda merintis kehidupan awal yang penuh cabaran.

Memoir Tragedi Memali

Tajuk : Memoir Tragedi Memali 
Penulis : Riduan Mohammad Nor, C N Afghani
Harga : RM20.00
ISBN : 9789834460693 

Sinopsis
Baling terus melakar nama dengan berlakunya peristiwa Memali pada 19 November 1985, peristiwa pembunuhan yang tragis, tanpa mendapat keadilan daripada sistem perundangan yang ada, darah yang yang tumpah seolah darah kerbau tanpa nilai. Memali berlaku di tengah gejolak kebangkitan Islam yang sedang menyerbu dunia Islam termasuk Malaysia.

The Final Chapter

Tajuk : The Final Chapter
Penulis : Jerry D. Gray
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-366-282-1 

Sinopsis
Dunia sekarang semakin hampir menuju akhir zaman. Pelbagai tanda dan petunjuk semakin jelas kelihatan. Kejahatan kuffar dan puak pembela Dajal mula memimpin konspirasi kemusnahan. Adakah kita sudah bersedia menentang kejahatan dengan kebenaran? Ataupun masih terbuai dengan keseronokan dunia dan tipu daya syaitan?

Apabila Dajal datang membawa segala kesenangan dan mengaku sebagai Tuhan, hanya iman yang dapat memandu kita. Hanya iman juga yang dapat membezakan di mana pengakhiran kita, syurga ataupun neraka.

Sudah bersediakah kita?


Isi Kandungan
PENGENALAN

BAB SATU: PERMULAAN AKHIR ZAMAN

Permulaan Akhir Zaman

Gempa Bumi

Sungai Euphrates Kering, Tanda Kemunculan Imam Mahdi

Kemiskinan

Angin Merah

Berlumba-Lumba Membina Bangunan Tinggi

Waktu Pantas

Pengangkutan Moden

Telekomunikasi

Dajal Berumur Panjang

Teknologi Dajal

Kejatuhan Niai-Nilai Moral

Penolakan Agama Kebenaran dan Nilai Moral Al-Quran

Nota Hujung



BAB DUA: PELBAGAI KEAJAIBAN
Afghanistan

Limpahan Kekayaan

Kemiskinan akan Berakhir

Agama Kembali Kukuh

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Keadaan Dunia sebelum Imam Mahdi Muncul

Nota Hujung


BAB TIGA: IMAM MAHDI MEMIMPIN DUNIA
Imam Mahdi Keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

Kaabah dan Pertumpahan Darah

Ketika Rasuah Berleluasa

Siapakah Imam Mahdi?

Peperangan Iran – Iraq

Peperangan Arab Saudi, Iran, dan Syria

Kemunculan Al-Mahdi

Ciri-Ciri Al-Mahdi

Penampilan dan Pemerintahannya

Nota Hujung


BAB EMPAT: KAWALAN SIHIR
Pengikut Syaitan

SBY Dianugerahkan Knight Grand Cross

Fakta

Nota Hujung


BAB LIMA: NABI ISA, PENYELAMAT YANG DIJANJIKAN
Kemunculan Nabi Palsu

Nabi Muhammad s.a.w. Turut Menceritakan

Perihal Kepulangan Nabi Isa

Kepulangan Nabi Isa Selepas

Ramai Nabi Palsu Muncul

Majalah Time

Bagaimana Kita Mengenali Nabi Isa?

Era Keemasan (Zaman Kegemilangan)

Nota Hujung


BAB ENAM: DAJAL
Dajal

Nota Hujung


BAB TUJUH: GENDERANG PEPERANGAN
Konspirasi Penggulingan

Mengapa Bilangan Kematian yang Diumumkan

Amerika Syarikat adalah Berbeza?

Jangan Hilang Harapan

Nota Hujung


BAB LAPAN: ILLUMINATI MEMBENCI SEMUA ORANG ISLAM 
Huru-Hara dan Kekacauan (Anarki)

Apa Lagi Kita Perlu Tahu?

Nota Hujung


KESIMPULAN
NOTA


Dunia Ditakluki Zionis

Tajuk : Dunia Ditakluki Zionis
Penulis : William G. Carr
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-12672-3-3

Sinopsis
Peranan sebagai seniman intelektual di balik layar dan berbagai aktiviti gelap Yahudi yang mempermainkan peta politik dunia laksana papan catur sekehendak hatinya bukanlah rahsia lagi. Jauh sebelum Israel berdiri di bumi Palestin, bahkan sebelum terjadinya revolusi industri di Britain, renaissance di Perancis dan aufklarung di Jerman, cakar-cakar Yahudi telah berbicara.

