Friday, July 21, 2017

Semusim Rindu

Tajuk : Semusim Rindu
Penulis : Aleya Aneesa
Harga : RM25.00
ISBN : 
Mukasurat : 460

Sinopsis
Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bagaimanapun, nasibnya bertambah malang apabila ibu angkatnya meninggal dunia, manakala bapanya pula lumpuh. Situasi itu secara tidak langsung membuatkan segala tanggungjawab terletak di bahunya untuk membesarkan adik-beradiknya yang lain.

Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Hajar dan Ikhman pula setuju disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka berlangsung dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin. Bagaimanapun, satu demi satu konflik muncul sehingga membuatkan mereka bergolak dengan perasaan masing-masing apabila bersikap ego.

Suamiku Si Mata Biru

Tajuk : Suamiku Si Mata Biru 
Penulis : Evelyn Rose
Harga : RM23.00
ISBN : 9789674690533
Mukasurat :

Sinopsis
Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita?

“Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...”

Lalu takdir pun terlukis indah…

James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu.

Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual
tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf.

I want this guy.

Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ?

“Awak seperti salji yang putih bersih… Dan saya pula debu yang kotor kepada awak.”
- James Howards

“Ya Allah, aku lepaskan dia kerana-Mu…” - Irina

Namun takdir pertemukan mereka lagi saat hatinya mula melupakan. Bukan sekali tetapi tiga kali. Adakah itu petanda daripada Tuhan ? Atau ujian daripada-Nya sekali lagi ?

“ Waktu awal perkenalan kita apa yang saya nampak pada awak hanyalah lelaki Inggeris, agnostik dan British, dan saya pula Asian, Melayu dan Muslim. Saya terlalu fokus pada perbezaan antara kita padahal kita punyai banyak sangat persamaan. Terlalu banyak keindahan yang kita kongsi bersama…” - Irina

“Kita kahwin ? Kahwin rahsia. Ayah saya aje yang tahu nanti.” – Irina

Dek mahu menjaga hati keluarga, mereka kahwin rahsia. Persoalannya, sampai bila perkahwinan itu perlu menjadi rahsia antara mereka ?

Takdir Untuk Aku

Tajuk : Takdir Untuk Aku 
Penulis : Rehan Makhtar
Harga : RM26.00
ISBN : 9789674690540
Mukasurat :

Sinopsis
Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.

UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.

“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad

“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur

Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.

“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad

“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - Teratai Nur

Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama. Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak di lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.

“Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur kenapa pula?” – Teratai Nur

“Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” - Ahmad Ziyad

Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walau tangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.

“Abang sudi jaga Atai…” - Taufiq

“Saya serahkan hidup saya pada abang…” - Teratai Nur

Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun, bila dia toleh ke belakang… Ziyad sedang menahannya pergi.

Akhirnya, Teratai Nur akur… Ini adalah takdir untuk dia.

Lelaki Lingkungan Cinta

Tajuk : Lelaki Lingkungan Cinta 
Penulis : Lily Haslina Nasir
Harga : RM26.00
ISBN : 9789672102137
Mukasurat :

Sinopsis
Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta.
Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin.

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.
Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib

Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri

“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib

“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”
– Esya.

Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?

Thursday, July 20, 2017

Hanya Itu Pintaku

Tajuk : Hanya Itu Pintaku 
Penulis : Farisya Natasha
Harga : RM21.00
ISBN : 9789672102144
Mukasurat :

Sinopsis
Tiga tahun dia menunggu. Tiga tahun dia merindu. Saat melihat lelaki itu bersama perempuan lain, rupa-rupanya ini yang dia terima setelah kesetiaannya dipertaruhkan selama ini. Dia terlalu percaya. Dia yang terlalu setia, namun semuanya musnah dalam sekelip mata.

“Dia tak ingat apa-apa yang melibatkan kau. Dia dah lupa janji-janji yang dia dah berikan pada kau dulu.” - Benjamin

“Apa, kepala dia dah terhantuk ke sampai dia lupa apa yang dia dah janjikan dulu?” - Aulia

“Exactly! He lost his memory for an entire ten years before the accident. Sebelum dia jatuh dari Lion Rock. Unfortunately, that includes you. There’s no you in his memory. You do not exist anymore.” - Benjamin

Aulia pasrah. Bukan dia tidak berusaha untuk memulihkan ingatan Eiman kembali, tetapi Eiman yang menolak. Aulia harus akur bahawa jodohnya tidak bersama dengan Eiman tetapi sebaliknya dengan abang kepada Eiman, iaitu Benjamin.

“Kau dah bersedia nak lupakan Eiman?” - Benjamin

“Saya dah tak ada dalam hidup dia, jadi dah tiba masanya untuk saya lupakan dia.” - Aulia

“Aku takkan paksa kau untuk cintakan aku sebagaimana aku cintakan kau... Tapi kalau hati kau masih nakkan Eiman, let me know. Jangan bagi aku harapan palsu.” - Benjamin

Meskipun perhubungan Aulia dengan Benjamin agak singkat, cinta yang disulam bersama Benjamin akhirnya terpatri dengan ikatan pertunangan. Sungguh, Aulia tersangat bahagia apabila bersama Benjamin. Namun, segalanya tidak mudah yang disangka apabila Eiman kembali menagih cinta daripada Aulia dan telah mula mengingati siapa Aulia dalam hidupnya dulu.

“Lia... I dah mula ingat sikit-sikit kenangan kita berdua, Lia. Bila I ingat kenangan kita, tiba-tiba perasaan tu ada untuk you. I akan tunaikan janji I pada you dulu, Lia. I promise you.” - Eiman

Bagi Benjamin, walaupun hanya Aulia cinta hatinya, namun dia harus mengundurkan dari untuk memberi peluang kepada adiknya, Eiman. Kisah cinta mereka terlalu konflik. Siapakah yang akan menjadi pilihan Aulia? Benjamin, tunangannya atau Eiman, cinta hatinya empat tahun dulu?

