Wednesday, May 31, 2017

Jangan Menangis Cinta

Tajuk : Jangan Menangis Cinta
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM33.90
ISBN : 9789675822537

Sinopsis
Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

“Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?” sindirnya.

“Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang,” marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

“Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!”

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

“Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.

#DudaDara

Tajuk : #DudaDara
Penulis : Rehal Nuharis, Nia Qurratun’aini, Hanny Esandra, Zany Ezatie
Harga : RM22.00
ISBN :  978-967-365-303-4

Sinopsis
#UdaDara – Rehal Nuharis

Abang Pilih Yang Mana

“Aku pendekkan cerita ya. Dulu masa sekolah aku tak tau pun yang rupanya dia dengan kawan baik dia, Wawa syok kat aku. Dia orang berebut nak dapatkan aku. Satu hari tu dia orang datang jumpa aku tanya abang pilih yang mana? Laju ajelah aku jawab aku pilih Wawa sebab masa tu Wawa lagi cun daripada dia,” cerita Uda mula membuka kembali cerita zaman sekolah dengan Dara.

#NadimSyafa – Nia Qurratun’aini

Mr. Dudarella

“Mulai hari ni saya nak tukar. Bukan Cinderella.”

“Habis tu?”

“Dudarella.”

Nadim Qhairuddin menghadiahkan senyuman. “Dudarella?”

“Ya. Dudarella,” ucap Syafa Athira disulami jelingan manja dan bermakna.

“Kalau macam tu, duda ni memang rela sayangkan awak sampai akhir nafas dia.”

#ZafriAiris – Hanny Esandra

Duda Dilarang Masuk

“Kenapa, Airis? Awak tak suka kawan dengan duda?”

“Erm, lebih kurang macam itulah. Saya tak suka berselindung. Lebih baik saya berterus terang. Saya tak terfikir pun nak berkawan dengan duda. Awak memang dilarang masuk.”

“Masuk ke mana?”

“Masuk ke dalam hati saya!”

#IdhamIshaa – Zany Ezatie

Duda Full Package

“Ishaa sebenarnya…” Dia berdeham beberapa kali.

Beberapa ketika kemudian, “Ishaa dah jatuh cinta dengan Datuk.”

Mata dan kening kiri Ishaa Dania terangkat bagi melirik reaksi Idham Fadri.

“Who the hell are you!?”

#HambaliNaimi – Bikash Nur Idris

Duda Gila Aku

“Hmm, sayang sekali awak tak boleh buat cop tapak tangan anak-anak lain kat sini. Yalah, kahwin dengan saya kan takkan dapat anak.”

“You know it’s not gonna work on me, Naimi. Abang reda dengan kekurangan Naimi. Naimi pun kenalah reda dengan kelebihan abang.”

Encik Pemikat Hati

Tajuk : Encik Pemikat Hati
Penulis : Fatiah Zohar
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-308-9

Sinopsis
Kata orang, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Tapi, bagi Aatif berjumpa semula dengan Adwa bukannya jodoh, tetapi satu bala. Enam tahun mereka terpisah kerana satu peristiwa. Bila dah bertemu semula, Adwa cuba untuk mendapatkan kembali cintanya.

Aatif geleng kepala kepada Adwa yang main gila. Sudah berstatus suami dan bapa, masih mahu mencari dara?

“Apa bukti awak nak kata saya dah kahwin ni?” – Adwa
“Apa bukti yang awak memang belum kahwin?” – Aatif

Semakin Aatif lari, semakin laju Adwa mengejar. Takdirnya, mereka bekerja pula di tempat yang sama. Semakin bersungguh Adwa mahu memikat Aatif semula. Tapi, Aatif menolak semahunya. Hilang akal agaknya, sudah beristeri masih menjual ayat cinta?

“Dah tu, nak saya cakap apa?” – Aatif
“Kalau boleh nak awak cakap I love you.” – Adwa

Kadang-kadang suka, kadang-kadang benci. Tapi, yang banyaknya suka. Bila kekeliruan dah terlerai, bahawa Adwa bujang juga, Adwa semakin berani jual ayat cinta. Buat Aatif rasa nak pitam setiap masa. Enam tahun memendam rasa, Adwa mahu jawapan daripada dia.

Aatif pula, tidak tahu mahu jawab apa. Cinta ataupun sebaliknya?

Jodoh Oh Jodoh

Tajuk : Jodoh Oh Jodoh
Penulis : Aunie Ayunie
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-306-5

Sinopsis
Setiap kali bertemu dengan encik duda sayang, Dara rasa hatinya bergetar dan buat dia berangan-angan naik bukit turun bukit sambil nyanyi lagu Hindustan. Oh, syahdu sungguh bila hati jatuh cinta.

Duda? Ah, itu bukan ukuran. Bak kata orang putih, everything is fair in love.

Dara memulakan kerjanya sebagai babysitter dan pembantu rumah di rumah Khayr dan manalah dia sangka lelaki itu adalah lelaki yang sama buat jiwanya jadi nanar.

Khayr rasa macam nak gila bila dapat tahu yang Dara langsung tidak reti masak. Kalau tak reti, macam mana nak jadi pembantu rumah? Ah, parah! Mahu dipecat, dia boleh nampak aura Dara yang begitu kuat mengikat hati Hana, anak perempuannya. Jadi, Khayr pasrah. Setiap hari dia pula yang memasak untuk Hana dan untuk Dara. Geramnya!

“Dara boleh berhenti kerja, tapi dengan satu syarat. Dara kena jadi menantu saya.” Puan Latipah.

Oleh kerana satu fitnah, Puan Latipah nekad mahu mereka berkahwin. Dara tidak pernah lelah memikat hati si suami. Khayr layan endah tak endah pun, dia tetap menggoda. Akhirnya, jiwa Khayr berjaya ditakluk. Hebat, kan?

