Tajuk : Aku Dah Kurus!
Penulis : Aizat Razak, Coach Aizzat Adnan & Bahruddin Bekri
Harga : RM38.00
ISBN : 978-967-86-0709-4
Mukasurat : 368
Berat : 300g
Sinopsis
Senangnya nak kurus kan? Makan apa yang kau nak makan, lepas tu telan aje ubat kurus yang berlambak-lambak dijual di pasaran. Tadaaa... DAH KURUS! Tak payah bersenam pun. Kau rasa?
JANGAN HARAP!!! Kau dah sumbat macam-macam dalam badan kau selama berpuluh-puluh tahun, lepas tu kau harap nak KURUS dalam masa 3 bulan? Memang taklah!
Ini bukan kisah Aizat seorang. Ini kisah suka duka 88 individu yang pernah melalui fasa kegemukan itu. Bermacam-macam cara mereka lakukan, beribu-ribu ringgit mereka habiskan semata-mata untuk kurus, tetapi hasilnya kurang memuaskan.
Suka atau tidak, terimalah hakikat bahawa hanya dengan menjaga makan, bersenam, di samping disiplin yang tinggi sahaja mampu mengubah anda. Tanpa semua ini, jangan mimpilah nak kurus dan sihat!
No comments:
Post a Comment