Thursday, August 20, 2015

Bukan Isteri Simpanan

Tajuk : Bukan Isteri Simpanan
Penulis : Mia Kiff
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0185-52-1 

Sinopsis
DANIA - Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff.

AFIFF - Bagi Dania, Afiff adalah lelaki paling poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi siapa sangka, lelaki tak normal itu jugalah jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain?

Kitalah Bintang

Tajuk : Kitalah Bintang
Penulis : Nazrul Kama
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-369-308-5

Sinopsis
Fiza, seorang pereka grafik di agensi BigNoize Advertising bercita-cita menjadi seorang pelukis terkenal, laksana bintang – superstar. Namun, percubaan pertama mempamerkan hasil seninya temui kegagalan.

Hubungan Fauzi, seorang pereka set di TV5 dengannya bergolak kerana Fiza semakin sukar didekati, tidak seperti sewaktu mereka belajar bersama-sama di ITM dulu.

Ehsan seorang slacker berazam membina kerjayanya apabila mendapat peluang baru bekerja di agensi BigNoize Advertising. Dia dan Fiza mula berkenal rapat – dan Ehsan mula merasakan ada sesuatu antara mereka.

Tahun 1993, ibu kota sedang pesat membangun, dan mereka bertiga terperangkap dalam arus hidup yang semakin mendesak. Fauzi mahu tahu di mana pendirian Fiza, dan Fiza pula tidak tahu apa yang dia sebenarnya mahu. Antara Fauzi, dan Ehsan, siapa yang akan dipilihnya? Atau Fiza sendiri hanyut dalam kekeliruan?

Dreamcatcher

Tajuk : Dreamcatcher
Penulis : Maya Adira
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-369-296-5

Sinopsis
Bagaimana mahu mencintai orang yang sudah hilang cintanya. Perlukah diajar dia bahasa-bahasa rasa, degup-degup jeritan jiwa? Bagaimana? - Amni

Hatiku di mana? Matikah? Hancurkah? Kenapa kau datang tatkala ribut resah sedang berpusar? Jauh, menjauh sekarang! - Khalid

Dia lelaki pujaan. Cinta pertama yang aku idamkan. Dia terseksa, aku mahu menampal lukanya. Kau sekadar bunga menghiasi laman hati, tapi akulah wangian yang meresap dalam urat nadinya… - Syafiqa

Encik Gula ‘Under Age’?

Tajuk : Encik Gula ‘Under Age’?  
Penulis : Qistina Alya
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0567-42-6

Sinopsis
Pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-habis menyalahkan RIZQY setiap kali dia ditimpa masalah.

“Kenapa, ya? Setiap kali saya jumpa awak mesti saya ditimpa malang...”-QASEH

“Err... Awak tak rasa ke saya ni penyelamat awak. Setiap kali awak ada masalah aje saya yang selamatkan. Tak gitu? Macam ultraman selamatkan penduduk bumi...”-RIZQY

QASEH mengharapkan seorang imam yang bisa membimbing. RIZQY perlukan teman sebagai pelengkap kepada sebahagian diri yang hilang. Saat RIZQY rapuh, QASEH hadir sebagai teman yang menenangkan. Menjadi guru yang setia di sisi pelajar bernama suami. Biarpun tika itu dia sudah mengetahui, hakikat rahsia yang RIZQY sembunyikan.

“Qaseh, kalau satu hari nanti awak tahu saya sembunyikan sesuatu daripada awak, agak-agak awak marah tak?”-RIZQY

Namun QASEH hanya insan biasa. Dia juga tahu erti kehilangan. Dia juga miliki hati seorang perempuan. Terluka saat dia menyangka cintanya dikhianati. Rapuh pada ketika insan tersayang dibawa pergi.

“Maaf? Qaseh sedar tak apa Qaseh buat? Jantung abang ni...macam nak tercabut bila Qaseh tak ada kat rumah. Bukan sekali Qaseh macam ni. Tapi dua kali...”-RIZQY

Mampukah ketenangan seorang RIZQY mengembalikan senyum di bibir seorang QASEH? Masih adakah pelangi, setelah hujan lebat turun membasahi bumi?

