Friday, July 1, 2016

5 Kisah Seram Di Perpustakaan

Tajuk : 5 Kisah Seram Di Perpustakaan
Penulis : Olvidado Shakur
Harga : RM10.00
ISBN : 978-967-0411-91-0
Mukasurat : 140
Berat :

Sinopsis
Selain dari nampak bermacam jenis hantu di dalam perpustakaan, apa lagi kisah seram yang boleh terjadi? Buku ini boleh menjawab persoalan itu dengan baik. Yang mana kalau kau baca buku ni... kau akan mendapat pengalaman naik roller coaster sambil berbalas pantun dengan cikgu bahasa melayu kau. Sesuatu yang baru, bukan? Begitulah dengan 5 kisah seram yang ada di dalam buku ini!

Setiap kisah di dalam buku ini mempunyai penutup yang tidak kau boleh agak. Ia akan kekal menjadi misteri selagi kau tak baca habis.

Isi Kandungan
Kisah-kisah dalam buku ini juga bermain dengan perasaan takut dan ingin tahu pada tahap maksimum. Persoalan seperti apa kaitan hantu dengan sebuah mesin fotostat dan mangga kunci pintu? Apa hubungan pekerja di perpustakaan awam dengan kes kehilangan beberapa orang remaja? Mengapa buku kosong yang ada diperpustakaan awam membunuh sesiapa saja yang meminjamnya?

Kalau kau tak beli dan baca buku ini, semua persoalan di atas akan kekal menjadi misteri yang menghantui hidup kau. Tapi di sebalik semua itu, terdapat pengajaran-pengajaran yang akan kau perolehi dari buku ini. Menjadikan buku ini bahan hiburan yang memberi manfaat. Pengawas sekolah pun rasa serba salah nak lapor pada cikgu kalau kau bawa buku ini ke sekolah.

Jadi kau belek apa lagi? Beli dan baca saja buku ini!

5 Kisah Seram Di Perkhemahan

Tajuk : 5 Kisah Seram Di Perkhemahan
Penulis : Olvidado Shakur
Harga : RM10.00
ISBN : 978-967-0411-90-3
Mukasurat : 140
Berat :

Sinopsis
Kalau kau main tengok tajuk dan terus buat andaian yang buku ini adalah satu lagi buku klise, KAU SILAP!

Mana kau nak cari hantu yang buat mangsanya takut sampai nak terkencing dalam seluar dengan hanya melakukan selfie? Apa pula kaitannya hantu dengan projek gelap pertubuhan bukan kerajaan? Kenapa hantu seperti pontianak jadi bahan kajian saintis? Kau tak baca buku ni, memang kau tak tahu jawapannya.

Isi Kandungan
Setiap 5 kisah di dalam buku ini diakhiri dengan cara yang paling kau tak sangka. Buat kau rasa seperti naik roller coaster sambil main teka-teki dengan orang sebelah kau. Tak dapat bayangkan? Begitulah hebatnya buku ini.

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kau jadikan sempadan di dalam buku ini. Penulis buku ini tidak mahu kau mendapatkan hiburan yang sia-sia. Kau nampak tak betapa berfaedahnya buku ini Kalau baca di sekolah pun mesti cikgu tak jadi rampas. Tapi kalau kau baca masa cikgu tengah mengajar, itu namanya baca atas risiko sendiri.

Jadi kau tunggu apa lagi? Jangan belek lama sangat buku ini. Beli dan baca sekarang!

5 Kisah Mistik Dan Misteri

Tajuk : 5 Kisah Mistik Dan Misteri
Penulis : Olvidado Shakur
Harga : RM10.00
ISBN : 978-967-0411-88-0
Mukasurat : 140
Berat :

Sinopsis
Bila  bercakap  tentang  kisah  misteri  dan  mistik,  apa  yang  terlintas  dalam  fikiran  kau? Tolong  jangan  cakap  karipap  dan  maggi  cap  itik.  Kalau  kau  google  dua  perkataan  tadi,  mesti ada banyak artikel yang keluar. Ada resepi, ada yang pelik dan ada juga yang buang masa saja membacanya.