William G. Carr, bukanlah orang asing dalam masalah 'peryahudian' ini. Dia adalah seorang anggota perisikan rahsia Britain yang tahu selok belok gerakan Yahudi dan Zionis. Dalam buku ini, dia mendedahkan dengan luas kekuatan Yahudi yang terselubung dan yang telah menggigit dunia Barat dengan taring-taring mautnya.

Ini merupakan sebuah peringatan sangant penting! Kita harus mengetahui dan membuka mata lebar-lebar, bahawa ada bahaya yang selalu mengintai dan berupaya mempurak-purandakan peradaban dunia

Di Sebalik Sebuah Organisasi : Mossad (Agen Rahsia Yahudi)

Tajuk : Di Sebalik Sebuah Organisasi : Mossad (Agen Rahsia Yahudi)
Penulis : Shahriman Wahab
Harga : RM35.90
ISBN : 9789675391200

Sinopsis
Selama ini, kita sering dihidangkan dengan cereka-cereka fiksyen mengenai kisah-kisah penyiasatan, pengintipan dan organisasi rahsia negara-negara tertentu. Biasanya juga, kisah-kisah ini sering dikaitkan dengan penglibatan peringkat tertinggi dalam kerajaan. Nama-nama seperti FBI, CIA dan KGB juga bagai sudah tidak asing lagi dengan kisah-kisah ini sehinggakan kita hampir “terbiasa” dengan rancangan-rancangan jahat dan plot-plot “rahsia” mereka.

Bagi peminat tegar kisah-kisah misteri dan konspirasi peringkat tertinggi, mungkin penglibatan Mossad dalam perlbagai isu global di banyak negara, bukan sesuatu yang menghairankan. Tetapi sebenarnya, masih ramai yang “tidak mengambil tahu” atau “tidak mahu mengambil tahu”, malah anda antara mereka yang “tidak perlu tahu”. Sedangkan ini adalah sebahagian daripada persediaan kita dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sangat tegar ini. Mengenali musuh asalah antara senjata paling ampuh untuk melawan mereka.

Mossad bukan satu kisah fiksyen yang direka bagi mengaut sebarang keuntungan komersial. Tetapi ia adalah sebuah organisasi musuh yang mempunyai reputasi cemerlang dalam perancangan mereka dalam menghancurkan Islam!.

Strategi Kakitangan Dajjal Menghancurkan Islam

Tajuk : Strategi Kakitangan Dajjal Menghancurkan Islam
Penulis : Mohammad Suhair Asyaraf
Harga : RM39.90
ISBN : 9789675391378

Sinopsis
Perkara paling ketara tentang konspirasi Dajjal adalah usaha gerakannya mencipta pelbagai teknologi yang dapat membawa masuk makhluk dari alam ghaib ke alam nyata. Buktinya dapat dilihat melalui kerosakan dan kecelaruan yang sedang berlaku di mana-mana hari ini.

Puak dajjal mendapat bantuan daripada syaitan-syaitan untuk memperkukuh kedudukanyanya dalam misi menjahanamkan umat manusia. Begitu juga dengan syaitan yang akan bertungkus lumus membantu dajjal, dan inilah masa terbaik mereka untuk menyesatkan lebih banyak keturunan Adam.

Dengan gerakannya yang tersendiri, dajjal berupaya menyeludup masuk ke dalam setiap rangga kehidupan manusia melalui globalisasi, demokrasi, toleransi, dan sebagainya. Ini termasuklah dengan menghancurkan kestabilan ekonomi, merosakkan institusi kekeluargaan sehinggalah kepada sistem kerajaan, selain mencipta pertelagahan atau perpecahan dalam kalangan manusia, terutama islam. Walaupun dilihat agak mustahil, namun mereka hampir menyempurnakan gerak kerja itu dengan yakin dan lancar.

Buku ini dilihat sangat penting dalam mendedahkan bahawa fahaman dajjal melalui gerakannya. Bukan setakat membongkar, tapi sudah tiba masanya umat akhir zaman in disedarkan dengan dajjal yang kini berperanan sebagai ‘tuhan'. Dan kita sebagai umat akhir zaman wajib mengetahui hal ini! Selamat membaca!

