Tuesday, November 23, 2021

Mengapa Allah Mencela Orang yang Solat?

 











𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗕𝗔𝗕𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗘𝗟𝗔 𝗛𝗔𝗠𝗕𝗔-𝗡𝗬𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 ?


Sebelum itu, siapakah yang dimaksudkan dengan orang-orang yang solat? Mereka adalah kumpulan yang sering menangguhkan urusan solat dan mengambil ringan urusan hubungan mereka dengan Tuhan


Buku ini juga ada menceritakan beberapa topik berkenaaan Akhlak, Akidah, Amalan, Ibadah, Ilmu, Pekerjaan, Pemimpin Negara dan Sirah yang semestinya banyak panduan yang disertakan 


Buku ini juga adalah himpunan penulisan harian penulis yang memberikan refleksi terhadap isu semasa berpandukan kerangka pemikiran Al-Quran


Berminat untuk mendapatkan buku ini?

Klik : https://bit.ly/3l6dXNb



Riyadus Solihin Taman Orang Soleh (Kulit Keras)

 











𝐑𝐈𝐘𝐀𝐃𝐔𝐒 𝐒𝐎𝐋𝐈𝐇𝐈𝐍


Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak.

.

Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting. Isi kandungan kitab ini dikupas dan ditulis mengikut rujukan al-Quran dan hadis yang sahih.

.

Pengarang kitab ini adalah ulama agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.

.

Al-Quran sebagai petunjuk. Kitab agama sebagai rujukan. Riyadus Solihin adalah antara satu kitab yang perlu ada di setiap rumah, surau & masjid.


Berminat? klik link: saya berminat

The Richest Man in Babylon











𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗕𝗬𝗟𝗢𝗡 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗬𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗡𝗢?

Buku ini mengandungi penawar untuk poket kosong yang digelar sebagai panduan kepada pemahaman kewangan, tujuannya adalah bagi memberikan pemahaman mendalam kepada mereka yang bercita-cita tinggi kepada kejayaan kewangan 

Buku ini juga dapat membantu mereka yang membaca untuk mendapatkan wang, menyimpan wang dan memperoleh lebih banyak wang daripada lebihan pendapatan mereka 

Buku ini juga sudah terjual lebih 20 juta naskah bestseller sepanjang zaman dan buku ini adalah buku terjemahan luar negara ke dalam edisi bahasa melayu

" Harta yang banyak akan pergi kepada mereka yang faham akan hukum-hukum kewangan serta tahu cara mengawal peningkatan harta-hartanya. "

 ⁃ Arkad, Lelaki terkaya di Babylon


Berminat untuk mendapatkan buku ini?

Klik : Saya Nak


Baca dan hadiahkan buku ini kepada mereka yang tersayang sekiranya anda mahu generasi anda hidup kaya dan sejahtera. :)

Thursday, February 18, 2021

Takdir Itu Milik Aku

Tajuk : Takdir Itu Milik Aku
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM33.90
ISBN : 978-967-5882-08-7
Mukasurat : 1058

Sinopsis
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.....

Klink link sekiranya berminat: saya nak TAKDIR ITU MILIK AKU

 

Dia Imamku


Tajuk : Dia Imamku
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM35.00
ISBN : 9789675822605

Sinopsis
Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan.

Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka.

Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.

“Lily sakit ma...Lily perlukan restu mama. Tolong Lily, ma. Lily tak nak mati jadi anak derhaka. Lily nak jumpa mama buat terakhir kali.”

Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka.

Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humairah dipertikai!
Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri.

Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya!

“Ambik balik cincin awak! Cincin yang layak dicampak dalam longkang aje!” Ya Allah! Remuk hati Amiruddin.

Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar.

“Maira mintak ampun bang. Maira berdosa pada abang. Maira betul-betul menyesal. Maafkan Maira, bang.”

“Saya masih lelaki kampung yang sama. Tak ada harta. Lelaki miskin yang tak mampu beri Cik Maira apa-apa. Walaupun secebis cinta.”

Ya Allah, panjangkan jodohku dengan suamiku. Dia imamku, dia kekasihku hingga akhir nyawa. Mungkin ke hati Amiruddin sudah mati buatnya?


berminat? 

klik: Saya nak

 

Hello, Jangan Tapau Cintaku


 












Tajuk: Hello, Jangan Tapau Cintaku

Harga: RM32.00

[Novel ini bakal diadaptasikan ke Slot Lestari Drama TV3!]