Kehadiran Sarah Hanani yang menagih kasih demi Hana buat Dara kenal siapa Khayr. Dan, Asyira yang tidak pernah berhenti mengejar cinta Khayr menguji kesetiaan seorang Khayr terhadap Dara kesayangannya. Dara bukan perempuan yang mudah goyah. Dia isteri Khayr yang sah, maka dia tidak akan tunduk dengan sebarang tohmahan. Cuma dia pemilik jodoh Khayr!

Setelah Aku Pilih Dia

Tajuk : Setelah Aku Pilih Dia
Penulis : Eyla Hime
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-365-307-2

Sinopsis
Untuk membalas budi. Hanya itu sebabnya kenapa Hadif Adrian memilih untuk bersetuju mengahwini Hana Naziha. Kerana itu, dia tidak mampu untuk bersikap mesra terhadap gadis itu. Apatah lagi bila Hana Naziha juga mempunyai satu kekurangan yang tidak mungkin boleh diterima oleh lelaki lain yang waras seperti dirinya.

Namun, dingin Hadif Adrian itu cuma sekadar di bibir. Sifat acuh tak acuhnya juga cuma sekadar lagak. Hakikatnya, setiap kali Hana Naziha memerlukan bantuan, jejaka itu pasti akan datang menghulurkannya. Malah, hasil dorongan Hadif Adrian jugalah, Hana Naziha berjaya merubah dirinya menjadi seorang yang lebih berani untuk bangun membela diri daripada terus dihina.

“Ya, Hana. Abang dah berkeputusan untuk terima Hana sebagai isteri abang.”
“Hana tak mimpi?”
“Tak.”

Mengharapkan agar suatu hari nanti Hadif Adrian akan benar-benar ikhlas menerima dirinya, Hana Naziha menyangka bahawa impiannya yang satu itu telah tertunai. Namun, saat isi kotak Pandora yang tidak sepatutnya dibuka itu didedahkan kepadanya, barulah dia menyedari bahawa bahagianya cumalah sebuah pembohongan semata.

“Hana benci abang.”

Meskipun Hadif Adrian sudah memilih untuk melindungi gadis istimewa itu seumur hidupnya, apa sahaja yang dia mampu untuk lakukan saat Hana Naziha melafaz kata itu?

Bicara Cinta

Tajuk : Bicara Cinta
Penulis : Missa J
Harga : RM27.90
ISBN : 978-967-5822-47-6

Sinopsis
Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden.

“Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!”
“Nenda!!!

“Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara.

Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang.

“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan.

Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya.

Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta?

Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda.

“Si Zairee tu kacau kamu lagi ke?” tanya Nenek Humairah.

Anis dalam dilema.

“Oh… mak pun tahu. Hmmm kenapa dia orang ni sorokkan dari aku.” Hati Adee mula curiga.

Mampukah Anis mempertahankan cintanya? Cinta yang mana? Adee atau Zairee? Bicara cinta. Siapakah di hatinya?


Anjung Rindu

Tajuk : Anjung Rindu
Penulis : Alia Zara
Harga : RM29.90
ISBN : 9789675822469

Sinopsis
“Nama pun screaming room. Jadi sesuailah dengan jeritan kamu tu,” kata Madd I Z.

Zsa Zsa Bella seorang blogger. Kunjungannya ke Hong Kong telah menemukan dia dengan seorang jejaka yang digelar ‘Harajuku’ bernama Madd I Z. Kedua-dua yang memiliki nama pelik ini teramat ego. Masing-masing ingin mengenakan antara satu sama lain sehingga termeterai satu perjanjian.

“Buat apa berembun lama-lama kat situ Bella. Masuklah,” ujar Nenek Fatma. 

Sejak Sungai Melaka berubah wajah, Zsa Zsa Bella sering menunggu di anjung. Setiap malam menjadi rutinnya. Sejak pulang dari Hong Kong, dia semakin kerap berada di situ.

“Wah! Ibu dah tak sabar nak menerima menantu, ya. Lepas tu, tak sabar-sabar nak menimang cucu dan lepas tu, menangis sebab bergaduh dengan menantu,” usik Madd I Z.

Madd I Z pernah menyerahkan urusan mencari jodoh kepada orang tuanya dan mereka telah menerima Damia Qistina sebagai calon menantu. Namun, setelah bertemu Zsa Zsa Bella, perasaan lain menular dalam hatinya.

“Ibu berkenan tak dengan Bella?” tanya Madd I Z.

Puan Izzahan kagum dengan cara Zsa Zsa Bella bekerja. Setiap pergerakan Zsa Zsa Bella diperhatikannya. Tetapi semakin hari, hatinya risau melihat kemesraan anaknya dengan gadis itu.

“Kenapa you bawa blogger tu?” soal Damia Qistina, meradang.

“Awak ni tunangan orang. Saya tak mahu ganggu tunang orang,” kata Zsa Zsa Bella.

Zsa Zsa Bella cuba untuk melupakan kisah cintanya yang lalu. Dia ingin membuka lembaran baru. Tapi kenapa dia masih menyimpan rindu? Mengapa sukar untuk menghapuskan satu rasa yang terpenjara di dalam hati, sehinggakan tak mampu membuka hati untuk orang lain? Di Anjung Rindu penantian setiap detik dan waktu.

Monday, May 29, 2017

Izinkan Aku Mencintai Dia

Tajuk : Izinkan Aku Mencintai Dia
Penulis : Aein Dhiyauddin
Harga : RM25.00
ISBN : 9789674062491

Sinopsis
Kerana kecurangan Faris, Hannan Aisya berhijrah ke bandar membawa hati duka lara.
Saat Aisya bergelut dengan rasa sedih dan kecewa muncul pula Auzan Rudi Shauqi yang selalu memperlekehkan dirinya, malah dia lebih seronok membuli Aisya.
“Geum Jan Di…”
​“Hah!”
​“Geum Jan Di.”
​“Siapa tu?”
​“Nama baru awak.”