Tapi 5  kisah  misteri  dan  mistik  dalam  buku  ini  bakal  memberikan  kau  pengalaman yang baru. Kira macam kau naik roller coaster sambil makan karipap dan hirup maggi panas-panas.  Pelik  dan  mengelirukan?  Begitulah  dengan  kisah-kisah  yang  ada  dalam buku ini.
Bila  bercakap  tentang  kisah  misteri  dan  mistik,  apa  yang  terlintas  dalam  fikiran  kau? Tolong  jangan  cakap  karipap  dan  maggi  cap  itik.  Kalau  kau  google  dua  perkataan  tadi,  mesti ada banyak artikel yang keluar. Ada resepi, ada yang pelik dan ada juga yang buang masa saja membacanya.                 Tapi 5  kisah  misteri  dan  mistik  dalam  buku  ini  bakal  memberikan  kau  pengalaman yang baru. Kira macam kau naik roller coaster sambil makan karipap dan hirup maggi panas-panas.  Pelik  dan  mengelirukan?  Begitulah  dengan  kisah-kisah  yang  ada  dalam buku ini.                 Tangkal boleh halang aktiviti pembulian budak-budak sekolah? Susuk boleh beri populariti? Huh... memang kepercayaan mistik zaman moden!  Kau  beli  dan  baca  buku  ni  kalau  kau  nak tahu  jawapannya.  Semua cerita  di  dalam  buku  ini  telah  ditapis  dan  bebas  dari  babak-babak  lucah  atau  sewaktu dengannya.                Malah  di  dalam  buku  ini  terdapat  pengajaran  yang  diharap  kau  boleh  terima  dengan baik dan positif. Kalau kau nak rasa ada makhluk mistik yang memerhati waktu baca cerita, beli buku ini! 

Isi Kandungan
Tangkal boleh halang aktiviti pembulian budak-budak sekolah? Susuk boleh beri populariti? Huh... memang kepercayaan mistik zaman moden!  Kau  beli  dan  baca  buku  ni  kalau  kau  nak tahu  jawapannya.  Semua cerita  di  dalam  buku  ini  telah  ditapis  dan  bebas  dari  babak-babak  lucah  atau  sewaktu dengannya.

Malah  di  dalam  buku  ini  terdapat  pengajaran  yang  diharap  kau  boleh  terima  dengan baik dan positif. Kalau kau nak rasa ada makhluk mistik yang memerhati waktu baca cerita, beli buku ini!

Saiful Nang : Mat Jenin Sebenarnya Hero

Tajuk : Saiful Nang : Mat Jenin Sebenarnya Hero
Penulis : Saiful Nang
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-369-337-5
Mukasurat : 304
Berat :

Sinopsis
Hari pertama saya enroll Ph.D. saya di UUM, bergaduh intelek pula saya dengan Prof. Zack semasa kelas Academic Writing. Dia kata jangan buat Ph.D. macam Mat Jenin jer. Saya angkat tangan dengan izin saya katakan, “Mat Jenin tidak salah... Mat Jenin ialah hero." 

Orang yang berimaginasi seperti Mat Jeninlah yang membangunkan negara dan bangsa. Cuma silap Mat Jenin ialah, bila bisnes ayam dia dah jadi sekandang kambing, bisnes kambing dia dah jadi sekandang lembu, dan bisnes lembu dia dah jadikan dia kaya raya.. Satu-satunya perkara yang buat dia jatuh ialah.. Perempuan!!

Kalau dia tak berangan nak kahwin puteri raja dan nak peluk puteri raja tu, pasti dia tak jatuh pokok. Itu pelajaran bagi lelaki yang dah berjaya sampai ke puncak (pokok kelapa), janganlah terbeli dengan godaan wanita. Ingatlah wanita di bawah pokok berbanding yang di atas pokok. Wanita di bawah pokok akan buat Mat Jenin naik ke atas pokok berusaha bekerja. Wanita atas pokok inilah yang buat Mat Jenin jatuh dan mati di tempat kejadian. 

