Tuesday, March 8, 2016

Barongan

Tajuk : Barongan
Penulis : Naim Tamdjis
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-446-252-9
Mukasurat : 512
Berat : 400g

Sinopsis
Kyra, seorang anak yatim yang dijaga oleh keluarga pak ciknya selepas kematian ayah dan ibunya. Kyra seorang yang lurus dan nerd serta tidak dilayan dengan baik oleh mak ciknya.

Kyra menyambung pelajaran di Universiti Malaysia yang terletak di Sepang. Dari hari pertama, pelbagai perkara pelik dan gangguan yang berlaku sehinggalah Kyra dan kumpulannya ditugaskan untuk membuat penyelidikan mengenai barongan. Berlaku satu peristiwa sehingga Krya berubah menjadi lebih kejam dan pendendam. Seorang demi seorang yang pernah mengusik Krya termasuk yang membunuh kawan baiknya, Ezah tidak akan terlepas daripada dendamnya.

Cif Inspektor Arisya telah ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku. Manakala Ekmal pula telah kembali selepas melarikan diri ke luar negara dan cuba mendekati Cif Inspektor Arisya semula. Apakah yang merasuk Kyra sehingga dia menjadi pendendam dan kejam? Siapakah yang akan dibunuh seterusnya?

“Hutang darah dibalas dengan darah!” ~ Ezah.

“Kamu dah dirasuk syaitan. Ni semua tipu daya syaitan!” ~ Sally

“Hati dia ni busuk dan kotor. Ni bukan hati manusia! Aku akan cincang hati dia ni!” ~ Kyra

“Dia belum kenal aku siapa. Aku akan buat dia merana!” ~ Amera

Friday, March 4, 2016

Janji Tak Buat Lagi

Tajuk : Janji Tak Buat Lagi
Penulis : Izma Qahiera
Harga : RM25.00
ISBN : 9789671289235

Sinopsis
"Aduh alamak! Habis basah baju. Macam mana awak jalan ni?" ~ Fatin
"Maafkan saya, awak yang langgar saya dulu. Nah, ambil tisu ni." ~ Kamal

Lantai takdir telah menemukan Kamal Akasyah seorang peguam muda dan gadis 19 tahun, Fatin Syuhada. Perlanggaran tanpa sengaja telah menjentik rasa aneh di hati kamal, namun tidak bagi Fatin.

Dalam usaha menembusi benteng hati Fatin, ada sahaja halangan yang perlu ditempuhi oleh Kamal. Lina, seorang gadis yang terlalu obses untuk memiliki Kamal. Sentiasa hadir mengganggu gugat keharmonian cinta mereka yang sedang berputik.

"Kamal, Lina nak pergi sekolah ni. You duduk rumah diam-diam tau. Jangan nakal-nakal. I love you...ummmuuah!" ~ Lina

Di saat cinta suci mereka direstui keluarga, ujian datang lagi mengetuk tangkai hati. Ika, sepupu dan juga bekas tunangan Kamal, muncul dan lantas merentap kebahagiaan yang mula dirasai. Ika menagih semula kasih yang pernah terputus. Mendesak Kamal agar mereka disatukan.

"Aku dan Kamal akan berkahwin tak lama lagi." ~ Ika
"Umi dan abah dah bersetuju untuk menyambung semula pertunangan Kamal dan Ika. Umi harap Fatin faham. Dia orang pernah bertunang dulu." ~ Umi

Demi sebuah tanggungjawab dan membayar semula budi yang pernah diterima, Kamal terpaksa melupakan janji yang diikat bersama Fatin. Tanpa bicara, tanpa kata, Fatin ditinggalkan. Hati yang lara dibawa jauh.

"Ya Allah, bantulah hamba mu yang lemah ini melupakan dia. Dia sudah bahagia dengan jalan yang dia pilih. Izinkanlah aku bahagia dengan pilihan yang telah ku buat ini Ya Allah." ~ Fatin

Meleraikan cinta hati adalah tidak bagi Kamal. Namun, untuk menerima semula janji yang pernah dibuat oleh lelaki itu juga adalah sukar bagi Fatin Syuhada. Perjalanannya masih jauh kerana langkah nya pernah terhernti. Adakah lagi ruang untuk Kamal menetap di hati Fatin? Dan, mampukah Ika merebut cinta Kamal agar tidak beralih darinya? Apakah Kamal mampu membuat pilihan sekali lagi?

