Tajuk : Syurgaku Tak Sempurna
Penulis : Sara Aisha
Harga : RM28.00
ISBN : 9789674690397
Mukasurat :
Berat :
Sinopsis
Pertama kali menatap Zalia, hati Tengku Zarif berdetak hebat. Dia yakin itulah kasihnya. Itulah cintanya. Biar ibu membenci, biar satu dunia melawan, cintanya buat Zalia tidak akan pernah berganjak.
“Tengku buat saya tak tahu nak buat apa.” – Zalia
“Awak boleh buat satu perkara. Marry me, Zalia!” – Tengku Zarif
Seperti pasangan yang lain, mereka melalui bahtera perkahwinan yang indah. Cinta memekar wangi. Anak pengikat kasih. Bagi Zalia, itulah syurganya. Cukup sempurna.
Namun, mereka terlupa. Seorang Tengku Zaharah tidak akan berhenti selagi tidak mendapat apa yang diingini. Pernikahan mereka perlu dihancurkan! Itu sumpah Tengku Zaharah. Dia sanggup berbuat apa sahaja. Walaupun mengorbankan nyawa.
“Aku tak nak dia ada dalam keluarga aku. Aku kena buat sesuatu.” – Tengku Zaharah
Kemunculan semula Fariena, membuatkan syurga mereka semakin goyah. Zalia cuba bertahan. Tetapi sekuat mana pun dia, apabila terlampau digasak, akhirnya tersungkur jua. Tanpa rela, dia mengambil keputusan yang menghancurkan jiwa.
“Saya nak awak bernikah dengan Fariena.” – Zalia
Ternyata, keputusan itu cuma keputusan bodoh yang melumatkan lagi sekeping hati milik Zalia. Tengku Zarif semakin jauh. Fariena senyum mengejek. Tengku Zaharah ketawa sinis. Lalu, yang tertinggal cuma Zalia bersama hati yang semakin lama semakin dongkol. Tetapi mereka tersilap besar! Seorang Zalia tidak akan selamanya menunduk. Bila diri dan hati sudah selalu dipijak-pijak, dia bangkit bersama dendam.
“You… You… You dah menang, Zalia.” – Fariena
“Selagi kau belum mati, aku belum menang.” – Zalia
Namun, benarkah kebencian harus dibalas dengan kebencian? Benarkah dendam mampu merawat hati yang lebur?
No comments:
Post a Comment