Membongkar Misteri Dajjal

Tajuk : Membongkar Misteri Dajjal 
Penulis : Muhammad Nuraini Maarif
Harga : RM37.90
ISBN :  9789675391002

Sinopsis
Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, ‘Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda’ tulisan Muhammad Isa Daud, hinggalah karya mutakhir yang mengejutkan banyak pihak, ‘Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan’ karya Abu Fatiah al-Adnani (terbitan penerbit Granada Indonesia). Karya-karya mereka membuka dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal. Kini, timbul persoalan apakah benar Dajjal tinggal di Segitiga Bermuda atau apakah sahih Sai Baba itu jelmaan Dajjal menurut Abu Fatiah al-Adnani?

Di tangan anda adalah sebuah lagi karya ‘fantastik’ yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan. Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Daud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person. Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.

Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan secret society. Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.

Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman’ karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan ‘Kisah Dajjal Dan Turunnya Nabi Isa Membunuhnya” karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir. Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.

Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.

Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.

Arqam : Tersungkur Di Pintu 'Syurga'

Tajuk : Arqam : Tersungkur Di Pintu 'Syurga' 
Penulis : Zabidi Mohamed
Harga : RM19.90
ISBN : 9789839944709

Sinopsis 
Pertemuan sulit Pengarah Cawangan Khas PDRM dengan pemimpin kanan Al-Arqam - strategi menjadi tragedi'

Konspirasi antara SB Malaysia dan Polis Thailand sama sekali tidak diduga oleh Ustaz Asaari dan para pemimpin Al-Arqam

Detik-detik penangkapan Ustaza Asaari persis seperti mana pihak MOSSAD (Israel) menculik dan membawa pulang Adolf Eichmmen (penjenayah NAZI) balik ke Israel daripada Argentina

'Seksaan" soal-siasat dan soal 'siat-siat'dalam tahanan I.S.A yang dialami oleh pemimpin Al-Arqam

Sandiwara Al-Arqam yang berakhir dengan tragedi umat abad ke 21

Membongkar Di Sebalik Misteri MH370

Tajuk : Membongkar Di Sebalik Misteri MH370
Penulis : Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-5994-13-5

Sinopsis 
"Membongkar Di Sebalik Misteri MH370"

Dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang awal pagi 8 Mac 2014. Penerbangan itu yang membawa 227 penumpang dari 15 buah negara termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal menjadi tumpuan dunia.  Pesawat itu terputus hubungan daripada pusat kawalan udara Subang sekitar pukul 2.40 pagi iaitu hanya 2 jam setelah berlepas. Usaha pencarian dan penyelamatan bersama meliputi luas 30,000 km2 (12,000 batu²) di Teluk Thailand. Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac pada 00:41 waktu tempatan (16:41 UTC, 7 Mac) dan dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing (06:30 waktu tempatan, 8 Mac).  

Operasi besar-besaran  mencari pesawat MH370 melibatkan lebih 30 pesawat dan 40 kapal dari berbagai masih tidak memberi sebarang petunjuk. Penggeledahan dilaut terbuka secara massa masih diteruskan.

Berbagai-bagai kemungkinan dan teori ditonjolkn oleh berbagai-bagai pihak termasuk untuk memberi indikasi pencarian pesawat tersebut. Namun nasib pesawat MH370 kekal menjadi misteri. 
Adakah ini merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi dari negara-negara atau pihak tertentu? Atau satu tragedi yang sungguh mistik?
Adakah kelonggaran sistem pemeriksaan telah menyebabkan penumpang dapat menaiki pesawat dengan passport curi?
Mungkinkah ini merupakan satu permainan perang teknologi yang menjadikan pesawat MH 370 sebagai mangsa keadaan?

Buku ini mengkaji kronologi dan sebaik mungkin membongkar satu teori dan kemungkinan di sebalik tragedi MH370. Buku wajib baca oleh semua golongan dan sesuai untuk dijadikan rujukan bagi menghadapi kemungkinan tragedi akan datang.


Pendahuluan
Sama ada ia satu tragedi atau satu strategi, namun dua cukup letih mengikuti kejadian tersebut yang seperti tiada kesudahannya itu. Berbagai teori dan fenomena telah ditimbulkan untuk mencari jalan keluar terhadap masalah yang semakin buntu itu.

