Saturday, April 30, 2016

Biar Aku Jadi Penunggu

Tajuk : Biar Aku Jadi Penunggu
Penulis : Arsha
Harga : RM37.00
ISBN : 978-967-0448-31-2

Sinopsis
Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.

Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.

Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.

Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

“Di mana janji kerana hati, andai ada hati yang disakiti?”

Friday, April 29, 2016

Suri Hati Mr. Pilot

Tajuk : Suri Hati Mr. Pilot
Penulis : Dila Dyna
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-25-8
Mukasurat : 640
Berat : 

Sinopsis
Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang

menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!

“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus

bernikah aje!”

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

“Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?”

Wednesday, April 27, 2016

Kenapa Rezeki Tak Murah?

Tajuk : Kenapa Rezeki Tak Murah?
Penulis : Nani Koraiza Yaacob
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-86-0635-6
Mukasurat :
Berat : 400g

Sinopsis
KENAPA REZEKI TAK MURAH? ditulis dengan air mata dan rasa keinsafan.  Sepanjang menulisnya, diiringi sujud dan zikir yang banyak.  Apa lebih istimewa, asalnya ditulis sebagai peringatan untuk diri sendiri. 

Sekitar tahun 2005-2007 saya pernah ditimpa ujian dari ALLAH SWT yang sangat besar.  Ujian yang seolah-olah menghentikan rentak hidup saya seketika.  Ujian yang banyak mengajar saya siapa diri saya sebenarnya. Saat saya ditimpa ujian, saya tida tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada saya dan kenapa segalanya berlaku.  Kenapa saya yang dipilih untuk menerima ujian ini dan apa salah saya.  Saya bukan pembunuh, saya bukan pengedar dadah, saya bukan orang jahat.  Saya hairan kenapa saya yang mengalami semua kedukaan itu.

Alhamdulillah, Allah SWT Maha Penyayang, lalu Dia memberikan petunjukNya kepada saya.  Syukur saya berjaya melalui segala ujian kehidupan yang mematangkan saya.  Lantaran saya terpanggil untuk menulis buku (TAJUK) dengan harapan, jika ada insan lain yang buntu seperti saya, yang tidak tahu bagaimana menghadapi situasi buruk yang menimpa diri dan yang merasakan diri sebagai mangsa keadaan, boleh menjadikan buku ini sebagai panduan.

Buku ini menggariskan sebab-sebab dan peringatan-peringatan kenapa seseorang itu ditimpa ujian dari Allah SWT. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" Dan Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta."

 ~Al-Ankabuut: 2-3~

Buku ini juga menggariskan apa yang harus dilakukan oleh seseorang yang hidupnya sering ditimpa ujian. Segalanya ditulis berdasarkan pengalaman sendiri, kesilapan sendiri dan apa yang saya pelajari darinya.  Selari dengan firman Allah SWt yang bermaksud:

"Hai! Orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung."

~Al-Imran: 200~


"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'."

~ Al-Baqarah: 45~

Ujian yang berlaku dalam kehidupan, InsyaAllah akan berlaku berulang kali.  Itu adalah ketetapan-NYA. Namun dengan pengalaman dan ilmu yang saya perolehi, yang digarapkan di dalam buku ini, InsyaALLAH dapat mengajar pembaca bagaimana untuk menghadapinya dan apa yang perlu dilakukan serta perbaiki bagi mengatasi ujuan-ujian tersebut.

Saat saya menulis buku ini juga saya sedang menghadapi ujian yang besar, dan ianya menjadikan buku ini sangat istimewa kerana ianya penuh dengan ‘rasa’ hiba dan berduka akibat ditimpa ujian.  Ianya juga bagaikan satu senarai semak untuk saya bagi memeriksa apa tindakan lagi yang saya perlu ambil dan perbaiki dan apa lagi yang belum saya buat.

Buku ini ditulis dengan penuh doa agar ianya dapat menjadi asbab kebaikan kepada orang lain dan dengan penuh harapan supaya ianya menjadi punca untuk kita semua yang menyentuh, yang membelek, yang membaca, yang memiliki dan yang menyebarkannya menjadi lebih erat dengan Allah SWT dan RasulNya.

Semoga ini menjadi satu titik permulaan kepada kehidupan anda yang lebih akrab denganNya, Yang Maha Menurunkan Ujian dan Yang Maha Memberi nikmat dan rezeki.

Sahaja Aku Ikhlas Kerana...

Tajuk : Sahaja Aku Ikhlas Kerana...
Penulis : Ahmad Zahiruddin, Mohd Zabidi
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-86-0636-3
Mukasurat : 208
Berat : 300g

Sinopsis
“Terimalah sumbangan ikhlas saya ini.”

“Betul, saya buat semua ini ikhlas lillahi taala.”

“Mesti ada yang kagum dengan bacaan surah semasa aku jadi imam solat terawih tadi.”

Ya, memang mudah untuk kita menyatakan perbuatan dan ibadah yang dilakukan itu ikhlas. Tetapi adakah ia sama dengan niat di hati sebelum kita memulakan sesuatu perkara?

Riyak, sum’ah dan ujub boleh memesongkan niat, kerana mendidik hati untuk ikhlas bukanlah mudah. Sesungguhnya ikhlas itu rahsia ALLAH SWT. Nikmat syurga disediakan sebagai ganjaran kepada kita.

Mudah-mudahan himpunan artikel yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan di dalam naskhah ini, dapat dijadikan teladan untuk membentuk ikhlas dalam diri kita. Muhasabah dan selalulah ingatkan hati semoga Sahaja Aku Ikhlas Kerana… ILAHI bukan duniawi!