Bagi Aisya, Shauqi hanyalah langau yang mengganggu hidupnya. Namun pernyataan cinta seseorang kepada Aisya membuatkan Shauqi jauh hati.
“Along tak tau kenapa pertama kali jumpa dia along rasa… satu perasaan yang lain. Along rasa along rindukan dia.” Asyfar Haziq Musyaffa
Tiba-tiba kehadiran seseorang yang pernah bertakhta dalam hatinya memporak perandakan lagi hidup Aisya.
“Abang tau Sya masih cintakan abang… abang yakin sangat.” Faris Hakimi
Aisya dalam dilema. Antara cinta Faris Hakimi yang pernah mengecewakannya atau Asyfar Haziq Musyaffa, lelaki yang seiras pelakon pujaannya.
Bagaimana pula dengan Auzan Rudi Shauqi?
‘Terima kasih Ya Allah. Izinkan aku mencintai dia hingga ke akhir hayatku’
Cinta siapakah yang akan jadi pilihan Hannan Aisya?

Coklat Cinta

Tajuk : Coklat Cinta
Penulis : Nurharyati Ishak
Harga : RM24.00
ISBN : 9789674062477

Sinopsis
ADELIA..Adelia, hidupnya tidak sperti gadis lain. Dia sentiasa terkongkong di bawah perintah Ayu. Kemana - mana sahaja dia ditemani Syamil. Namun, apakan daya, menyedari akan status diri, dia terpaksa. Menjejak ke negara matahari terbit. Hidupnya mula berwarna. Di sanalah dia mula mewarna. Di sanalah dia mula mengenali erti cinta meskipun Syamil seakan bayang hitam yang sentiasa merantai kakinya.

SYAMIL..Kehadiran gadis itu sejak kecil mengundang amarahnya. Namun dia sedar, ada satu perasaan halus yang mula mengusik hatinya walaupun dia sering menafikan. Namun sikapnya yang sering menengking Adelia menyebabkan gadis itu semakin menjauhinya

DAIMEN.....Seorang jejaka Cina yang mula menyinari hati Adelia. Sikapnya yang romantis dan melayan Adelia seperti seorang Puteri membuatkan gadis itu mula membuka hatinya perlahan - lahan. Demi ingin melindungi Adelia, dia sanggup mengikat janji cintanya.

"You betul - betul cintakan I ?"

"Sumpah." Damien angkat tangan separas bahu.

"You janji tak akan curang dengan I?"

"Lelaki ini adalah lelaki paling setia pada abad ini."

"Kalau suatu hari nanti I dah gemuk, you masih setia dengan I?"

"Takkan I peduli pada saiz badan you."

Namun segalanya bukan mudah. Satu demi satu dugaan mula menguji cinta mereka sehingga terbongkarnya rahsia yang menyebabkan mereka harus mempertimbangkan ikatan yang terbina selama ini. Dengan status diri, rahsia terpendam serta hasad dengki membuatkan mereka semakin jauh.

"Sekarang you cakap., apa yang you nak sebenarnya. I boleh bagi pada you. Kecuali bulan, bintang dan matahari. Lain - lain I boleh bagi. Cakap!"

"I nak kebahagiaan I yang dulu , bi."

"You berkahwin dengan I bukan nak cipta bahagia, Adelia. Tetapi you cuba cipta dunia you sendiri!"

Lalu....Apakah yang perlu Adelia lakukan? Setia menunggu atau membawa hatinya yang lara? Dimana dia harus menumpang kasih bila kepercayan mula hilang satu demi satu? Masihkah ada lagi rasa cinta antara mereka bila maruah diperkotak - katikkan?

Waris Dukun Hitam

Tajuk : Waris Dukun Hitam
Penulis : Syikin Zainal
Harga : RM22.00
ISBN : 9789674062460

Sinopsis
EMBUN, pewaris keturunan dukun hitam, seorang dukun yang benar-benar ampuh di zamman silam. Kedua-dua orang tuanya dibunuh oleh neneknya sendiri yakni NENEK KUNTUM semasa dia kecil. Sejak kecil Embun hanya didedahkan dengan segala macam sihir dan ilmu hitam. Dia diasingkan oleh masyarakat kerana dua sebab. Pertama, kerana Nek Kuntum mahu menyediakan dia sebagai pewaris ilmu tengkorak hitam dan sekali gus menjadi pewaris dukun hitam. Dan sebab kedua, kerana dia adalah cucu Nek Kuntum, seorang pengamal ilmu hitam yang ditakuti oleh penduduk kampung. Biarpun begitu, Nek Kuntum selalu sahaja menjadi tempat kunjungan penduduk yang sentiasa mahukan 'sesuatu' daripadanya.

Menginjak remaja, Embun mencintai seorang pemuda bernama YUSOFF. Cinta mereka bersemi seiring dengan usia. Embun sebenarnya tidak mahu bergelar dukun. Dia sekadar mahu menjadi seperti gadis pingitan yang lain, dicintai dan mencintai. Hubungan Yusoff dan Embun diketahui keluarga Yusoff dan Nek Kuntum. Mereka menghalang cinta mereka. Keluarga Yusoff menghalang kerana mereka mendambakan anak Orang Kaya Leman sebagai menantu. Sementara itu Nek Kuntum melarang kerana Yusoff seorang pemuda yang bakal menghancurkan harapannya.

"YaEmbun ini. Tadi bilang tidak takut sama hantu. Baru tengok Sentot sudah kecut. Hingga Embun pun abang sudah tidak kenal," - EMBUN

"Hantu? Mana ada hantu di dunia ini, Embun. Yang ada hanyalah syaitan. Yang tugasnya menyesatkan manusia," - YUSOFF

Sementara itu, TOK NYANG sentiasa menjaga keturunannya daripada menjadi hamba syaitan. Tok Nyang dan keturunannya sentiasa menjadi buruan waris dukun hitam. Cintanya pada Embun menyebabkan dia berkelana bersama keluarga untuk mengelak daripada diburu oleh waris dukun hitam. Mak dukun sudah semakin terdesak. Dia sudah terlalu lama menjadi hamba kepada janji yang dimeterai. Menginjak ke usia tua, dia perlu mencari pengganti! Antara Fatin, Aida dan Adzim yang mempunyai pertalian darah. Mereka bertiga adalah waris dukun hitam! Siapakah yang menjadi mangsa perjanjian syaitan ini? Dapatkah pengganti dicari? Nikmatilah cerita WARIS DUKUN HITAM ini sehingga perkataan tamat untuk menemui jawapan yang dicari.