Lebih Daripada Indah

Tajuk : Lebih Daripada Indah
Penulis : Zara Ryana
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-311-9
Mukasurat :

Sinopsis
Dia bukanlah ratu cantik, ratu kebaya atau yang seangkatan dengannya. Tetapi, seperti nama yang tertulis pada surat beranak dan kad pengenalan, namanya adalah Ratu Althia.

Tak pernah bercinta. Tetapi, bila berjumpa dengan Edrus yang berjaya mengusik naluri perempuannya, dia mula rasakan hidup huru-hara. Lagi bertambah huru-hara apabila Ratu Althia dapat berita mamanya nak berkahwin lagi.

Nak kahwin pula dengan adik kepada Edrus iaitu Taufiq. Puan Misbah menentang keras. Edrus terdesak untuk menghalang hubungan itu.

“Awak suka ke mama awak kahwin lain?”
“Mestilah tak suka.”
“Kita boleh halang dia orang daripada berkahwin. Tapi, awak kena tolong saya.”

Ratu Althia setuju untuk bercinta dengan Edrus. Namun, ada kebenaran yang mungkin melukakan sekeping hati.

“Saya tak nak dengar apa-apa. Semua tu dah cukup jelas, Ed. Rupa-rupanya perasaan awak terhadap saya selama ni pun satu lakonan. Bagus lakonan awak. Awak memang layak dapat anugerah pelakon lelaki terbaik. Kalau awaklah calon untuk anugerah tu, saya akan undi banyak-banyak.” – Ratu Althia

Bagi Edrus, cinta kepada Ratu Althia bukanlah lakonan. Kerana iri hati dan dendam adik sendiri, dia dikhianati. Dan, cinta siapakah yang paling teguh akan bertahan hingga ke penghujungnya? Ratu Althia bakal dapat suami atau bapa tiri?

Resipi Cinta Encik Cef

Tajuk : Resipi Cinta Encik Cef
Penulis : Zaza Qry
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-310-2
Mukasurat :

Sinopsis
Ini memang gila!

Hidda Ayana yang tidak tahu memasak disuruh masuk ke dalam kelas masakan. Tapi, kerana dipaksa dia tetap pergi juga ke kelas tersebut. Bertemu dengan cef yang mengajarnya itu, lagilah dia sakit hati.

Cef muda yang bernama Zaf Ezfan itu amat menyakitkan hatinya. Sakit hati, tapi sebenarnya tidak sesakit hatinya apabila dicurangi oleh kekasih sendiri. Rezad tidak berbaloi untuk ditangisi. Lalu, Hidda Ayana membuat keputusan yang mengejutkan.

“Kalau saya putus cinta, cef nak kahwin dengan saya tak?”
“Ini dikira lamaran atau suka-suka?”
“Ikutlah cef nak ambil yang mana satu. Pilihlah sendiri.”
“Tapi, awak kena ambil hati umi sayalah. Umi saya tu sukakan ‘perempuan tu’. Yang pakaiannya longgar. Bukan baju unifom ketat macam ni.”

Perkahwinan tanpa rasa itu terjadi jua. Hidda Ayana dan Zaf Ezfan melayari perkahwinan seperti orang lain juga. Cinta yang tiada ketika perkahwinan dipupuk oleh Hidda Ayana dan Zaf Ezfan.

Lapisan demi lapisan lasagna, diselangi harumnya rempah,
Terjadilah sebekas kaserol lasagna cinta untuk Hidda Ayana. – Ezfan

Resipi cinta Ezfan untuk Hidda Ayana membuatkan Hidda Ayana tak senang duduk. Walaupun Rezad datang menggodanya semula atau Dhiani cuba menjatuhkannya, Hidda Ayana takkan menyerah kalah. Kerana resipi cinta encik cef itu hanya kepunyaannya.

Sedang Suka Kamu

Tajuk : Sedang Suka Kamu
Penulis : Nor Hasnida
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-309-6
Mukasurat :

Sinopsis
Ryan Mikael. Hatinya umpama batu konkrit. Keras dan sukar ditembusi. Perceraian dengan Zafira membuat dia menutup hatinya untuk mana-mana perempuan. Baginya semua perempuan sama saja. Selfish!

Namun, satu kemalangan kecil yang terjadi antara dia dan Batrisya merubah segalanya. Tiada siapa yang menduga, insiden itu membuat hidup Batrisya terikat dengan lelaki itu buat selama-lamanya.

Menerima Ryan Mikael dalam hidupnya, bukanlah sesuatu yang mudah. Dia masih sedar diri. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan lelaki hebat itu.

“Encik Mika, hal nikah kahwin ni bukan sesuatu yang boleh dipaksa tau. Saya tak nak kahwin setahun dua, lepas tu menjanda. Saya nak kahwin untuk seumur hidup saya.” – Batrisya
“Ada ke aku cakap lepas setahun dua nanti aku akan ceraikan kau?” – Ryan Mikael.

Kerana kasihkan Medina, anak perempuan Ryan Mikael, Batrisya menerima jua lamaran itu. Janji Ryan Mikael, pernikahan itu hanya untuk menjadikan dia ibu yang sah kepada Medina. Tidak lebih daripada itu.

Kehadiran Batrisya seperti mengembalikan semula senyuman di bibir Medina. Hidup Ryan Mikael yang suram juga kembali berwarna-warni. Sikap Batrisya yang suka melawan tambah menceriakan suasana. Dalam tak sedar, ada cinta yang berputik di hati mereka.

Namun, kepulangan Zafira menghancurkan segalanya. Dia mahukan Ryan Mikael dan Medina kembali. Bagi Zafira, Ryan Mikael hanya miliknya seorang!

