Thursday, July 20, 2017

Sedang Suka Kamu

Tajuk : Sedang Suka Kamu
Penulis : Nor Hasnida
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-309-6
Mukasurat :

Sinopsis
Ryan Mikael. Hatinya umpama batu konkrit. Keras dan sukar ditembusi. Perceraian dengan Zafira membuat dia menutup hatinya untuk mana-mana perempuan. Baginya semua perempuan sama saja. Selfish!

Namun, satu kemalangan kecil yang terjadi antara dia dan Batrisya merubah segalanya. Tiada siapa yang menduga, insiden itu membuat hidup Batrisya terikat dengan lelaki itu buat selama-lamanya.

Menerima Ryan Mikael dalam hidupnya, bukanlah sesuatu yang mudah. Dia masih sedar diri. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan lelaki hebat itu.

“Encik Mika, hal nikah kahwin ni bukan sesuatu yang boleh dipaksa tau. Saya tak nak kahwin setahun dua, lepas tu menjanda. Saya nak kahwin untuk seumur hidup saya.” – Batrisya
“Ada ke aku cakap lepas setahun dua nanti aku akan ceraikan kau?” – Ryan Mikael.

Kerana kasihkan Medina, anak perempuan Ryan Mikael, Batrisya menerima jua lamaran itu. Janji Ryan Mikael, pernikahan itu hanya untuk menjadikan dia ibu yang sah kepada Medina. Tidak lebih daripada itu.

Kehadiran Batrisya seperti mengembalikan semula senyuman di bibir Medina. Hidup Ryan Mikael yang suram juga kembali berwarna-warni. Sikap Batrisya yang suka melawan tambah menceriakan suasana. Dalam tak sedar, ada cinta yang berputik di hati mereka.

Namun, kepulangan Zafira menghancurkan segalanya. Dia mahukan Ryan Mikael dan Medina kembali. Bagi Zafira, Ryan Mikael hanya miliknya seorang!

No comments:

Post a Comment