Ain Dheya, gadis kampung yang merantau mencari kerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia sangat berjimat dalam berbelanja. Disebabkan itu, dia tidak dapat mengikis sifatnya yang suka menapau makanan.

 Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros. Sikapnya yang sombong menyebabkan orang di sekelilingnya sering terasa hati. 

 Kisah mereka berdua bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 untuk sesiapa yang sanggup menjaga adik perempuannya yang lumpuh. Sementelah kedua-dua orang tuanya mengerjakan haji di Mekah.

“You bukan tak tahu mulut I ni macam longkang bila I deal dengan staf I kan?” - Ash Fayyad.

“Kalau saya nak ambil jurulatih pun, sampai mati hidup balik seribu kali pun, saya takkan pilih Encik Fayyad tau!” - Ain Dheya.

Pelbagai peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan keadaan di dalam rumah itu menjadi huru-hara.

 Berputikkah cinta yang tidak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?

Tuesday, February 9, 2021

CUKUP DERITA ITU

 

























Tajuk : Cukup Derita Itu
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM38.90
ISBN : 978-967-5822-16-2

Sinopsis
Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.

Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!

Zarul Zafran lelaki tampan yang berkerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya.

Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!

BERMINAT? KLIK LINK: SAYA NAK

Filem sinopsis ini diarahkan oleh:  
Shazrol Suhaime

RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Tajuk : Rindu Awak Separuh Nyawa
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM40.00
ISBN : 9789675822490

Sinopsis
“Kasih Maisara!!!”

Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”

Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.

“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.

Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!

“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”

Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.

“Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.


Kredit to Drama Melayu Chanel



 

Sunday, December 17, 2017

Pesakit 701

Tajuk : Pesakit 701
Penulis : Khairul Zaman Khobin
Harga : RM24.00
ISBN : 9789671467503

Sinopsis
Aswad baru sahaja keluar dari  Hospital  Mental. Namun, dia masih belum sembuh sepenuhnya. Dia berazam untuk  mengikut  kehendak  syaitan untuk menghidupkan ayahnya daripada kematian.

Aina, guru yang sudah memilih jalan  gelap  sudah jatuh cinta dengan Arja, seorang guru muda.  Cinta berbeza umur  bukan penghalang. Namun , adakah Aina   mampu  untuk   menyimpan  kisah  gelapnya daripada sesiapa?

Syaitan  tidak pernah berhenti untuk  menyesatkan manusia.  Dan apa kaitannya Aswad dan Aina?  Ini cerita tentang dia!

Suntik

Tajuk : Suntik
Penulis : Zarini Mansor 
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-14675-7-2

Sinopsis

Hidup Fakri tiba-tiba menjadi kucar-kacir apabila disabitkan dengan kesalahan membunuh. Dia turut tersepit di tengah-tengah apabila diburu oleh pihak polis dan kumpulan kongsi gelap. Dia punca Eda, Tuan Mahadi dan Yulia mati. Semuanya disebabkan sejenis cecair yang disuntik ke dalam badannya.

“Tony! Suntikkan dia lagi! Aku nak tengok sejauh mana dia nak tentang aku!”

Sakit kesan cedera dibelasah semakin sebati dengan diri Fakri. Luka ataupun tidak, dia sudah tidak berasa apa-apa. Kebas, kebal. Kesan cecair tersebut semakin menjadi-jadi sehingga Fakri berhalusinasi. Benarkah ia sejenis dadah?

“Pernah dengar tak tentang dadah jenis baru?”

Korupsi. Siapa suntik siapa?

Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Tajuk : Tolong Sempurnakan Cerita Mami
Penulis : Syamnuriezmil
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-469-2102-28-1
Mukasurat : 528

Sinopsis
Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan ‘Aun Adwa’. Dia tidak pernah membayangkan yang suatu hari nanti, apabila dia terjaga daripada tidur, mami dan papanya akan berpisah. Pada mulanya, Addie tak kesah. Nak buat macam mana, jodoh tak ada. Tapi... Setelah hampir enam bulan Addie terpaksa berpindah-randah macam orang nomad... Dia mula naik angin!