Cinta Tahap Dewa

Tajuk : Cinta Tahap Dewa 
Penulis : Nana Fiqree
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-55-5
Mukasurat : 600

Sinopsis
Bila hati sudah suka, semuanya indah saja. Indah pada Jiji, tak seindah mana pada Jack. Macam mana nak indah kalau sudah berkorban jiwa raga, hati Jiji boleh jatuh bergolek-golek pada Danny yang punya pesona tahap dewa.

Orang kata, jangan derhaka dengan mak. Kesannya sampai Jiji jadi hilang jiwa bila Cik Zaiton ‘ronggeng’ yang garangnya macam askar ‘kalah perang’ dijemput Ilahi. “Mak aku dah tak ada… aku dah tak ada sesiapa lagi.” – Jiji.

Kutuklah apa saja. Jack tak peduli. Walau Jill, sepupu yang dah jadi adik tiri berbulu sampai langit ketujuh

sekalipun, hati dia tetap sama. Tak berganjak walau seinci pun. Lisa pula, sepupu terbaik yang Jiji ada tetap setia menunggu Jack walaupun Jack tak pernah pandang dia dengan sebelah mata pun. “Jangan paksa aku memilih. Walau seribu kali pun kau tanya, aku akan tetap pilih dia.” – Lisa.

“Magisnya kuasa cinta. Hari ini tak suka, esok boleh cinta tahap dewa!”

Projek Thriller : Cip

Tajuk : Projek Thriller : Cip
Penulis : Fitri Hussin, Arifful Baqi, Sufi Abqari
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-341-0
Mukasurat : 464

Sinopsis
1. GODAM – Fitri Hussin
SINOPSIS :
Sekumpulan saintis melayu, Lokman, Saifullah dan Amran berjaya mencipta satu cip canggih yang dapat memulihkan memori pesakit-pesakit alzheimer, trauma otak, trauma perang dan sebagainya. 

Kejayaan mereka itu mendapat liputan luas media tempatan dan luar negara. Mereka menjadi kebangaan melayu, Islam dan Malaysia. Tetapi kejayaan itu dimusnahkan oleh satu artikel yang disiarkan di sebuah blog konspirasi tempatan yang mendedahkan bahawa dana penyelidikan untuk mencipta cip itu adalah dari Nathan Rotchield, pindar kepada 13 keluarga yang menguasai dunia. 

Pendedahan itu menyebabkan Saifullah dan Amran dibunuh secara langsung di Facebook Live. Kes itu disiasat dan polis mendapati Lokman adalah suspek utama berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi. 

Sejak itu Lokman menjadi buruan pihak berkuasa. Apa sebenarnya yang berlaku? Benarkah Lokman adalah pengganas seperti yang dituduh? Siapakah dalang di sebalik semua itu? Apakah tujuan dalang tersebut? 

2. PANDORA – Sufi Abqari
SINOPSIS :
Ted telah menyelamatkan seorang pemuda daripada mati akibat dikebumikan. Pemuda itu telah ditusuk oleh sebuah chip yang terevolusi dengan virus merbahaya. Ekoran dari itu Ted dan Adam telah pergi ke Malaysia mencari seorang lelaki bernama Ungku Azizi. Disamping menjejak kembali chip paling merbahaya yang dipanggil Pandora. Pandora telah dicuri sebaik Ted kembali semula ke Amerika. Ekoran itu dia telah dituduh sebagai pengkhianat. Dalam masa yang sama untuk menyelamatkan nyawa Adam yang terancam akibat chip di dalam tubuhnya.

Di Malaysia Ted dan Adam terpisah. Adam diseksa sebelum Zaiton iaitu perisik wanita datang untuk menyelamatkannya. Ketegangan berlaku apabila Ted tidak mahu Zaiton merawat Adam. Dia beranggapan nyawa Adam akan lebih terancam ekoran zaiton telah membunuh Jamal, salah seorang perisik musuh. Sepanjang pencarian pelbagai ketegangan wujud, termasuklah sifat syak wasangka di antara mereka. Pada mulanya Ungku Azizi dituduh sebagai penjahat dan merancang segalanya. Akhirnya penjahat sebenar dikesan. Ia adalah Adam yang telah merancang dan bertindak untuk mendapatkan Pandora bagi memusnahkan populasi dunia. Dengan tujuan mewujudkan order baru dunia.

3. MANIPULASI – Arifful Baqi
SINOPSIS :
Cip Utama, sejenis komponen yang mampu mengaktifkan Program Penggerak Pembasmian yang bertujuan untuk melenyapkan tamadun manusia. 

Wan Iskendar diburu oleh Organisasi Create dan sebuah android yang saling berebut hendak mendapatkan Cip Utama tersebut.
Lebih mengejutkan, identiti sebenar Wan Iskendar ialah ‘Redzuan’ yang dikatakan sebagai pengkhianat dalam Organisasi Create.

Bersama dengan Diana, Wan Iskendar cuba melarikan diri daripada diburu oleh musuh-musuhnya. 

Kekejaman android bernama Shaha telah berjaya meletupkan seluruh pangkalan Organisasi Create. Semua anggota Create maut terkorban dalam nahas yang berlaku. 

Sebaik Cip Utama berjaya dirampas Shaha, android itu berasa berang. Sebenarnya cip yang diperoleh itu adalah cip palsu. Lantas Shaha mahu membunuh Wan Iskendar kerana berani mempermainkannya.

Detik perhitungan berlaku, Diana mendedahkan dirinya yang sebenar. Perempuan itu juga merupakan sebuah android yang dihantar untuk melindungi Wan Iskendar. Dia meletupkan diri sendiri untuk turut menghancurkan jasad Shaha. 

20 jam kemudian, Wan Iskendar bertemu dengan seorang lelaki yang berwajah mirip dengannya. Sebenarnya, lelaki itu ialah ‘Redzuan’ yang sebenar. Dia memanipulasi semua pihak dan merangka rancangan supaya semua orang percaya bahawa Wan Iskendar ialah ‘Redzuan’ dan membuatkan Wan Iskendar diburu oleh musuh-musuhnya, sedangkan Redzuan yang sebenar berada di tempat lain.

