Sunday, December 17, 2017

Utusan Cinta Buat Adam

Tajuk : Utusan Cinta Buat Adam
Penulis : Myra Ameer
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-469-068-7
Mukasurat : 672

Sinopsis
Sibuk mengejar cita-cita, di usia awal tiga puluhan, Aireen masih menyendiri lagi. Puan Azra asyik mendesak tetapi jawapan Aireen tersangatlah mudah. Jodohnya masih tersesat entah di mana dan dia hanya menginginkan lelaki kaki masjid untuk dijadikan suami. Adam Firdaus, umurnya juga sudah di ambang pertengahan tiga puluhan. Tapi Adam kata sekiranya ada perempuan yang berani melamarnya, dia akan terima. Tiga kali ternampak Adam di Masjid Besar Kuantan, Aireen sudah terjatuh suka tetapi masalahnya, dia tidak kenal siapa gerangan orangnya. Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati.

“Ermmm… Bakal isteri Adam tu macam mana orangnya?” – ADAM

“Kata tak kesah?” – HAJAH ROSNAH

“Memanglah tak kesah tapi mak dengan Ina buat Adam tertanya-tanya. Buruk sangat ke rupa dia?” – ADAM

Begitulah kisah Adam dan Aireen. Kisah encik pensyarah dan seorang doktor bedah. Biar tak pernah bercinta tetapi perkahwinan mereka bahagia disulami gurau dan tawa.

“Dia tu patient Aireen.” – AIREEN

“Kacaknya patient. Tak terpikat ke?” – ADAM

“Abang nak suruh Aireen pikat dia ke?” – AIREEN

“Yalah, orang tu Tengku. Abang ni siapalah kan dan apalah yang ada?” – ADAM

“Abang tu suami Aireen. Dia tu yang bukan sesiapa.” – AIREEN

Kata orang, kalau sayang setinggi langit pasti dugaannya akan sedalam lautan. Ketika sedang melakar bahagia, kasih sayang Adam dan Aireen teruji hebat.

“Allah menguji kerana Dia tahu kita mampu melaluinya. Kerana Dia tahu kita kuat. Tapi kenapa terlalu cepat sayang mengalah? Sayang tak percayakan ketentuan Dia?” – ADAM

“Jika Hawa diciptakan untuk Nabinya Adam, maka abang, Adam Firdaus telah diciptakan untuk Aireen walaupun mungkin untuk seketika. Aireen tak pernah ragu akan kekuasaan dan kebesaran Dia kerana Aireen juga adalah makhluk ciptaan-Nya. Makhluk yang tak pernah sempurna. Dan, Aireen dah reda dengan kekurangan Aireen, abang.” – AIREEN

Bagaimana dengan cinta Adam pada saat Aireen melepaskan Adam pergi mencari cinta yang mampu membahagiakannya? Adakah mampu Aireen melepaskan Adam pergi sedangkan hatinya milik Adam seorang?

No comments:

Post a Comment