Tajuk : Korea I'm In Love
Penulis : Zuliana Abuas
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-365-158-0
Sinopsis
Apa akan jadi kalau tiba-tiba musuh ketat mencabar dengan cabaran yang tak masuk dek akal? Sanggupkah menerima cabaran itu semata-mata mahu mempertahankan maruah? Ke Korea dan bergambar dengan kumpulan K-Pop?
“Baiklah! Kalau aku dapat gambar-gambar lebih hebat daripada kau, apa kau nak buat? Kau nak tabik spring dekat aku dan tutup mulut kau tu?”
Disebabkan kata-kata yang sudah terlajak, Hanna, Nita dan Fara terlibat dengan cabaran yang tak masuk dek akal bagi manusia yang bijaksana seperti mereka bertiga. Namun, dek kerana maruah, Hanna berkeras hendak menyahut cabaran walaupun kedua-dua temannya tidak bersetuju pada awalnya. Demi menyahut cabaran itu dan demi melihat musuh ketatnya berputih mata, Hanna sanggup melakukan apa sahaja. Ya, apa sahaja. Tapi, dengan jalan yang betul. Bukan dengan cara kotor.
Namun, perjalanan untuk menyahut cabaran itu tidak mudah seperti yang dirancang. Pelbagai cabaran lain perlu diharungi. Biarpun begitu, dalam melalui setiap dugaan itu, mereka bertiga menemui sesuatu. Sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup mereka.
Apakah yang mereka temui? Mampukah ‘sesuatu’ itu membawa kemenangan kepada mereka? Atau, cabaran mereka hanya tinggal cabaran?
No comments:
Post a Comment