Setahun kemudian, Wan Iskendar memilih untuk menjadi ahli perisikan. Tugasnya adalah menangkap individu terakhir yang masih melakukan kejahatan atas nama Create.

Hijab

Tajuk : Hijab
Penulis : Aida Adia
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-446-339-7
Mukasurat : 384

Sinopsis
Annisa Faiha seorang gadis yang tegas dan berani. Dia mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga kepada emak dan tiga orang adik perempuannya. Mereka mengharungi pelbagai dugaan. Keluarganya sering dianiaya oleh si pengamal ilmu hitam. Akibat kemurungan yang melampau atas kehilangan emak dan adik bongsunya, Annisa Faiha tidak menyedari jiwanya yang tertekan dan kosong itu memberi peluang kepada makhluk lain mengawal dirinya. Sehinggakan dia alpa kehambaannya kepada TUHAN Yang Esa! Lantaran jiwanya telah ditakluki, Annisa Faiha semakin lupa diri dan riak setelah menyedari dirinya dikurniakan kelebihan dibukakan HIJAB pancaindera. Kelebihan yang diperolehinya itu telah disalahgunakan dengan membalas dendam kepada orang yang bertanggungjawab menyebabkan emak dan adik bongsunya terkorban. Setelah dendamnya terbalas, Annisa Faiha pula diculik ke dalam dunia ghaib dan diminta tinggal di situ buat selama-lamanya. Betahkah Annisa Faiha tinggal di situ? Apa kaitan Annisa Faiha dengan makhluk dunia ghaib itu? 
Berjayakah Annisa Faiha keluar dari dunia ghaib itu? Segala persoalan ada di dalam HIJAB!

Projek Seram : Mitos

Tajuk : Projek Seram : Mitos
Penulis : Eqbal Mohayden, Akma Saidon, Suzani Nadzir
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-334-2
Mukasurat : 448

Sinopsis
EQBAL MOHAYDEN - MARIA LABO
Hafiz, seorang pembunuh upahan merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas letupan pesawat. Dia yang ditemui terdampar di pinggir sungai diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung. Sepanjang berada di kampung itu, satu per satu keganjilan mula dirasainya. Struktur setiap rumah di kampung itu yang aneh. Penemuan mayat-mayat dengan tubuh terobek dan bercabik-cabik seperti dibaham binatang buas. Dan dia juga dilarang daripada berada di luar rumah tatkala malam menjelang. Semua itu menimbulkan persoalan kepada Hafiz. Seluruh penduduk di situ seolah-olah takutkan sesuatu. Tanpa diketahuinya, sesuatu bersifat kejam dan ganas turut menghuni kampung itu sejak tahun 1970-an!

AKMA SAIDON - MIYONGKKAE
Kedegilan Mirhana membawa padah apabila dia diganggu satu susuk seorang perempuan. Sejak melakukan mandian miyongkkae itu, hidupnya dirasakan menempah malapetaka. Kelibat seseorang dengan paras rupa yang menakutkan sentiasa mengekori ke mana sahaja dia pergi. Dan tiap kali datangnya jelmaan yang menyerupa seorang perempuan itu, pasti dengan sepotong ayat sumpahan.Mampukah dia lari daripada kesilapan yang dia sendiri lakukan? Mampukah lima yang lainnya membantu Mirhana keluar dari jerat yang sudah sedia membaham mangsanya?

SUZANI NADZIR - MARYATI
Hidup Sastra dipenuhi dengan perasaan dendam. Separuh daripada hayatnya dihabiskan dengan kemarahan yang tidak pernah pudar. Ada sesuatu yang berbekas di dalam jiwa. Ada hati yang sudah terlalu parah disakiti. Kehadiran Maya menambahkan lagi rasa kebencian. Gangguan semakin menjadi-jadi. Sehingga pada suatu hari, Maya hilang. Apakah yang sebenarnya terjadi? Mengapa Sastra membenci Maya? Siapakah Maryati?

Novel

Tajuk : Novel
Penulis : Ebriza Aminnudin
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-337-3
Mukasurat : 464

Sinopsis
Ia bukan novel biasa tetapi ia berpuaka. Apabila ia hadir, nyawa menjadi galang gantinya dan pembaca novel puaka akan menjadi sebahagian daripada kisah di dalam novel itu. Bukan semua yang bertuah dapat membaca si novel puaka. Ia akan hadir pada pembaca yang terpilih. Selagi watak-watak di dalamnya tidak lengkap, selagi itulah ia akan memburu sehingga ia menjadi sebuah naskah yang hidup. Bersediakah pembaca novel puaka ini menerima kehadirannya dan bakal menjadi sebahagian dari kisah di dalamnya?

“Aku harap agar novel puaka tu muncul. Aku dah tak sabar-sabar nak jadi sebahagian daripada kisah di dalamnya. Itu yang aku fikirkan sedari tadi. Aku tak tahu kenapa hati aku ni melonjak-lonjak untuk membaca novel puaka tu. Aku nak tahu bagaimana kisah aku akan diabadikan di dalam novel tu,” ~ Hadzir

“Syy... jangan cakap terlalu kuat. Dia dengar apa aje yang kita bualkan. Dia ada di mana-mana.” ~ Qasidi

“Kalau begitu, titiskan darah masing-masing ke dalam mangkuk bunga ini. Ia bertujuan untuk menjamin keberkesanannya.” ~ Sabrella

Oh! Mudahnya Jahit Telekung

Tajuk : Oh! Mudahnya Jahit Telekung
Penulis : Zaairah Amaludin
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-86-0743-8
Mukasurat : 112

Sinopsis
Buku ini mengandungi langkah demi langkah untuk menjahit telekung. Dilengkapi dengan pola yang mudah difahami. Bagi sesiapa yang ingin menghasilkan telekung sendiri boleh jadikan buku ini sebagai rujukan. Selamat mencuba.