Maklumbalas dan reaksi masyarakat tempatan dan seluruh dunia memberi gambaran bahawa mereka perihatin terhadap tragedi tersebut. Walaupun yang berbicara itu adalah individu yang tiada latar belakang langsung tentang perkara yang berkaitan dengan penerbangan, laut atau aspek teknikal berkaitan isu tersebut, namun mereka membuka ruang berfikir dan cuba terlibat sama dalam membantu mencari penyelesaian.

MH370 adalah cerita besar yang melibatkan penglibatan pakar-pakar dari seluruh dunia dalam berbagai bidang. Kos operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah mencecah ratusan juta Dollar dan ia sedang terus meningkat. Namun berdiam diri serta menyerah kalah bukan caranya mengakhiri pencarian serta memberi justifikasi kepada keluarga mangsa. 

Adakah ia hilang atau telah dihilangkan oleh pihak tertentu. Adakah ini merupakan konspirasi terbesar selepas peristiwa 9/11. Kenapakan Malaysia dijadikan kambing hitam atau adakah ini usaha licik untuk mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan negara China. Perkara ini merupakan satu persoalan yang akan dikupas dalam buku ini.

Pembaca akan disajikan dengan input dan demensi pemikiran dari berbagai sudut. Semoga buku ini akan dapat mengumpul pandangan-pandangan selama ini dan akan mencetuskan pandangan baru terhadap tragedi ini dan tragedi-tragedi akan datang yang mungkin lebih dasyat lagi.

MH370 & MH17 : Satu Ancaman Israel Kepada Malaysia

Tajuk : MH370 & MH17 : Satu Ancaman Israel Kepada Malaysia 
Penulis : Norjimi Azmi Latif
Harga : RM34.90
ISBN :  9789671257449

Sinopsis
Kehilangan misteri MH370 dan pengeboman MH17 oleh tangan-tangan ghaib sedikit pun tidak menakutkan Malaysia. Malah, Malaysia sangat komited dalam apa yang dilakukan.

MH370 dan MH17: Misteri Terbongkar

Tajuk : MH370 Dan MH17 : Misteri Terbongkar
Penulis : Collective Intelligence Academy
Harga : RM39.00
ISBN : 9789671267240

Sinopsis
Ramai yang tidak dapat memahami misteri kehilangan Penerbangan MH370 pada 8 Mac 2014 yang telah mengejutkan dunia dan menjunamkan Malaysia dalam situasi panik dan gentar. Setelah berbulan-bulan mencari dengan kelengkapan yang terbaik yang boleh didapati, natijahnya tiada apa yang dapat dicari sebagai galang ganti jutaan ringgit yang telah dibelanjakan dan tiada keadilan kepada jutaan lagi ringgit yang bakal dibelanjakan oleh Kerajaan Malaysia. Takdir kapal terbang itu, dan terutamanya 239 nyata yang tidak bersalah didalamnya, kekal menjadi misteri.

Hanya tidak lebih dari 4 bulan, selepas tragedi malang itu berlaku, berlaku pula peristiwa pesawat MH17 pula ditembak jatuh di Ukranie dan kesemua 298 penumpang terkorban dalam kemalangan itu! Kemalangan yang tragik ini mengakibatkan protes secara besar-besaran, kemarahan dan pelagai emosi serta reaksi daripada masyarakat serata dunia, dan penembakan ini turut menjadi petanda kepada kejadian paling dahsyat! Tetapi di Malaysia, di mana impaknya lebih bersemangat, berkaitan pesawat apokaliptik MH17 di mana ianya terbukti lebih mengejutkan, lebih menghairankan dan seterusnya sangat-sangat mengerikan.

Dan akhirnya, adakah sekarang nampaknya, negara sangat dibebankan dengan mala petaka bermacam-macam dalam memori rakyat sehingga akan menjebak negara ini ke arah kemiskinan dalam masa terdekat kerana kehidupan ini bagai putaran roda yang bersilih ganti iaitu selepas era kemewahan dan kini ke arah kemiskinan. Tidakkah begitu realitinya. Kebenarannya ialah nasib tidak menyebelahi negara ini!

Hakikatnya, kesemua nasib malang Malaysia, adalah berdasarkan perancangan teliti dan gabungan kejadian licik dilakukan sebagai suatu sindiran atas takdir kebodohan semua rakyat Malaysia!

Kehilangan pesawat MH370 dan penembakan jatuh pesawat MH17 adalah seolah-olah suatu kejadian yang sama sebagai suatu peristiwa tunggal yang merangkumi perancangan utama yang dibuat selama beberapa tahun, inter alia untuk mendominasi dan menawan rakyat di Malaysia!