Antara kandungan menarik:

    Taktik Meraih Bahagia
    Buruk Siku Ibarat Anjing
    Insan Hebat Jika Berfikir
    Setiap Sakit Ada Ubatnya
    Perhentian Terakhir Insan
    Kehebatan Memohon Maaf
    Masuk Syurga Sesuka Hati
    Membersih Noda Dan Dosa
    Nikmat Selawat Kepada Rasulullah
    Lebihkan Menunjuk Daripada Bercakap


20 Tip Usia Muda Berpahala

Tajuk : 20 Tip Usia Muda Berpahala
Penulis : Muhamad Zuhaili
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-86-0631-8
Mukasurat : 240
Berat : 320g

Sinopsis
Kebahagiaan pada usia muda mencerminkan perjalanan kehidupan yang baik. Usia muda merupakan aset kerana pada peringkat inilah kita memiliki semangat, tenaga, emosi dan kemahuan yang tinggi. Membentuk personaliti Muslim yang terbaik merupakan menjadi langkah asas dalam pembinaan masyarakat yang bertamadun. Ia termasuk soal berpakaian, hiburan, pengurusan masa, penjagaan kesihatan atau mentaati ibu bapa yang sangat penting untuk diuruskan dengan baik berpandukan syarak.

20 Tip Usia Muda Berpahala membincangkan pelbagai aspek dalam kehidupan golongan pemuda Muslim. Fokusnya sangat istimewa kerana memberikan penekanan kepada golongan muda yang menjadi tiang ummah dan penentu kekuatan negara. Topik-topik yang dibincangkan turut merangkumi isu kontemporari dan terkini. Semoga buku ini mampu menjadi bimbingan kepada generasi muda khususnya demi mengumpul pahala, mengejar redha ALLAH SWT untuk membahagiakan usia muda.

Antara kandungan menarik:

    Bernilainya Usia Muda
    Nilai Sebuah Kesihatan
    Bergaya Yang berpahala
    Pandanganmu, Maruahku
    Bermasyarakat Itu Sunnah
    Hiburan Islam Itu Mendidik
    Percaturan Kerja Yang Smart
    Nafsu Diurus Menuju Bahagia
    Waspada Kebebasan Acuan Barat
    Jangan Sampai Nafsumu Bergelora!

Jadi Muslim Super Hebat

Tajuk : Jadi Muslim Super Hebat
Penulis : DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-86-0654-7
Mukasurat : 195
Berat : 500g

Sinopsis
Menjadi muslim cemerlang dan berjaya amat dituntut oleh Islam. Apatah lagi ia seharusnya menjadi impian kita yang secara fitrahnya dilahirkan sebagai muslim sejati.

Sama ada menjadi muslim tunggul atau unggul, kitalah yang menentukannya. Bagaimana, di mana dan apa kaedahnya kitalah yang harus bijak memilih supaya hasilnya dapat menentukan sama ada kita ini mampu mencipta perubahan atau statik di takuk lama.

Atau kita ini hanya seorang muslim tetapi gagal menyumbang walau sekecil usaha untuk Islam?

Ditulis dalam gaya santai dan bersahaja membuatkan pembaca akan lebih mudah memahami, sekali gus dapat mempraktikkan formula, tip juga kaedah yang diberi. Ayuh! Bentuk diri kita bermula sekarang Menjadi Muslim Super Hebat!

Antara Kandungan Menarik:

    Bahagianya Berbaik Sangka Dengan Allah
    Jangan Marah, Sabar Itu Lebih Baik
    Menuai Pahala Yang berpanjangan
    Ke Masjid Buat Pahala, Bukan Dosa
    Sempurnakan Menutup Aurat
    Sentiasa Online Dengan Allah
    Ayuh, Hormati Golongan Tua
    Tiga Elemen Keredhaan-Nya
    Kita Jangan Jadi Orang Jahil
    Diri Allah Yang Berkenan


Nikmat Hidup Bertuhankan Allah

Tajuk : Nikmat Hidup Bertuhankan Allah
Penulis : Ustaz Sihabuddin Muhaemin
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0647-9
Mukasurat : 304
Berat : 400g

Sinopsis
Dakwah bukan tugas yang mudah. Sudah pasti dalam melaksanakannya, kita akan dihidangkan dengan pelbagai cabaran, dugaan bahkan juga ancaman. Inilah yang terpaksa dihadapi. Hal ini juga turut dirasai oleh para nabi serta para sahabat sebelum kita. Tugas yang paling berat dalam dakwah ialah bagaimana kita mampu meyakinkan masyarakat serta orang awam untuk menerima apa yang kita sampaikan.

Lebih mencabar, apabila ada sesetengah keadaan, yang menjadi penghalang datang daripada ahli keluarga kita sendiri. Maka atas dasar inilah, kita perlu fahami bahawa tidak semua orang berhajat dan berkehendak kepada ajakan dakwah.

Buku ini, Nikmat Hidup Bertuhankan Allah merupakan himpunan tazkirah harian pengubat jiwa, menghidupkan kembali hati yang telah mati serta menerbitkan kesedaran dalam melakukan sesuatu tindakan. Ia adalah wadah untuk membangkitkan kembali kesedaran umat agar mengenal erti adanya Tuhan. Mari kita kembali mencari Tuhan.

Mohonlah Redha Ilahi

Tajuk : Mohonlah Redha Ilahi
Penulis : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0632-5
Mukasurat : 312
Berat : 500g

Sinopsis
Jika dikatakan bahagia itu berada di dalam istana yang megah, belum tentu ia membahagiakan kerana harta bukan segalanya. Andai diucap bahagia itu pada pasangan kekasih, itu juga belum pasti kerana akan ada pasang surutnya cinta. Lalu, di manakah sebenarnya bahagia itu?

Mari sahabat, kita salami ke dasar hati dan percayalah bahawa bahagia itu ada pada sifat redha. Lalu, rebutlah peluang yang diberi ketika masih ada ruang dan kesempatan untuk menggapainya. Lakarlah sejarah hidup dengan bahagianya redha ALLAH, tiada yang selain-NYA.

