Wednesday, March 11, 2015

Muhammad Bukan Nasionalis

Tajuk : Muhammad Bukan Nasionalis
Penulis : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Azrul Hakim Suradi
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-361-047-1
Mukasurat : 326

Sinopsis
Barangkali mereka yang tinggal di negara pemerintahan nasionalis mengatakan nabi itu seorang nasionalis. Semasa saya melawat ke Uzbekistan, sebuah negara bekas jajahan komunis, terdapat masjid yang tersergam indah, tok imam yang berjubah dan berkemungkinan boleh menjadi seseorang yang berfikiran komunis, lantas mereka juga mengatakan bahawa nabi seorang komunis.

Tidak sama sekali. Nabi Muhammad SAW adalah 100 peratus Islam, bukannya komunis dan bukan juga nasionalis. Jangan sesekali kita mengatakan bahawa nabi seorang yang berfahaman komunis, nasionalis, demokrasi atau lain-lain fahaman yang menjadi anutan dunia. Inilah yang menjadi teras dalam aqidah.

Masyarakat kini lebih mengutamakan serta menjadikan nasionalisme sebagai fahaman pemikiran. Malah sesetengah negara-negara Arab juga mendakwa dengan nasionalisme mereka mencapai kemerdekaan seolah-olah Islam tidak mampu memberikan kemerdekaan. Dari sini dapat dilihat begitu jahilnya kita dan begitu bijaknya Inggeris mahupun penjajah lain yang begitu kemas sekali mengatur perancangan mereka  walaupun setelah diusir keluar dari tanah jajahan masing-masing.

Umum mengetahui, Inggeris keluar dari Tanah Melayu bukan kerana kehendak mereka, tetapi disebabkan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula dari Magana Karta. Selepas Perang Dunia Pertama yang melibatkan Eropah sesama Eropah dan Perang Dunia Kedua yang melibatkan sesama negara Eropah beserta negara Asia, mereka terpaksa menanggung bebannan kesan peperangan yang amat besar  sehinggalah PBB mengumumkan semua negara jajahan harus dimerdekakan.

Namun, sebelum mereka berundur, mereka telah mencari dan mengenal pasti  agen-agen yang akan bergerak sebagai agensi penjajah untuk disebarkan kepada rakyat supaya menolak agama Islam. Tetapi, kebenaran itu ternyata milik Allah SWT. Nur (cahaya) Allah SWT terpancar ke seluruh dunia ini. Lama kelamaan cahaya kebenaran semakin bersinar dan terus menutupi kegelapan masa lampau.

Bermula  di Timur Tengah iaitu, di Mesir, persatuan Ikhwan Muslimin (IM) yang dibenci Inggeris, Perancis serta penjajah lain kini telah berada di hati masyarakat hanya kerana menegakkan kebenaran. Mereka (IM) tidak mempunyai wang, atau kuasa, namun kini sudah berjaya memenangi pilihan raya. Seperti kita (PAS) juga di Malaysia. Kita tidak mempunyai wang, juga tidak mempunyai apa-apa kecuali dengan menyatakan kebenaran bahawa dunia ini bukan hak kita sebaliknya kepunyaan Allah SWT. - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bicara Ini Demi Ilahi

Tajuk : Bicara Ini Demi Ilahi
Penulis : Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harga : RM19.90
ISBN : 978-967-86-0413-0
Mukasurat : 304

Sinopsis
ALLAH Maha Benar.
Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar.
Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa
merenungi kalam-NYA, al-Quran. Ya, di situlah kita
mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA...

Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan.
Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan.
Ya, bicara yang penuh berhemah.
Namun, ada yang kurang mengerti. Teguran disangka bisa.
Nasihat dikatakan tiada gunanya.

Maka biarkanlah diri ini berbicara
hanya demi DIA, Maha Pencipta.
Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa
untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati.
Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati,
di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.

Antara Pengisian Menarik:
• Izinkan Aku Berbicara
• Bicara Ini Demi DIA
• Bicara Ini Demi Umat
• Bicara Ini Demi Nurani
• Bicara Ini Demi Akhlak
• Bicara Ini Demi Anak Kita
• Bicara Ini Demi Hari Pengadilan
• Andai Mampu Lagi Aku Bicara

Tuesday, March 10, 2015

Seminit Pun Tak Lupa

Tajuk : Seminit Pun Tak Lupa 
Penulis : Ayumi Syafiqah
Harga : RM23.00
ISBN : 9789675289330

Sinopsis
“Saya janji akan buat awak happy every single day yang saya ada.” – Rafiqi.

DILARA dan Rafiqi bertemu di kolej. Saat cinta menggebu, dunia Rafiqi berubah 360 darjah apabila berita tentang mama yang hilang 13 tahun lalu tiba-tiba muncul dalam hidupnya.

“Sekali Fiq keluar dari rumah ni, Fiq bukan anak papa lagi.” – Datuk Maslan.