Isi Kandungan
Prakata

Parking
Semasa Otak Sedang Berasap
Mengajar dengan Penuh Semangat
Belanja Sekolah
Salah Faham tentang Maksud Ikhlas Kisah Seorang Bapa
Troll Dibalas Troll
Perang Kuasa
Sila Unlike
Sekarang Ramai Orang Mudah Bercerai?
Kisah Peti Ais Wak Ros & Wak Nang
Saya Pantang Dicabar
Ikon Kemahiran Malaysia
Kerosakan di Bumi Suci : Bagaimana Lelaki Arab Memilih Isteri
Malaysia Lebih Baik, Kerana...
Tak Pandai Itu Tak Mengapa, Tetapi pandai-Pandai Itu yang Musibat
Ayah Bangga Tengok Angah
Saya Bukan Anti Melayu
100 Tokoh English College
Bersangka Baik
Islam Bukan Hak Cipta Alimin dan Ulama
Pesanan kepada Jabatan Agama Islam: Cegah Sebelum Basah
Benda Tak Baik dan Benda Baik Kedua-Duanya Boleh Berjangkit
Prihatin kepada Golongan OKU
Ini Kisah Benar Bagaimana Mamak Wujud di Setiap Corner
Write Books vs Thesis
We Are Malaysian
Komen Isu Lapuk: Melayu Juga Pendatang?
Beza Warna Kulit
Bagaimana Kita Selalu Gagal
Aapabila Kesopanan itu Hilang...
Bila PM Berucap dan Memetik Apa yang Saya Suarakan sebagai Rakyat Malaysia
Parenting David Becham vs Sultan Murad
Didik Anak Menyampaikan Idea
Panda
Don't Sailang, Don't Be Pailang
Project Home School
Kumpul Harta
Hak Asasi Manusia
Wariskan Keburukan Kamu kepada Anakmu
Disiplin
Nak Kahwin atau Dah Kahwin Wajib Baca (18 SX)
Erection=Evacuation
Jangan Malu Berniaga
Orang Bodoh
Iqra'
Imam Terawih dari timur Tengah?
MAS
Analisa Tentang Tan Sri Khalid Ibrahim
MH17
Tip Cari Kawan
Give Everything and Get Everything Bukan Satu Retorik

Lelaki Idaman

Tajuk : Lelaki Idaman
Penulis : Pena Kayu
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0718-60-6
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Melina Samad. Semua orang panggil dia Mel. Dia diberi pilihan sama ada jadi ISTERI ORANG atau jadi CIKGU. Dan, dia pilih jadi cikgu. Biarlah dia korbankan cita-cita besarnya untuk menjadi juru gambar, asalkan dia tak jadi isteri orang. Idham Noah, lelaki yang Mel tolak mentah mentah, bekas calon imam tak jadinya. Syah Riduan pula, teman tapi mesra Mel. Yang Mel rasa nak pilih dia. Tapi, bila Mel jumpa Idham, hatinya pandai-pandai pula terpikat. Bila dia tahu Idham itu adalah orang sama yang dia tolak mentah mentah-mentah, dia padankan muka sendiri. “Saya tak nak kahwin dengan awak, Mel. Mel bukan perempuan yang saya pilih untuk jadi isteri. Mel cuma pilihan bonda saya.” – Idham “Mel nak jadi isteri Idham.” – Mel “Jadi isteri saya bukan perkara yang bagus. Tak elok Mel musnahkan hidup sendiri.” – Idham Nampak tak permainannya di situ? Sekarang Mel pula yang ditolak mentah-mentah. Mel hendak pilih siapa lagi jadi lelaki idaman? A : Syah B : Syah C : Syah Mel nak Idham! Tapi, Idham tu dah ada buah hati dan buah hati Idham adalah kawan baik Mel. Sanggup ke Mel kecewakan kawan baik sendiri? 'Mel tak sanggup!' 'Kalau macam, tu pilih Syah.' 'Syah jadi imam Mel + dapat anak = Nanti Mel fikirkan.' 'Tetapi kalau Mel tamak dan berkeras nak Idham juga, boleh tak?' Apa akan jadi kalau Mel berkeras mahukan Idham? Adakah Idham akan melepaskan buah hatinya demi Mel?

