Tajuk : Encik Fayed My Man
Penulis : Dilla Ahmad
Harga : RM26.00
ISBN : 9789670870021
Sinopsis
Jatuh cinta dengan bos? Mustahil bagi Cik Nur Azah Amira untuk mengidamkan lelaki seperti Encik Fayed Arya. Apatah lagi, lelaki kacak ini menjadi idaman Cik Liyana Datuk Manan yang sentiasaa vogue dan seksi.
Fayed Arya, bukan seperti lelaki lain yang memandang kecantikan luaran wanita. Hatinya sudah pun dimiliki. Tiga tahun hatinya dihuni cinta. Hari pertama terpandang gadis polos itu, hati terus mengangguk suka. Suka tapi tak terluah. Namun, satu kejadian menyebabkan gadis pujaan hati terlepas satu ayat yang menjadi pengikat janji.
“Jom kita couple!”~ Nur Azah Amira
“Daripada kita jadi couple, baik saya pinang awak terus! Dah sure awak tu akan jadi milik saya!” ~ Encik Fayed Arya
Menjadi pasangan bercinta, digertak dan dihalang, sedikit pun tidak memberi luka kepada Fayed Arya. Baginya, hanya Nur Azah Amira sahaja yang layak berdamping dengannya. Hanya Cik Nur kesayangannya yang mampu membahagiakannya. Walaupun jauh Nur melarikan diri, dia tetap akan menjejaki.
“No matter what happens, you will never leave me. Understand? Sebab saya akan cari awak walau ke lubang cacing sekalipun!”~Fayed Arya
Akhirnya, mereka satukan dengan satu lafaz yang sah. Paling indah apabila perkahwinan mendapat restu keluarga. Bagi Fayed Arya, sudah lengkap hidupnya dengan adanya Nur Azah Amira di sisi. Namun, di hari pernikahannya itu, dia menerima tetamu yang tak diundang. Cik Liyana muncul menagih cinta Fayed. Bagai melukut di tepi gantang! Namun, Fayed Arya teguh dengan cinta hatinya. Cik Nur tiada tandingan.
“Ada tak saya cakap kat awak, hari ni yang awak nampak cantik, Nur Azah Amira,” ~ Fayed Arya
“Ada, Encik Fayed Arya,” ~ Nur Azah Amira
“Awak selalu nampak cantik di depan mata saya, sayang. Tak payah make up tebal pun, hati saya dah tertarik dan sayang,” ~ Fayed Arya
Amarah Liyana semakin memuncak. Melihat Fayed dan Nur bahagia. Bagi Nur, kepercayaan adalah penting. Bukan dia tidak tahu, Cik Liyana selalu mencari peluang untuk mendekati Fayed. Tapi rasa cinta Fayed kepada dia terlalu tinggi. Fayed memang tidak sukakan Liyana. Bagi Fayed, datang lah seribu Liyana pun, hatinya tetap pada Nur Azah Amira.
“Saya tak mahu lukakan hati awak, Nur. Walau datang seribu Liyana pun, Nur Azah Amira tetap menjadi keutamaan saya. Awak kena ingat tu” ~Fayed Arya
Kata orang, dari mata turun ke hati. Namun, mampukah hati bertahan daripada dugaan dan desakan? Pasti ada yang kecewa dan terluka. Sanggupkah Nur Azah Amira menjadi seoarang isteri yang sentiasa berdiri di sisi suaminya? Menuruti setiap permintaan dan berhadapan dengan pelbagai ancaman? Setiakan Fayed dengan janjinya untuk melindungi cinta hatinya? Seperti kata Nur Azah Amira, Encik Fayed, My Man.
No comments:
Post a Comment