Sesungguhnya, apa yang ditakdirkan ALLAH itu manis belaka. Hanya kitalah yang harus bijak menerima atau menolak. Hakikatnya berkata redha itu mudah, namun ia sulit dilaksanakan kecuali oleh insan yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

Padanya Ada Kasih (Cinta Itu Memberi Bukan Memiliki)

Tajuk : Padanya Ada Kasih (Cinta Itu Memberi Bukan Memiliki)
Penulis : Dr. Robiah K. Hamzah
Harga : RM13.90
ISBN : 978-967-411-761-0
Mukasurat : 152
Berat :

Sinopsis
Padanya Ada Kasih - Cinta itu Memberi Bukan Memiliki adalah nasihat yang disampaikan dalam bentuk kisah-kisah orang yang terdahulu dan masa kini bagi mendidik jiwa anak-anak melalui pengajaran daripada setiap kisah yang dikongsikan.

Dimulakan dengan kisah para sahabat agung Rasulullah s.a.w. sebagai nasihat buat pendidik muda dan ibu ayah yang bergelut dengan pelbagai cabaran dalam usaha mendidik anak amanah Allah. Kisah-kisah dalam buku ini dapat digunakan sebagai bahan berfaedah pada waktu santai bersama keluarga di rumah ataupun di mana sahaja. Antaranya kisah kehebatan infak Abdul Rahman bin Auf dan Abu Bakar As-Siddiq, kisah Mush'ab bin Umair yang meninggalkan kemewahan, kisah Salman al-Farisi, Bilal bin Rabah, serta kisah-kisah yang terjadi pada masyarakat masa kini yang dapat dijadikan pedoman hidup.

Nasihat yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber ini mampu memotivasi jiwa-jiwa yang berjuang mencari hala tuju dan hala bicara bagi mengambil pengajaran daripada setiap kisah yang dikongsikan di dalam buku ini.

Isi Kandungan

Sekapur Sireh Pengarang
Siapa yang Memberi Cinta?
Definisi Cinta
Menyubur Jiwa Suka Memberi
Berbuat Tanpa Cinta
Mahar untuk Bidadari
Tinggalkan Kemewahan Demi Memburu Syahid
Pencari Kebenaran
Lambang Persamaan Darjat Manusia
Kawan Dinihari
Singa yang Menyimpan Kuku
Hamba Menebus Diri dengan Harta
Menyemai Benih Cinta
Lilin Keinsafan
Hajatmu Pasti Diperkenankan
Demi Cinta, Ikhlaskan Dia Pergi
Kesempatan Terkadang Datang Sekali
Di Mana Manisnya Cinta?
Pemberian yang Dikesali
Sedekahmu tetap Dinilai
Naluri Keibuan Tetap Sama
Cinta Seorang Anak
Cinta Itu Memberi
Menjadikan Diri Sendiri Pemurah

Buat Duit Dengan Facebook Dan Instagram


Tajuk : Buat Duit Dengan Facebook Dan Instagram
Penulis : Miliza Ghazali
Harga : RM9.90
ISBN : 978-967-411-821-1
Mukasurat : 86
Berat :

Sinopsis
Media sosial seperti Facebook (FB) dan Instagram kini bukan lagi sekadar medan berkongsi pendapat, video-video viral, serta gambar semata-mata, tetapi boleh dijadikan sebagai lubuk pendapatan. Sekiranya kena pada caranya, FB dan Instagram mempu memberikan hasil yang lumayan kepada sesiapa sahaja yang bijak menggunakan medium ini. Soalnya, bagaimana?

Buku Buat Duit dengan FB & Instagram ini memfokuskan tentang bagaimana kita dapat memperoleh pendapatan dengan menggunakan platform media sosial. Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini termasuklah:

    Asas Perniagaan Internet
    Sasaran Pasaran
    Modal
    Pendaftaran Perniagaan
    Strategi Meningkatkan Followers dan Likes
    Selepas Jualan

Potensi bisnes menerusi FB dan Instagram ini begitu besar memandangkan rata-rata individu di Malaysia malah luar negara memiliki laman sosial ini. Jadi, apa alasan kita untuk tidak menjana pendapatan menerusi platform yang ada ini?

Buat Duit dengan FB & Instagram

Isi Kandungan

    Prakata
    Pengenalan
    Produk
    Instagram dan Facebook
    Pendaftaran
    Jualan dan Pemasaran
    Tanda Harga
    Penghantaran
    Selepas Jualan
    Penutup

Buat Duit Dengan Uber


Tajuk : Buat Duit Dengan Uber
Penulis : Mazli Bidu
Harga : RM9.90
ISBN : 978-967-411-820-4
Mukasurat : 120
Berat :

Sinopsis
Selama ini, kita menganggap kereta yang kita miliki adalah satu bentuk liabiliti yang tidak mampu memberi sebarang pulangan. namun, pada hari ini, kereta juga mampu menjana pendapatan. malah, lebih hebat kereta yang kita miliki, lebih tinggi pendapatan yang mampu diperoleh. Buku Buat Duit dengan Uber ini memfokuskan bagaimana kita mampu menjana pendapatan dengan menawarkan servis pengangkutan kepada orang lain.

Isi Kandungan

    Bagaimana Uber Buat Duit untuk Kita
    Mendaftar dengan Uber
    Merancang Sasaran Pendapatan
    membina Network dan Menyertai geng Uber
    Mempelbagaikan Sumber Pendapatan
    Peraturan dan Undang-Undang yang Perlu Diketahui


Buat Duit Dengan Dropship

Tajuk : Buat Duit Dengan Dropship
Penulis : Norliza Abu Bakar
Harga : RM9.90
ISBN : 978-967-411-822-8
Mukasurat : 80
Berat :

Sinopsis
Ramai orang yang berhasrat untuk menceburi bidang bisnes, namun hasrat itu terhenti apabila memikirkan tentang modal. Benarkah kita tidak boleh berbisnes sekiranya tiada modal dalam tangan? Jawapannya sudah tentu salah! Kita sebenarnya mampu menjana pendapatan dengan bisnes walaupun tanpa modal.