RAFIQI yang tabah…Hidup susah dan bekerja apa saja untuk sesuap nasi. Hatinya menangis sayu. Dia hilang seorang ayah, dia hilang sahabat, dia hilang kekasih yang dia cinta, tapi dia ada kasih sayang mama. Itu sudah cukup dibandingkan dengan apa saja yang dia ada di dunia ini.

MASA berlalu, Dilara dengan kerjayanya sebagai pramugari…dintai Ham’zalah, encik pilot yang kacak… Namun hatinya sunyi lalu dia tekad mencari Rafiqi…

Dilara menelan air liur. “Ermm… Saya nak cari Fiq kat kampung mama dia,” ujarnya.
“And?”
Nash kerut muka. Lantunan bola pun sudah berhenti. Mata Nash tajam ke arah Dilara. Atas bawah dia melihat gadis yang masih beruniform pramugari.
Biar betul nak main basketball pakai skirt macam tu? Terkangkang karang, mana nak letak muka. Nash tunduk lalu senyum. Memang parah kalau berskirt dan terlompat-lompat nanti.
“Boleh ke tidak?” Dilara tanya. Janganlah Nash menolak permintaannya yang kecil ini.
Nash angkat muka. Dipandang pula ke arah Murnirah yang sekadar jongket bahu.
“Ehem...” Nash seolah-olah membetulkan peti suaranya.
“Aku tahu kau orang berdua tak faham dan please, jangan mintak aku explain apa-apa. Just… Nash, tolonglah ajar saya main. Sikit pun okey, saya hargai sangat-sangat,” pinta Dilara lagi. Nadanya sudah separuh merayu. Hanya ini salah satu cara untuk dia memikat Rafiqi semula.

NAMUN siapa Rafiqi saat Dilara menemuinya?

“Aku yakin jodoh aku dengan dia. Empat tahun ke, sepuluh tahun ke, even dua puluh tahun sekali pun, aku sanggup tunggu.” – Dilara

untuk tempahan: whatsapp/sms/telegram 0111 5004915

Setia Menanti

Tajuk : Setia Menanti
Penulis : Fauziah Ashari
Harga : RM24.00
ISBN : 

Sinopsis
“I datang sini dengan keizinan suami I dan I tak mahu robohkan kepercayaan dia. Hidup kita tetap bermakna walaupun yang dicinta tidak bersama kita. Semuanya ada rahsia tersirat. Semuanya ada sebab pada setiap kejadian. Semuanya ada hikmah apabila Allah beri kita ujian. I isteri orang, jangan ditunggu dan diharap.” – Adrina

Terasa dirinya dayus jika melupakan terus deringan itu sebaik nama ‘Zul’ terpampang di situ. Jelas air mukanya juga dalam keadaan marah. Dia tidak peduli pada titisan air mata Adrina. Sebaliknya tersenyum sinis. – Akid Ajmal

Dia memandang sepi sisinya yang kosong. Dia meraba pembaringan yang sepatutnya milik Akid Ajmal. Dia reda, dia pasrah tapi tidak dinafikan dirinya parah saat ini. Tidurnya jarang lena lagi sejak peristiwa malang itu. Sesekali igauan-igauan buruk akan muncul menghantui dirinya tetapi dia bersyukur tidak terlalu paraniod. Mungkin kerana dia pengsan ketika pengkhianat durjana itu menjajah tubuhnya. – Nur Fatihah Nabila

“Pada I, mencintai seseorang itu adalah dengan memiliki untuk bahagia atau melihat dia bahagia. Kalau perempuan itu amat mencintai kekasihnya, mengapa pula I nak ganggu dia. Tapi, kalau I tahu dia mencintai lelaki itu, pasti I akan rebut” – Zulfaris


untuk tempahan: whatsapp/sms/telegram 0111 5004915

Magis

Tajuk : Magis
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM21.00
ISBN : 978-983-124-893-5
Mukasurat : 528

Sinopsis
Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati! 

Muhasabah Cintaku

Tajuk : Muhasabah Cintaku  
Penulis : Qaula Safiyyah
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0567-34-1

Sinopsis
MEMANG Haziq tak sangka yang dia akan bertemu lagi dengan Hajira, perempuan garang yang pernah menyerang sahabatnya, Syafiq di ofis itu dulu.

“Ops... Sorry, tak sengaja.”

“Awak ni kan… Memang sengaja nak langgar saya, kan? Saya tahulah saya ni handsome. Perempuan... memang macam tu la, nak dapatkan perhatian lelaki.”

“Eh, eh awak ni, saya dah minta maaf, kan? Awak handsome? Saya rasalah kan... kambing belakang rumah mak ngah saya lagi handsome kut. Dasar lelaki perasantan.”

Hajira juga mula kurang senang dengan Haziq. Asalnya dia bergaduh dengan Syafiq sahaja, tup-tup, Haziq juga masuk campur dengan tiba-tiba merenung dan menjeling dia tanda tak puas hati. Siapa yang tak sakit hati?

