Tajuk : Ivy Raihana
Penulis : Jaja Ahmad
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0907-29-1
Mukasurat :
Berat :
Sinopsis
“Mana boleh lupa minah sewel macam cik kak ni.” – Fayed Nazmi
“Saya pun takkan pernah lupa muka asam keping yang suka meroyan tak tentu pasal macam encik ni.” – Ivy Raihana
Memilih untuk tinggal di kampung bersama Nek Munah akhirnya menemukan Ivy Raihana dengan lelaki yang digelarkan sebagai Aping. Pertemuan demi pertemuan sentiasa menimbulkan pergaduhan dan kekecohan antara mereka berdua.
“Otak tu tak payah nak biul sangat. Ingat saya hadap sangat ke nak mengintip awak? Dahlah sewel, biul pula tu. Tambah satu lagi, selfish!” – Fayed Nazmi
“Kurang ajar punya asam keping. Sedap mulut je mengata orang eh. Ingat awak tu hebat sangat ke cakap orang macam tu? Dasar asam keping bodoh sombong! Dahlah bodoh, sombong pula tu.” – Ivy Raihana
Tetapi pertolongan Fayed secara tidak sengaja telah menimbulkan rasa dalam hati Ivy walaupun rasa menjengkelkan terhadap Fayed itu tetap ada. Pelbagai cara Ivy lakukan untuk merapatkan diri dengan Fayed dan dalam masa yang sama pelbagai salah faham juga sering timbul membuatkan pergaduhan sudah sinonim dengan mereka.
“Bergelak ketawa dengan lelaki dekat tengah khemah tu senonoh ke? Elok sangat ke orang tengok?” – Fayed Nazmi
“He’s my brother Fayed!” – Ivy Raihana
Namun tanpa Ivy sedari, Fayed menyimpan satu rahsia yang hanya terbongkar apabila Ivy bertemu dengan Lidiya di tempat letak kereta sewaktu Ivy sedang menjalankan misi gilanya. Rahsia itu telah membuatkan Ivy menjauh dan turut menyebabkan Fayed menyedari tentang satu rasa.
Gangguan daripada Lidiya sekeluarga juga telah membuatkan Fayed membuat keputusan nekad. Apakah keputusan nekad Fayed itu? Selama manakah Ivy mampu menjauh daripada lelaki yang sudah memenuhi ruang hatinya?
No comments:
Post a Comment