“Alamakkk... Addie tertinggal buku BM kat rumah mami!”

“Kan papa kata, sebelum pergi, tengoklah habis-habis.”

“Aduhhh... Mami, baju sukan kat rumah papa!”

“Clumsylah you... Sekarang mami dah kena buat dua kerja! Mami kena pi meeting ni, urgent pula! Pakai baju kosong sudahlah, cakap kat cikgu baju sukan tak dan kering!”

Addie mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya terjun ke gaung. Mami dan papa memang tidak boleh bersama lagi.

Tanda tanya Addie mula timbul apabila Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku, muncul dan mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia. Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.

Masalahnya, pelbagai rancangan yang Addie, papa dan Cikgu Ku buat untuk cuba menyatukan mami dengan Cikgu Ku... Mami tak layan sehinggalah papa terpaksa menggunakan cara terakhir yang membongkar satu rahsia.

“Papa nak suruh mami kahwin dengan Uncle Haha sebab papa dah nak mati ke? Tell me this is wrong papa! Tell me this is all wrong!!!”

“This is the truth, princess...”

Teori Mikaela, kawan baik Addie mengatakan yang papanya itu sakit dan sanggup membuat rancangan yang pelik-pelik, ternyata betul. Masalahnya... Mampukah Addie sempurnakan cerita maminya dengan orang lain selain papanya sendiri? Mahukah mami sempurnakan ceritanya seperti kehendak Addie? Atau mami lebih mementingkan hatinya sendiri?

Tetap Dalam Jiwa

Tajuk : Tetap Dalam Jiwa
Penulis : Farisha Imani
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-2102-27-4
Mukasurat : 576

Sinopsis
"Aisya tak nak main kahwin-kahwin lagi. Aisya nak balik."

"Diam aku cakap!"

Layar mata seolah-olah menayangkan imbasan kisah silam yang menyakitkan itu. Jijik. Dia tak sanggup. Dia dapat rasa kesakitan dan penderitaan itu. Perit.

Kesakitan fizikal dan mental lalu menarik Aisya Farhana ke dalam kesengsaraan. Sakit yang ditanggung dan dipendam tidak dapat diluahkan. Dari situ, muncul watak-watak untuk sama-sama menanggung rasa sakit itu dan tidak mahu Aisya Farhana terseksa sendirian.

Han Ji Ha: Alter yang periang dan meminati K-Pop. Menggembirakan Aisya Farhana.

Maria Mariana: Alter yang sukakan aktiviti lasak. Mahu Aisya Farhana hidup bebas ke mana sahaja.

Bibah Bebel: Alter yang suka membebel. Menceriakan diri Aisya Farhana.

Ustazah Jamilah: Alter yang sukakan kebaikan pada Aisya Farhana.

Amira Natrah: Alter dominan. Mempunyai sifat pendendam dan mahu membalas segala yang pernah dilalui Aisya Farhana.

Dia tak normal. Aisya Farhana perlu menerima rawatan dan penyakitnya ini telah menemukan dia dengan Doktor Naim, seorang psychiatry dalam keadaan yang tidak diduga. Hubungan mereka mulai rapat dan tiba-tiba...

"Saya nak lamar Aisya Farhana menjadi isteri saya yang sah." –Doktor Naim

Namun, Amira Natrah menentang hubungan itu. Dan setiap kali Doktor Naim mahu memberikan rawatan juga, Amira Natrah pasti akan muncul dan membuat masalah. Adakah Amira Natrah cemburu akan hubungan Doktor Naim dengan Aisya Farhana?

"Jangan kau berani sentuh aku. Tangan kau sangat jijik dan kotor, Dr. Naim!" – Amira Natrah

Doktor Naim seorang lelaki yang baik, sedaya upaya mahu membantu Aisya Farhana supaya sembuh. Tetapi, apakah ada rahsia yang Amira Natrah tahu tentang Doktor Naim sehinggakan sekeras-kerasnya dia menentang rawatan yang mahu diberikan oleh Doktor Naim kepada Aisya Farhana? Adakah... Doktor Naim pernah wujud dalam kisah derita Aisya Farhana dahulu?