Penerbitan kecil di tangan anda ini meminta untuk menukar yang keruh kepada yang jernih. Iktibarkan diri dalam perjalanan yang dipandu dalam linkungan muka surat ini untuk memeriksa bukti-bukti tersembunyi yang akan membenarkan anda untuk melihat perkara sebenar dengan lebih mendalam! Dan teramat penting, untuk memahami masa depan yang dirancang untuk semua rakyat Malaysia dan menyediakan diri kita untuk menghadapinya.

Semoga Tuhan Yang Maha Besar Membantu Dan Merestui Kita Ke Atas Segala Jalan Benar Yang Menuju Kenyataan, Keadilan Dan Kebenaran.

Margasatwa

Tajuk : Margasatwa
Penulis : Saidee Nor Azam
Harga : RM27.90
ISBN : 978-967-0535-58-6

Sinopsis
Tiga orang penuntut sebuah universiti tempatan hilang di Hutan Tasik Kenyir. Mereka dipercayai telah diserang binatang buas. Anehnya, mayat-mayat mereka tidak ditemui. Malah, pihak renjer hutan tidak dapat mengesahkan binatang apa yang menyerang pelajar-pelajar itu. Nasib mangsa serangan masih tidak terjawab. Apakah misteri binatang pemangsa itu?

Manakala Adi Putra yang kecewa dalam percintaan telah memilih untuk menjadi novelis seram sepenuh masa. Dia nekad ke Tasik Kenyir setelah mendengar akan kehilangan misteri itu dan mahu mengabadikan kisah itu ke dalam novel terbaharunya.

Namun, Adi Putra tidak menyedari bahawa maut sedang menantinya di sana!

Kubur Bernyawa

Tajuk : Kubur Bernyawa
Penulis : Ebriza Aminnudin
Harga : RM19.90
ISBN : 978-967-0535-59-3

Sinopsis
Sekumpulan remaja dari Kolej Imanshah telah mengadakan perkhemahan di Hutan Simpan Kaffi ketika bermulanya cuti semester pertama di tahun yang terakhir itu. Asalnya mereka ingin menenangkan fikiran sebelum menempuhi semester yang terakhir.

Namun apa yang dihajati tidak menjadi kenyataan apabila mereka telah membangkitkan roh yang sudah lama tertanam di situ. Bermula dari situ, mereka terpaksa menempuhi episod baru apabila roh yang telah dibangkitkan itu sering mengganggu mereka.

Apakah yang roh itu inginkan daripada mereka? Kenapa roh itu tidak mahu melepaskan mereka?

Suara Tengah Malam

Tajuk : Suara Tengah Malam
Penulis : Maria Kajiwa
Harga : RM19.90
ISBN : 978-967-0535-38-8
Mukasurat : 528

Sinopsis
Adam, penyiasat persendirian mencari isterinya yang diculik tiga tahun lalu. Dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah rumah lama di Melaka dan berkenalan dengan Rafiq. Suara budak kecil yang kerap mereka dengari ketika senja menyanyikan lagu cina sering mengahantui mereka. Usaha mereka untuk menyiasat suara itu mendapat halangan daripada tuan rumah yang pembengis. Namun kehilangan Mazni, anak tuan rumah, telah membawa kepada penemuan baru. Suara siapakah itu? Dapatkah dia menemui semula isterinya?

Bilik 616

Tajuk : Jangan Sebut Namaku
Penulis : Noorfadzillah
Harga : RM22.90
ISBN : 978-967-0184-70-8
Mukasurat : 576

Sinopsis
Persaingan Engku Aleeyah dan Isabella demi merebut kasih Luqman tidak pernah surut. Engku Aleeyah, gadis Melayu sanggup melakukan apa sahaja demi mengikat kasih Luqman. Isabella gadis pemikir bebas, bermata runcing tidak ingin mengalah. Sehinggalah Isabella hilang ditelan bumi di Hutan Kalawari. Lima tahun selepas tragedi itu, sesuatu telah kembali menghantui mereka selepas selesai majlis malam reunion di sebuah hotel terkemuka. Satu demi satu teman-teman Luqman dan Engku Aleeyah hilang setiap kali bulan purnama penuh. Kehadiran Fatimah Az-Zahra menambahkan lagi kebuntuan pihak polis apabila maklumat yang cuba disampaikannya tidak logik dek akal. Apakah yang terjadi di sebaliknya?