Agungnya Cinta

Tajuk : Agungnya Cinta
Penulis : Dalila Sofea
Harga : RM35.00
ISBN : 9789671289228

Sinopsis
Mengatakan tidak kepada mama tersayang, adalah mustahil bagi Zara Sofea. Demi itu, kewujudan cinta yang baru berputik di hatinya terpaksa dikuburkan. Cinta agung mama tersayang kepada bekas kekasih yang tidak kesampaian itu perlu diteruskan. Zara Sofea mengorbankan cintanya terhadap Amirul demi melihat kelangsungan percintaan mama dan Datuk Iskandar Hisham di dalam bentuk yang berbeza. Mereka mahu menjadi besan. Demi mama, Zara Sofea belajar mencintai anak bekas kekasih mamanya itu.

"So, jadilah ni, RM30,000? RM15,000 sorang?”~Dato Iskandar
"Yalah, kita kongsi hantaran. Harapkan depa, susahlah.” ~Baizura

Benarlah kata orang, restu ibu bapa itu membawa berkat. Cinta akhirnya muncul juga di hati Zara Sofea terhadap Iqram.
"Iqram sayang Fea banyak mana?” ~ Zara Sofea

"Banyaklah. Mana boleh hitung benda tu. Ni asyik tanya sayang Iqram, sayang Fea macam mana pula?”~Iqram

Namun, apakah ertinya cinta jika tiada derita? Tiada ujian dan airmata? Datin Ira muncul meranapkan mahligai yang hampir digapai oleh Zara Sofea bersama Iqram Haris. Cinta mereka jatuh menyembah bumi.
"Tinggalkan keluarga itu. Tinggalkan Iqram!”~Baizura

"Mama! Fea cintakan Iqram. Tergamak mama tengok Iqram dalam keadaan begitu tanpa Fea? Mama tak sayangkan Iqram? Bukankah mama yang mahu melihat cinta kami bersatu?”~Zara Sofea

Cinta agung yang diharapkan oleh Zara Sofea terlalu sukar dimiliki. Bahagia yang dicipta untuknya hanya sekadar mimpi indah. Dalam kesamaran, dia mencari kebahagian. Mampukan bahagia menjadi miliknya? Dalam kekalutan, dia mencari kembali jalan pulang. Adakah rindu lama kembali merubah jalan derita? Atau pun tetap mempertahankan cinta barunya? Antara cinta, rindu dan impian keluarga, di manakah akhirnya gadis melabuhkan cinta agungnya?

Thursday, March 3, 2016

Cinta Maniak

Tajuk : Cinta Maniak
Penulis : Ct Azhar
Harga : RM25.00
ISBN : 9789671289211

Sinopsis
Khayla Zahra, gadis naïf yang begitu mendambakan kasih sayang kedua orang tuanya. Walaudia masih mentah, dia sanggup menahan getir kehidupan bersama mak cik Jenab. Renyah sebenarnya, namun dia harus lalui jua onak duri serta liku-liku hidup yang sebatang kara di bumi ALLAH.

Dalam kalut dia menongkah arus dunia yang serba rakus, muncul seseorang yang dia boleh bergantung harap. Sungguh, dia terpesona pada Weizhe yang segak sasa itu. Laksana, bulan jatuh ke riba, dia mula terasa yang dia telah dilindungi oleh jejaka Cina itu. Mungkin anugerah ALLAH SWT telah diturunkan kepadanya.

“Jangan! Jangan usik saya, ambillah duit lima ringgit tu! Tapi, jangan ambil basikal saya,” ~Khayla Zahra
“Saya bukan seperti yang awak sangkakan. Saya manusia biasa, saya nak tolong awak. Dari jauh saya tengok awak macam dalam kesusahan. Jadi, saya singgah nak bantu awak. Tak ada niat saya nak ragut awak pun” ~ Weizhe

Pertemuan yang tidak diduga memberi sinar kebahagian kepada Khayla sehingga dia menerima kehadiran lelaki peragut itu sebagai pelindungnya. Ternyata keikhlasan lelaki itu membuatkan Khayla terasa dunia ini mulai berlaku adil kepadanya. Dia mula bahagia.