Cindai Berdarah

Tajuk : Cindai Berdarah
Penulis : Indah Hairani
Harga : RM26.00
ISBN : 9789674062484

Sinopsis
Saat pandangan Mak Nang menyentuh wajah lelaki itu, nafas Mak Nang terhenti. Wajah itu direnungnya dalam-dalam. Lelaki itu tiba-tiba meletakkan kepala di ribaan sosok wanita itu.

“Suamiku.” Beritahu sosok perempuan itu sekali lagi disusuli ketawa nyaring.

Ah! Itu Imran. Imran majikan aku! Mak Nang ingin menjerit memanggil nama Imran, jeritan Mak Nang hanya bergema di kerongkong. Mata Mak Nang merenung Imran di ribaan sosok perempuan itu. Kepala Imran diusap perempuan itu dengan senyum panjang.

“Suamiku sedang sakit.” Beritahu perempuan itu sambil mengusap–usap kepala Imran. Mak Nang masih lagi tidak mampu mengalih pandangan dari wajah Imran. Kepala Imran terkulai di ribaan perempuan itu.

“Syt...”Desis perempuan itu dengan nada suara bertukar parau dan serius. Perempuan itu tiba-tiba mengangkat kepala Imran dari ribaannya kemudian diletaknya di atas bantal di sebelahnya. Perempuan itu mencapai sebuah gelas di atas meja kecil di sebelah katil berkerawang itu. Sebilah pisau berkilat dikeluarkan dari lacinya.

Perempuan itu tiba-tiba bangkit dari katil dan berdiri merenung ke wajah Mak Nang. Jantung Mak Nang berdegup pantas.

Lelaki Versi Hero Novel

Tajuk : Lelaki Versi Hero Novel
Penulis : Shazie Kamaruzaman
Harga : RM25.00
ISBN :  978-967-365-304-1

Sinopsis
Puncanya satu saja! Atas sebab kecuaian sendiri, identiti rahsia Dean Raphael sebagai Anon, penulis novel cinta anonymous/unknown terdedah. Terkantoi pula tu dengan si die-hard fan Anon, Yara Sabrina. Tak ke haru hidup dia?

Menjadi satu-satunya individu yang tahu rahsia besar penulis best-seller itu, haruslah Yara gunakan segala peluang yang ada. Semua rahsia mahu dikorek. Malah, siap ofer diri jadi girlfriend sementara. Konon nak tolong Inche Anonnya itu seru semula mood menulis yang hilang selama ini.

“Kita… bercinta nak?” – Yara
“Kita? Bercinta? Kau gila?” – Dean

Gila tak gila. Sudahnya, mereka couple olok-olok juga. Hari-hari Yara muncul di BFF, buat jantung Dean nak pecah melayan. Itu belum lagi part kena kuarantin dengan Pak Enon. Tapi, bila ada lelaki lain cuba nak mengurat Yara, pandai pula hati dia jadi cuak. Dan-dan, terkeluar terus statement berani mati.

“Yara… Be mine.” – Dean
“Inche Anon, kita sekarang ni bukan dekat dalam novel tau. Yang awak boleh buat scene ala-ala hero ajak heroin kahwin macam tu aje. No, no, no!” – Yara

Berkahwin dengan penulis novel cinta. Agak-agak Dean sweet dan romantik ala-ala watak hero novel yang lelaki itu sendiri cipta tak? Dan, kisah fairy tale mereka ini pula, happily ever after atau sad ending nantinya? Haisy, pening!

Abang Gengster Falls In Love

Tajuk : Abang Gengster Falls In Love 
Penulis : Cik Bawang
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-5289-57-6

Sinopsis
INI kisah Nick Batman and the gang…Black, Mark, Zainal dan Malik. NAMA dia dalam surat beranak ialah Nik Benjamin bin Nik Borhan. Nama gengsternya pula Nick Batman. Nama kampungnya, Amin! Ada sebab Nick menjadi gangster. Ketua kumpulan yang membuat jenayah di waktu malam…

KISAHNYA bermula apabila Malik dan Zainal tersalah culik! Nak culik Bella Marmara, anak musuhnya, terculik pula Bella Qistina…Tambah masalah, dia terjatuh cinta dengan tebusannya…

“Er... saya ni bosnya Bella, pak cik,” beritahu Nick dengan gaya penuh sopan melayan orang tua. Saat ini mereka sedang duduk di ruang tamu.
Bella juih bibir. Bos konon! Werkkk! Nick yang nampak reaksi Bella hanya buat tidak tahu. Biarlah Bella nak kutuk ke apa...yang penting, hati orang tua kena jaga. Takkan dia nak cakap...
“Saya Nick Batman, ketua gengster dan penjenayah. Saya culik anak pak cik. Nak paksa dia kahwin dengan saya.” Boleh ke gitu? Mahu dia kena parang kejap lagi.

BELLA yang positif...
“Nick... saya rela awak samun saya,” ujar Bella malu-malu
“Doa dulu,” bisik Bella meminta Nick berdoa dahulu sebelum ikatan mereka berganjak selangkah lagi.
Nick kerut dahi. Dia tergaru kepala sedikit. “Doa apa?” soalnya polos.
Bella kemam bibirnya kuat. Nak saja Bella membebel kepada Nick, itulah orang suruh pergi kursus kahwin tu bersebab, supaya tak jadi macam ni lah! Hish Nick ni! Nak kahwin koboi sangat. Ni ler jadinya.