Yang Aku Inginkan

Tajuk : Yang Aku Inginkan
Penulis : Nani Yuhanna
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0718-55-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kerana sebuah rencana jahat, Hania terperangkap. Dan hukumannya, dia harus mengahwini Shahrin demi mendapat kemaafan abahnya. Bagi Shahrin, dia sudah tidak punya hati. Cinta dan bahagianya sudah berkubur di hari kematian Ciaralina, tunang yang sangat dia sayangi. Tapi, akur dengan kehendak orang tuanya, dia lafaz juga akad terhadap Hania. Tiga tahun berlalu, mereka membawa haluan masing-masing. Hania di KL dan Shahrin di Johor. Ikatan yang terjalin tidak mengubah apa-apa antara mereka sehinggalah Hania menamatkan pengajiannya dan Shahrin mengubah fikiran membawa si isteri pulang ke rumah sendiri. “Kenapa pula awak nak tidur atas sofa?” – Shahrin Irham “Se..sebab awak kan tidur atas katil. Jadi, saya tidurlah kat bawah.” – Faria Hania “Malam ini dan juga malam-malam yang seterusnya, tak akan ada sesiapa pun yang tidur atas sofa." – Shahrin Irham. Maka, bermulalah tugas Hania sebagai isteri. Dia nekad untuk melupakan sejarah hitam dan mencari bahagianya yang mungkin ada pada Shahrin. Saat bahagia sudah mula menjengah hidup mereka, muncul pula Sofeynna, si 'kembar' Ciaralina dan kemunculan gadis itu buat ingatan Shahrin kembali pada cinta lama. Setiap kali memandang si isteri, bayang Ciaralina muncul dan Sofeynna dijadikan tempat melepaskan rindu. Sofeynna pula, bagai pucuk dicita ulam mendatang. Terluka dengan suami, Hania pergi membawa diri. Apa akan jadi pada Shahrin bila dia sedar kesilapan diri? Masih adakah peluang untuk dia meraih kembali hati si isteri? 


Ivy Raihana

Tajuk : Ivy Raihana
Penulis : Jaja Ahmad
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0907-29-1
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Mana boleh lupa minah sewel macam cik kak ni.” – Fayed Nazmi

“Saya pun takkan pernah lupa muka asam keping yang suka meroyan tak tentu pasal macam encik ni.” – Ivy Raihana

Memilih untuk tinggal di kampung bersama Nek Munah akhirnya menemukan Ivy Raihana dengan lelaki yang digelarkan sebagai Aping. Pertemuan demi pertemuan sentiasa menimbulkan pergaduhan dan kekecohan antara mereka berdua.

“Otak tu tak payah nak biul sangat. Ingat saya hadap sangat ke nak mengintip awak? Dahlah sewel, biul pula tu. Tambah satu lagi, selfish!” – Fayed Nazmi
“Kurang ajar punya asam keping. Sedap mulut je mengata orang eh. Ingat awak tu hebat sangat ke cakap orang macam tu? Dasar asam keping bodoh sombong! Dahlah bodoh, sombong pula tu.” – Ivy Raihana

Tetapi pertolongan Fayed secara tidak sengaja telah menimbulkan rasa dalam hati Ivy walaupun rasa menjengkelkan terhadap Fayed itu tetap ada. Pelbagai cara Ivy lakukan untuk merapatkan diri dengan Fayed dan dalam masa yang sama pelbagai salah faham juga sering timbul membuatkan pergaduhan sudah sinonim dengan mereka.
“Bergelak ketawa dengan lelaki dekat tengah khemah tu senonoh ke? Elok sangat ke orang tengok?” – Fayed Nazmi

“He’s my brother Fayed!” – Ivy Raihana

Namun tanpa Ivy sedari, Fayed menyimpan satu rahsia yang hanya terbongkar apabila Ivy bertemu dengan Lidiya di tempat letak kereta sewaktu Ivy sedang menjalankan misi gilanya. Rahsia itu telah membuatkan Ivy menjauh dan turut menyebabkan Fayed menyedari tentang satu rasa.

Gangguan daripada Lidiya sekeluarga juga telah membuatkan Fayed membuat keputusan nekad. Apakah keputusan nekad Fayed itu? Selama manakah Ivy mampu menjauh daripada lelaki yang sudah memenuhi ruang hatinya?