“Cepatlah! Nanti mata saya buta” ~ Khayla Zahra
“Sayang kena tahan sakit sikit. Cuba sayang tahan sekejap aje. Abang nak tiup, sayang buka kelopak mata sayang tu, eh. Sayang nak ke mata tu buta sampai bila-bila? Abang... Abang tak kesah. Abang boleh cari orang lain. Yang celik, yang boleh lihat abang. Ni, dah buta macam ni, macam mana eh?”~ Weizhe

Namun, hubungan sebuah ikatan yang suci sebagai suami isteri juga getir baginya. Cinta dan kepercayaannya diduga. Mampukah Khayla Zahra mengecapi kebahagiaan yang hakiki disaat gelora mula meragut kasihnya? Bolehkah dia bergantung harapan setinggi gunung Kinabalu terhadap suaminya? Masihkah ada ruang untuknya berlabuh di pelabuhan hati sang suami setelah cinta lama kembali menyapa?
Hidupnya sentiasa malang, maka dia acap kali dikejar bayang. Betapa susahnya menjadi insan bernama Khayla Zahra Alisha. Apakah ada sinar untuknya yang kian suram?

Pelita Di Bawah Purnama

Tajuk : Pelita Di Bawah Purnama
Penulis : Adnil Zaff
Harga : RM29.00
ISBN : 9789671289266

Sinopsis
"Lepas kau tinggalkan aku, aku tak pernah harap apa-apa lagi daripada kau. Aku tak pernah termimpi kau akan kembali untuk tunaikan segala janji kau dulu. Apatah lagi kahwin dengan kau. Ini semua mengarut!"

"Kahwin dengan Rynn itu adalah pilihan abang. Bukan paksaan sesiapa. Keputusan yang abang buat datang daripada pemikiran abang sendiri. Ini bukan mengarut. Ini kenyataan. Abang tak mahu kita berdua lari dari kenyataan lagi. Lapan tahun dah terlalu lama untuk abang melarikan diri, Rynn."

Lapan tahun berlalu. Lapan tahun melakar cerita mereka sendiri. Apa yang ada sebelum lapan tahun ini indah. Namun akhirnya atas kekhilafan Aryan, lapan tahun itu mencatat duka yang amat panjang.

Qairynn dan Aryan semenjak kecil mereka hidup berjiran dan bersahabat. Keakraban mereka seperti adik dan abang. Apa sahaja mereka tempuhi bersama. Namun, entah bagaimana cerita duka merempuhi mereka.

Semuanya bermula apabila Maya rakan sebaya Aryan tiba-tiba mencelah peluang di antara Aryan dan Qairynn. Dalam diam, Maya rupanya sudah lama menyimpan rasa kepada Aryan. Setelah mendekati lelaki itu, cintanya mula bersambut. Terjalinnya hubungan Maya dan Aryan bermakna rebahlah keakraban Aryan dan Qairynn. Dek kerana cemburu dan tamak, Maya mencucuk jarum hubungan Aryan dan Qairynn. Sehingga akhirnya, Aryan melakukan satu kesilapan yang memberi natijah yang amat besar kepada Qairynn. 

Kehilangan orang-orang yang disayangi tidak mudah untuk dilalui Qairynn, Jiwanya terbang ke angkasa mencari semula apa yang hilang. Namun kehilangan kekal abadi itu tidak mungkin akan berganti. Qairynn nanar meneruskan hidup dalam kepahitan. Kesakitan yang dialaminya semakin tepu. Sehingga akhirnya, dendamnya mula bangkit kepada Aryan.

Lapan tahun mereka berdua berpisah. Cerita demi cerita terlakar. Aryan pulang juga ke tanah air. Namun mudahkah untuk dia mendapatkan maruahnya semula? Sudah tentulah tidak. Kebencian Qairynn bagaikan tidak bertebing kepada lelaki itu. Tiada maaf yang mampu dihulurkan. Namun Aryan tidak pernah berputus asa untuk meraih Qairynn semula. Biarpun dia sedar terlalu besar khilafnya sehingga membuatkan Qairynn hilang jiwa. Dia sudah berjanji untuk mengembalikan Qairynn kepada yang asal.

Penghujung kisah ini sudah pastinya bahagia. Namun antara Maya dan Qairynn, mereka ibarat pelita dan purnama kepada Aryan. Yang mana purnama itu indah namun cahayanya susah untuk digapai. Manakala pelita itu, walaupun tidak seindah purnama, namun cahayanya hanya buat Aryan seorang. Hakikat itulah yang membuatkan Aryan tega biarpun Qairynn sekadar pelita itu. 