“Hish! Kalau aku tahu Bella ada kawan cun macam tu, dah lama aku suruh si babun dua orang tu culik kawan dia sekali! Boleh kita kahwin sama-sama!” - Black

“Aku mengaku aku jahat. Gengster la, mafia la, penjenayah la, penyamun la, bla..bla..bla.. Tapi, aku pun manusia biasa. Ada hati dan perasaan.” – Nick

“Saya tahu mana awak nak pergi, Nick. Please, baru tadi awak mendekatkan diri dengan Allah. Dan sekarang awak nak buat kerja tu?” - Bella

Dhiana

Tajuk : Dhiana
Penulis : Ammara Ayyash
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-5289-56-9

Sinopsis
NIK FATAH…
Helaan nafasnya menegakkan segala bulu roma
Bicaranya melayangkan fikiran entah ke mana
Senyumannya menderaskan degupan jantung tak terkira
Dan sentuhannya membuatkan lidahku kelu tak terkata
Kucupan dilepaskan “Your lips are rosy.”

AKU tak tahu kenapa, tapi bila berada dekat dengan Nik Fatah, nafasku tersekat. Jantungku bagai dipam tanpa sempat memberi isyrat. Harumannya bagaikan dadah yang selalu membuatku ketagih. Nafsuku mencanak naik apabila tangan kasarnya menyapa kulit mulusku.

“I never plan this, to fall in love with you. It…it just happened.” – Nik Fatah

SEKARANG, baru aku faham kenapa kehadirannya menyekat keinginanku untuk mengemis cinta lelaki lain.

"Kenapa di langit yang indah itu namanya bintang?" – Nik Fatah
"Why?" - Dhiana
"Sebab yang indah di bumi namanya Dhiana." – Nik Fatah

TETAPI layakkah wanita seliar aku merasai nikmat dicintai lelaki sepertinya? Di saat kisah silam menghimpit aku, cuba menafikan cinta dan di saat cinta bersemi, aku pulaukan rindu yang bertandang…

“Kau tak percaya? Nah... Kau tengok ni apa doktor tulis dekat laporan kesihatan suami kau! Tengok Dhia!!! Suami kau positif dadah!!! Nik Fatah positif dadah!!!" – Edri

"Kau cakap dengan aku, Ed! Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau jadikan Nik mangsa? Kenapa kau buat dia macam tu? Dia tak salah, Ed."- Dhiana

DHIANA yang rakus nikmat dunia, tersungkurkah dia selamanya atau masih ada sinar untuknya?

Honey Bunny

Tajuk : Honey Bunny
Penulis : Ammara Ayyash
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-5289-56-9

Sinopsis
BERKAWAN pun tak sudi apatah lagi bercinta. Namun, dia tekad aku harus jadi miliknya. Usikan dan gelaran Honey Bunny untukku pun tak pernah lekang dari bibirnya.

"Keluar dari rumah ini! Mulai saat dan detik ini, Ummu Hani bukan anak aku lagi."- Abah.

MERAUNGLAH sepuasnya, kasih sayang abah sudah terputus. Yang ada cuma bisikan seorang lelaki yang ingin meraih cintaku. Namun mengapa ungkapan itu tidak pernah keluar dari mulutnya?

“Dengan melihat mata kau, aku hanyut. Dengan mendengar suara kau, aku terbuai. Dengan sentuhan kau, aku lemas dan dengan ketulusan kasih kau, aku khayal. Hanya dengan kau, jantung aku berdegup kencang tak kira masa. Bersama dengan kau, aku lupa waktu sedang beredar. Hanya kau satu-satunya, Hani.” – Reza

BAGI Reza, biarlah cintanya tak terucap asalkan segala belaian dan perhatiannya menggambarkan rasa yang menggebu di hati. Dia sanggup lakukan apa sahaja untukku tetapi bukan menyatakan perasaannya secara lisan. Ya, apa saja sehinggakan aku putus tunang dengan pemuda pilihan keluargaku.

KERANA harta, pertalian yang wujud terlerai begitu sahaja. Kerana dendam, ada nyawa yang terpaksa dipertaruhkan dan kerana cinta, ada semangat baru yang lahir kali kedua.

“Demi Tuhan, aku sanggup menjadi hamba cinta kau, Reza." - Hani

"Dan demi Tuhan, kau yang aku cinta bukan seorang hamba, tapi peneman untuk sepanjang perjalanan kita yang penuh dengan onak dan duri." – Reza

Akulah... Aryana

Tajuk : Akulah... Aryana
Penulis : M. Mariann
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-5289-58-3

Sinopsis
PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku hingga ke detik itu. Malam pertama yang kusangka bahagia bertukar malam paling sengsara...

"Kau jangan nak buat-buat tak faham. Kau bukan pertama yang aku tiduri! Cakap siapa yang ambil dara kau sebelum aku? Kau pergunakan aku? Kau jadikan aku pak sanggup? Cakap!" - Hakim

AYDAN, hadirnya dia memberi aku nafas baru. Di mana masih ada mentari yang sudi menyinari hidupku yang kelam. Di mana masih ada bahagia walau duka selalu menyapa.

"Arya, Aryana... Izinkan saya menghapus air mata awak. Kahwin dengan saya?" - Aydan

SEGALANYA indah. Aku dan Aydan. Namun...

"Dah terlambat perempuan. Aku dah cakap jangan cari fasal dengan aku. Kalau kau jadi bini aku baik-baik dulu, kau dah senang-lenang sekarang. Tapi kau degil! Kau menyundal! Perempuan sundal tempatnya di sini!" - Hakim.

"Cinta? Happy love story hanya untuk watak dalam drama. Dalam novel. Bukan orang macam kita. This is real life sayang. Kau takkan dapat bahagia yang macam kau harap tu. Face it!" - Haryani

"Aydan, kenapa awak tak cari saya? Adakah awak sudah lupakan saya?" - Aryana.