Oh! Mudahnya Jahit Langsir

Tajuk : Oh! Mudahnya Jahit Langsir
Penulis : Alinda Abu Kassim
Harga : RM25.00
ISBN : 
Mukasurat :

Sinopsis
Buku ini memaparkan tujuh rekaan langsir yang mudah dan senang untuk dihasilkan. Langsir-langsir yang dipaparkan sesuai digayakan untuk langsir bahagian dapur dan juga ruang tamu. Pembaca boleh dapatkan buku ini sebagai rujukan jika ingin hasilkan langsir yang ringkas untuk kediaman anda.

Kau Yang Satu

Tajuk : Kau Yang Satu
Penulis : Nia Azalea
Harga : RM23.00
ISBN : 
Mukasurat :

Sinopsis
Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

Diakah Cinta?

Tajuk : Diakah Cinta?
Penulis : Gee Muszisya
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0907-62-8
Mukasurat :

Sinopsis
Tiba-tiba lelaki itu muncul kembali setelah hati AYUNI AISYA digores luka. Pertemuan yang tidak disengajakan dengan DANIAL HAIKAL telah menggamit kembali kenangan lama. Mengapa begitu payah untuk dia melupakannya? Lagi haru-biru apabila dia terpaksa menjadi pembantu peribadi lelaki itu.
“Tapi aku sangat tak suka dia! Tak suka! Tak suka! Tak suka!” – Ayuni
“Orang kata; kita jangan tak suka sangat kat seseorang tu. Sebab perasaan tak suka tu boleh jadi suka. Hang jangan tak suka sangat kat dia. Kut tak suka, sat gi jadi sayang sangat kat dia kut… Masa tu baru hang nak menjerit. Aku cinta! Cinta! Cinta dia!!!” – Shafiqa
Kata-kata itu seakan sumpahan. Lelaki itu seperti ada aura yang buat dirinya kalah melawan perasaan sendiri. Danial telah berubah 100%. Bicara lelaki itu seakan ais yang menyirami hatinya. Pelik! Walau dilukai, hati masih mampu menyayangi.
Bagi Danial, pertemuan kembali dengan Ayuni membuatkannya kembali ‘hidup’. Sejak dulu cintanya untuk Ayuni. Kerana kesilapan diri, gadis itu membencinya. Dia nekad! Cinta gadis itu akan kembali ditakluki.
“Kita boleh jadikan perkara ni bukan lagi satu pembohongan.” – Danial
“Macam mana?” – Ayuni
“Kita kahwin.” – Danial
“Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?” -Ayuni
“Sedar.” – Danial.
“Awak ni kadang-kadang bercakap ikut hati awak saja. Tak fikir panjang langsung. Awak ingat nikah kahwin ni macam main pondok-pondok?” -Ayuni
“Awak ingat saya main-main pasal hal nikah kahwin ni?” – Danial
Perancangan keluarga hendak menjodohkannya dengan Izara memaksa Danial mengatur rancangan gila. Dan mungkin dengan cara itu juga dia dapat memiliki gadis yang dicintainya. Namun, Datuk Zahari meletakkan syarat sekiranya Danial tetap mahu mengahwini Ayuni. Danial nekad, untuk melepaskan gadis yang dicintai tidak sama sekali! Adakah syarat itu akan mengeruhkan lagi hubungan Datuk Zahari dengan Danial yang sudah sedia dingin sejak dulu?

Dia, Cinta Hatiku?

Tajuk : Dia, Cinta Hatiku?
Penulis : Azieana
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-0907-63-5
Mukasurat :

Sinopsis
“Awak nak saya tolong hantar awak ke hospital atau klinik ke?” – Sufi.
“Tak perlu. Saya okey je ni.” – Zahim
Itulah detik pertama pertemuan antara NUR AISYAH SUFIYA atau lebih dikenali sebagai Sufi dengan MOHD ZAHIM FITRI. Sufi telah menolong lelaki itu yang cedera akibat dibelasah. Itulah Sufi yang brutal dan bermulut laser tetapi sangat penyayang terhadap anak angkatnya, Risya.
Siapa sangka Zahim itu CEO Zamrud Holdings tempat kerja baru Sufi. Sikap dan keperibadian Sufi dalam diam berjaya menarik minat Zahim. Suatu hari, Zahim meminta pertolongan Sufi menyamar sebagai kekasihnya untuk ditunjukkan kepada orang tuanya bagi mengelakkan dirinya dijodohkan dengan Dania. Dia cuba berterus terang akan hasrat hatinya untuk memiliki Sufi, tapi ditolak dengan alasan Sufi sudah pun bertunang dengan Wan Jazlan dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Zahim kecewa!
Namun, impian Sufi untuk membina rumah tangga bersama tunangnya tidak kesampaian kerana perkahwinan mereka terganggu dengan kehadiran Zetty yang mengaku dia ialah isteri Wan Jazlan. Majlis perkahwinan tidak jadi itu akhirnya bertukar menjadi majlis pertunangan antara Sufi dengan Zahim.
Perkahwinan Sufi dan Zahim berlangsung dengan restu kedua belah pihak. Tapi kebahagiaan mereka tergugat dengan kemunculan tiba-tiba Tengku Zarina yang mendakwa Risya ialah anak kandung Zahim.
“Bapa kandung Risya ialah lelaki yang ada di sebelah awak, Sufi. Lelaki yang sudah menjadi suami awak.” – Tengku Zarina
“Abang!!! Abang bapa kandung Risya?” – Sufi
“Sayang, abang… er, semua ni salah faham. Abang…” – Zahim
“Tak, abang tipu Sufi. Sufi benci abang. Sufi benci!” – Sufi
Sufi yang kecewa dengan kenyataan itu membawa diri ke Cameron Highlands. Siapa sebenarnya bapa kandung Risya dan apa kaitannya Tengku Zarina dalam hubungan mereka bertiga?