Buku ini memfokuskan tentang bagaimana kita dapat memperoleh pendapatan tanpa mengeluarkan sebarang modal. Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini termasuklah:

    Kelebihan & Kekurangan Dropship
    Bagaimana Sistem Dropship Beroperasi
    Bagaimana Memilih Produk yang Mahu Dijual
    Menjayakan Produk Jualan
    Pentingnya Khidmat Jualan
    Strategi Pengurusan

Berbisnes secara dropship kian mendapat tempat di hati usahawan-usahawan kecil dan sederhana. Cabarannya, mampukah bisnes tersebut bertahan lama? Adakah pendapatan yang diperoleh benar-benar lumayan ataupun indah khabar dari rupa? Apakah risiko bisnes ini? Buku ini mampu memberi pencerahan kepada pembaca terutamanya yang sedang berkira-kira untuk memulakan bisnes ini.

Isi Kandungan

    Prakata
    Pengenalan
    Kelebihan & Kekurangan Dropship
    Bagaimana Sistem Dropship Beroperasi?
    Bagaimana Memilih Produk yang Sesuai Hendak Dijual
    Bagaimana Menacari Pembekal yang Baik?
    Bagaimana Menjayakan Jualan Produk Kita?
    Mengapa Pentingnya Khidmat Pelanggan?
    Bagaimana Menentukan Platform Mana yang Hendak Digunakan?
    Sudah Bersediakah Hendak Bermula: Apakah Komitmen yang Diperlukan?
    Strategi Pengurusan
    Berusaha dan Terus Semangat! 

Aku Nabi Isa!

Tajuk : Aku Nabi Isa!
Penulis : Rozanizam Zakaria
Harga : RM15.00
ISBN : 978-967-369-335-1
Mukasurat : 224
Berat :

Sinopsis
Aku Nabi Isa! Refleksi Wad Sakit Jiwa.

Jangan kau hinakan orang gila, kerana sekurang-kurangnya mereka jujur dengan kegilaannya, sedangkan kewarasanmu belum tentu kejujurannya.

Isi Kandungan

Bab 1: Memilih Tarikh Kematian
Kes 1: Keluarga Iran dan Bunuh Diri
    Fakta Bunuh Diri
    Apa yang Kita Pelajari?
    Rahsia Jiwa yang Hidup
    Penawar Putus Asa
    Pelindung Sebenar
    Apa yang Mustahil Tak Selalunya Mustahil
    Kesudahan Kisah Keluarga R
    Apa yang Kita Mampu Buat?
    Tindakan Kita
    Hukum Bunuh Diri


Bab 2: Suami Disembelih, Anak Diculik, Rumah Dibakar
Kes 2: Wanita Iraq dan Kemurungan
    Fakta tentang Kemurungan (Depression)
    Perbezaan Antara Kesedihan dan Kemurungan
    Apa yang Kita Pelajari?
    Kesedihan dalam Hidup Rasulullah s.a.w.
    Misteri di Sebalik Kesedihan
    Alasan untuk Hidup
    Mengapa Kesedihan Bertukar Menjadi Kemurungan?
    Bagaimana Merawat Kemurungan
    Kesudahan Kisah Wanita Iraq


Bab 3: Serabut Perut
Kes 3: Pemuda Vietnam dan Keserabutan
    Profil Pesakit
    Tekanan: Antara Masalah dan Penyelesaian
    Mengapa Serabut Perut
    Stres atau Tekanan Perasaan: Normal ataupun Tak?
    Respons Fight or Flight
    Bantuan Kecemasan
    Kawalan Pernafasan
    Teknik Menenangkan Fizikal (Relaxation)
    Mengapa Kita Tertekan?
    Tiga Langkah Memperbaiki Cara Fikir
    Tujuh Langkah Praktikal Meredakan Keserabutan
    Mencederakan Diri Sewaktu Tertekan
    Apa yang Kita Pelajari?
    Agama Mendidik Naluri
    Tak Ada Pil Ajaib


Bab 4: "Saya Nabi Isa!"
Kes 4: Lelaki Tua dan Skizofrenia
    Skizofrenia
    Memahami Skizofrenia
    Kewujudan dalam Masyarakat
    Tip Berinteraksi dengan Pesakit Skizofrenia
    Apa yang Kita Pelajari?
    Tuduhan kepada Nabi Hud a.s.
    Tuduhan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
    Tuduhan kepada Nabi Soleh a.s.
    Kewarasan: Nikmat Berakal dan Beriman
    Bagaimana Menjaga Akal?
    Kesudahan Mr. W


Bab 5: Mahu Sekali ke Liang Lahad
Kes 5: Lelaki Kematian Isteri dan Anak-Anak
    Grief: Kesedihan Akibat Kehilangan Seseorang
    Bagaimana Berhadapan dengan Kesedihan Ini?
    Bagaimana Membantu Orang Lain yang Melalui Fasa Kesedihan Ini?
    Apa yang Kita Pelajari?
    Terapi daripada Allah s.w.t.
    Kesudahan Lelaki I


Bab 6: Langsung Tak Ingat
Kes 6: Pesara Tentera Perang Dunia Kedua dan Demensia
    Profil Pesakit Mr. M
    Demensia (Nyanyuk)
    Sebab-Sebab Berlakunya Demensia
    Siapa yang Berisiko?
    Apakah Perubahan yang Dialami dan Bagaimana Berkomunikasi dengan Mereka yang Mengalami Demensia?
    Kaedah Menghadapi Situasi
    Apa yang Kita Pelajari?
    Demensia dan Kitaran Kehidupan Manusia
    Kesudahan Mr. M


