Tajuk : Tuah Kasihnya Teja
Penulis : Anarif
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-5289-62-0
Sinopsis
KOTA Singa menjadi saksi pertemuan pertama dua insan yang bagaikan langit dan bumi. Tuah yang sudah biasa menyendiri sejak kecil menyulam rasa tidak senang apabila hidupnya dicerobohi Teja, gadis tekad dalam segala hal dan becok tak kisah orang suka atau tidak padanya.
MASALAHNYA! Teja jatuh suka pada Tuah...
“Saya nak tanya,” ujar Teja tekad pada sekumpulan geng motosikal yang tidak dikenalinya itu.
“Saya cantik tak?” Soalan Teja buatkan mereka menyambutnya dengan siulan riuh-rendah.
“Cantik! Kalau dapat rewang, lagi cantik!” Sambut yang paling belakang.
Tuah sudah menggenggam penumbuknya, tetapi dia masih cuba mengawal dirinya.
“Betul? Patut ke tidak lelaki ni tolak saya?” Teja toleh ke arah Tuah yang terus meletakkan tangan di belakang leher, konon dia tidak kisah.
“Uish, apa ni bang? Rugi ni, tolak awek. Untung-untung, dapat malam pertama,” sambut seorang di depan. Yang lain ketawa.
DALAM Tuah menolak, akhirnya dia menerima juga si Teja setelah 10 tahun terpisah dan masing-masing ada kerjaya. Namun nikah sahaja dulu, pelannya majlis kahwin lagi tiga bulan!
“Tapi, kalau saya dah mengandung masa nak buat kenduri tu, macam mana?” Tanyanya agak kuat.
“Erm, itu...boleh dibincangkan nanti,” Terus formal balasan Tuah. Matanya sudah melekat ke dinding. Malu nak pandang Dayana, mahupun Nawal.
“Teja, itu kan rezeki Allah. Dah kahwin, nanti pandai-pandailah kamu.” Selamba Dayana membalas.
Teja merengus perlahan. Kalau nikah dulu, nanti mengandung, gambar kahwin tak lawa la! Eee! Tensionnya!
“Awak jangan bagi saya mengandung sebelum kenduri, tau!” Tegah Teja sepenuh hatinya.
Sekali lagi Wafi tersedak dengan air liur sendiri. Tuah rasa seperti mahu masuk ke bawah meja. Malu tak terkata.
BAGAIMANA agaknya rumah tangga mereka ini yang sangat kontra perangainya? Tuah seorang pelukis dan Teja sebagai kurator...
No comments:
Post a Comment