Rahsia Dajjal : Menyingkap Tabir Rahsia Tentang Al-Masih Al-Dajjal

Tajuk : Rahsia Dajjal : Menyingkap Tabir Rahsia Tentang Al-Masih Al-Dajjal
Penulis : Dr. Athif Lamadhah
Harga : RM8.00
ISBN : 789673681976 
Mukasurat : 178

Sinopsis
"Dajjal itu yang buta mata kirinya, rambutnya lebat, mempunyai syurga dan neraka, nerakanya adalah syurga sedangkan syurganya adalah neraka." ( Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud) Seringkali kita mendengar perkataan atau gelaran "Dajjal" itu ditujukan kepada mereka yang jahat perangai dan akhlaknya. Tentang kemunculan Dajjal ini sudah diberikan peringatan oleh Rasulullah S.A.W. lagi dalam hadis hadis baginda. la adalah sebagai peringatan kepada umat Islam tentang betapa dahsyatnya kehancuran yang akan dilakukan oleh Dajjal kelak. Buku kecil ini menghuraikan kita berkenaan Dajjal yang didasarkan kepada hadis-hadis sahih. Malah dihuraikan juga tentang sifat, dari mana dan ke mana serta berapa lama is akan berada di dunia ini. Juga dihuraikan juga berkenaan fitnah-fitnah Dajjal yang perlu dihindari. Semoga dengan pencerahan ini dapat kita ambil pengajaran dan ikhtibar sebaiknya untuk ndapat keredhaan dan perlindungan daripada Allah S.W.T.

Pengurusan Jenazah Islam

Tajuk : Pengurusan Jenazah Islam
Penulis : Abdullah Al-Qari Hj.Salleh
Harga : RM3.80
ISBN : 9789839188028 
Mukasurat : 53

Sinopsis
Salah satu hak seorang muslim yang patut disempurnakan oleh kaum muslim yang lain ialah menguruskan jenazahnya setelah ia meninggal dunia.

Justeru itu, buku in menerangkan dengan jelas mengenai pengurusan dan penyelenggaraan jenazah kaum muslimin yang meninggal dunia. Penyampaian telah dilakukan dalam bentuk soal-jawab agar memudahkan para pembaca mentelaah dan memahami segala permasalahan dan hukum-hakam yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab ini.

Diharapkan para pembaca memperolehi manfaat semaksima yang mungkin setelah membaca buku kecil ini. Insya-Allah.


Wali Allah : Antara Kefahaman Ahli Sunnah dengan Ahli Sufi

Tajuk : Wali Allah : Antara Kefahaman Ahli Sunnah dengan Ahli Sufi
Penulis : Syeikh Abd Rahman Dimasyqiyah 
Harga : RM16.00
ISBN : 9789674392161 
Mukasurat : 250

Sinopsis
WALI Allah merupakan insan-insan yang mulia, yang beriman, bertakwa lagi soleh yang berjuang bermati-matian menegakkan agama Allah SWT, dan menjauhi inaksiat serta berserah kepada-Nya di mana jua mereka berada. Mereka Pula tidak pernah mendabik dada kononnya mereka adalah wali Allah dan orang-orang lain mesti mengiktiraf mereka sebagai wall Allah SWT, dan mengikut segala jejak langkah mereka. Firman Allah SWT, yang berniaksud: " higatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pub) mereka bersedih hati."

Namun ada segelintir masyarakat yang menunjukkan sikap taksub terhadap wall Allah dengan cara bertawassul dengan doa mereka yang telah meninggal dunia, memohon pertolongan, menyembelih hinatang dan meyakini mereka berkemampuan untuk menguruskan alam maya adalah termasuk ke dalam erti kata melampau dan keterlaluan dan mengangkat darjat mereka melebihi daripada yang diletakkan oleh Allah SWT, untuk mereka.

Terdapat dua golongan yang berbeza pendapat iaitu wali Allah menurut kefahaman Ahli Sunah Waljamaah dengan ahli sufi. Apa yang diketengahkan oleh beliau ini mungkin menimbulkan keraguan kepada sesetengah orang kerana ahli-ahli sufi yang muktabar adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan yang wujud dalam golongan Ahli Sunah Waljamaah,-,maka buku ini telah memberikan pendedahan secara terperinci dan mudah difahami berkaitan dengan isu ini. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih peka dan terbuka dalam membincangkan pendapat-pendapat tentang siapa yang digelarkan wali Allah.

Betapa Mudahnya Wanita Terjerumus Ke Neraka Disebabkan Oleh Dosa-Dosa Ini

Tajuk : Betapa Mudahnya Wanita Terjerumus Ke Neraka Disebabkan Oleh Dosa-Dosa Ini
Penulis : Fathur Rasyid 
Harga : RM15.00
ISBN : 9789674391256 
Mukasurat : 220

Sinopsis
Dalam Islam wanita diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Malah wanita juga memegang tugas yang sangat besar iaitu sebagai madrasah pertama dalam membina sebuah masyarakat soleh dan solehah. Malah di dalam Al-Quran juga dinyatakan tentang betapa pentingnya peranan seorang wanita, baik sebagai isteri kepada suaminya, ibu kepada anak-anaknya ataupun anak kepada ibu bapanya.

Namun kenapakah buku ini membicarakan tentang begitu mudahnya wanita untuk terjerumus ke dalam neraka? Adakah begitu sukar bagi wanita untuk melakukan kebaikan? Atau adakah begitu susah bagi wanita untuk meraih pahala? Sedangkan di dalam Al-Quran dan Hadis banyak dinyatakan tentang bagaimana Islam sangat memuliakan kaum Hawa ini. Buku ini memberikan kita pencerahan tentang dosa-dosa yang sering diremehkan oleh wanita. Dan dosa-dosa inilah yang akan mencampakkan mereka ke dalam neraka.

Semoga dengan perkongsian yang dibicarakan di dalam buku ini dapat kita ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Lebih-lebih untuk semua muslimah yang mendambakan syurga agar tidak tertipu dengan permainan iblis dan syaitan.