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Tajuk : Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis
Penulis : Aulia Iman
Harga : RM27.00
ISBN : 9789671289273

Sinopsis
Cinta? Dia datang tanpa diundang, dan perginya juga tanpa dipinta. Di mana sahaja cinta itu hadir, waktu dan ketikanya tidak pernah menjadi halangan. Begitu juga dengan cinta pandang pertama Kris Al-Hadi. Cintanya berputik saat terpandang gadis berpakaian penjara. Comel dan anggun. Tapi sayang, cik gadis yang diminati sedang menanti hari perbicaraan.

“Saya nak awak tahu, dari hari pertama saya lihat awak dengan pakaian penjara, hati saya sudah terdetik untuk ambil awak sebagai isteri. Saya sayangkan awak.”~ Kris Al-Hadi
“Kalau awak betul-betul sayangkan saya, buktikan rasa sayang awak tu pada saya.”~ Salsabila

Yang menjadi masalah, gadis tersebut terhumban ke penjara kerana perbuatan manusia yang iri hati. Mujur ada dia yang sudi menjadi hero dan penyelamat. Dan kerana sikap gentleman tersebut, ada cinta lain datang dan mendekat. Tapi sayang, cinta itu cinta terlarang. Mana mungkin untuk dia menyambut cinta dari kekasih abang sendiri. Kerja gila namanya!

“Kalau you tak sihat.. biar I temankan you! I jaga you, dan you pula jaga I.” ~ Yasmin
“I cari pekerja untuk jaga akaun syarikat, bukan jaga I. Please, jauh sikit! I tak selesa, I panas.”~Kris Al-Hadi

Kerana cinta terlarang, ada yang menjadi korban. Hendak tak hendak, majlis perkahwinan yang diatur harus diteruskan dan hanya pengantinnya sahaja yang terpaksa ditukar ganti tanpa pengetahuan sesiapa.

“Jantan tak guna! Dengan tunang aku jugak kau nak buat perangai tak senonoh!”~Khairyl
“Sumpah demi Allah, aku tak buat semua tu!”~Kris

Kris mencintai si gadis bernama Salsabila, apa pun terjadi Yasmin bukan pilihan hatinya. Sudahnya, pengantin lelaki terpaksa membuat pilihan yang dirasakan terlalu payah untuk diputuskan. Antara dua gadis, Salsabila dan juga Yasmin, siapakan yang bakal dipilih? Dan antara dua pengantin lelaki, Khairyl dan juga Kris, yang mana satukah menjadi pilihan cik gadis yang indah dengan busana pengantinnya.a

Wednesday, March 2, 2016

Kau Yang Tak Diundang

Tajuk : Kau Yang Tak Diundang
Penulis : Nuril Bahanudin
Harga : RM25.00
ISBN : 9789671289204

Sinopsis
Gara-gara adik, dirinya tersepit! Dia terpaksa mencari suami segera dek kerana syarat yang digariskan oleh ibu dan ayahnya. Lantaran itu, hidupnya yang aman sentosa menjadi huru-hara!

Leila Suria, gadis yang akhirnya menuruti syarat kedua ibu bapanya demi kebahagian adiknya. Memilih untuk menerima lelaki yang tak diundang untuk menjadi suaminya, membuatkan hidupnya berubah. Keindahan cinta mula dirasai. Namun, di kala bahagia mula berbunga, duka menjengah di hati.

“Menangislah kalau you rasa itu boleh buat you rasa tenang” ~ Rio

Kesedihan hati ditutupi dengan cinta yang diberi. Beban yang sarat kian hilang kerana berpaut pada bahu lelaki yang cukup mencintai dirinya.

“You tak pernah abaikan I malah sentiasa memberi sokongan kepada I untuk menghadapi segala ujian yang berat ini”~Leila Suria

Namun, kehadiran sahabat lama mengundang rasa curiga. Hadirnya untuk terus bersahabat, merentap bahagia yang mula meresap.

“You cemburu ke apa Rio?~ Leila Suria

“I cemburu? Tolong sikit! Cermin muka you tu dulu sebelum nak cakap I macam tu!”~Rio

Mampukan Leila Suria melatih hati untuk setia menerima cinta yang tak diundang agar kekal selamanya dihati? Adakah masih ada ruang untuk dia menyemai kasih seorang lelaki di jiwa sedangkan hatinya remuk kerana satu kesilapan? Atau, kehadiran sahabat lama bakal mengubah keteguhan cinta itu?