Bab 7: Pembunuh Tak Bersiri
Kes 7: Pemuda Amerika dan Keganasan
    Keganasan dan Kesihatan Mental
    Kegasanan yang Ada dalam Diri Manusia ‘Normal’
    Personaliti
    Personaliti Anti Sosial
    Rawatan
    Marah: Benih Keganasan yang Menjadi Sebahagian daripada Kemanusiaan
    Mengawal Kemarahan
    Strategi Lain yang Dapat Digunakan
    Apa yang Kita Pelajari?
    Kelebihan Sifat Al-Hilmi
    Keganasan daripada Sudut yang Berbeza
    Kaitan Kes Adam Lanza dan Psikiatri


Bab 8: Rahsia Paling Sulit
Kes 8: Wanita Australia dan Deraan Seksual
    Mangsa Penderaan Seksual
    Salah Laku Seksual Sebagai Barah dalam Masyarakat
    Apa yang Kita Pelajari?
    Praktikal Menjaga Maruah dalam Dunia Hari Ini
    Kesudahan Kisah Lisa


Bab 9: Batal ke Tidak Batal?
Kes 9: Bapa Sahabat dan OCD
    Penyakit Obsesif Kompulsif (OCD)
    Rawatan
    Apa yang Kita Pelajari?
    OCD dan Personaliti Manusia
    Kesudahan Kes Ayah kepada Sahabat


Bab 10: Ubat Doktor ataupun Air Tawar?
Kes 10: Pemuda Sudan dan Penawar dari Rumah
    Dilema Perubatan Moden dan Perubatan Islamataupun Tradisional
    Salah Faham terhadap Ubat-Ubatan Psikiatri
    Kesan Sampingan Ubat-Ubatan Psikiatri
    Konsep Ikhtiar dalam Islam


Kesimpulan
“Macam Orang Gila”
    Peristiwa Pertama - Dimensi Kehidupan
    Peristiwa Kedua - Apa yang Kita Tahu dan Tak Tahu


Malayonesia : Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu

Tajuk : Malayonesia : Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu
Penulis : Mat Rofa Ismail
Harga : RM54.00
ISBN : 978-967-86-0658-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
"Bangsa yang tidak mempelajari Sejarah, lalu Sejarah akan Mengajarnya Kembali!"

Malayonesia merujuk kepada keseluruhan alam kepulauan Melayu. Buku ini membawa pembaca sekalian menghayati masa lampau Alam Melayu menerusi aspek geografi, penduduk, iklim, pembukaan, pentadbiran, penjajahan dan pembebasannya, perjuangan dan suka duka umatnya yang berkongsi latar belakang sejarah tabii yang sama. Isi kandungan diolah pengarangnya menerusi pelbagai sumber klasik nadir, yang dibedah, diolah dan dipersembahkan dalam bentuk yang menginsafkan bagi para pembaca yang mempunyai jiwa yang hidup. Sumber klasik diadun pula dengan sumber mutakhir agar menyediakan hidangan minda yang segar dan bertenaga dalam pembinaan peradaban umat yang diidamkan pada masa hadapan.

Perbincangan buku ini didasarkan kepada catatan Yang Berbahagia Salih Affandi Jaudat menerusi bukunya dalam bahasa Arab yang bertajuk Ummat al-Malayu. Buku ini dicetak di Mesir pada tahun 1908. Pengarangnya ialah pegawai undang-undang Mesir yang perihatin terhadap masyarakat Islam di Timur Jauh. Beliau telah menyusun buku tersebut sebagai panduan masyarakat Arab Mesir bagi mengenali geografi kemanusiaan bagi rantau tersebut.

Manuskrip Tarikh Fathani lengkap ditransliterasi juga digunakan sebagai kajian sokongan dalam buku ini. Tulisan pengkaji seperti William Roff dan Peter Ridell serta beberapa orang tokoh lain turut diperturunkan sebagai pelengkap perbincangan tentang Malayonesia.

Warisan ini diharapkan akan menambahkan satu lagi maklumat tentang bumi tercinta ini yang merekodkan peristiwa masyarakat Melayu sebelum dan menjelang penjajahannya oleh kolonialisme Barat.


Ayat-Ayat Cinta 2

Tajuk : Ayat-Ayat Cinta 2
Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Harga : RM35.90
ISBN : 9789674480523
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Fahri, yang kini tinggal di Edinburgh dan bahkan menjadi pendidik di University of Edinburgh, terpaksa menjalani kehidupan sehari-harinya sendirian. Bersama dengan Paman Hulusi, pembantu rumah tangganya yang berdarah Turki, ia meneruskan kehidupannya tanpa Aisha.

Terkadang Fahri masih saja menangis saat mengingat kenangan-kenangannya bersama Aisha. Kenyataan bahwa isteri yang sangat dicintainya itu kini menghilang entah kemana, membuatnya sedih dan hampir putus asa. Maka ia menghabiskan hari-harinya dengan menenggelamkan diri dalam kesibukan pekerjaan, penelitian, mengajar, dan bisnes yang dulu dikelola berdua bersama Aisha.

Aisha menghilang dalam sebuah perjalanan ke Palestina bersama teman wanitanya saat ingin membuat cerita dan laporan tentang kehidupan di sana. Teman Aisha ditemukan dalam keadaan sudah kehilangan nyawa dan kondisi tubuh yang menyedihkan dan sangat mungkin kondisi Aisha juga sama meski tubuhnya belum ditemukan saat ini.

Sudah lebih dari dua tahun Fahri berduka dan tenggelam dalam usaha pencarian isteri yang sangat dicintainya itu. Ia pun pindah ke Edinburgh karena itulah kota yang sangat disukai Aisha di dataran Inggris. Dengan menyibukkan dirinya, ia berusaha menyingkirkan rasa sedihnya sekaligus memperbaiki citra Islam dan muslim di negeri dunia pertama itu. Ia berbuat baik pada tetangganya, menyebarkan ilmu agama pada berbagai pihak, dan membantu orang-orang yang butuh bantuannya tanpa memandang bulu.

