Sunday, March 29, 2015

Membongkar Di Sebalik Misteri MH370

Tajuk : Membongkar Di Sebalik Misteri MH370
Penulis : Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-5994-13-5

Sinopsis 
"Membongkar Di Sebalik Misteri MH370"

Dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang awal pagi 8 Mac 2014. Penerbangan itu yang membawa 227 penumpang dari 15 buah negara termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal menjadi tumpuan dunia.  Pesawat itu terputus hubungan daripada pusat kawalan udara Subang sekitar pukul 2.40 pagi iaitu hanya 2 jam setelah berlepas. Usaha pencarian dan penyelamatan bersama meliputi luas 30,000 km2 (12,000 batu²) di Teluk Thailand. Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac pada 00:41 waktu tempatan (16:41 UTC, 7 Mac) dan dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing (06:30 waktu tempatan, 8 Mac).  

Operasi besar-besaran  mencari pesawat MH370 melibatkan lebih 30 pesawat dan 40 kapal dari berbagai masih tidak memberi sebarang petunjuk. Penggeledahan dilaut terbuka secara massa masih diteruskan.

Berbagai-bagai kemungkinan dan teori ditonjolkn oleh berbagai-bagai pihak termasuk untuk memberi indikasi pencarian pesawat tersebut. Namun nasib pesawat MH370 kekal menjadi misteri. 
Adakah ini merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi dari negara-negara atau pihak tertentu? Atau satu tragedi yang sungguh mistik?
Adakah kelonggaran sistem pemeriksaan telah menyebabkan penumpang dapat menaiki pesawat dengan passport curi?
Mungkinkah ini merupakan satu permainan perang teknologi yang menjadikan pesawat MH 370 sebagai mangsa keadaan?

Buku ini mengkaji kronologi dan sebaik mungkin membongkar satu teori dan kemungkinan di sebalik tragedi MH370. Buku wajib baca oleh semua golongan dan sesuai untuk dijadikan rujukan bagi menghadapi kemungkinan tragedi akan datang.


Pendahuluan
Sama ada ia satu tragedi atau satu strategi, namun dua cukup letih mengikuti kejadian tersebut yang seperti tiada kesudahannya itu. Berbagai teori dan fenomena telah ditimbulkan untuk mencari jalan keluar terhadap masalah yang semakin buntu itu.

Maklumbalas dan reaksi masyarakat tempatan dan seluruh dunia memberi gambaran bahawa mereka perihatin terhadap tragedi tersebut. Walaupun yang berbicara itu adalah individu yang tiada latar belakang langsung tentang perkara yang berkaitan dengan penerbangan, laut atau aspek teknikal berkaitan isu tersebut, namun mereka membuka ruang berfikir dan cuba terlibat sama dalam membantu mencari penyelesaian.

MH370 adalah cerita besar yang melibatkan penglibatan pakar-pakar dari seluruh dunia dalam berbagai bidang. Kos operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah mencecah ratusan juta Dollar dan ia sedang terus meningkat. Namun berdiam diri serta menyerah kalah bukan caranya mengakhiri pencarian serta memberi justifikasi kepada keluarga mangsa. 

Adakah ia hilang atau telah dihilangkan oleh pihak tertentu. Adakah ini merupakan konspirasi terbesar selepas peristiwa 9/11. Kenapakan Malaysia dijadikan kambing hitam atau adakah ini usaha licik untuk mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan negara China. Perkara ini merupakan satu persoalan yang akan dikupas dalam buku ini.

Pembaca akan disajikan dengan input dan demensi pemikiran dari berbagai sudut. Semoga buku ini akan dapat mengumpul pandangan-pandangan selama ini dan akan mencetuskan pandangan baru terhadap tragedi ini dan tragedi-tragedi akan datang yang mungkin lebih dasyat lagi.

MH370 & MH17 : Satu Ancaman Israel Kepada Malaysia

Tajuk : MH370 & MH17 : Satu Ancaman Israel Kepada Malaysia 
Penulis : Norjimi Azmi Latif
Harga : RM34.90
ISBN :  9789671257449

Sinopsis
Kehilangan misteri MH370 dan pengeboman MH17 oleh tangan-tangan ghaib sedikit pun tidak menakutkan Malaysia. Malah, Malaysia sangat komited dalam apa yang dilakukan.

MH370 dan MH17: Misteri Terbongkar

Tajuk : MH370 Dan MH17 : Misteri Terbongkar
Penulis : Collective Intelligence Academy
Harga : RM39.00
ISBN : 9789671267240

Sinopsis
Ramai yang tidak dapat memahami misteri kehilangan Penerbangan MH370 pada 8 Mac 2014 yang telah mengejutkan dunia dan menjunamkan Malaysia dalam situasi panik dan gentar. Setelah berbulan-bulan mencari dengan kelengkapan yang terbaik yang boleh didapati, natijahnya tiada apa yang dapat dicari sebagai galang ganti jutaan ringgit yang telah dibelanjakan dan tiada keadilan kepada jutaan lagi ringgit yang bakal dibelanjakan oleh Kerajaan Malaysia. Takdir kapal terbang itu, dan terutamanya 239 nyata yang tidak bersalah didalamnya, kekal menjadi misteri.

Hanya tidak lebih dari 4 bulan, selepas tragedi malang itu berlaku, berlaku pula peristiwa pesawat MH17 pula ditembak jatuh di Ukranie dan kesemua 298 penumpang terkorban dalam kemalangan itu! Kemalangan yang tragik ini mengakibatkan protes secara besar-besaran, kemarahan dan pelagai emosi serta reaksi daripada masyarakat serata dunia, dan penembakan ini turut menjadi petanda kepada kejadian paling dahsyat! Tetapi di Malaysia, di mana impaknya lebih bersemangat, berkaitan pesawat apokaliptik MH17 di mana ianya terbukti lebih mengejutkan, lebih menghairankan dan seterusnya sangat-sangat mengerikan.