Objection

Tajuk : Objection
Penulis : Rehan Makhtar
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-469-069-4
Mukasurat : 544

Sinopsis
GERHANA pasti seketika. Setiap kesabaran akan diganjari. Aira hadapi hidup dengan penuh syukur bertemankan Zariq yang begitu jujur padanya. Tapi, suatu hari Zariq pergi tanpa sebarang pesan. Aira menangis. Kecewanya dia. Zariq kejam!

Namun, hidup perlu diteruskan. Aira terus tabah demi budi yang telah dia telan selama ini. Hingga pada suatu hari dia dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, Aira rasa dunianya yang selama ini sekadar gerhana; menjadi gelap-gelita.

"Aku hanya sebut nama Zariq. Tapi, aku tak cakap dekat kau dia pelukis. Kau siapa sebenarnya?" - Aira

"Aku adalah hakim yang akan jatuhkan hukuman pada kau, Aira..." - Zafiq

Dia sakiti Zariq? Tak! Zariq yang tinggalkan dia. Aira bingung. Atau salah Airin, adiknya? Tapi, kenapa nama dia yang lelaki bengis itu sebut?

"Oh, jangan risau. Aku tak ambil bekas orang!" - Zafiq

"Kau boleh kata apa saja. Tapi, kau tak boleh cakap aku ni bekas orang! Sepanjang hidup aku, kau orang pertama pegang kulit aku, tahu tak?" - Aira

Berkali dia nafi. Tapi, mana mungkin suara si kambing hitam mampu menandingi ngauman singa yang kelaparan? Hukuman tetap dijatuhkan tanpa perbicaraan yang adil. Kebebasan Aira kini dipenjara oleh Zafiq. Aira bertahan kerana dia yakin kebenaran akan muncul nanti. Tapi, kenapa setelah segalanya terbongkar, dia masih perlu menjadi tahanan di sini?

"Aku orang pertama. Dan, aku mahu jadi yang satu-satunya, Aira. Kau nak terima?"- Zafiq

"Antara kita, tiada apa lagi yang nak dibicarakan, Zafiq! Awak dah jatuhkan hukuman. Saya dah terimanya. - Aira

Pada Zafiq pula... Perasannya pada gadis itu sejak awal adalah kenyataan. Dia mahu penjarakan Aira selama-lamanya. Dalam hatinya! Tapi, harus bagaimana dia sembuhkan hati yang telah dia lukai dengan tangan sendiri? Kuatkah dia untuk lepaskan kebencian yang selama ini menguasai demi cinta di hati?

"Nak order isteri? Boleh?" - Zafiq

"Hah?" – Aira

"Errr... Sorry. Maksud abang, nak order makanan kesukaan awak. Lepas tu nak pinang awak. Macam tu, boleh ke?"- Zafiq

"Banyak cantik muka awak!"- Aira

Boleh jadi yang mereka benci selama ini adalah yang terbaik dan yang mereka sayangi itu adalah yang buruk. Kerana mereka adalah hamba Tuhan yang tidak pernah mengetahui... akhirnya, Zafiq dan Aira akur tanpa sebarang bantahan.

Utusan Cinta Buat Adam

Tajuk : Utusan Cinta Buat Adam
Penulis : Myra Ameer
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-469-068-7
Mukasurat : 672

Sinopsis
Sibuk mengejar cita-cita, di usia awal tiga puluhan, Aireen masih menyendiri lagi. Puan Azra asyik mendesak tetapi jawapan Aireen tersangatlah mudah. Jodohnya masih tersesat entah di mana dan dia hanya menginginkan lelaki kaki masjid untuk dijadikan suami. Adam Firdaus, umurnya juga sudah di ambang pertengahan tiga puluhan. Tapi Adam kata sekiranya ada perempuan yang berani melamarnya, dia akan terima. Tiga kali ternampak Adam di Masjid Besar Kuantan, Aireen sudah terjatuh suka tetapi masalahnya, dia tidak kenal siapa gerangan orangnya. Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati.

“Ermmm… Bakal isteri Adam tu macam mana orangnya?” – ADAM

“Kata tak kesah?” – HAJAH ROSNAH

“Memanglah tak kesah tapi mak dengan Ina buat Adam tertanya-tanya. Buruk sangat ke rupa dia?” – ADAM

Begitulah kisah Adam dan Aireen. Kisah encik pensyarah dan seorang doktor bedah. Biar tak pernah bercinta tetapi perkahwinan mereka bahagia disulami gurau dan tawa.