Doa-Doa Pelajar

Tajuk : Doa-Doa Pelajar
Penulis : Md. Fikri Yaaseen 
Harga : RM10.00
ISBN : 9789839188899 
Mukasurat : 194

Sinopsis
Buku ini mengandungi doa-doa -yang amat sesuai dan bermanfaat untuk dihafali dan diamalkan oleh para pelajar sekalian. Di samping usaha seharian yang kita lakukan, kita sebagai hamba Allah digalakkan berdoa kepadaNya lantaran Dialah yang mengabulkan segala permintaan dan mentakdirkan segalanya yang berlaku. Usaha yang dijalankan oleh manusia hanyalah ashab semata, namun keputusannya adalah di dalam genggaman Allah SWT. Kita hanya merancang dan yang menentukan adalah Tuhan. Semoga doa-doa yang terkandung dalam buku ini memberi manfaat yang terhingga banyaknya kepada para pelajar sekalian, Insya Allah.

Himpunan Doa & Zikir

Tajuk : Himpunan Doa & Zikir
Penulis : K H. Mu'ammal Hamidy
Harga : RM12.00
ISBN : 9789673681457
Mukasurat : 194

Sinopsis
Buku ini mengandungi doa-doa -yang amat sesuai dan bermanfaat untuk dihafali dan diamalkan oleh para pelajar sekalian. Di samping usaha seharian yang kita lakukan, kita sebagai hamba Allah digalakkan berdoa kepadaNya lantaran Dialah yang mengabulkan segala permintaan dan mentakdirkan segalanya yang berlaku. Usaha yang dijalankan oleh manusia hanyalah ashab semata, namun keputusannya adalah di dalam genggaman Allah SWT. Kita hanya merancang dan yang menentukan adalah Tuhan. Semoga doa-doa yang terkandung dalam buku ini memberi manfaat yang terhingga banyaknya kepada para pelajar sekalian, Insya Allah.

Kuasa Zikir Allah : 24 Jam Hidup Bahagia

Tajuk : Kuasa Zikir Allah : 24 Jam Hidup Bahagia
Penulis : Imam Al-Ghazali
Harga : RM20.00
ISBN : 9789670465678 
Mukasurat : 258


Isteriku Nanny

Tajuk : Isteriku Nanny
Penulis : Ayu Balqishah
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0786-5
Mukasurat : 400

Sinopsis
Aina Batrisya  gadis polos beperwatakan biasa tetapi bisa menarik mata yang memandang. Berhijrah dari bandar ke bandar yang lain sebenarnya tidak memberi masalah. Cuma yang memberatkan adalah cinta yang menyakitkan.  Kesempatan yang ada Aina Batrisya  mahu menjauh, berhijrah ke tempat lain dengan kerjaya yang asing.

Zairel Benjamin, kebetulan yang berulang kali seolah membuka ruang cinta buatnya dengan gadis polos itu. Bagi Zairel, apa yang pasti baginya, gadis itu haruslah dimiliki. Walau bagaimana cara sekalipun.

Izhan Rayqal. Cinta tidak lagi dipercayai. Namun kesilapan menilai keadaan membuat dia akhirnya kembali mendapatkan sebuah keyakinan cinta sejati. Pertemuannya dengan gadis itu membuat dia terpaksa akur mengakui perasaan sendiri.

Manakala Aina harus memilih satu antara dua. Kali ini pilihannya haruslah tepat, kerana dia sudah lelah untuk bermain cinta.

Projek Cinta : Kampus

Tajuk : Projek Cinta : Kampus
Penulis : Nurul Syahida, Nurina Feeza, Qaseh Husna
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0787-2
Mukasurat :

Sinopsis
Merupakan Projek pertama untuk novel Cinta di bawah label Alaf 21.
- Projek Cinta Kampus secara dasarnya melibatkan tiga orang penulis iaitu Nurul Syahida, Nurina Feeza dan Qaseh    Husna.
- Untuk projek pertama ini, genre yang akan diketengahkan ialah ‘Komedi Romantik.’
- Secara dasarnya setiap penulis akan menyumbang karya mereka dalam anggaran 100-120 muka surat setiap seorang.
- Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah bahasa santai dan tidak terlalu melankolik.

Dating Jumaat Malam

Tajuk : Dating Jumaat Malam
Penulis : Lynn Suraya
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0802-2
Mukasurat : 432

Sinopsis
Kata-kata Amira yang tidak percayakan perkahwinan ternyata menarik perhatian Faizal, arkitek muda yang tidak mahu berkahwin biarpun berkali-kali didesak orang tuanya. Setelah beberapa kali gagal bercinta, Faizal merasakan hidup sendiri lebih mudah dan mendamaikan. Dia juga tidak lagi perlu melukakan hati wanita yang menjadi kekasihnya. Namun, mendengar bicara Amira, Faizal memikirkan barangkali Amira tidak akan terluka jika menghawininya. Faizal memberanikan diri melamar Amira pada pertemuan kali kedua. Namun, Amira mencadangkan untuk mereka berkenalan dahulu. Lalu temujanji setiap Jumaat malam diatur untuk mereka saling mengenal hati budi.

“Saya terfikir, mungkin awak tak suka perempuan Melayu tapi mungkin awak suka perempuan mat salih? Sebab, saya tengok, awak suka makanan barat, mungkin selera awak ada pada wanita barat.” ~ Amira.

“Saya dah terangkan pada keluarga Amira yang kita berjumpa sebulan yang lepas ketika Amira menemuramah saya dan kita mula berkawan selepas itu. Kita keluar temujanji setiap Jumaat malam. Ayah awak kata, dia hairan bila awak balik lewat setiap Jumaat malam dan tidak menyangka awak sudah ada teman lelaki.” ~ Faizal.