Berbagai kegiatan menyibukkan dirinya, hingga sebuah pertanyaan mengusik datang dari berbagai pihak. Akankah ia membujang seumur hidup setelah ditinggal Aisha? Akankah ia bertemu dengan isterinya itu sekali lagi?

Aristokra

Tajuk : Aristokra
Penulis : Ahmad Patria
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-369-318-4
Mukasurat : 384
Berat :

Sinopsis
Nashan.

Sebuah negara kecil jauh ke utara Aurora, yang kini diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri dan Aristokra yang terakhir. Daerah legenda dan mitos, paling gemilang antaranya adalah Spiara Bulwar, kisah epik yang menceritakan persahabatan pahlawan terbilang itu dengan Shilrung, serta pertarungan mereka menentang Krodra, gergasi samudera yang menggerunkan.

Dan kini pemerintahan Melyn diancam bahaya.

Sursis, pahlawan adi dan panglima gagah dari banjaran gunung jauh, mahu menakluki Nashan. Kehadiran Mori, kesatria misteri yang dikirim oleh Artakus, Lodra Perang Aurora, bakal mengubah segala-galanya. Namun, kehebatannya tidak dapat menandingi kegagahan Sursis, yang belum pernah tewas dalam pertempuran. Percaturan Merkia, wizra terulung yang menguasai magis tinggi, memberikan sinar harapan dalam usaha mereka menentang ancaman musuh. Namun, rahsia yang bakal menentukan takdir seluruh Nashan tersembunyi dalam legenda Spiara Bulwar. Firasat murni dan magis tinggi, persahabatan sejati dan pengkhianatan misteri, kesemuanya tergabung dalam perjuangan Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri Kushan yang pintar dan jelita, yang paling terkenal dengan hanya satu gelaran,

Aristokra.

Sayangku Combi

Tajuk : Sayangku Combi
Penulis : Kreisya Reisya
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-86-0694-3
Mukasurat : 416
Berat : 400g

Sinopsis
Combi Binti Jofree. Itulah nama yang diberi oleh nendanya. Sewaktu kecil setiap kali Combi diejek dan diusik rakan-rakan, ada Abang Hairell dan rakannya yang mempertahankan Combi daripada gangguan rakan-rakannya. Peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

Meniti kedewasaan, namanya masih lagi menjadi bahan teguran dan usikan. Kerana itulah di rumah, keluarga memanggil Combi ‘adik’. Bila mula berkenalan dengan kenalan lelaki, Combi menggunakan nama Puteri dan lelaki pertama yang disangkanya menambat hatinya dipanggil Prince.

Prince lelaki yang bekerja di Singapura dan selalu berulang-alik melalui pemeriksaan imigresen dan kastam. Mereka berkenalan. Abang Combi, Kamarul begitu ‘protected’ terhadap adiknya itu. Pertemuan pertama Combi secara rasmi pun hanya dilakukan di tempat parkir kereta ditemani Kamarul. Tak ada dating-dating itu semua.

Dalam pada itu, Combi yang baru mula bertugas sebagai Penguasa Kastam dikehendaki menjalani Kursus Asas yang diwajibkan ke atas setiap pegawai baru di Akademi Kastam, Melaka. Combi yang boleh dikategorikan sebagai anak bongsu manja terpaksa melalui segala bentuk latihan praktikal yang agak lasak dan kelas-kelas teori. Dugaan berlaku apabila Combi mendapat anugerah pelatih kawad terbaik Kategori B Wanita. Semua itu diharungi bersama dengan rakan sebiliknya yang juga menjadi teman baiknya, Ana.

Dalam pada itu, hero Combi sewaktu kecil, Hairell pulang semula ke Malaysia. Pada mulanya Hairell masih memandang Combi bagai adik kecilnya sama seperti suatu ketika dahulu. Melewati waktu, perasaan mereka sama-sama berubah. Cuma, Hairell akan dan kemudiannya telah pun bertunang dengan seorang wanita warga England yang mempunyai rupa paras secantik Ratu Dunia.

Remuk redamlah hati Combi yang sedari kecil menyayangi heronya itu. Dari kasih seorang ‘abang’ bertukar kepada cinta antara seorang lelaki dan wanita. Dan akhirnya perasaan dan emosi terpaksa diketepikan. Combi tidak mahu menjadi perempuan kedua kepada hero yang dikasihinya itu.

Antara kemahuan dan kasih sayang keluarga, cinta dan dunia pekerjaan baru yang dilaluinya, inilah suka duka kisah seorang gadis yang diberi nama C.O.M.B.I.

My Lovely Tengku 2

Tajuk : My Lovely Tengku 2
Penulis : Pitteriah Abdullah
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-446-248-2
Mukasurat : 400
Berat :

Sinopsis
Apalah makna kehidupan andainya cinta dan kasih sayang tiada.
Perkahwinan Tengku Akif dan Zara Irdina mula teruji setelah mempunyai empat orang cahaya mata. Kebahagiaan yang terbina membuatkan orang yang tidak suka dengan mereka berdua mula diracuni. Semuanya bermula apabila Tengku Cempaka mahu Tengku Akif menjadi pewaris takhta di tempatnya. Anak-anak Tengku Cempaka membantah, malah Tengku Mawar yang rapat dengan Tengku Akif mula membenci Tengku Akif dan Zara Irdina.