“Dia tu patient Aireen.” – AIREEN

“Kacaknya patient. Tak terpikat ke?” – ADAM

“Abang nak suruh Aireen pikat dia ke?” – AIREEN

“Yalah, orang tu Tengku. Abang ni siapalah kan dan apalah yang ada?” – ADAM

“Abang tu suami Aireen. Dia tu yang bukan sesiapa.” – AIREEN

Kata orang, kalau sayang setinggi langit pasti dugaannya akan sedalam lautan. Ketika sedang melakar bahagia, kasih sayang Adam dan Aireen teruji hebat.

“Allah menguji kerana Dia tahu kita mampu melaluinya. Kerana Dia tahu kita kuat. Tapi kenapa terlalu cepat sayang mengalah? Sayang tak percayakan ketentuan Dia?” – ADAM

“Jika Hawa diciptakan untuk Nabinya Adam, maka abang, Adam Firdaus telah diciptakan untuk Aireen walaupun mungkin untuk seketika. Aireen tak pernah ragu akan kekuasaan dan kebesaran Dia kerana Aireen juga adalah makhluk ciptaan-Nya. Makhluk yang tak pernah sempurna. Dan, Aireen dah reda dengan kekurangan Aireen, abang.” – AIREEN

Bagaimana dengan cinta Adam pada saat Aireen melepaskan Adam pergi mencari cinta yang mampu membahagiakannya? Adakah mampu Aireen melepaskan Adam pergi sedangkan hatinya milik Adam seorang?

Kembali Bertuhan

Tajuk : Kembali Bertuhan
Penulis : Ibnu Rijal
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-2038-49-8

Sinopsis
Bilakah kali terakhir kita menangis kerana Tuhan?

Buku ini merungkai satu persatu kasih sayang Tuhan supaya rasa cinta kepada-Nya itu hadir dan mekar. Mudah-mudahan pada akhirnya kita akan sedar dan insaf untuk kembali bertuhan, bukan sekadar beragama.

"Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudia engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi." Riwayat at-Tirmizi

Kekasihku Si Ratu Drama

Tajuk : Kekasihku Si Ratu Drama
Penulis : Mona Rossa
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-5289-70-5

Sinopsis
“Kau rasa kalau aku nak tackle si Fattah Amin tu, logik tak?
“Sofi, banyak lagi lelaki yang kacak dekat dunia ni. Kenapa perlu Fattah Amin? Come on, dia tu kontroversi dengan Neelofa dan Fazura kut. Kau tu siapa je wey.”
“Fazura dengan aku, aku lagi cantik. Fazura dengan Neelofa, Fazura lagi cantik. So kau rasa?”
“Aku rasa kau ni dah gila. Followers Fattah Amin 2.4 juta kut. Kau tu, 100 followers je. Itu pun kau paksa follow back.”
“Kurang ajar kan mulut kau.” Sofi tergelak sendiri.

KERANA jiwa Aisyah telah mati, Sofia kembali berdiri. Menjadi drama queen memang makanannya. Mempermainkan lelaki adalah kepuasannya. Kekayaan adalah syarat utamanya dan perkahwinan adalah larangannya.

AMAR DARRIS. Dia terluka kerana Aisyah, dia bangkit kerana Sofia. Janjinya, membahagiakan wanita itu adalah pilihannya. Membuat wanita itu menangis adalah larangannya. Kerana cinta dia terpaksa sembunyi. Kerana takut kehilangan, dia terpaksa pendam dan kerana penipuan, dia dapat mengikat Sofia.

“Memang abang tak malu dan Sofi kena terima hakikat tu.”
“Kau pun kena terima hakikat yang aku bencikan kau.”
“Kalau ya pun bencikan abang, jangan aibkan abang dengan bercinta dengan lelaki lain di belakang abang. Malu abang ni, Sofi.”
“Kalau tak nak malu, ceraikan aku. Kalau kau tak nak ceraikan aku, tanggunglah azab jadi suami dayus seumur hidup kau,” cemuh Sofi dengan wajah tanpa rasa bersalah.

MAMPUKAH Aisyah Sofia mengubah sikap? Mampukah cinta Amar kekal bertahan untuk gadis itu?

