Tajuk : Kerana Dia Ibu
Penulis : Shaza Baharuddin
Harga : RM19.00
ISBN : 978-967-860-535-9
Mukasurat : 264
Berat : 250g
Sinopsis
Anda ada problem? Mesti ada. Semua orang ada problem, tapi, kenapa nak jadikan problem menyusahkan hidup kita? Luahkan dan dapatkan respons sebagai remedi mudah.
Buku ini insya-ALLAH akan merungkai problem motivasi anda, dengan syarat anda membaca untuk merungkai, bukan membaca untuk menilai. Oleh itu kosongkan minda, lapangkan dada, terima semua saranan dengan hati terbuka, kelak anda memperoleh kekuatan di situ. Sebaliknya jika anda membaca untuk menilai, anda mungkin akan semakin terbelit - memang problem.
Pengorbanan ibu itu tiada taranya. Walau seluruh jiwa raga diberikan untuk membalas jasa seorang ibu, ia tidak akan pernah mencukupi.
KERANA DIA IBU menggambarkan ketabahan seorang wanita dalam mengharungi cabaran dan dugaan untuk bergelar ibu. Cerita yang akan membuka mata betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu untuk melahirkan seorang anak ke dunia. Tanpa sedar, kita akan memahami mengapa syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
“Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan berkata, “wahai Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku?”
Rasulullah s.a.w berkata: “Ibumu. “Kemudian siapa pula?” “Ibumu.” Dia bertanya lagi, “kemudian siapa pula?” Rasulullah tetap menjawab, “ibumu.”
Bertanya lagi pemuda itu, “kemudian siapa?” Barulah Rasulullah s.a.w berkata, “bapamu.” - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
Antara kandungan menarik:
Uri Di Bawah
Seronokkah Mengandung?
Mitos Ujian Gula
Malang Tidak Berbau
Hemoglobin
Jaundis
No comments:
Post a Comment