Atas niat jahat Syafiq yang berpaksikan dendam lama, rancangan rapi diatur. Dia mahu Hajira hidup sengsara bersama orang yang dia benci dan juga membencinya. Sasarannya… Haziq!

“Dia tu pantang sikit kalau jumpa orang kaya ni, lebih kurang macam perempuan pisau cukur.”– Syafiq

Kerana fitnah, dua manusia yang saling tidak menyukai itu disatukan. Maruah Hajira rabak saat tiada siapa pun mempercayainya. Haziq yang sedia diracuni dengan kata-kata Syafiq, langsung tidak memberi ruang kepada hatinya untuk mencintai Hajira. Otaknya seperti telah diprogram, Hajira hanya inginkan hartanya. Namun hatinya berkata… “Kalau Hajira tak seburuk yang disangkakan, pasti aku akan mencintainya sepenuh hati.”

Bagi Hajira pula, dia telah berjanji kepada diri yang dia akan cuba belajar mencintai Haziq walau tidak dihargai oleh Haziq. Dia mahu menjadi isteri yang solehah... Menjaga maruah agama.

Begitu nekadnya dia, namun akhirnya sabarnya yang menggunung, kasih yang tulus buat Haziq terpaksa dipendamkan apabila Maisarah, bekas tunang Haziq muncul…

“Hajira... Saya sanggup bermadu dengan awak. Saya betul-betul sayangkan Haziq. - Maisarah

Rupa-rupanya, dialah punca hubungan Haziq dan Maisarah terkubur. Maisarah dengan rela hati memohon menjadi isteri kedua. Lalu … Saat fitnah itu terungkai, Hajira telah pergi dan tiada siapa tahu di mana dia berada. Saat itu barulah Haziq mengetahui bahawa Hajira ialah pengasas kepada Vila Kasih dan Teratak Kasih. Mana mungkin insan semulia itu ingin mengikis hartanya.

Mungkinkah hati merindui Dia saat hati hampa dan kecewa? Ke manakah Hajira bermuhasabah cintanya kepada Ilahi?

untuk tempahan: whatsapp/sms/telegram 0111 5004915

Mr Fussy or Mr Cool?

Tajuk : Mr. Fussy or Mr. Cool?
Penulis : Lieya Ieza
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0567-32-7

Sinopsis
Akibat kecewa, DHIEYA AMIERA membawa hati yang lara. Tapi siapa sangka, pertemuan kali pertama dengan seorang jejaka yang cerewet akhirnya mengundang episod baru dalam hidupnya. Episod yang sentiasa bersambung membawa cerita tersendiri.

Bagi ZHARIF FARHAN, kehadiran Dhieya Amiera mengundang rasa aneh dalam hidupnya. Rasa yang sukar dimengertikan. Gadis yang sentiasa ceria dan selamba itu membuatkan perasaannya kucar-kacir. Perasaan apakah itu? 

“Kau buat apa kat dalam ni? Inikan tandas lelaki? – Zharif

“Saya nak cuci tandaslah. Waktu ni memang waktu saya cuci tandas.” – Dhieya

“Habis tu, kau tak reti nak tanya dulu ke? Ada orang ke tidak dalam tandas ni?” – Zharif

“Habis tu, bos tak reti ke nak keluar dari tandas ni? Kalau bos berniat nak tolong saya sama-sama cuci tandas ni, kecik tapak tangan, Stadium Shah Alam tu saya tadahkan.” – Dhieya.

Dhieya sedar siapa dirinya yang sebenar. Tak mungkin si enggang akan terbang bersama si pipit. Dalam masa yang sama, HAZYRUL NIZAM meluahkan perasaannya. Pemuda itu ikhlas dalam meluahkan rasa cintanya. 

“Dah lama saya tunggu awak, Dhieya. Kali ni saya harap awak sudi terima cinta saya.” – Hazyrul

Fight for my love! Kata-kata itulah yang dipegang oleh Dhieya tatkala dia jatuh cinta. Pelbagai usaha dilakukan demi memperjuangkan cintanya. Dia yakin, suatu hari nanti lelaki itu akan membalas cintanya. 

Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Pertemuan semula dengan AMMAR ZIQRI mengusutkan lagi keadaan. Ammar kembali menagih kemaafan sekaligus menghapuskan rasa dendam dan kebencian dalam hatinya.

Adakah usaha Dhieya Amiera dalam memperjuangkan cintanya akan berhasil? Adakah cinta Dhieya Amiera akan kesampaian? Antara Zharif Farhan dan Hazyrul Nizam, siapa yang menjadi pilihan hati Dhieya Amiera? Ataupun Ammar Ziqri telah lama menjadi pilihan hati gadis itu?

untuk tempahan: whatsapp/sms/telegram 0111 5004915