Friday, March 4, 2016

Janji Tak Buat Lagi

Tajuk : Janji Tak Buat Lagi
Penulis : Izma Qahiera
Harga : RM25.00
ISBN : 9789671289235

Sinopsis
"Aduh alamak! Habis basah baju. Macam mana awak jalan ni?" ~ Fatin
"Maafkan saya, awak yang langgar saya dulu. Nah, ambil tisu ni." ~ Kamal

Lantai takdir telah menemukan Kamal Akasyah seorang peguam muda dan gadis 19 tahun, Fatin Syuhada. Perlanggaran tanpa sengaja telah menjentik rasa aneh di hati kamal, namun tidak bagi Fatin.

Dalam usaha menembusi benteng hati Fatin, ada sahaja halangan yang perlu ditempuhi oleh Kamal. Lina, seorang gadis yang terlalu obses untuk memiliki Kamal. Sentiasa hadir mengganggu gugat keharmonian cinta mereka yang sedang berputik.

"Kamal, Lina nak pergi sekolah ni. You duduk rumah diam-diam tau. Jangan nakal-nakal. I love you...ummmuuah!" ~ Lina

Di saat cinta suci mereka direstui keluarga, ujian datang lagi mengetuk tangkai hati. Ika, sepupu dan juga bekas tunangan Kamal, muncul dan lantas merentap kebahagiaan yang mula dirasai. Ika menagih semula kasih yang pernah terputus. Mendesak Kamal agar mereka disatukan.

"Aku dan Kamal akan berkahwin tak lama lagi." ~ Ika
"Umi dan abah dah bersetuju untuk menyambung semula pertunangan Kamal dan Ika. Umi harap Fatin faham. Dia orang pernah bertunang dulu." ~ Umi

Demi sebuah tanggungjawab dan membayar semula budi yang pernah diterima, Kamal terpaksa melupakan janji yang diikat bersama Fatin. Tanpa bicara, tanpa kata, Fatin ditinggalkan. Hati yang lara dibawa jauh.

"Ya Allah, bantulah hamba mu yang lemah ini melupakan dia. Dia sudah bahagia dengan jalan yang dia pilih. Izinkanlah aku bahagia dengan pilihan yang telah ku buat ini Ya Allah." ~ Fatin

Meleraikan cinta hati adalah tidak bagi Kamal. Namun, untuk menerima semula janji yang pernah dibuat oleh lelaki itu juga adalah sukar bagi Fatin Syuhada. Perjalanannya masih jauh kerana langkah nya pernah terhernti. Adakah lagi ruang untuk Kamal menetap di hati Fatin? Dan, mampukah Ika merebut cinta Kamal agar tidak beralih darinya? Apakah Kamal mampu membuat pilihan sekali lagi?

No comments:

Post a Comment