Sunday, August 16, 2015

Korea I'm In Love

Tajuk : Korea I'm In Love
Penulis : Zuliana Abuas
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-365-158-0

Sinopsis
Apa akan jadi kalau tiba-tiba musuh ketat mencabar dengan cabaran yang tak masuk dek akal? Sanggupkah menerima cabaran itu semata-mata mahu mempertahankan maruah? Ke Korea dan bergambar dengan kumpulan K-Pop?

“Baiklah! Kalau aku dapat gambar-gambar lebih hebat daripada kau, apa kau nak buat? Kau nak tabik spring dekat aku dan tutup mulut kau tu?”

Disebabkan kata-kata yang sudah terlajak, Hanna, Nita dan Fara terlibat dengan cabaran yang tak masuk dek akal bagi manusia yang bijaksana seperti mereka bertiga. Namun, dek kerana maruah, Hanna berkeras hendak menyahut cabaran walaupun kedua-dua temannya tidak bersetuju pada awalnya. Demi menyahut cabaran itu dan demi melihat musuh ketatnya berputih mata, Hanna sanggup melakukan apa sahaja. Ya, apa sahaja. Tapi, dengan jalan yang betul. Bukan dengan cara kotor.

Namun, perjalanan untuk menyahut cabaran itu tidak mudah seperti yang dirancang. Pelbagai cabaran lain perlu diharungi. Biarpun begitu, dalam melalui setiap dugaan itu, mereka bertiga menemui sesuatu. Sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup mereka.

Apakah yang mereka temui? Mampukah ‘sesuatu’ itu membawa kemenangan kepada mereka? Atau, cabaran mereka hanya tinggal cabaran?

Wednesday, August 12, 2015

Tundukkan Playboy Itu

Tajuk : Tundukkan Playboy Itu 
Penulis : Anjell
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0246-97-0

Sinopsis
Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

Tuesday, August 4, 2015

Seindah Cinta Raisa

Tajuk : Seindah Cinta Raisa  
Penulis : Sophilea
Harga : RM25.00
ISBN : 

Sinopsis
INGATAN Zarul Haqq sangat teguh untuk arwah Aliya. Bertemu Raisa sebagai pengasuh sementara Amzar, anaknya buat dia membara selalu kerana Raisa dan arwah Aliya bagai langit dan bumi.
KATA Raisa saat sesuatu hadir dalam dirinya…

Cinta itu hadir setiap saat. Cinta itu terasa dalam keindahan. Cinta itu terucap dalam senyuman. Cinta itu bersinar dengan tatapan. Cinta itu hangat dalam dakapan. Cinta itu menyengat lewat belaian.
RAISA berjiwa seni namun selalu cakap lepas, bersahaja, kadang-kadang tak dengar kata. Tapi Raisa juga suka berangan dan perasan…

“Macam ni... Mama Encik Zarul minta saya sampaikan. Dia kata Encik Zarul perlukan seseorang dalam hidup Encik Zarul. Senang cakap Encik Zarul kena kahwin lagi. Datin ada cakap juga dia berkenankan sepupu Encik Zarul, siapa entah tak ingat namanya atau dengan Dian, kawan Encik Zarul tu. Kalau Encik Zarul pilih salah seorang mesti Datin akan gembira.”

Tapikan kalau Encik Zarul pilih saya... Ya Allah, saya memang happy gila.
Raisa ketawa tiba-tiba.
“Awak ketawa, kenapa?”
“Eh, tak ada apa-apalah. So macam mana Encik Zarul dengan permintaan mama Encik Zarul tu? Macam ni lah, tak baik hampakan hati orang tua. Tak masuk syurga kalau menderhaka.”
Zarul jeda sekejap.
“Tapi Encik Zarul, kalau menolak pun okey juga. Saya ada peluang.” Tanpa sedar Raisa terlepas cakap.
“Awak cakap apa?”
“Er... Tak ada... Tak ada apa-apa.”

Raisa pejam mata sekejap. Mujur sahaja Zarul tak dengar.
‘AKULAH pemenangnya!’ Itulah jeritan hati Raisa saat ijab kabul. Namun, bayangan arwah Aliya bukan mudah dihapus. Kemunculan Melina menggigit hati. Kerana Amzar, rumah tangganya bergoncang…
“Maafkan abang bila diri ini tak sempurna untuk Raisa.” – Zarul
“Dalam dada ku berharap hanya dirimu yang bertakhta.” – Raisa