Aku menangis sendiri di dalam bath tub itu. Sememangnya aku tidak pernah tidur di sebelah lelaki yang melangganiku. Aku jijik. Jijik dengan apa yang aku lakukan!

"Tolonglah Aryana. Saya minta sangat... Tolonglah bagi peluang untuk kita bahagia. Bagi saya peluang untuk saya bahagiakan awak." - Aydan

MASIH layakkah aku yang hina ini untuk lelaki sebaik dia? Masih layakkah aku peroleh bahagia? Dan masih adakah cinta lagi setelah hidupku musnah akibat lelaki durjana dan cinta yang memeritkan?

Al-Quran Al-Karim Mushaf (A5)

Tajuk : Al-Quran Al-Karim Mushaf (A5)
Penulis : Karya Bestari
Harga : RM30.00
Saiz : A5

Sinopsis
CIRI UTAMA:
· Resam Uthmani.
· Mushaf Tajwid berwarna penuh.
· Dilengkapi Panduan Tanda Wakaf dan Tanda Baca.
· Diluluskan lembaga Tasheh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Al-Quran Al-Karim Amazing (A4)

Tajuk : Al-Quran Al-Karim Amazing (A4)
Penulis : Karya Bestari
Harga : RM135.00
Saiz : 21.3cm x 30.3cm (A4)
Mukasurat : 1264 

Sinopsis
Al-Quran Amazing Karya Bestari mempunyai tujuh pembahagian utama berdasarkan keperluan praktikal masyarakat terhadap amalan seharian iaitu Ibadah, Muamalah, Akidah, Sirah Nabawi, Kisah Nabi dan Rasul, Asmaul Husna dan Terapi Qurani.

Terdapat 33 perkara dan keistimewaan yang boleh didapati dalam Al-Quran Amazing .

Antaranya ialah terjemahan tafsiriyah (per kata), penunjukan ayat perbahasan, tajwid berwarna, panduan hukum tajwid, kaedah-kaedah tajwid dan Mu’jam (kamus).

Selain itu terdapat Tafsir Jalalain, Tafsir At-Tabari, Tafsir Ibnu Kathir, Riyadus Salihin, Hadith Al-Arbain, Syamail Muhammadiyyah, Hadis Qudsi, Sirah Nabawi, Doa- Doa Asmaul Husna dan Asbabun Nuzul.

Tambahan istimewa Al-Quran Amazing ialah Kajian Arkeologi dan Sejarah Islam, Nasihat dan Pengajaran, Zikir Al-Mathurat, Tutorial Ibadah Seharian, Tutorial Praktis Umrah dan Haji serta lain-lain lagi.

Penulisan Al-Quran Amazing mengikut resam Uthmani dan juga terjemahan dalam Bahasa Melayu.

Al-Quran Al-Karim Multazam (A4)

Tajuk : Al-Quran Al-Karim Multazam (A4)
Penulis : Karya Bestari
Harga : RM70.00
Saiz : A4

Sinopsis
Menampilkan keistimewaan khat atau tulisan yang lebih besar dan selesa untuk dibaca.

Membahaskan secara sistematik mengikut 7 tema iaitu ibadah, muamalat, akidah, sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani.

Bersumberkan rujukan sahih daripada metod penafsiran para ulama' yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma'sur).

Tampil berbeza dengan al-Quran al-Haramain, al-Hambra dan al-Kautsar dengan keistimewaan perbahasan tafsir al-Quran yang disokong olah hadis-hadis sahih pada ayat-ayat terpilih.

Turut disertakan dengan indeks bertema yang memudahkan untuk merujuk pada ayat berkaitan.

Al-Quran Al-Karim Maqdis (English Version)

Tajuk : Al-Quran Al-Karim Maqdis (English Version)
Penulis : Karya Bestari
Harga : RM80.00
Saiz : A4

Sinopsis
Al-Quran ini adalah sama seperti al-Quran Terjemahan Per Kata iaitu AL-ANDALUS, RIYADH & MU’JAM yang diterbitkan dalam Bahasa Malaysia sebelum ini.

Cuma edisi untuk Maqdis, ia datang dengan terjemahan dalam Bahasa Inggeris.

TERDAPAT 5 PILIHAN WARNA :

1) HIJAU
2) BIRU
3) MERAH
4) UNGU
5) COKLAT

Wednesday, May 24, 2017

Klimaks

Tajuk : Klimaks
Penulis : Helmi Effendy
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-333-5

Sinopsis
Rutin seharian Saiful Hawiz memburu di kawasan hutan berdekatan dengan rumahnya berakhir dengan tragedi apabila dia tercedera dalam pertarungan dengan dua orang penceroboh yang telah merosakkan ekosistem hutan tersebut. Di rumahnya pula, dua orang anak gadisnya yang risau apabil ayahnya tidak pulang ke rumah, mengambil tekad untuk berdepan dengan zombie dan kesejukan zaman ais pada waktu malam, berjalan kaki berkilometer meminta bantuan koloni manusia terdekat dengan rumah mereka.

Saiful Hawiz berhaya diselamatkan, tetapi salah seorang dari anak gadisnya Zurialis pula terkena gigitan zombie, sekaligus membuka peluang untuk dirinya untuk bertukar menjadi zombie. Tidak mahu perkara yang sama berlaku pada isteri berlaku pada Zurialis, Saiful Hawiz bergegas ke Koloni Bukit Bintang bersama dengan anak sulungnya Farhani dan teman lelakinya Hazrul Hiji demi meminta bantuan sahabatnya seorang saintis bernama Ahmad Naim, dengan harapan lelaki itu mempunyai penawar dan cara merawat Zurialis.

Sepertinya, TUHAN memakbulkan doa mereka. Zurialis disuntik dengan vaksin yang tidak pernah diuji oleh mana-mana manusia. Zurialis menderita sepanjang malam itu, tanpa mengetahui esoknya dia bangkit sebagai satu-satunya manusia yang berjaya sembuh dari virus yang menghancurkan tamadun manusia. Ketika itu, hampir seluruh isi rumah sedang lena membuatkan Zurialis dijangkiti rasa salah faham. Tidak mahu dirinya bertukar menjadi zombie dan menghabiskan ayahanya, kakak, saintis dan teman lelaki kakaknya, Zurialis secara senyap keluar dari rumah.