Dan akhirnya, adakah sekarang nampaknya, negara sangat dibebankan dengan mala petaka bermacam-macam dalam memori rakyat sehingga akan menjebak negara ini ke arah kemiskinan dalam masa terdekat kerana kehidupan ini bagai putaran roda yang bersilih ganti iaitu selepas era kemewahan dan kini ke arah kemiskinan. Tidakkah begitu realitinya. Kebenarannya ialah nasib tidak menyebelahi negara ini!

Hakikatnya, kesemua nasib malang Malaysia, adalah berdasarkan perancangan teliti dan gabungan kejadian licik dilakukan sebagai suatu sindiran atas takdir kebodohan semua rakyat Malaysia!

Kehilangan pesawat MH370 dan penembakan jatuh pesawat MH17 adalah seolah-olah suatu kejadian yang sama sebagai suatu peristiwa tunggal yang merangkumi perancangan utama yang dibuat selama beberapa tahun, inter alia untuk mendominasi dan menawan rakyat di Malaysia!

Penerbitan kecil di tangan anda ini meminta untuk menukar yang keruh kepada yang jernih. Iktibarkan diri dalam perjalanan yang dipandu dalam linkungan muka surat ini untuk memeriksa bukti-bukti tersembunyi yang akan membenarkan anda untuk melihat perkara sebenar dengan lebih mendalam! Dan teramat penting, untuk memahami masa depan yang dirancang untuk semua rakyat Malaysia dan menyediakan diri kita untuk menghadapinya.

Semoga Tuhan Yang Maha Besar Membantu Dan Merestui Kita Ke Atas Segala Jalan Benar Yang Menuju Kenyataan, Keadilan Dan Kebenaran.

Margasatwa

Tajuk : Margasatwa
Penulis : Saidee Nor Azam
Harga : RM27.90
ISBN : 978-967-0535-58-6

Sinopsis
Tiga orang penuntut sebuah universiti tempatan hilang di Hutan Tasik Kenyir. Mereka dipercayai telah diserang binatang buas. Anehnya, mayat-mayat mereka tidak ditemui. Malah, pihak renjer hutan tidak dapat mengesahkan binatang apa yang menyerang pelajar-pelajar itu. Nasib mangsa serangan masih tidak terjawab. Apakah misteri binatang pemangsa itu?

Manakala Adi Putra yang kecewa dalam percintaan telah memilih untuk menjadi novelis seram sepenuh masa. Dia nekad ke Tasik Kenyir setelah mendengar akan kehilangan misteri itu dan mahu mengabadikan kisah itu ke dalam novel terbaharunya.

Namun, Adi Putra tidak menyedari bahawa maut sedang menantinya di sana!

Kubur Bernyawa

Tajuk : Kubur Bernyawa
Penulis : Ebriza Aminnudin
Harga : RM19.90
ISBN : 978-967-0535-59-3

Sinopsis
Sekumpulan remaja dari Kolej Imanshah telah mengadakan perkhemahan di Hutan Simpan Kaffi ketika bermulanya cuti semester pertama di tahun yang terakhir itu. Asalnya mereka ingin menenangkan fikiran sebelum menempuhi semester yang terakhir.

Namun apa yang dihajati tidak menjadi kenyataan apabila mereka telah membangkitkan roh yang sudah lama tertanam di situ. Bermula dari situ, mereka terpaksa menempuhi episod baru apabila roh yang telah dibangkitkan itu sering mengganggu mereka.

Apakah yang roh itu inginkan daripada mereka? Kenapa roh itu tidak mahu melepaskan mereka?

Suara Tengah Malam

Tajuk : Suara Tengah Malam
Penulis : Maria Kajiwa
Harga : RM19.90
ISBN : 978-967-0535-38-8
Mukasurat : 528

Sinopsis
Adam, penyiasat persendirian mencari isterinya yang diculik tiga tahun lalu. Dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah rumah lama di Melaka dan berkenalan dengan Rafiq. Suara budak kecil yang kerap mereka dengari ketika senja menyanyikan lagu cina sering mengahantui mereka. Usaha mereka untuk menyiasat suara itu mendapat halangan daripada tuan rumah yang pembengis. Namun kehilangan Mazni, anak tuan rumah, telah membawa kepada penemuan baru. Suara siapakah itu? Dapatkah dia menemui semula isterinya?

Bilik 616

Tajuk : Jangan Sebut Namaku
Penulis : Noorfadzillah
Harga : RM22.90
ISBN : 978-967-0184-70-8
Mukasurat : 576

Sinopsis
Persaingan Engku Aleeyah dan Isabella demi merebut kasih Luqman tidak pernah surut. Engku Aleeyah, gadis Melayu sanggup melakukan apa sahaja demi mengikat kasih Luqman. Isabella gadis pemikir bebas, bermata runcing tidak ingin mengalah. Sehinggalah Isabella hilang ditelan bumi di Hutan Kalawari. Lima tahun selepas tragedi itu, sesuatu telah kembali menghantui mereka selepas selesai majlis malam reunion di sebuah hotel terkemuka. Satu demi satu teman-teman Luqman dan Engku Aleeyah hilang setiap kali bulan purnama penuh. Kehadiran Fatimah Az-Zahra menambahkan lagi kebuntuan pihak polis apabila maklumat yang cuba disampaikannya tidak logik dek akal. Apakah yang terjadi di sebaliknya?