Tajuk : Awekku Kembar
Penulis : Rosa Nur Imani, Siti Rozilah
Harga : RM25.90
ISBN : 978-967-0535-97-5
Sinopsis
ANNESSA dan Adeela bertuah kerana dilahirkan dari rahim yang sama. Sebagai pasangan kembar seiras, hubungan mereka berdua terlalu akrab bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Namun takdir sentiasa muncul untuk menguji. Apabila Adeela tiba-tiba hilang kerana diculik maka bermulalah sebuah pencarian.
Hidup Annessa sudah tidak lagi berjumpa tenang. Dia sering diganggu oleh visi dan mimpi yang seolah-olah hadir sebagai petunjuk untuk memberitahu siapakah penculik dan di manakah adiknya disembunyikan. Ketika itulah dia bertemu dengan Tengku Najib. Lalu hati saling terpaut.
Namun cinta mereka adalah cinta yang dilatari tragedi. Tanpa disedari jejaka itu, Annessa ada agendanya sendiri. Dirinya dipergunakan Annessa dalam usaha untuk menjejaki kembarnya yang hilang.
Firasatnya selama ini benar belaka. Maka terbongkarlah sebuah rahsia. Yang menculik dan memperkosa adik kembarnya tidak lain dan tidak bukan ialah Tengku Amirul, bapa saudara Tengku Najib sendiri. Lantas terkulailah bibit-bibit cinta yang baru hendak berputik. Bagaimanakah akhirnya kisah cinta mereka? Apakah terputus di tengah jalan atau ada bahagia di penghujung cerita?
Petikan Dialog:
“Aku ni dah rosak, Anne. Dah rosak! Siapa yang nak kawan dengan aku?” – Adeela.
“Kita ni sedarah sedaging, Deela. Kau tu adik kembar aku. Takkan aku sanggup mengguris hati kau? Najib tu orang luar. Dia tak penting pun dalam hidup aku. Tapi kau... kau penting dalam hidup aku, Deela!” – Annessa.
“Memang betul dulu aku ada ramai perempuan tapi mereka tu semuanya tak penting. Sekadar teman untuk bersuka-ria. Anne lain. Anne amat bermakna pada diriku.” – Tengku Najib.
No comments:
Post a Comment