Namun, dia berjaya ditangkap oleh anak-anak buah pemerintah diktator bernama Shafrizal. Lebih-lebih lagi dia diketahui kebal dari virus dan dijadikan bahan eksperimen oleh Shafrizal untuk mengorek rahsia kekebalannya. Zurialis ditempatkan di sebuah penjara bawah tanah yang terletak di Kamunting.

Ini memaksa Saiful Hawiz bersama Farhani, Ahmad Naim dan Hazrul Hiji melakukan pengembaraan dari Koloni Bukit Bintang, meraih sebanyak mungkin bantuan yang mampu dilakukan untuk memecah-masuk penjara yang paling ketat di dunia. Sepanjang perjalanan berani mati itu, maka pelbagai dugaan menduga kumpulan ini.
Kumpulan ajaran sesat, puak kannibalisme, salji yang sejuk membeku, pemakan daging segar yang semakin terdesak untuk mendapatkan makanan adalah antara dugaan yang haru ditempuh oleh Saiful Hawiz demi kasih sayangnya pada Zurialis!

Kakak Kemboja

Tajuk : Kakak Kemboja
Penulis : Naim Tamdjis
Harga : RM28.00
ISBN : 

Sinopsis
"Mak... ada orang teman adik malam-malam..."

Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mentua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya, Johari yang berusia sembilan tahun, mereka berdua terpaksa berpindah ke sebuah rumah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah sebuah kilang di sana.
Memandangkan Siti sering bekerja lebih masa pada setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Johari sentiasa terdengar bunyi aneh dan gangguan sama ada dari dalam atau luar rumahnya. Pada suatu hari, Johari menyiasat dari mana datangnya bunyi aneh itu dan dia terserempak dengan Kakak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Kakak Kemboja berjanji akan melindungi Johari.

“Adik, tolong abang. Abang ada hutang dengan adik. Tolong abang, dik.”- Jelmaan Salleh.

“Aku selalu tengok dia cakap seorang diri. Kadang-kadang macam berbisik.”- Khamis Al Jafri

“Akak kan dah janji nak jaga adik?” - Kakak Kemboja


Wednesday, May 17, 2017

Kerana Kasih

Tajuk : Kerana Kasih
Penulis : Aisya Sofea
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0792-6

Sinopsis
Perkenalan yang singkat dengan lelaki bernama Muhammad Haikal Hakimi, mengubah hidup Dilla sama sekali. Hilang prinsip hidup, hilang arah tuju. Dalam sekelip mata hidupnya jadi penuh warna-warni dan hanya berpaksikan pada Kimi seorang.

“Aku bukan suruh kau bercinta dan terus kahwin dengan mamat tu, tapi aku nak kau berkawan dulu dengan dia. Kenal hati budi, kenal latar belakang, baik buruk dia tu. Bukan kenal sebulan terus kahwin!”
Namun Dilla sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata yang dihamburkan kepadanya. Baik dari keluarga, mahupun teman rapat. Hatinya semakin terpaut sejak pertemuan pertamanya dengan Kimi.

Cuma ada satu perkara yang merunsingkan Dilla. Kimi tinggal jauh di Brunei. Sedangkan emaknya sudah meletakkan syarat, setiap anak-anaknya yang berkahwin mesti tinggal dekat dengannya. Emak enggan berpisah dengan anak-anak biarpun sudah bergelar isteri.
Dilla sanggup berkorban masa depan demi cintanya pada Kimi, biarpun terpaksa membelakangkan emaknya.

Buang emak buang saudara,
KERANA KASIH aku turutkan.
Namun, apakah perkahwinan senyap-senyap yang bersandarkan hanya cinta semata-mata sudah cukup kuat untuk dipertahankan biarpun dugaan yang mendatang dari lelaki yang dicintainya itu?

Gigitan

Tajuk : Gigitan
Penulis : Zaifuzaman Ahmad
Harga : RM30.00
ISBN : 

Sinopsis
Seorang demi seorang mangsa mati lemas di pantai perkelahan Port Dickson. Mayat mangsa tidak ditemui dan hilang ghaib begitu sahaja. Insiden ini membuatkan Inspektor Hadi keliru dan bingung memikirkan hal ini. Belum pernah terjadi insiden seperti ini.

Inspektor Hadi telah meminta bantuan Imran, pengawal pantai yang bertugas di situ untuk menyiasat. Namun masih gagal mendapat apa-apa maklumat. Seorang wartawan bernama Jamal telah menulis cerita tentang insiden ini dan mengatakan yang mangsa bukan lemas tapi dipercaya dibaham buaya.

Inspektor Hadi dan Imran tidak mempercayai cerita itu sehinggalah pada suatu hari abang ipar Imran, Darus mendapat kecederaan di kaki ketika berkelah di pantai itu. Kesan gigitan itu telah disahkan oleh Doktor Rayan yang mangsa digigit buaya. Mungkin buaya itu sesat dan masuk ke laut untuk mencari makanan. Berita itu telah menggemparkan penduduk di situ. Mereka tidak berani lagi keluar berkelah di hujung mimggu dan ini membuat sektor pelancongan Port Dickson terjejas teruk.

Benarkah pantai Port Dickson tercemar dengan buaya? Betul ke cerita yang ditulis Jamal atau hanya rekaan semata-mata? Tapi Doktor Rayan mengesahkan yang mangsa digigit buaya. Inspektor Hadi dan Imran Buntu memikirkan hal ini. Sama ada ia betul ataupun tidak, hanya akan terjawab dalam novel ini.

