Tajuk : Doa Zikir Harian Rasulullah
Penulis : Rufaiq Al Islam
Harga : RM30.00
ISBN : 978-986- 0675-2
Mukasurat :
Berat : 450g
Sinopsis
AMALAN doa adalah satu ibadah dan senjata bagi orang mukmin. Namun, kebanyakan kita hanya berdoa ketika dalam keadaan susah atau apabila memerlukan sesuatu perkara. Sedangkan Islam menganjurkan kita untuk berdoa kepada ALLAH dalam setiap keadaan sama ada ketika susah mahupun senang.
Naskhah ini merupakan himpunan doa dan zikir harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ia diambil daripada hadith-hadith yang sahih dan meliputi semua aktiviti harian. Dilengkapi juga dengan fadilat-fadilat doa yang khusus agar kita lebih menghayati dan bermotivasi untuk sentiasa berdoa.
Semoga dengan kehadiran buku ini, kita mampu mencontohi Rasulullah SAW yang tidak pernah meninggalkan doa dan zikir kepada Allah dalam setiap urusan Baginda.
ISI KANDUNGAN MENARIK
• Doa Memakai Pakaian Baru
• Doa Apabila Ditimpa Kesusahan
• Doa Pada Waktu Pagi Dan Petang
• Mohon Dijauhkan Daripada Fitnah Dajjal
• Bermimpi Melihat Sesuatu yang Menakutkan
• Doa Ketika Bertemu Musuh
• Doa Orang Yang Berhutang
• Doa Ketika Gelisah Dan Sedih
• Doa Kepada Orang Yang Sakit
• Mohon Perlindungan Untuk Anak Kecil
No comments:
Post a Comment