Faizal nekad menghantar rombongan meminang biarpun Amira masih belum serius memberi kata putus untuk membina mahligai rumah tangga bersamanya. Syukur pujukan ibu Faizal berjaya melembutkan hati Amira untuk bernikah. Namun, bagi Amira dia kini sudah terperangkap dalam jerat yang dipasang Faizal. Adakah dia akan terluka dalam perhubungannya bersama Faizal seperti yang sering disebut-sebut Faizal sebelum ini? Bagaimanakah pengakhiran hubungan mereka?

Kekuatan: Bacaan di ILHAM telah mencecah 70,059 bacaan. Sebuah karya romantik dengan garapan dan teknik penceritaan yang sangat  out standing. Sehingga menyebabkan pembaca pasti akan terbuai-buai dan tersentuh dengan kisah percintaan selepas kahwin. Konflik yang kuat dan pengakhiran cerita yang sangat memuaskan hati pembaca. Selain itu, karya ini juga membawa pembaca menelusuri ke Negara-negara Eropah seperti Perancis, Croatia dan England. Juga dengan mengetengahkan isu pelarian warga Syria ke Negara Eropah dan bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh watak utama pasti akan menyebabkan pembaca lebih tertarik untuk terus membaca karya ini.

Antara Mawar Dan Kaktus

Tajuk : Antara Mawar Dan Kaktus
Penulis : Atie Atiya
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0799-5
Mukasurat : 448

Sinopsis
Pertemuan mereka tidak dijangka. Saat hiba menyelubungi hati Lisa, saat itulah berlakunya kekejaman terhadap Si Comel di hadapan matanya. Ia merobek hati Lisa yang sedang merintih. Tanpa berfikir panjang, satu tindakan yang kurang wajar telah dilakukan Lisa. Sekelumit dendam akhirnya perlahan-lahan hadir dalam hati Irfan. Namun, senyuman itu menghadirkan rasa tenang di hati dan memadamkan api dendam yang baru sahaja menyala. Lamaran dihantar Irfan membuatkan Lisa serba salah. Dia cintakan orang lain sebenarnya.

Namun, Lisa tidak pasti orang yang dicintainya itu sukakan dia ataupun tidak. Lalu, Antara ‘Mawar’ dan ‘Kaktus’, adalah penentu kepada pilihan Lisa. Ketika pilihan sudah dibuat dan persediaan perkahwinan sedang berlangsung, Lisa nekad membatalkan perkahwinan itu. Irfan pasrah dan berserah kepada takdir.

“Walaupun kaktus berduri,
Ia juga akan mengeluarkan bunga.
Walaupun kau sukar untuk kuhampiri,
tapi dalam hatiku, putik cinta mula berbunga.” – Irfan

“Kukirimkan pokok mawar ini sebagai lambang cintaku kepadamu. Jika ALLAH takdirkan pokok ini berbunga, maka dapatlah dikau membaca surat ini dan dapatlah jugak mengetahui niat dan hajatku.” - Dr. Haikal

Izinkan Kupergi

Tajuk : Izinkan Kupergi
Penulis : Damya Hanna
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-86-0805-3
Mukasurat : 528

Sinopsis
Atiyah dan Zuhairi membina mahligai perkahwinan atas dasar cinta. Kasih sayang telah dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi sehinggalah mereka melayari bahtera rumah tangga dengan begitu bahagia. Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dibina retak setelah diuji dengan satu kejadian.

Atiyah terluka dengan kejadian itu dan pergi membawa diri. Meninggalkan Zuhairi terkapai-kapai menanggung derita bertahun lamanya. Perkahwinan mereka tergantung begitu sahaja dan terbiar sepi.

Masa berlalu, pertemuan semula dengan Atiyah meragut kembali ketenangan jiwa Zuhairi. Namun Zuhairi nekad untuk membalas luka berparut yang ditinggalkan Atiyah agar wanita itu merasai deritanya. Tidak mudah menerimanya begitu sahaja.
Atiyah rela dipersalahkan walaupun niat sebenar kepulangannya bukan untuk menagih kemaafan. Segala kebencian dan dendam Zuhairi terhadapnya terpaksa ditelan bersama pilu yang mencengkam.

Dalam benci, sejujurnya ada rindu. Biarpun luka yang tertoreh di hati begitu parah namun perasaan mereka tidak pernah mati. Tetapi disebabkan ego dan harga diri yang ada dalam jiwa masing-masing, Atiyah mahupun Zuhairi tidak mahu mengalah. Maka, perlukah mereka mempertaruhkan cinta suci mereka demi kenangan lalu yang memedihkan?

'Dia' My Love

Tajuk : 'Dia' My Love
Penulis : Zan Zarida
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0804-6
Mukasurat : 416

Sinopsis
Bertunang dengan orang lain, tetapi hati menyukai jejaka lain pula. Jangan buat main, Rus Ashiya! Hati mengingatkan, namun takdir TUHAN tiada siapa dapat menduganya.

Kehadiran putera kayangan dan harimau bintang Parsi sama-sama menggugat hatinya. Seorang suka main sembunyi-sembunyi, seorang lagi muncul sekali-sekala dan tidak pernah berdating.

Bertunang tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Bercinta, tidak semestinya berjodoh. Beberapa hari lagi majlis pernikahan Rus, sesuatu yang tidak terduga berlaku. Dia baru hendak melompat kegembiraan, tetapi sudah jatuh terduduk.

“Dia…” panggil Rus.
“Yes, honey...” Suaminya menyahut dengan senyuman.
“D.I.A la, bukan D.E.A.R!”
“Kalau dah kahwin, bukan kena panggil dinda kanda ke?”
“Itu panggilan zaman nenek moyang!” 
“Hmm… dia pun dialah! Janji Rus dah jadi darling saya.”
Benarlah kata pujangga, andai berjodoh, si dia pasti datang bersama cinta. Tetapi tetap bersama kejutan yang tidak terjangka. Pabila Dia Bertukar Dear, hati pun jatuh tergolek-golek!