Tengku Cempaka pula diracuni Tengku Bakar yang masih ada hati untuk bermenantukan Tengku Akif. Dia berhasrat mahu menjodohkan Tengku Fiona dengan Tengku Akif demi takhta Tengku Cempaka. Racun yang ditabur mula meresap dalam hati Tengku Cempaka dan bermulalah sengketa antara Tengku Akif dengan bondanya. Lebih kesal Tengku Cempaka mula mengungkit tentang Zara Irdina yang berstatus anak haram.

Berjayakah Tengku Akif mempertahankan cintanya dan keluarganya?


Bintang Hati Marlisa

Tajuk : Bintang Hati Marlisa
Penulis : Aishah Abu Hassan
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-250-5
Mukasurat : 624
Berat :

Sinopsis
Sakit kepala apabila seorang gadis terpaksa memilih satu daripada dua lelaki. Itu yang terjadi pada Marlisa, gadis yang sering bermasalah. Masalah keluarga belum selesai, dia tersepit pula dengan dua lelaki. Jihan Kamal seorang bintang dan Hazim seorang jurukamera sanggup berperang untuk memenangi hati Marlisa.

Hati Hazim menjerit memikirkan Marlisa adalah salah satu peminat nombor satu Jihan Kamal! Bagi Hazim, Marlisa hanya untuknya. Kedua-duanya mencintai Marlisa.

Pening! Marlisa pening! Apa yang harus Marlisa lakukan? Adakah dia perlu meminta nasihat Lat selaku sahabat baiknya yang selalu menyakitkan kepala? Hanya BINTANG HATI MARLISA yang dapat menyingkap segala-galanya.

Tidak Pernah Sesal


Tajuk : Tidak Pernah Sesal
Penulis : Umie Nadzimah
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0890-99-9 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Syed Azeem lelaki yang dilukai pada hari perkahwinan. Lalu berhijrah membawa diriuntuk mengubat hati. Bertahun berlalu, tiba-tiba terserempak bekas tunang, rindu bercambah kembali. Sayang sekali gadis itu bukan Sharifah Zalia. Gadis unik itu Lia Hana namanya. Mereka seiras! Mengenali Lia Hana, baru dia tahu yang watak mereka berbeza, bagai langit dengan bumi. Syed Azeem jatuh cinta sekali lagi. Kali ini sungguh-sungguh cinta! Dan sayangnya berbalas! Namun, impian untuk membina mahligai bahagia tidak mendapat restu dari emak Lia Hana dan walid Syed Azeem. 

“Hanya Naim yang boleh jaga dan lindungi Lia, emak tak percaya orang lain!” Tegas kata emak Lia Hana. Tetapi bukankah Abang Naim abang Lia Hana? Pening dengan sikap emak! Apakah rahsia yang emak pendamkan?

Tujuan mereka suci. Ingin cepat menghalalkan hubungan, mengelakkan dosa serta perlakuan maksiat, bukan sekadar cinta budak-budak hingusan, namun restu orang tua tidak boleh diabaikan. 

“Nikah dengan saya? Dalam masa terdekat? ” - Syed Azeem.

“Sini (London)? Jalan kita tak mudah selepas itu, Azeem...” - Lia Hana

“Katakan ‘yes’. Kita perlu harungi berjuta-juta langkah di hadapan. Saya hanya nak Hana buat satu langkah saja, yang lain saya akan selesaikan…” 

Adakah rancangan mereka untuk nikah jauh itu berjaya? Sedangkan kedua-duanya adalah anak yang baik dan sangat taat kepada orang tua masing-masing. Dalam masa yang sama, Sharifah Zalia muncul kembali untuk menagih kasih. 

Bagaimanakah kesudahannya ‘cinta banyak laut Syed Azeem terhadap Lia Hana?’ 

Ikuti kisah mereka dalam TIDAK PERNAH SESAL...

Al-Wazir : Permata Terindah

Tajuk : Al-Wazir : Permata Terindah
Penulis : Zulaikha Abbas
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0992-17-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kisah lampau menjadi gelandangan akibat dibuang ibu kandungnya, Annabelle, telah merubahkehidupan Gianna serta-merta. Penceraian kedua-dua ibu bapanya juga menjadi punca kemudaratan hidup Gianna sehingga menyebabkan dirinya mengalami PTSD (penyakit gangguan emosi).

Biarpun sukar untuk sembuh semula, Gianna akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Catatan takdir menemukannya dengan si jejaka sosialit yang tinggi egonya. Pencarian isteri untuk nampak sempurna di mata khalayak adalah penting buat Emeeriz, yang merupakan salah seorang waris empayar Al-Wazir. 

Itu cerita sebelum Emeeriz menikahi Gianna, selepas kahwin… Gianna masih tidak dapat lari dari rasa curiga dan ragu-ragu terhadap kasih sayang Emeeriz buat dirinya dek PTSD yang masih bersisa kesannya.

“Baby, you buat I terkejut. Apa pasal you suka muncul senyap-senyap macam hantu? Tak reti bagi salam.” – Gianna

“Sayang, I belum tukarkan penama ke atas pewaris harta-harta I ke atas nama you. Bunuh I sekarang takkan memberikan you apa-apa faedah. Letakkan pisau tu ke dalam laci sekarang.” – Emeeriz

Tingkah laku Gianna sering kali menimbulkan perasaan curiga dalam hati Emeeriz. Bagi Gianna, benarkah dirinya betul-betul disayangi oleh Emeeriz itu sering menjadi tanda tanya yang tidak berkesudahan. Apakah pengakhiran kepada hubungan mereka berdua?

“I sayangkan you tapi I tak sebaik yang you fikirkan.” - Gianna

“I juga tak sebaik yang you fikir, Gianna. So, it makes us so perfect for each other.” – Emeeriz

Kerana ibu kandung, hidupnya sengsara… Dan kerana lelaki pula hidupnya jadi tak keruan. 

Mampukah Gianna merasakan kebahagiaan untuk dirinya? Dapatkah Emeeriz menerima kekurangan Gianna? Al-Wazir: Permata Terindah ini akan merungkai segalanya.