Wednesday, December 13, 2017

Kelibat

Tajuk : Kelibat
Penulis : Nurul Omar
Harga : RM24.00
ISBN : 9789671467527

Sinopsis
Ditakdirkan Emierda mampu melihat dan mendengar benda-benda  ghaib. Lalu  dunianya terasa sepi, lantaran kemampuannya itu membuat dirinya begitu terasing.

Sam,  pemuda  yang  senang  didampingi akhirnya menjejakkan  kaki ke vila yang sering kali  muncul dalam mimpi-mimpinya.

Vila  Belanda,  kediaman   separa   kolonial   bakal menyaksikan sebuah majlis persandingan di mana di vila  ini juga Emierda  dan  Sam  bertemu   buat pertama kali.

Sejarah  silam  vila itu  akan  menghubungkan mereka.  Satu misteri  lama   dari dua abad lau, kini bakal terungkai.

Orang Gaji

Tajuk : Orang Gaji
Penulis : Daisy Zahra
Harga : RM24.00
ISBN : 9789671467510

Sinopsis
Segala-galanya  berubah  apabila  isteri Irham  sedar  daripada koma.  Kata isterinya, mereka harus  membantu orang gaji mereka.

“Sebab tu saya minta tolong dengan Halim  sebab malam tu, Liya minta tolong dengan saya.”

“Tolong apa?” soal Irham tidak serius.

“Tolong carikan kepala dia.”

Doktor   Fendi  yang  bertanggungjawab    merawat isteri   Irham   turut  diganggu.  Beberapa  kepala mayat di hospital lesap. Siapa punya angkara?  Apa kaitan kejadian yang berlaku dengan orang gaji  dirumah Irham? Benarkah apa yang dilihat oleh Sara dan Mak Yam? Ada apa dengan orang gaji itu?

Uwan Konah

Tajuk : Uwan Konah
Penulis : Haida Hassan
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-14675-8-9

Sinopsis

Munah sering diganggu makhluk halus yang ingin berdamping dengannya. Semakin diamati, Munah yakin dia diganggu saka Uwan Konah yang memaksanya menerima belaan warisan itu.

 “Jangan macam tu, tak ada apa pun. Cuma barang pusaka saja. Aku ni rasa macam dah tak panjang umur. Sekurang-kurangnya, tenang sikit hati aku dah berbagi ni. Kau terima ya…”

 “Tak nak!”

 Munah semakin teruk dicederakan. Lewat mimpi, makhluk halus itu menikam dan merobek perutnya. Selagi Munah tidak mahu terima, dia terus berdepan ancaman saka Uwan Konah.

 “Aku bertanggungjawab menyelesaikannya dengan caraku. Setidaknya, aku dapat buktikan kemampuan melindungi cinta hatiku.”

 Perkenalan dengan Hadi membuatkan Munah yakin lelaki itu adalah insan yang sering membantunya ketika diserang makhluk belaan Uwan Konah. Hadi nekad mahu membebaskan Munah daripada tuntutan syaitan laknatullah itu. Namun seksa yang ditanggung Munah tidak terhenti begitu sahaja.

Ganggu

Tajuk : Ganggu
Penulis : Ayumi Syafiqah 
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-14675-6-5

Sinopsis

Dua tahun lalu, Mikayla hilang seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Mereka semua mati di tangan seorang pembunuh bersiri tidak berwajah bernama Z. Setiap gangguan telefon daripada Z pasti akan berakhir dengan kematian.
Kata Z, dia lakukan semua itu untuk Mikayla. Mereka semua penipu. Mereka semua tidak pernah peduli tentang Mikayla, kecuali dia.

“Siapa kau yang sebenarnya?” – Mikayla
“Aku sebenarnya…” – Z

Dua tahun kemudian, Mikayla akhirnya meninggalkan pusat rawatan psikiatri dengan satu misi, untuk menyiasat siapa sebenarnya Z. Z masih dan terus mengganggunya dengan pelbagai gangguan sehinggakan rahsia yang selama ini disimpan kukuh oleh kedua-dua orang tuanya mula tersingkap.
Ketika dia sedar siapa sebenarnya Z, sanggupkah dia tinggalkan kehidupannya demi lelaki itu?

“Ingat, bila kau ikut aku, tak ada jalan balik lagi.” – Z