Tuesday, May 16, 2017

Pilot

Tajuk : Projek Cinta : Pilot
Penulis : Nia Azalea, Illya Abdullah, S. Kausari
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-86-0800-8

Sinopsis
DI KAYANGAN – NIA AZALEA
Balqis, kadet juruterbang yang tidak pernah lekang daripada masalaha, terutamanya sewaktu latihan penerbangan pesawat. Biarpun telah mengejar impian yang tidak berkesudahan, apatah lagi ditolak ke kiri dan kanan oleh kadet-kadet lelaki yang memandang rendah pada dirinya, semangat waja Balqis tidak sedikit pun berkurangan. Pertemuan pertamanya dengan Hariz, lelaki angkuh yang diminatinya dalam diam, membenihkan rasa meluat dengan sikap ego yang tidak bertempat. Siapa sangka, lama-kelamaan rasa meluat itu berubah menjadi sayang dan rindu yang tidak terlerai.

KISAH HATI – ILLYA ABDULLAH
Cinta itu hadir dalam hati seorang lelaki berbangsa Jepun bernama Satoshi terhadap seorang gadis berbangsa Melayu bernama Rohani. Satoshi seorang juruterbang Jepun yang bencikan peperangan. Peperangan membunuh jiwa yang tidak berdosa. Namun, dunia peperangan itu telah mempertemukannya dengan Rohani, gadis yang dilindungi dan dicintai sepenuh hati. Begitu juga Rohani, biarpun cinta itu terhalang, cinta Rohani hanya buat Satoshi. Apabila mereka perlu berpisah, Rohani tekad untuk terus setia menunggu. Lelaki itu ada janji untuknya. Janji untuk membawa dia terbang ke awan biru.

TAKDIR CINTA IKHWAN – S. KAUSARI
Ikhwan Azril sedang mencari sebab yang kuat untuk berubah daripada kehidupan soSial tanpa batas dengan cara hidup sebagai seorang juruterbang. Pertemuan secara mengejut dengan gadis bernama Warda Anisa seperti membuka jalan untuk itu. Namun, sangkaannya meleset dengan sikap mengongkong Dato’ Bahar, ayah Warda. Setelah satu tragedi menyayat hati, Ikhwan berhadapan kejadian aneh selepas memberi sedekah kepada seorang lelaki tua di kaki lima. Berjayakah Ikhwan hidup bahagia bersama Warda? Apa kaitan semua ini dengan lelaki misteri yang menyebabkan hidup Ikhwan tunggang-langgang?

Monday, May 15, 2017

Marina

Tajuk : Marina
Penulis : Saidee Nor Azam
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-446-332-8

Sinopsis
DAHULUNYA Marina pernah mampu melihat akan kewujudan makhluk halus. Namun setelah dia mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Aiman dan memiliki seorang cahaya mata yang diberi nama Mylin. Kehidupan Marina kembali aman damai, dan tiada lagi gangguan dari makhluk halus. Sehinggalah suaminya Aiman membeli sebuah banglo yang sudah lama tidak bertuan. Di situ pelbagai peristiwa yang tidak diingini mula berlaku. Rumah yang mempunyai sebuah loteng yang bersaiz sederhana besar itu bagaikan mempunyai sejarah silam yang amat dahsyat. Dalam diam keluarga Marina sedang diburu oleh satu semangat hitam yang masih hidup di dalamnya.

Friday, May 12, 2017

Cikgu, Kan Kugari Hatimu

Tajuk : Cikgu, Kan Kugari Hatimu
Penulis : Sophilea
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-5289-60-6

Sinopsis
HANIA Alisa, meski hatinya pernah dilukai dengan belati tajam namun pada dia bukan semua lelaki punya cinta yang sama. Pertama kali bertemu Inspektor Fahri Rakib, hatinya berdetap kencang. Saat dia jatuh cinta, jiwa Fahri cuba ditawan meski rasa malu menerjah hati. Pelbagai cara dia cuba untuk dapatkan cinta Fahri. Rasa malu dan ego dibuang demi memiliki hati Fahri.

“Tuan Fahri tertinggal sesuatu.”
“Saya tertinggal apa, cikgu?” Soal Fahri.
“Tuan tertinggal cinta tuan dalam hati saya.” Keningnya dijongketkan. Merah padam wajah Fahri. Dua sarjan yang bersamanya sudah tersenyum-senyum.
Fahri hulurkan tangan.
“Tuan nak sambut cinta saya ke?” Soal Hania. Fahri geleng.
“Berikan balik cinta saya yang lekat di hati cikgu.”

DALAM mengelak, Fahri juga jatuh cinta pada guru yang menumpang sewa di kampungnya ini. Beberapa kali pertemuan yang dicipta Hania, akhirnya Fahri angaukan Hania sehingga tersenyum sendiri dan sanggup minta nombor telefon Hania daripada ibunya.

“Saya suka kat tuan. Kalau boleh saya nak pilih tuan jadi bidadara saya sampai Jannah.”
“Betul ke Cikgu Hania sanggup jadi banduan dalam hati saya?”
“Tuan serius?” Rania renung tepat-tepat wajah Fahri Rakib.
“Saya...saya tak tahu dakwaan apa saya nak kenakan pada cikgu untuk menjadi tahanan seumur hidup saya.”
“Cukup cinta itu sebagai penyebab. Saya dah jatuh cinta dengan Tuan Fahri Rakib.”

SAAT kasih bersulam, dugaan datang. Saat Hania rasakan dirinya tidak dipedulikan, ada seseorang yang sedang menanti dengan penuh harapan. Saat hati Hania bersedih dengan sikap Fahri, ada jiwa yang sedang menunggu untuk kembali bermukim di hati.

“Cinta Nia bukan untuk mainan. Berikan Nia masa. Andai kata Fahri lelah untuk menanti, Nia akan terima semua keputusan takdir.” - Hania
“Saya akan tunggu Nia meski seribu tahun lagi.” – Fahri

Cinta itu ada saat aku ingin memiliki.
Cinta itu tetap ada meski sejauh mana aku berlari
Cinta itu masih ada meskipun hatimu pernah disakiti.