Mana Pelamin Qausar

Tajuk : Mana Pelamin Qausar
Penulis : Hananee Amir 
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0851-39-6
Mukasurat :
Berat : 

Sinopsis
Bertahun sudah berlalu, namun peristiwa pahit antara Qausar dan Raihana tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Kalau aku jadi Raihana… aku tampar kau balik macam mana kau tampar dia dulu.”

Akibat daripada sikapnya yang kurang waras ketika itu menyebabkan Qausar kehilangan Raihana. Gadis itu akhirnya memilih orang lain.

Lama selepas itu, Mejar Qausar bertemu kembali dengan Raihana dalam pertemuan yang tidak disangka. Kasihnya pada Raihana tidak pernah mati. Qausar kembali menagih cinta daripada Raihana walaupun beberapa kali cintanya ditolak. Namun saat Raihana mula membuka hatinya buat Qausar, lelaki itu tiba-tiba berubah fikiran. Dia mahu Raihana pergi jauh-jauh daripada dirinya.

Mengapakah Qausar berubah hati secara mendadak? Dapatkah cinta mereka bersatu semula?

Novel ketiga HANANEE AMIR bercerita tentang si pilot dengan gaya jenaka sinis. Kisah cinta pertama yang tak pernah dapat dilupakan. Sebuah cerita yang pastinya akan mengingatkan kita pada kisah lalu.

Obses

Tajuk : Obses
Penulis : Syasya Bellyna
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0693-6
Mukasurat : 560
Berat : 500g

Sinopsis
Bermula dengan pencarian teman sehati sejiwa, sepuluh jejaka melepasi temuduga dan terpilih menjadi calon dalam ‘pencarian soulmate’. Berlatarbelakangkan istana Castlebury di Scotland, Emily mencari keserasian di antara salah seorang peserta. Tidak mudah bagi Emily yang percaya bahawa cinta tidak akan datang dengan memaksa perasaan sendiri, namun apabila ada kasih tersemat di kalbu, peristiwa misteri mula melanda perjalanan mencari cinta sejati. Ditambah dengan ketaksuban Emily pada sejarah cinta dua darjat di Castlebury yang pernah dikambus masa, merumitkan keadaan.

Waktu kian berlalu, Emily hampir melunaskan impian ibunya dengan berusaha sehabis baik tanpa menyedari bahawa ada mata yang memerhati. Ada hati yang terseksa. Ada fikiran yang kotor. Ada rahsia di antara rahsia. Jemala Emily Arkisya menepu dengan kebenaran dan pembohongan. Dengan tindakan Adila, sahabat terbaik baginya mencurah kepahitan buat Emily.

Ditambah lagi dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh calon-calon suami bagaikan menembak mati hati selebriti ini. Permusuhan di antara mereka memporak-perandakan fikiran Emily Arkhisya sehingga di satu tahap wanita ini semakin keliru. Campur tangan Umi Kalsom, wartawan hiburan memutar fakta sehingga saat kebenaran terbongkar. Kerana rasa kasihnya kepada orang tua, kerana murninya persahabatan, kepercayaan yang tiada berbelah bagi, kesetiaan tiada taranya, kejujuran tanpa prasangka, kebaikan yang tiada tandingan, hati wanita ini dibunuh perlahan-lahan.

Misteri Castlebury, diari Bridget Khursheed, Lady Kiara, Christian Slater, sepuluh calon suami dan keluarga Emily, padat menerjah kotak fikiran. Semua rahsia akan terungkap di kota lama Castlebury. Namun, Emily adalah buruan sebenar! Muncul pertanyaan apabila hati meragui segalanya. Adakah Emily berjaya menyelesaikan semua persoalan yang bermain di fikiran? Apa yang nyata, Castlebury menjadi saksi percintaan, persahabatan, pergolakan jiwa, pengkhianatan, pengorbanan dan kemusnahan hidup seorang wanita.

Imaginasi


Tajuk : Imaginasi
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0692-9
Mukasurat : 548
Berat : 500g

Sinopsis
Mereka... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Tiga cinta dengan tiga kata. Kelam dan suram menjadi suasana latar kehidupan masing-masing. Warna pelangi itu terlihat, cuma tidak mampu digapai. Maka impian itulah yang melonjakkan hasrat agar mimpi setiap orang tidak berubah menjadi igauan buruk.

Suhaila - Perempuan yang hidup menyendiri dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas agar kejahatan tidak terlihat sesiapa pun menerusi mata sirna kebenaran.

Kamil - Lelaki yang baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama di ladang kelapa sawit telah menjebakkannya ke dalam gelora cinta Suhaila. Apakah Kamil bakal menjadi korban percintaan?

Hafiz - Pengembara eropah yang menemui cintanya di Amsterdam, Holland. Yang dicintai adalah perempuan Indonesia bernama Citra Widya, buruan dua lelaki dari negara seberang. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa?

Abam - Lelaki lurus bendul. Dia seorang penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita dengan caranya yang tersendiri. Namun, cintanya ditolak Juita.

Suatu ketika, keajaiban berlaku. Juita pula berubah sebaliknya, mencintai Abam. Bagaimanapun, Abam tidak semena-mena berubah akibat dirasuk semangat saka Suhaila. Apakah cinta Juita berjaya memulihkan semangat rasuk yang menyinggahi Abam?

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan nilai cinta dalam IMAGINASI. Kisah ini tampak lembut di luar, tetapi keras dan gila di dalam. Berlarilah tanpa menoleh untuk menyelamatkan nyawa sendiri. Apabila cinta itu berjaya menjangkau, maka tiada jalan untuk kembali. Pembebasan hanya mampu dilakukan dengan pengorbanan yang harus dilakukan dengan tulus ikhlas. Kerana cinta itu memiliki kuasa magisnya yang tersendiri.