Tajuk : Dia
Penulis : Umie Nadzimah
Harga : RM29.00
ISBN : 9789674690632
Sinopsis
Mengenal cinta.
Mengejar bahagia.
Mencari dia.
“Aku berserah pada takdir tapi hati aku selalu menyebut nama dia. Hanya dia yang aku tunggu.” – Aira
Aira, kisah cintanya tidak seindah yang diimpikan. Kerana Emelda, dia terpaksa mengalah. Aira pasrah apabila Aidit memilih Emelda untuk dijadikan teman hidupnya. Aira percaya akan ada hikmahnya yang menanti.
“Aku pernah merasai cinta. Dia begitu sempurna buat aku. Tapi aku perlu tahu tidakkah aku dengan dia sempurna bersama?” - Aidit
Aidit, dia tidak menyangka keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi mengikuti program pertukaran pelajar Indonesia-Malaysia telah membongkar satu rahsia. Keluarga Aidit sudah menetapkan calon isteri buat Aidit iaitu Emelda, anak majikan orang tua Aira. Dengan hanya satu sebab Aidit perlu berkorban! Korbankan cintanya terhadap Aira. Dalam melayani duka lara hati, Zaid muncul membawa rasa cinta buat Aira. Pelbagai cara yang Zaid lakukan untuk menambat hati Aira.
“Kopi saya... Mana kopi saya? Kan saya dah cakap, pagi-pagi awak kena buat kopi saya dulu... Sekarang dah pukul berapa?” - Zaid
“Kenapa Encik Zaid tak suruh tea lady yang buatkan?” - Aira
Zaid mengambil kesempatan untuk mendekati Aira sementelah Aira di bawah seliaannya semasa menjadi peguam pelatih. Bertahun-tahun Zaid menunggu untuk Aira membalas cintanya, akhirnya Zaid gembira apabila Aira bersetuju menjadi tunangannya. Kehadiran semula Aidit dan Icha Aulia selepas Emelda meninggalkan Aidit ternyata mengganggu perhubungan Aira dan Zaid. Walaupun sudah sekian lama Aira tidak bersua muka dengan Aidit, jelas kedatangan Aidit membuatkan hatinya berantakan kerana Aidit mahu menggapai semula hati Aira.
“Dia buat aku tenang, gembira dan bahagia. Dan aku tahu dia dapat merasakan cinta aku tapi apa yang harus aku lakukan untuk merasai cinta dari dia?” - Zaid
Namun pada saat yang diimpikan tiba, Zaid membiarkan Aira pergi mencari cinta sejatinya. Aira dalam dilema. Antara Zaid, tunangnya yang setia atau Aidit, cinta pertamanya yang menjadi pilihan Aira? Semuanya dalam Dia...
No comments:
Post a Comment