Tajuk : Once Upon A Time
Penulis : Inawza Yusof
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-099249-5
Mukasurat :
Sinopsis
Siapa yang tak inginkan sebuah cerita yang serba indah, ibarat fairytales yang membuai tinggi nun ke langit sana?
Tapi… Realitinya tak pernah sama apatah lagi melibatkan Jay.
Lily sebenarnya penat! Sudahlah ditinggalkan sesuka hati oleh lelaki itu seminggu sebelum perkahwinan mereka. Tiba-tiba sekarang, apabila dia mula bahagia, Jay kembali dengan muka selambanya.
“Whatever, Jay. Kalau kau nak jadi pengecut, jangan heret aku sekali. You’re incapable of loving anyone else but yourself. I should have known better.” - LILY
Bagi Jay pula, kepulangannya hanya untuk menamatkan sebuah kisah yang dibiarkan tanpa penghujung. Namun seperti biasa, perkara yang melibatkan Lily tak pernah mudah. Siapa sangka Cik Pinokio itu sudah jumpa pengganti baru? Setelah mengetahui calon penggantinya, lagilah Jay tak boleh duduk diam.
Bukankah orang kata keinginan hati itu harus diperjuangkan?
“Once upon a time, you’d lie for me. In fact, you’d do anything for me. But then, I broke your heart.” – JAY
Punya dua sahabat yang penuh dengan pelbagai helah tak sihat seperti Jay dan Lily cukup buat kepala Ed pusing. Terutama apabila dia kini tersekat antara mempertahankan perasaan sendiri ataupun persahabatan yang sudah bertahun lama. Masalahnya, bila masing-masing perangai macam con artist, boleh ke dia percaya?
“Once upon a time, there were three silly kids. They were selfish, they were rotten. They lied. They hurt people.” – ED
Eh, siapa pula Si Helena ni? Kenapa beria-ia sangat nak buat hidup orang susah? Haishhh!
Ini cerita tentang masa lalu, tentang tipu helah, tentang depresi, tentang perjalanan tiga manusia menjadi seseorang yang lebih baik, tentang semua yang tak indah dalam hidup dan semestinya tentang cinta, cita-cita dan persahabatan.
Kerana apa itu hidup tanpa cinta, cita-cita dan teman?
No comments:
Post a Comment